Anda di halaman 1dari 10

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

ISI KANDUNGAN
BAB 1 Hidup Perlu Ada Tujuan .........................................................................................4 BAB 2 Utusan Daripada Tuhan ..........................................................................................9 BAB 3 Kenapa Perlu Adanya Akhirat Tuhan ...................................................................18 BAB 4 Persiapan kita Menuju Akhirat .............................................................................22 BAB 5 Kehendak Seorang Manusia Akhirat ....................................................................27 BAB 6 Kenapa Mesti Relapse ..........................................................................................31 BAB 7 Pilihan Dalam Amalan ..........................................................................................33 BAB 8 Mencari Jalan Keluar Amalan ..............................................................................37 BAB 9 Antara Ujian Dan Bala .........................................................................................45 BAB 10 Kenapa Kita Di Uji .............................................................................................53 BAB 11 Ujian Yang Berjaya ............................................................................................58 BAB 12 Tanda Kita Berjaya .............................................................................................66 BAB 13 Pergi Dengan Tenang Berjaya ............................................................................76

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

MANUSIA umpama sebuah komputer. Komputer tidak boleh beroperasi tanpa hardware dan begitulah sebaliknya. Software pula perlu di-install dengan program dan begitu juga dengan manusia. Hardware bagi manusia adalah otak dan ia juga memerlukan software. Software ini juga perlu di-install dengan program. Oleh yang demikian, kita yang masih mempunyai iman dan akal yang waras, install-lah dengan program yang memberikan manfaat. Itu adalah satu perumpamaan. Namun adakalanya komputer yang telah di-install dengan pelbagai jenis program terdedah kepada virus. Maka kita memerlukan anti virus untuk memulihkannya. Begitu juga dengan manusia, adakalanya kita diserang dengan pelbagai jenis virus. Justeru itu seseorang itu memerlukan anti virus untuk memulihkan dirinya. Oleh itu, anti virus bagi manusia adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Adapun virus yang menyerang itu hanya sekadar untuk menguji sejauh mana kemampuan sesebuah komputer. Di sini virus yang menyerang manusia adakalanya hanyalah untuk menguji sejauh mana kemampuan manusia. Ia dikenali sebagai ujian. Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas dari diuji dengan pelbagai ujian. Tetapi yang menjadi persoalan, adakah kita keluar dari ujian itu sebagai seorang pemenang atau sebagai seorang yang kecundang. Marilah bersama kita cuba keluar dari ujian yang Tuhan berikan sebagai seorang pemenang dengan membaca tulisan ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

BAB 1 | Hidup Perlu Ada Tujuan


1.1. Dari Tuhan Kita Datang

Lahirnya manusia ke dunia ini adalah di atas kekuasaan daripada Allah SWT. Ibu merupakan medium perantara untuk melahirkan insan manusia. Apabila manusia telah dewasa dan berakal, mentaliti menyangka bahawa mereka datang daripada ibubapa. Alasan yang digunapakai kerana ibu yang melahirkan dan ibu tidak mungkin akan mengandung tanpa ayah. Jadi ada segelintir manusia membuat kesimpulan, manusia itu datang dari ibubapa. Malah yang lebih malang lagi, ada teori yang mengatakan manusia berasal daripada monyet. Itu adalah contoh bila mana berkata menggunakan akal sematamata tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis dalam membuat sebarang keputusan. Pada hakikatnya dalam Al-Quran dan Hadis secara terang-terangan telah menjelaskan kepada kita bagaimana manusia diciptakan, bak kata pepatah `yang terang lagi bersuluh`. Kenapa masih ada di antara kita yang masih mahu meragui perkara ini

