Anda di halaman 1dari 30

Bil 1 2

Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran 2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Rajah 1: Rukun Negara - Rajah 2: Matlamat FPK - Rajah 3: Matlamat Pendidikan - Jadual 1: Elemen-elemen FPK dan Implikasinya 2.2 Konsep Sukatan Pelajaran 2.3 Hubungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (a) Intelek (b) Rohani ( c) Jasmani (d) Bakat (e) Akhlak ( f) Sosial (g) Nilai-nilai estetik 3.0 Kemahiran bahasa - Rajah 3 : Kemahiran bahasa 3.1 Kemahiran Bertutur 3.2 Kemahiran Membaca 3.3 Kemahiran Menulis 4.0 Pengisian Kurikulum i. Ilmu ii. Nilai iii. Kewarganegaraan iv. Kemahiran bernila tambah v. Peraturan sosiobudaya 5.0 Peranan saya sebagai guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6.0 Rumusan 7.0 Refleksi Kendiri 8.0 Bibliografi

M/S 2 3

13

16

5 6 7 8

23 28 29 30

1.0

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran pembelajaran secara berkesan, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk rujukan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran serta mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa,hasil pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis,mengungkap ilmu pengetahuan dari mata pelajaran lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir,maka Kurikulum Bahasa Melayu telah digubalkan.Ia bertujuan melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani,intelek dan sosial. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.

Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. 2.0 2.1 Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Konsep FPK

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

Rajah 1 : Rukun Negara

Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK.
3

Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Jadi, definisi bagi FPK ialah:

"Pendidikan di Malaysia adalah saatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut.

Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu Matlamat FPK

Percaya dan patuh kepada Tuhan


Bertanggungjawab kepada diri masyarakat agama dan negara

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Rajah 2 : Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:

Rajah 3 : Matlamat Pendidikan Sebagai kesimpulan, berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi menwujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manakala matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

2.1.1 Elemen elemen dalam FPK dan Implikasinya terhadap Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepeda beberapa elemen yang penting. Berikut adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:Elemen-Elemen FPK Pendidikan suatu usaha berterusan Implikasi Terhadap Pendidikan Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahanilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses ini berlangsung secara berterusan(dari kecil-akhir hayat). Ia jua merupakan pendidikan awal kanak- kanak untuk membentuk asas sahsiah (lingkungan 1-6 tahun). ini kerana sahsiah berkembang sepanjang tempoh sekolah.
5

Apabila tamat persekolahan setiap individu tingkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan berterusan ini uga membantu individu menyesuaikan dgn perubahan Perkembangan potensi individu Perkembangkan dan mempertingkatkan bakat, potensi dan kebolehan pelajar amat penting . ia boleh berlaku melalui interaksi sosial (manusia dan alam sekeliling). Daripada pendidikanlah pelajardiberi peluang untuk kembangkan bakat, potensi dan kebolehan. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu Bakat, potensi, kebolehan mesti dihubungkait bagi mengelak pertentangan antara satu sama lain.Peningkatan ini merangkumi 4 aspek iaitu aspek ,Jasmani ,Rohani ,Emosi dan Intelek. Insan yang seimbang dan harmonis Individu yang mempunyai kesihatan diri yang baik, kerohanian yang kuat iaitu percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik , emosi dan sahsiah yg baik serta mempunyai ilmu yg mendalam adalah individu yang seimbang. Ia akan menghasilkan individu yang mampu hidup harmonis dengan diri dan orang lain Unsur Intelek Setiap individu mesti mempunyai asas 3M (membaca, menulis, mengira). mereka perlu berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Mereka juga perlu berkemahiran untuk berfikir secara, kreatif ,kritikal dan relektif .disamping itu, mereka perlu berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Dalam hal ini ,individu perlu menyedari dan percaya kepada tuhan .ini menunjukkan kita bersyukur dengan Unsur Rohani pemberian tuhan. Seseorang juga perlu berakhlak mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu individu juga mesti memiliki dan Unsur emosi memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

Unsur Jasmani

Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ianya penting bagi mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Dan mereka juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat

Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

Setiap individu

wajib mengakui tentang kewujudan

Tuhan. Sebagai Pencipta manusia dan alam.Di samping itu, setiap insan harus menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.Oleh itu, Individu bertanggungjawab ke atas perbuatan dan tindakannya.Serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Setiap individu perlu menyintai ilmu pengetahuan.Mereka perlu berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.Serta berfikiran luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat

yang dan

berketrampilan kompetensi

mestilah diri.Oleh

mempunyai itu, mereka

kecekapan

mestilah berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta berpandangan jauh dan berinisiatif Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Setiap individu mestilah mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni yang baik dan moral prinsip hidup. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Individu yang bertanggungjawab boleh dipercayai oleh orang lain .Jesteru, seseorang mesti menyedari bahawa setiap tugas adalah amanah dan mesti dilaksanakan dengan baik.Mereka juga perlu menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.Di samping itu, mereka harus berusaha meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Untuk mencapai kesejahteraan diri, seseorang mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang. Selain itu, peru juga daya ketahanan yang kuat untuk meghadapi cabaran hidup.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara

Individu perlu berusaha memupuk perpaduan dengan sifat yang baik.Selain itu juga,kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan untuk mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Oleh itu, kita mesti mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Setiap individu harus mempunyai daya tahan fizikal & mental serta berkebolehan mengharungi cabaran dlm kehidupa

Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masayarakat dan Negara.

Dalam hal ini, setiap insan perlu mengamalkan serta menghayati Rukunegara sebagai amalan hidup. Kita juga perlu memupuk persefahaman keluarga mematuhi norma masyarakat semangat cintakan negara

Jadual 1 :Elemen elemen dalam FPK dan Implikasinya terhadap Pendidikan

2.2

Konsep Sukatan Pelajaran

Menurut Mok Soon Sang, sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahirankemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR) atau tingkatan (dalam kelas KBSM). Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya (Mok Soon Sang, 2010). Manakala menurut Tan Chee Yee, sukatan pelajaran merupakan dokumen utama dan rasmi yang menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Ia mengandungi butir-butir ringkas tentang mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid di sekolah. Sukatan mata pelajaran menjadi asas pengajaran di sekolah. Di Amerika Syarikat dan Kanada, sekolah mempunyai hak dan kebebasan untuk membentuk sukatan pelajaran sendiri dengan mengimbangkan perkara-perkara seperti soal sosial, budaya, keperluan dan lain-lain. Di negara kita, sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk semua darjah atau tahun di sekolah rendah dan menengah disediakan oleh Kementerian Pendidikan melalui
8

Pusat Perkembangan Kurikulum. Jadi, di Malaysia semua sekolah rendah dan menengah mempunyai satu sukatan pelajaran bersama. Dengan menggunakan sukatan mata pelajaran bersama dan dengan mengadakan kawalan dan peneyeliaan yang dibuat oleh Jemaah Nazir, peperiksaan berpusat dan Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya, Kementerian Pendidikan menjamin kualiti pendidikan yang Menurut Mok Soon Sang, sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan suatu matapelajaran tertentu. Sukatan mata pelajaran ini biasanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif-objektif dan kemahiran-kemahiran yang disusun mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR) atau tingkatan (dalam kelas KBSM). Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas semasa menyediakan rancangan kerjanya (Mok Soon Sang, 2010).

Manakala menurut Tan Chee Yee, sukatan pelajaran merupakan dokumen utama dan rasmi yang menerangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran. Ia mengandungi butir-butir ringkas tentang mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid di sekolah. Sukatan mata pelajaran menjadi asas pengajaran di sekolah. Di Amerika Syarikat dan Kanada, sekolah mempunyai hak dan kebebasan untuk membentuk sukatan pelajaran sendiri dengan mengimbangkan perkara-perkara seperti soal sosial, budaya, keperluan dan lain-lain. Di negara kita, sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran untuk semua darjah atau tahun di sekolah rendah dan menengah disediakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Jadi, di Malaysia semua sekolah rendah dan menengah mempunyai satu sukatan pelajaran bersama. Dengan menggunakan sukatan mata pelajaran bersama dan dengan mengadakan kawalan dan peneyeliaan yang dibuat oleh Jemaah Nazir, peperiksaan berpusat dan Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya, Kementerian Pendidikan menjamin kualiti pendidikan yang disampaikan kepada murid-murid di sekolah. Disamping itu juga Kementerian Pendidikan menyamakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran untuk semua murid di seluruh negara.Disamping itu juga Kementerian Pendidikan menyamakan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran untuk semua murid di seluruh negara.

2.3

Hubungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan

profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).
10

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya (a) Intelek FPK membawa erti, memberi tempat yang sewajarnya dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu.Harmonis pula, wujud keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan perkembangan rohani. Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani. Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.

