Anda di halaman 1dari 33

Tajuk 1 :Pembinaan Soalan Berdasarkan 6 Aras Domain Kognitif Taksonomi Bloom Dalam Pendidikan Moral.

1.
A.

Aras Pengetahuan
Item Objektif
1. Apakah sikap orang yang berhemah tinggi? A. Menjaga pertuturan dan tingkah laku B. Menunjuk-nunjuk kelebihan diri C. Menolong untuk mendapatkan ganjaran D. Tidak menerima nasihat orang lain 2. Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar A. Membuang masa dengan sia-sia B. Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh C. Berfoya-foya dengan rakan sebaya D. Memendam rasa terhadap guru

B.

Item Subjektif
1. Ramesh tinggal di sebuah kampung yang mempunyai penduduk berbilang kaum. Namun, mereka hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Setiap kaum menghormati agama dan cara hidup kaum yang lain. Kampung Ramesh pernah memenangi anugerah dalam sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan. a. Bagaimanakah caranya untuk mengeratkan persaudaraan sesama kaum?

b. Berikan dua contoh sikap bermasyarakat.

2.
A.

Aras Pefahaman
Item Objektif
1. Susan telah dilantik menjadi ketua pengawas. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, Susan perlu A. Menjalankan tugas setelah diarahkan B. Bersikap cuai dan samnil lewa

C. Sentiasa mencari kesalahan rakan-rakan D. Melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh 2. Orang yang bersikap tleransi sentiasa________dalam setiap perkara A. Berdolak-dalik B. Berlengah-lengah C. Bertolar ansur D. Bersungguh-sungguh

B.

Item Subjektif
1. Budiman ialah pelajar Tingkatan Dua Mewar. Dia sering melanggar peraturan sekolah dengan berambut panjang dan datang lewat ke sekolah. Suatu hari, seorang pengawas, Ariq, ternampak Budiman sedang merokok di belakang makmal. a. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ariq? ___________________________________________________ b. Mengapakah setiap pelajar perlu mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah? ____________________________________________________

3.
A.

Aras Aplikasi
Item Objektif
1. Rakan kamu menegur kamu kerana membeli banyak makanan ringan. A. Merajuk mendiamkan diri B. Memarahinya kerana menyibuk C. Mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mengingatkan kamu tentang perkara itu D. Merajuk memutuskan hubungan dengan dia 2. Sekolah kamu akan menganjurkan aktiviti sukaneka dan melantik kamu untuk mencari ahli jawatankuasa untuk melaksanakan aktiviti tersebut. A. Kamu akan mengadakan sesi pemilihan dengan cara yang adil B. Kamu akan melantik rakan-rakan rapat kamu semua C. Kamu melantik rakan-rakan yang handal dalam sukan D. Kamu melantik rakan-rakan yang mendengar perentah kamu

B.

Item Subjektif

Perhatikan gambar di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Berikan dua contoh yang menunjukkan kita menyayangi ibu bapa. a. __________________________________________________ b. __________________________________________________ 2. Mengapakah kita perlu mengamalkan nilai kasih saying dalam kehidupan seharian? ____________________________________________________________

4.
A.

Aras Analisis
Item Objektif
1. Mengapakah kita perlu hidup bersama secara aman ? A. Agar negara sentiasa aman dan damai. B. Agar negara mudah ditijajah oleh kuasa asing. C. Supaya pendatang asing mudah masuk ke negara kita. D. Supaya pelancong gemar datang untuk melancong. 2. Apakah yang akan berlaku jika alam sekitar tidak dijaga? A. Meningkatkan produktiviti negara B. Memusnahkan system ekologi C. Membekalkan oksigen yang banyak D. Memudahkan kerja-kerja pembalakan

B.

Item Subjektif
1. Jawab soalan di bawah dalam bentuk karangan Kempen Kitar Semula merupakan usaha kerajaan untuk memupuk sikap

menghargai barangan terpakai dan usaha menjaga keindahan persekitaran. Nyatakan sikap yang harus diamalkan oleh rakyat Malaysia untuk usaha tersebut.

