Anda di halaman 1dari 4

Kelab SPBT Sekolah Pengenalan Kelab SPBT SK Nanga Ngemah telah ditubuhkan pada 11 Januari 2013.

Kelab ini dipengerusikan oleh Adik Junika dari Kelas Tahun 6. Adik Junika dibantu oleh Adik Margarata dari Kelas Tahun 6 sebagai Setiausaha dan Adik Senorita dari Kelas Tahun 5 sebagai Bendahari. Sehingga kini, kelab ini diterajui oleh lima orang ahli yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 5. Kelab SPBT SK Nanga Ngemah ini diwujudkan bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta akan buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting.

Aktiviti kelab SPBT 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pertandingan melukis poster dan logo SPBT. Merekacipta penanda buku kelab SPBT. Pertandingan kuiz, esei atau puisi bertemakan SPBT. Ceramah penjagaan buku teks. Pemeriksaan fizikal dan keselamatan buku teks secara berkala. Klinik buku teks ( perkhidmatan membalut dan membaik pulih buku teks).

Manfaat penganjuran aktiviti 1. Memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga buku teks. 2. Menjadikan murid-murid lebih bertanggungjawab dalam menjaga harta benda sekolah. 3. Mencungkil kreativiti murid dengan menyertai pertandingan melukis poster dan mencipta logo. 4. Murid-murid menjadi lebih aktif dan bersemangat dalam mengikuti aktiviti kelab dan persatuan. 5. Meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang ko-kurikulum.

TUJUAN KELAB. Mendidik dan memimpin guru-guru serta murid-murid supaya mereka menjaga buku teks dengan baik. Menyedarkan guru-guru, ibu-bapa serta murid-murid akan kepentingan buku teks. Menganggap buku teks sebagai suatu aset penting yang tidak ternilai harganya. Menjadi sekolah contoh dari segi aspek penjagaan buku teks. Bersaing secara sihat dengan sekolah-sekolah lain dalam aspek penjagaan buku teks. Menjadi sebuah sekolah yang menitik-beratkan kepentingan penjagaan buku teks.

PERATURAN-PERATURAN PENJAGAAN BUKU TEKS SPBT


Murid wajib menulis nama pada buku teks. Murid wajib membalut buku teks. Murid wajib menggunakan buku teks dengan cermat. Murid wajib menyimpan buku teks dengan elok ke dalam beg sekolah selepas digunakan. Semasa di rumah, beg sekolah hendaklah diletakkan di dalam almari ataupun di tempat-tempat yang tidak mudah dicapai oleh adik-adik yang masih kecil. Buku teks hendaklah disimpan dengan rapi dan bukannya di merata-rata tempat. Elakkan daripada meletak buku teks di tempat-tempat yang basah ataupun lembap. Ibu-bapa serta murid haruslah bekerjasama untuk menjaga buku teks yang telah dibekalkan. Murid yang didapati cuai dalam menjaga buku teks akan didenda.

Sebarang kerosakan atau kehilangan buku teks hendaklah dilaporkan dengan kadar yang segera kepada guru penyelaras buku teks.

Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SK Nanga Ngemah Kanowit Sesi 2013

Penasihat
En. Ronnie Alphonsus Rais

Pengerusi
En. Guntor Koh

Penyelaras
Pn. Paula John

Ahli-Ahli

Wakil Guru Kelas


Tahun 1 - Cik Kong Shui Fa Tahun 2 Tahun 3 - Cik Doris Tahun 4 - Cikgu Jason Tahun 5 - Cik Noorzilawati Yunus Tahun 6 - En. Nyandang Seruwat

Wakil Murid
Tahun 3 - Jennifer& Veronica Tahun 4 - Tisa & Luga Tahun 5 - Marcus & Senorita Tahun 6 - Junika & Margretta

Wakil PIBG
Semua Ibu Bapa/Penjaga