11

(b) Rohani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilai nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia. (c) Jasmani Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi (d) Bakat Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat murid murid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat. (e) Akhlak Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa
12

Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi. (f) Sosial Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guru guru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid. (g) Nilai nilai estetik. Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.

3.0

Kemahiran Bahasa

Kemahiran adalah kebolehan semulajadi yang diperolehi oleh manusia yang menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke tahap maksimum. Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud system yang teratur berupa lambang lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu perasaan dan fikiran bahasa tersebut. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan
13

berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik perhatian murid murid agar ilmu yang disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan lisan seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas seperti mendengar dan bertutur.

Mendengar

Kemahiran Bahasa Bertulis Bertutur

Rajah 4 : Elemen-elemen kemahiran bahasa

3.1 3.1.1

Kemahiran Bertutur Definisi Kemahiran Bertutur.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat artikulator manusia iaitu sebutan. Merupakan kemahiran berinteraksi melibatkan penggunaan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Konsep ajukan dan tiruan ini perlu dikuasai untuk hasil pertuturan yang baik. Model yang baik sangat diperlukan untuk hasil tindak balas yang baik. Dalam ilmu linguistik, bahasa lisan atau pertuturan menggunakan bahasa akan menghasilkan interaksi dua hala yang sempurna berbanding bahasa tulisan. Hal ini kerana dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas.

14

3.1.2

Konsep Bertutur

Seperti yang telah diketahui, hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran mendengar adalah saling berkait rapat. Oleh itu, kemahiran bertutur melibatkan beberapa konsep iaitu : i. ii. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh individu. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya. iii. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya. iv. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur. v. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan. 3.2 3.2.1 Kemahiran Membaca. Definisi kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Pembacaan yang aktif akan menyebabkan seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain dalam kehidupan harian. Melalui pembacaan, individu dapat meningkatkan tahap pemikiran dan menjana idea kreatif dan kritis dalam pelbagai aspek. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Menurut Zulkifley Hamid (1994), membaca merupakan proses dinamik yang kompleks seperti membaca pantas, memahami dan mengingati fakta yang diperolehi serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Proses ini dinamakan komunikasi secara langsung dengan bahan bacaan. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya
15

3.2.2

Konsep membaca.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca tidak tertumpu kepada sifat mekaniknya, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, malahan membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca dapat membina proses pemikiran seperti kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat, memahami kehendak situasi dan asprasi masyarakat sekeliling, bina sikap dan cita cita serta fikiran yang terbuka dan positif. Psikolinguitik kognitif pula menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran lama yang menyatakan proses membaca merupakan cara mengenal kata kata dalam hati dan kemudian diproses dalam minda untuk mengetahui makna kata kata itu. Definisi ini seolah - olah mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca. Pembaca berperanan sebagai satu organisma yang pasif yang hanya menunggu proses pemahaman makna yang dibaca. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca dalam memahami material yang dibaca. 3.3 3.3.1 Kemahiran Menulis. Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.

16

Sebenarnya, menulis bermaksud segala kegiatan menterjemahkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat yang bermakna. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan individu. 3.3.2 Konsep Menulis. Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bersifat dinamik kerana ianya membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi menghubungkan segala isi pelajaran dengan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.

17

4.0

Pengisian Kurikulum

Setiap perkara meliputi matlamat dimana setiap matlamat tersebut mempunyai isi serta kepentingan-kepentingannya yang tertentu dimana jika dilihat dari sudut hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Ianya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bagi melengkapkan pendidikan tanpa sempadan, sudut pendidikan adalah nadi dimana pendidikan adalah aspek terpenting dalam pembangunan sesebuah negara yang bermula dengan pendidikan peringkat rendah dan bagi meralisasikan hasrat ini, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah.

Ilmu

Kewarganegaraan

Nilai

PENGISIAN KURIKULUM

Peraturan Sosiobudaya

Kemahiran bernilai tambah

Rajah 5 : Komponen Pengisian Kurikulum i. Ilmu Pengisian kurikulum merupakan aset penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sekolah rendah kerana terdapat beberapa sebab dimana antaranya dapat dilihat dari aspek pengetahuan yang
18

merangkumi pelbagai bidang ilmu sebagai contoh, ilmu bidang sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu bidang sains dapat digunakan dalam pelbagai terma berkaitan sains yang boleh memperkembangkan kemahiran bahasa dan juga ilmu pengetahuan. Kini, ilmu sains dan matematik juga dipelajari secara dwibahasa melalui Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dimana Bahasa Melayu tetap diambil kira dan dititik beratkan bagi pemahaman yang lebih mudah untuk pelajar. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pemerolehan ilmu juga dapat membantu murid terutama dalam menyelesaikan masalah serta

menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru akan memberi kesan serta input kepada minda pelajar dan mereka memproses pengajaran tersebut dimana ketika itulah mereka belajar dengan input-input yang disampaikan oleh guru. Komunikasi amat penting dan ia melibatkan pembukaan minda rangsangan pelajar dan isi yang ringkas melalui bahasa Melayu memudahkan pelajar.

ii.

Nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Melalui nilai murni, akan membentuk generasi yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu dimana ianya adalah amat penting dalam laluan bagi melahirkan generasi yang berbudi pekerti tinggi, berakhlak mulia dan mampu menjadi modal insan seterusnya bakal menjadi pemimpin yang dinamik pada masa depan. Aspek nilai sangat penting dalam penyerapan nilai murni dalam pendidikan bahasa Melayu untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia selain membantu melahirkan murid yang memiliki tahap keprihatinan mereka yang
19

semakin bertambah. Nilai penting untuk kehidupan manusia dari awal kelahiran hingga akhir hayat. In kerana kita sebagai orang Melayu hendaklah menghormati hak dan keistimewaan kaum lain serta saling menghormati antara satu sama lain bagi melahirkan suasana yang harmoni dan aman.

Perasaan seperti ini haruslah dipupuk sejak awal lagi terutama di sekolah rendah supaya murid-murid menyedari akan kepentingan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. iii. Kewarganegaraan Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Disini kita dapat lihat dimana pengisian kurikulum merupakan perkara positif yang dapat dicapai dan antaranya ialah unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada pemupukan semangat cinta dan taat tanah air. Buku-buku sejarah yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh sejarawan negara bertujuan mengekalkan sikap patriotik diri rakyat terhadap jasa-jasa wira-wira negara yang berjuang untuk kemerdekaan negara dimana cetusan jiwa bersemangat patriotik menjadikan kita rakyat yang berdikari dan tidak memerlukan penjajahan. Ini disebabkan oleh semangat patriotisme atau cinta kepada negara semakin pudar dan pupus di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam generasi kini dan masa depan Pemupukan unsur yang meluas bertujuan untuk melahirkan

warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara serta mendidik murid - murid supaya lebih prihatin tentang

keselamatan negara sekaligus melahirkan pemimpin yang mempunyai komitmen tinggi dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, unsure-unsur budaya barat amnya dapat dibendung bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotisme dan mengikut budaya orang Melayu yang kaya dengan adab serta budi pekerti yang sopan dan disanjungi.

20

iv.

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah alaf baru merangkumi beberapa kemahiran iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual dimana ia mengutamakan murid dalam mengaplikasikan kemahiran ilmu berteknologi baru dalam kehidupan seharian mereka yang sekaligus memudahkan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi selain pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pendedahan mengenai fungsi-fungsi kecanggihan teknologi moden kepada generasi baru amat penting kerana kita perlu seiringan dengan negara maju yang lain dan tidak sekali ketinggalan dek zaman. Kemahiran berfikir juga mempunyai kepentingannya tersendiri dimana kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur , membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

21

Kemahiran Berfikir Pembelajaran Konstruktivism e Kecerdasan Pelbagai KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Pembelajaran Kontekstual

Kajian Masa Depan

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Teknologi Maklumat


dan

Rajah 6: Komponen Kemahiran Bernilai Tambah

v.

Peraturan Sosiobudaya Peraturan sosiobudaya yang dikemukakan dalam kurikulum Bahasa Melayu mengambil kira kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Melayu. aspek peraturan sosiobudaya dapat ditafsirkan bahawa peraturan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Kesantunan dan laras bahasa penting dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan adat resam yang sangat sinonim dengan Melayu supaya murid murid dapat mengetahui ciri - ciri bagi kaum Melayu agar mereka dapat mengenali jati diri mereka sebagai kaum Melayu. Sebagai contohnya tidak melupai asal usul tanah air walaupun jauh berkelana mencari ilmu dan menguasai bahasa asing, tetapi tidak melupakan bahasa ibunda.

