Anda di halaman 1dari 17

1.

PENGENALAN

Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Bagi menjalankan tugas yang diberi saya telah memilih beberapa sampel, dengan itu saya memilih Muhamad Khairul Hadi sebagai sampel yang akan saya kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa memasuki semasa kali pertama saya memasuki kelas 4 Aman. Di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk mengajar kelas 4 Aman bagi subjek Bahasa Melayu. Semasa sesi suai kenal diantara murid dan guru dijalankan murid ini tidak banyak bercakap. Kemudian bila kertas kerja diberi, murid ini mengalami masalah dalam memahami arahan yang diberi oleh guru. Selain itu, murid ini juga gagal menulis nama penuhnya dengan betul dan cantik. Seterusnya, bila dirujuk kepada Pn Norasiah, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Kapar, murid ini merupakan salah seorang daripada murid pemulihan dan murid yang lemah. Apa yang diceritakan oleh Pn Norasiah, Murid ini telah dimasukkan kedalam kelas pemulihan sejak dari tahun dua selepas tidak melepasi Ujian Linus. Bagi mengetahui kemahiran murid ini, satu ujian telah dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid ini. Ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan beberapa kelemahan yang dihadapi oleh murid ini. Di antara kelemahan yang paling ketara adalah dari

segi tulisan. Murid ini menghadapi dalam menulis perkataan-perkataan dan mengambil masa yang lama untuk menulis dan tulisan murid ini terlalu buruk dan amat tidak berpadanan dengan usia murid ini. Selain itu, masalah lain yang dihadapi murid ini ialah dari segi mengenali huruf-huruf. Murid ini mengambil masa yang lama untuk mengenal huruf yang ditunjukkan oleh guru. Di mana Ujian Diagnostik Lisan telah dijalankan, murid menghadapi masalah dalam mengenal setiap huruf yang di tunjukkan oleh guru. Terdapat sesetengah huruf seperti p, q, b dan d murid-murid ini menghadapi masalah dalam mengingat setiap perkataan yang di pamerkan secara rawak. Keyakinan diri murid ini juga agak rendah. Setiap kali guru memberikan latihan yang melibatkan murid kehadapan, murid ini selalu akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan soalan serta tidak yakin dengan jawapan yang diberi. Pada pemikiran murid ini, setiap jawapan yang diberi adalah salah. Disebabkan murid ini menghadapi masalah dalam mengenal huruf serta dalam mengeja, murid ini juga banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran di dalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini menghadapi banyak masalah dan sering tertinggal di dalam pembelajaran. Guru-guru lain terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada murid ini agar tidak ketinggalan di dalam pembelajaran.

2.0 Nama

LATAR BELAKANG MURID : Muhammad Khairul Hadi B Abdullah Kapar, Selangor 10 Tahun Melayu Islam

Tempat lahir : Umur Bangsa Agama : : :

Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga temubual bersama Guru Pemulihan Khas, Pn. Juliana. Murid ini perwatakannya seperti kanakkanak yang lain tetapi Khairul Hadi agak aktif di luar kelas dan di dalam kelas. Murid ini nampak agak berlainan kerana murid ini menjadi pasif bila diajukan soalan. Murid ini merendah diri di sebabkan dia berada di dalam kelas pemulihan. Ini menyebabkan murid ini menjadi pasif dan kurang aktif dalam kelas. Murid ini masuk ke kelas pemulihan khas mungkin di sebabkan kurang perhatian daripada ibu bapa serta keluarganya. Di rumah menurut murid ini, ibu, bapa dan kakaknya tidak membimbingnya langsung dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Ini menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam pembelajaran.

3.0

PERNYATAAN MASALAH Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih

sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Murid-murid berkeperluan khas kategori autistik yang berupaya dalam akademik sahaja yang akan diinklusifkan dalam kelas arus perdana. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak

bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan

menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. ( Gargiulo, R.M. 2006 ) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid- murid berkeperluan khas, maka satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut. Program Pendidikan Inklusif muridmurid berkeperluan khas khususnya murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian masalah murid autistik ini yang dijalankan adalah berdasarkan objektif-objektif berikut : 1) Mengenalpasti punca masalah murid tidak dapat membatangkan suku kata.

Punca-punca masalah murid tidak dapat menguasai kemahiran untuk mengenal huruf, membatangkan suku kata dan membaca dapat dikenalpasti dengan adanya kajian ini. 2) Mengenalpasti masalah-masalah pelajaran yang dihadapi oleh murid yang

mengalami masalah inil. Masalah-masalah yang dikenalpasti dapat membantu murid dalam meningkatkan keyakinan diri murid ini dalam pelajaran. 3) Mengenalpasti kaedah dan keberkesanannya. Kaedah-kaedah yang digunakan

dalam mengatasi masalah murid yang menghadapi masalah kemunduran dan lembam. 4) Mengatasi masalah murid yang kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran

yang disampaikan.