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

sedangkan meragui perkara ini adalah termasuk dalam mempersekutukan Tuhan (syirik) yang merupakan dosa besar. Firman Allah SWT : Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Surah Al-Mukminun 12-14) Maka secara jelasnya, manusia itu dilahirkan ke dunia merupakan utusan dari Tuhan dan bukannya satu kebetulan. Kita bukan datang dari ibubapa tapi kita datang dari Tuhan. 1.2. Bukan Satu Kebetulan Dari setitis air mani seorang ayah yang mengandungi berjuta-juta sperma, ia akan berenang ke ovum si ibu. Walaubagaimanapun, hanya satu sperma sahaja yang akan bercantum dengan ovum. Hasil dari cantuman dan persenyawaan itulah yang akan membesar dan akhirnya akan lahir sebagai bayi. Mari kita perhatikan dan renungkan sejenak, dari berjuta-juta sperma yang berenang menuju ke ovum si ibu, hanya satu sahaja yang akan disenyawakan, hanya satu sahaja yang akan membesar sebagai bayi,

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

hanya satu sahaja yang akan dikandungkan, hanya satu sahaja yang akan dilahirkan dan hanya satu sahaja yang akan jadi juara. Ini bermakna kita dipilih oleh Tuhan untuk ke dunia dan kita merupakan juara yang telah berjaya menewaskan berjuta bakal manusia yang lain.

RENUNGAN : Kita ke dunia merupakan pilihan dan bukannya kebetulan. Dan tidak ada satu pilihan Tuhan itu yang salah.

1.3

Mencari Redha Dan Berkat Sudah tentu ada sebabnya mengapa kita dicipta oleh Tuhan, begitu juga

penciptaan makhluk lain. Masing-masing mempunyai sebab dan tujuan disamping memainkan peranan yang tersendiri. Tumbuhan contohnya, selain untuk makanan manusia, ia juga mengeluarkan oksigen untuk kegunaan kita. Binatang, selain untuk kegunaan manusia, ia juga merupakan aset terpenting bagi mengimbangi sistem ekologi alam. Jadi secara amnya boleh kita katakan disini adalah Tuhan tidak ciptakan kita tanpa tujuan. Maka sudah pasti apa sahaja yang Tuhan jadikan di atas muka bumi ini ada sebabnya. Mungkin kita sering tertanya-tanya. Apakah tujuan kita dicipta? Aku hidup ini untuk apa sebenarnya? Kenapa Tuhan ciptakan aku? Dan berbagai-bagai persoalan yang timbul dalam fikiran kita. HAK CIPTA TERPELIHARA 2012 6

Malah yang lebih malang lagi, ada yang sudah menjangkau usia 40-an pun masih belum mengetahui faktor manusia itu diciptakan.

Pastikan apa matlamat hidup anda? (Gambar hiasan)

Apa yang dapat disimpulkan bahawa, kita hidup di atas bumi yang nyata dan fana ini adalah mencari redha dan berkat. Persoalannya sekarang, bagaimanakah caranya kita mencari redha? Jawapan yang cukup mudah dan saya yakin kita semua mampu melakukannya. Jawapannya adalah, apabila ibubapa redha kepada kita, nescaya Tuhan akan redha ke atas kita. Itu adalah cara yang paling mudah untuk mencari redha. Redha Tuhan terletak pada redha ibubapa - Hadith Bagaimana pula dengan berkat? Bila adanya redha, pasti dengan sendirinya

berkat itu akan datang jua. Ia datang tanpa diundang. Berkat juga merupakan sesuatu yang abstrak. Ia tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasa, bukan dirasa melalui pancaindera tetapi melalui hati naluri, umpama kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.

HAK CIPTA TERPELIHARA 2012

Bagaimana untuk kita mengetahui adakah kehidupan di bawah cahaya keberkatan. Pertama, cuba kita perhatikan keadaan di sekeliling, pernah atau tidak kita lihat sebuah keluarga yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, wang belanja tidak cukup tetapi mampu untuk menghantar semua anak-anaknya ke sekolah dan akhirnya berjaya.