5.
A.

Aras Penilaian
Item Objektif

1. Razak telah berselisih faham dengan Zulfin tentang suatu perkara. Ipin merungutrungut dan menyalahkan Razak sebagai puncanya. Apakah tindakan yang wajar diambil oleh Razak? A. Melenting dan memaharahi Ipin B. Membalas dengan kata-kata yang kesat C. Bertenang dan bertolak ansur D. Berpura-pura tidak mendengar 2. Apakah sikap orang yang tidak mementingkan diri sendiri? A. Menolong saudara yang terdekat sahaja B. Memberi pertolongan tanpa mengira bangsa C. Mengharap balasan atas pertolongan yang diberikan D. Melakukan sesuatu tanpa berunding dengan jiran tetangga

B. Item Subjektif
1. Ricky merupakan juara bertahan dalam acara renang. Dia beranggapan tiada perenang lain yang mampu mengalahkannya. Dalam satu kejohanan, Ricky telah ditewaskan oleh perenang dari sekolah lain. Dia tidak dapat menerima hakikat akan kekalahan tersebut dan menuduh pengadil berat sebelah. a. Apakah pendapat anda mengenai sikap Ricky? ____________________________________________________________ b. Mengapakah orang bersikap terbuka mudah mendapat ramai kawan? ____________________________________________________________

SJKT CANTUMAN CHAAH, JOHOR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2

NAMA

: ..

KELAS :

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan. Baca dan bulatkan jawapan yang betul.

Contoh:

Saya makan nasi dengan .

A. kayu B. sudu C. batu

1. Swee Hen berbangsa Cina, kamu patut menghantar . kepadanya.

A. kad Selamat Hari Raya B. Kad Selamat Hari Deepavali C. kad Selamat Tahun Baru Cina

2. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Raju?

A. Islam B. Buddha C. Hindu

3. Ali tidak makan secara berlebihan, walaupun makanan itu sedap.

A. Dia tidak kuat makan. B. Dia tidak suka makanan itu. C. Dia mengutamakan kesihatan.

4. Suzie terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia..

A. mengambil dan membelanjakan wangnya. B. mengambil dan serahkannya kepada guru. C. mengambil dan simpan dalam begnya.

5. Saya membasuh baju dengan

A. sabun B. ubat gigi C. syampu

6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam, dan paip bomba mestilah diawasi dengan

A. baik B. merosakkan C. tidak ambil tahu

7. Salmah selalu .. ajar adiknya yang belum pandai membaca.

A. tidak B. membiar C. menunjuk

8. Apabila bercakap dengan ibu bapa kita mestilah

A. tidak bercakap. B. meninggikan suara. C. merendahkan suara.

9. Jika kamu bersalah, kamu akan

A. meminta maaf. B. mengulangi kesalahan itu. C. Membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan.

10. Kita patut .. semasa lagu Negaraku dinyanyikan.

A. berlari B. berdiri tegak C. berbual bersama kawan

Bahagian B Arahan: Jawab semua soalan.

A.

Susun cerita di bawah dengan menggunakan label yang betul.

1.

Semut menggigit kaki pemburu.

2.

Burung mengugurkan daun.

a
3. Pemburu hendak menembak burung.

4.

Semut terjatuh ke dalam sungai.

5.

Pemburu menjerit. Burung terkejut lalu terbang.

6.

Semut terselamat.

( 10 markah)

B. Tulis semula cerita di atas mengikut susunan yang betul.

Pemburu hendak menembak burung. ________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

C. Nyatakan sama ada tindakan yang berikut BETUL atau SALAH

1. Lim suka mengejek Ali yang miskin.

SALA H

2. Azman meminjamkan pembaris kepada chong.

3. Singh dan Raju bermain bola sepak di padang.

4. Hazizi mengajak Aiman ponteng sekolah.

5. Vickey membantu Lisa menyelesaikan kerja sekolah.

6. Sandy suka berhutang dengan kawannya.

7. Kumar dan Koh pergi ke perpustakaan bersama.

8. David mengajak Chua pergi ke pusat hiburan.

9. Anita selalu membantu ibunya menjaga adik.

10.David suka melawan kata ayahnya.

11. Rashid membantu ibunya mengemas rumah.

( 20 markah)

D. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai.

mengelap

menyusun

membersihka n

menyapu

menanam

1. Zubir membantu abangnya mengelap cermin tingkap.

2. Kumar . semula buku-bukunya di dalam almari selepas menggunakannya.

3. Hafiz sedang kolam ikan di belakang rumahnya.

4. Nurin . bunga di halaman rumah.

5. Kakak sedang .sampah di ruang tamu.

(10 markah)

E. Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai.

biru

merah

kuning

Negaraku

1. Bendera Malaysia mempunyai empat

warna.