5.0

METADOLOGI Bagi menyelesaikan kajian kes yang dibuat, beberapa kaedah telah dilakukan bagi

memastikan setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :1. Ujian Diagnostik Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas murid pada awal saya mengajar murid ini. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid. Selain itu, ujian ini juga untuk membina kumpulan dalam pengajaran yang bakal dijalankan kelak. 2. Pengumpulan maklumat Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori, latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar. 3. Pemerhatian Bagi pemehatian, saya telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak mula saya mengajar murid ini. Di antara pemerhatian yang dijalankan melibatkan tingakah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya bersama murid-murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya. 4. Temubual Beberapa sesi temubual telah saya jalankan. Di antaranya bersama murid ini sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, saya telah menemubual Pn Norasiah yang mengajar murid ini bagi kelas pemulihan sejak murid ini di tahun dua ini bagi mengetahui perkembangan murid ini sejak dari awal di masukkan ke dalam kelas pemulihan, Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan guru kelas murid ini ini

bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat bagaimana tingkah laku murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan. Temubual terakhir adalah bersama ibubapa murid ini. Temubual ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya berpunca dari rumah atau pun sekolah. 5.1 Temubual Bersama Khairul Hadi

Satu temubual bersama murid ini telah dijalankan. Ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh murid ini. Sesi temubual ini berjalan selepas waktu kelas pemulihan. Saya telah menemubual murid ini dan bertanyakan berkenaan dengan latar belakang murid ini. Menurut murid ini, bapanya bekerja sebagai mekanik manakala ibunya bekerja di Kilang. Dia juga mempunyai 3 orang adik beradik. Seorang kakak yang berada di Tingkatan Lima dan seorang adik yang masih tidak bersekolah. Menurutnya, setiap kali pulang ke sekolah tiada siapa yang menunjukkan murid ini untuk membuat atau menyiapkan kerja sekolah. Tiada orang yang membimbingnya semasa menyiapkan kerja. Jadi murid akan menghabiskan masa di waktu petang dengan bermain sahaja dan bila di dalam kelas murid ini. Tiada istilah mengulang kaji di rumah oleh murid ini. Bapa murid ini hanya menghantar dan mengambil murid ini ke sekolah. Ini amat menyedihkan kerana murid ini tiada bimbingan semasa di rumah. Hanya menerima sesi pembelajaran di sekolah tiada di rumah. Ini menyebabkan murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

6.0

ANALISIS MASALAH Khairul Hadi merupakan murid tahun 4 Aman. Telah memasuki kelas pemulihan khas

sejak dari tahun 2 lagi. Jika dilihat dari segi fizikal murid ini, perwatakannya sama seperti muridmurid yang lain. Cuma yang membezakannya adalah dari segi pelajaran dan tingkah lakunya

yang agak menyendiri dan tidak melakukan kerja yang diberi semasa di dalam kelas. Jadi guruguru yang mengajarnya akan memberi perhatian kepada murid ini agar murid ini tidak merasa terasing. Murid ini diketegorikan sebagai murid yang lemah dalam mengenal huruf,dan mengeja perkataan atau juga dikenali dengan murid yang autisme. Ini berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Burt (1950) yang menyifatkan murid lembam sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Jelas kita lihat Muhammad Khairul ketinggalan dari segi akademik berbanding rakan sebayanya yang lain. Menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Giddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Berdasarkan pemerhatian saya, bila murid ini memasuki kelas arus perdana murid ini menjadi seorang yang pendiam dan kurang berkomunikasi dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan. Murid menjadi pendiam bila diajukan soalan kerana murid tidak mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan yang diberikan. Menurut Dr Koh Boh Boon (1980), keyakinan diri yang rendah menyebabkan murid kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Sebagai guru kelas pemulihan yang mengajar murid ini, saya merasakan murid ini boleh mengenal huruf dan membaca suku kata serta perkataan jika murid ini diberikan perhatian yang sepenuhnya dan sesi P&P yang menarik minat pelajar ini. Dari pemerhatian yang saya lihat bila murid ini di dalam kelas arus perdana murid ini menjadi pasif dan lebih banyak mendiamkan diri. Ini disebabkan aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru tersebut lebih menumpukan dan khusus kepada murid yang agak bijak dan boleh memahami dengan cepat isi pelajaran. Selain itu, tiada aktiviti yang boleh menarik minat murid-murid yang lemah ini untuk belajar sama. Oleh kerana itu, murid ini ketinggalan dalam pelajaran. Bila Khairul berada di dalam kelas pemulihan, keadaannya amat berbeza. Murid ini lebih bergerak aktif kerana murid ini boleh menjawab soalan yang diberi dengan lebih aktif berbanding di dalam kelas arus perdana. Ini kerana aktiviti pembelajaran di dalam kelas