22

Laras Bahasa

Peraturan Sosiobudaya Kesantunan Peribahasa

Rajah 7: Komponen Peraturan Sosiobudaya Kesimpulannya, pengisian kurikulum adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga penting bagi guru kerana guru perlu bijak menyesuaikan murid dengan kaedah yang betul dalam memberi pengajaran kepada pelajar supaya pelajar mampu menerima input dengan mudah dan guru juga berperanan dalam menghasilkan strategi yang dinamik dalam memberi impak kepada pelajarnya dalam pendidikan.

5.0

Peranan saya sebagai guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sebagai seorang guru, saya haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. Saya juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Saya adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid
23

dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik. Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, saya memainkan peranan penting dalam mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan ialah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun, saya haruslah mulai mendidik kanakkanak dengan memberikan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Selain itu, saya dan pihak sekolah juga berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.Sebagai saya guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, saya juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka. Saya harus mengamalkan kemahiran professional. Saya merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, saya yang mempunyai kemahiran professional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasiyang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia kearah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007).Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapiera globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepadapandangan jauh dan luar biasa.Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasaipelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna danmengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
24

pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangkapendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai saya seorang guru menjadi pendorong pemikiran kritis dan kreatif. Saya boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, saya perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan saya seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab saya mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negaramenerusi pemikiran mereka.Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan. Saya bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan saya yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luarbilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh saya adalah penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan

menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan murid. Saya berperanan menggilap potensi murid-murid.Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara.Oleh itu, saya harus bijak

25

mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Saya bertindak sebagai pembentukan nilai/role model.Nilai merupakan kriteria

penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara. Menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyainilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental.Oleh yang demikian, saya haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh saya di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa murid. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, saya akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

26

7.0

Rumusan

Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui arus-arus modenisasi, konsep pembangunan modal insan amat ditekankan sebagai satu usaha menjadikan negara kita, Malaysia maju, yakni setaraf dengan negara-negara luar. Ini termasuklah demi pembangunan sejagat dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri serta selari dengan hasrat Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana tidak lama dahulu iaitu pada tahun 1988, tergubalnya sebuah garis panduan yang diberi nama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana oleh sebab falsafah inilah yang membentuk sistem pendidikan Negara seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya. Sesebuah falsafah yang digubal dalam sistem pendidikan sesebuah negara memainkan peranan yang amat penting. Falsafah pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan pandanganterhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Di dalamnya terkandung pelbagaihasrat untuk dilaksanakan yang menjadikan sistem pendidikan sebagai

modus operandinya. Maka dengan itu, sistem pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah pendidikan. Oleh yang demikian, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

terkandungnya garis panduan yang menjelaskan arah tujuan sistem pendidikan negara kita. Ia menjadi panduan setiap aktiviti pendidikan. Ia tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan hasrat negara kita dalam melahirkan ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara. Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan

wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan demi perubahan berlaku dari tahun ke tahun sebagai tujuan untuk menghasilkan peningkatan kuantiti produk-produk generasi baru yang berkualiti. Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang bersifat menyeluruh, sejagat dan bermotivasi. Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bersifat menyeluruh keranamelibatkan keempat-empat unsur dalam kehidupan kita. Unsur-unsur tersebut ialahrohani, jasmani, intelek dan sosial. Unsur-unsur inilah yang memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang. Individu yang seimbang inilah dijamin dapat memaju ke arah kemajuan negara yang tiada taranya. Tuntasnya, bagi menjayakan sebagai Falsafah guru, kita memainkan Kebangsaan. salah satu penggerak sosial, utama guru

Pendidikan

Sebagai

arkitek

27

mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu semata-mata, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan

transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara. Transformasi pendidikan ini termasuklah dalam menjana modal insan cemerlang dan memupuk minda kelas pertama.

28

8.0

Refleksi

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan. Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan peredaran zaman. Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang sedang dilaksanakan.. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa hadapan. Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak. Sekian, terima kasih.

29

9.0

Bibliografi

Chong Lean Keow (2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk PPPRPET. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Ee Ah Ming (1998), Pendidikan Di Malaysia II (Semester V). Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4, Kementerian Pendidikan Malaysia Ibrahim Mamat (1993), Kepimpinan Sekolah, Teori Untuk Praktis.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Falsafah Pendidkan Kebangsaan pendidikan-kebangsaan : http://www.slideshare.net/arthurjeo/1-asas-falsafah-

Falsafah Pendidkan Kebangsaan : http://www.slideshare.net/vhere1/bab-6-pendidikan-pkdan-fpg Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan : http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsepfalsafah-dan-falsafah-pendidikan.html

30

Anda mungkin juga menyukai