2. Warna warna pada bendera Malaysia ialah ..,

, . dan

3. Lagu Kebangsaan Malaysia ialah .

4. Kita mesti berdiri apabila .lagu Negaraku.

5. Kuala Lumpur ialah ibu ... Malaysia.

( 14 markah )

F. Padankan pernyataan di bawah dengan gambar yang sesuai.

a.

b.

c.

e.

1. Guru besar sedang berucap di perhimpunan.

2. Kita mestilah berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.

3. Kita mestilah memakai lencana sekolah.

4. Setiap pagi pengawas sekolah akan menaikkan bendera sekolah.

5. Kita mestilah menghormati pengawas sekolah dan mematuhi arahan mereka.

( 8 markah)

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2

Bahagian A

1. 2. 3. 4. 5.

C C C B A

6. A 7. C 8. C 9. A 10. B

Bahagian B

A. 1 b 2e 3a 4d 5c 6f

C.1. SALAH 2. BETUL 3. BETUL 4. SALAH 5. BETUL 6. SALAH

7. BETUL 8. SALAH 9. BETUL 10. SALAH 11. BETUL

D. 1. mengelap

E. 1. empat

2. menyusun 3. membersih 4. menanam 5. menyapu

2. merah, biru, kuning, putih 3. Negaraku 4. menyanyikan 5. kota

F. 1. 2. 3. 4. 5. .a .b .c .d .e

SOALAN 3:BINCANGKAN DAN HURAIKAN TIGA MASALAH PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL DALAM PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH DAN CARA MENGATASINYA.

Pentaksiran berdasarkan data

ialah

satu

proses dan

mentaksir

perubahan

tingkah

laku

kuantitatif

kualitatif.

Membuat

pentaksiran

tentang

pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang Melalui hendak aktiviti dinilai, merancang, guru dan akan membina dapat instrument pentaksiran, secara menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. pentaksiran, memastikan potensi menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.

Tujuan-tujuan Pentaksiran Pelaporan pencapaianmenentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran. Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan. Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar. Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian atau peperiksaan. Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk mengumpulkan pelajar pelajar mengikut kebolehan mereka.

1.1 Pentaksiran Secara Formal


Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi. Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon.

Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.

Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal Terdapat dua jenis penilaian di sekolah: Penilaian Formatif Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan. Ciri-ciri Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas

pelaksanaan sesuatu ujian. Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk member gred. Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa. Mengetahui keberkesanan pengajaran. Merancang dan mengubah suai pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.

Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.

Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan. Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara

bersepadu dapat dilihat melalui gambar Rajah 1.

Penentuan Objektif Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Penilaian dan Pembikinan

Penentuan Isi kandungan

Proses Pengajaran

Penentuan Kaedah danTeknik

Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J)

Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran secara bersistematik.

Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran.

Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran. Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran. Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada Berjaya ataupun tidak.

Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses penilaian.

1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal


Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah. Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.

1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal


a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai : - sikap - perlakuan/amalan

- amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian: Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme. kemahiran.

pendidik melengkapkan

gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan

b) Merekod Pemerhatian Senarai semak

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk

jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain.

Rekod Berterusan Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang

bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid. d) Port Folio Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan

kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang

boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat

mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina: 1. Porfolio kerja harian 2. Portfolio hasil terbaik 3. Portfolio dokumen. e) Temu bual Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden. f)Soal Selidik semi struktur, dan

Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan. Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya.

Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.

g)Tugasan Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.

MASALAH PENTAKSIRAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental

dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Selaras dengan itu, pentaksiran seharusnya dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran juga harus menggunakan kaedah penilaian yang pelbagai. Pentaksiran juga haruslah bersifat autentik dan holistik. Masalah utama Pentaksiran Formal ialah ianya mengkhusus kepada

pentaksiran bidang akademik murid sahaja. Ianya juga tidak dapatmelapor prestasi kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran. Justeru, murid-murid tidak dapat dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Masalah kedua Pentaksiran Formal dan Tidak Formal ialah sekolah juga tidak mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Masalah ketiga Pentaksiran Formal dan tidak formal ialah ianya hanya membawa kepada pembentukan sekolah yang hanya berorientasikan peperiksaan. Penekanan yang berlebihan kepada aspek peperiksaan menyebabkan kehilangan hak murid untuk mengecapi kejayaan yang menyeluruh seperti yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Bagi mengatasi masalah ini, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah jawapannya. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu

pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah. Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran ( assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung

pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah. Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat

dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi

digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur kebolehan semula jadi ( innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal pasti

kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik. Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu,

dua, tiga dan tingkatan satu. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.