pemulihan amat berbeza berbanding di dalam kelas arus perdana. Dengan pengajaran secara berkumpulan, setiap pembelajaran di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajaran, permainan dan pengukuhan. Oleh itu, tumpuan boleh banyak di berikan kepada setiap murid di dalam kelas dan murid tidak malu dan tidak pasif untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Jika dilihat kepada keadaan Khairul ini, bimbingan untuk membaca hanya diberikan semasa berada di sekolah sahaja. Tiada bimbingan diberikan kepada murid ini semasa di rumah. Kemungkinan kesibukan ibubapa dan tidak mengambil tahu perihal anak-anak menyebabkan murid ini tidak berminat langsung untuk belajar di rumah. Guru hanya dapat membimbing murid ini semasa berada di sekolah. Ibu bapa atau keluarga murid ini haruslah memainkan peranan mereka sepanjang berada di sekolah. Taraf kehidupan keluarga juga memberikan kesan yang mendalam kepada diri murid ini. Taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. Ini juga berlaku keatas Muhamad Khairul di mana ibu dan bapanya sibuk bekerja bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Di sini kita dapat lihat pekerjaan bapanya sebagai pemandu lori mengakibatkan ibunya juga terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga. Kemunduran umum pada dasarnya adalah akibat kelemahan intelek atau lembam (otak lembap), walau bagaimanapun ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tatapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan

intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Daripada kes Khairul, faktor persekitarannya mungkin antara penyebab kepada terjadinya murid ini lambat untuk menerima isi pelajaran yang diajar. Faktor persekitaran seperti ibu bapa dan kakaknya yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran murid ini menjadikan Khairul sering ketinggalan dalam pelajaran. Seperti yang diberitahu, murid ini masih tidak mengenali sesetengah huruf dan terpaksa dibantu oleh guru. Oleh itu pelbagai cara boleh digunakan dalam mengajar supaya mereka tidak perlu untuk memikir kembali huruf-huruf tadi. Teknik seperti kad imbasan merupakan satu teknik pembelajaran yang bagus. Ini kerana murid mudah untuk memahami sesuatu perkara. Kad imbasan yang mempunyai gambar adalah satu perkara yang mudah untuk murid mengingat. Dan teknik ini boleh dipelbagaikan dengan menjadikan satu permainan yang lebih menarik minat murid. Murid-murid yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka melalui proses-proses pekembangan pemikiran. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran. Pelbagai kaedah asas yang boleh perkenalkan kepada murid ialah melalui kaedah fonik yang memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya seperti huruf m disebut apabila memakan sesuatu makanan yang sedap iaitu

emm. Apabila murid sudah menguasai kemahiran mengenal huruf, kemudian guru akan memperkenalkan nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuknya perkataan yang sempurna. Kaedah ini telah saya gunakan kepada Muhamad khairul dan menampakkan keberkesanannya. Cuma ada beberapa abjad yang murid ini menghadapi masalah dalam mengingat dan menyebut. Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan murid, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya, peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

7.0 7.1

PENYELESAIAN MASALAH Kaedah Mengatasi Kemunduran dan Masalah Lembam

Setelah melihat kes kemunduran pelajar dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kemunduran ini akan dijelaskan. Beberapa kaedah telah difikirkan untuk membantu murid ini dalam mengatasi masalah yang dihadapinya. Diantaranya ialah :-

7.1.1

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam matapelajaran bahasa melayu dan juga matematik. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang untuk pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. 7.1.2 Kaedah Pengajaran Pengajaran yang menarik boleh menarik minat murid untuk memberikan tumpuan serta sepenuh perhatian ketika sesi P&P berjalan. Di dalam kelas saya, saya mengamalkan tiga cara dalam pengajaran iaitu :Kaedah Kumpulan

Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya, kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.

Dalam kelas saya sememangnya mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.

Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea.

Kaedah Individu

Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar.

Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan mendapat lebih perhatian daripada guru.

Kebiasaannya kaedah individu ini dijalankan diluar bilik darjah. Di mana saya akan mengambil Muhammad Khairul untuk berjumpa saya pada setiap awal pagi dan

sekurang-kurang tempoh masanya ialah 10minit 15 minit. Murid akan diberi latihan bagi mengukuhkan ingatan murid ini mengenai pengajaran yang dijalankan sebelum ini. Cara ini amat berkesan sekali.

Kaedah Rakan Sebaya

Apabila mengajar dalam kelas yang mempunyai tiga kelompok murid pemulihan dalam kuantiti yang banyak, saya akan menggunakan kaedah ini.

Kebiasannya, murid-murid yang dilihat matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran saya pada hari berkenaan. Cara ini juga memberi keyakinan kepada diri murid.

7.1.3

Permainan Dalam Pengajaran Saya akan memasukkan elemen permainan yang memerlukan murid untuk bergerak

bebas. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan minat murid untuk lebih memahami apa yang akan diajar. Menurut L. Vygotsky (1976) berpendapat fungsi main adalah membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan, dan menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung. Alan Chamberlain (1986) juga ada menyatakan ...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults.... ini jelas menunjukkan permainan dalam pengajaran dapat membantu murid untuk memahami apa yang diajar oleh guru. 7.1.4 Motivasi, Nasihat dan Kata-kata Pujian Sebagai seorang guru yang mengajar Mohamad Khairul ini, saya sering akan memberikan nasihat kepadanya supaya kerap membaca buku dan menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya akan memberi motivasi kepada murid ini agar Muhammad Saiful sentiasa menanamkan sifat ingin belajar dalam dirinya. Cara ini juga berkesan

bagi memotivasikan diri murid ini. Seperti yang diungkapkan oleh Woolfolk (1990), dimana motivasi didefinisikan sebagai satu kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku manusia. Kata penghargaan dan pujian akan meransang murid untuk melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran. Kata-kata seperti, bagus, teruskan usaha, cuba lagi, baik dan banyak lagi dapat membangkitkan semangat murid dalam pembelajarannya. 7.1.5 Sistem Token Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Sistem ini dijalankan di dalam kelas pemulihan bagi tujuan menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran selain untuk mendisiplinkan pelajar.

8.0 8.1

TINDAKAN SUSULAN Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme Beberapa tindakan susulan telah saya pilih dalam menyelesaikan masalah pembelajaran

Muhamad Khairul Saya akan menggunakan pendekatan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Dalam teori pembelajaran behaviorisme saya akan mengaitkannya dalam A) Teori pelaziman Operan Skinner B) Hukum pembelajaran Thorndike Guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah individu yang praktis, bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dari pendekatan Behaviorisme murid-murid mundur memerlukan

pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima kekurangan murid tersebut bahkan menyedari murid-murid ini bukanlah tidak sempurna sehingga tidak ada kebolehan langsung dan tidak ada kualiti yang berguna. Dia mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali lagi, guru yang baik untuk murid-murid mundur adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu dalam teori pembelajaran behaviorisme, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Selain itu penekanan terhadap ganjaran juga dirumuskan di dalam teori behaviorisme ini. Mereka berpendapat bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

8.2

Teori Pelaziman Operan (B.F. Skinner (1904 - 1990))

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Diantara proses dalm teori pelaziman Operan ialah :8.2.1 Pengukuhan Positif Pengukuhan positif ialah memberikan suatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Sebagai contoh, Muhammad Khairul membuat latihan atau melakukan aktiviti dan jika murid ini membuat dengan kesungguhan dan memperoleh jawapan yang betul guru akan memberi ganjaran dalam bentuk token seperti bintang atau pun yang berbentuk pujian kepada murid. Dalam jangka masa

panjang, ia akab menarik minat pelajar untuk membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang guru beri dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung akan mempertingkatkan kemahirannya dalam pembelajaran.

9.0

KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Muhamad Khairul

bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini. Jika dilihat dari permulaan saya mengenali murid ini, banyak kelemahan yang dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah dalam mengeja perkataan yang diberi oleh guru. Selain itu murid juga kerap kali tidak hadir ke sekolah. Tetapi setelah beberapa langkah diperkenalkan seperti sistem token ekonomi di pamerkan, ianya menarik dan merubah sikap pelajar ini yang kerap tidak hadir ke sekolah. Selain itu, murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang melibatkan terbuka dan tertutup. Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid ini. Walaupun Muhamad Khairul

tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti murid-murid lain.

Bibliografi

Azman Bin Kanil. (2000). Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Keningau.

Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/education.htm 25 Julai 2009.

E.

Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University. Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 25 Julai 2009.

Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Longman Malaysia . Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Hawa Munji, Maaruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.