Perasan atau tidak, sebuah keluarga yang sederhana, belanja sekadar cukup makan, tetapi hidup dalam keadaan harmoni, aman sejahtera dan hormat menghormati sesama adik beradik Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka ini seolah-olah mencukupi. Kurang pun tidak, lebih pun tidak. Hidup rasa tenang, jiwa pun rasa tenteram. Dalam adik beradik sepakat, hidup dalam keadaan muafakat. Itulah contohnya bila kita hidup dalam keberkatan. Tidak memerlukan duit yang banyak untuk berkat. Tidak perlu rumah yang mewah. Tidak perlu kereta yang besar. Apa yang perlu hanyalah rezeki yang halal, hindari maksiat, istiqamah beribadat, berbuat baik HAK CIPTA TERPELIHARA 2012 8

kepada ibu bapa, rasa cukup dengan apa yang ada (bersederhana) eratkan silaturahim, ia termasuk dalam konsep keberkatan. Kedua, kita perhatikan sekali lagi keadaan di sekeliling kita, ada orang yang berduit banyak, tetapi hatinya tidak tenang, risau duitnya itu disamun. Selain itu, ada orang yang rumahnya mewah tetapi jiwanya tidak tenteram. Ada juga orang yang keretanya besar tetapi seringkali mengalami kemalangan, dan ada orang yang mempunyai anak tetapi anaknya menjadi duri dalam daging kepadanya sendiri. Tambahan pula ada orang yang berumahtangga tetapi asyik bergaduh suami isteri, anak-anak tidak muafakat, bergaduh sesama saudara mara. Rasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki sedangkan harta bertimbun, rumah bertingkat-tingkat, kereta bersusun, projek berjuta dan berbagai lagi harta dunia. Ini adalah beberapa contoh mereka-mereka yang tidak berkat dalam hidupnya. Bandingkanlah yang pertama dengan yang kedua. Gunakanlah akal yang waras dan iman yang tulus dalam membuat penilaian. Saya yakin anda mampu menilainya.

BAB 2: Utusan Daripada Tuhan


Sebagai seorang Muslim, kita wajib

mempercayai tentang adanya nabi dan adanya rasul. Kita sedia maklum mengenai berapa

bilangan mereka, iaitu 25 bagi rasul dan 313 bagi nabi. Kita juga sedia maklum Nabi dan Rasul HAK CIPTA TERPELIHARA 2012 yang diutuskan itu adalah untuk 9

menyampai dan menyebarkan agama Islam. Dan kita juga sedia maklum yang Allah utuskan nabi dan rasul ini adalah untuk membawa manusia dari lembah kesesatan ke arah lembah kebaikan. Mari kita ambil beberapa kisah nabi dan rasul untuk kita renungi bersama. Kisah Nabi Musa : Kita sedia maklum mengenai kisah Nabi Musa yang hidup di istana Firaun yang zalim. Firaun yang memerintah Mesir adalah seorang raja yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Firaun memerintah negaranya dengan kekerasan, penindasan dan melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Rakyatnya hidup dalam ketakutan dan rasa tidak aman mengenai jiwa dan harta benda mereka. Mereka berasa tidak tenteram dan selalu di dalam keadaan gelisah, walaupun berada di dalam rumah mereka sendiri. Pada suatu hari Firaun telah terkejut oleh ramalan seorang ahli nujum kerajaan yang dengan tiba-tiba datang mengadapnya dan memberitahu bahawa menurut firasat falaknya, seorang bayi lelaki akan dilahirkan kemudian akan menjadi musuh kerajaan bahkan akan membinasakannya. Lantas Firaun segera mengeluarkan arahan agar semua bayi lelaki yang dilahirkan di dalam lingkungan kerajaan Mesir dibunuh, malah setiap perempuan hamil menjadi perhatian tenteranya pada saat melahirkan bayi. Tetapi Firaun tidak sedar bahawa kehendak Tuhan tidak dapat dihalang dan Tuhan telah berfirman KUN pasti akan jadi dan FAYAKUN pasti menjadi kenyataan. Tidak ada satu kuasa yang mampu halang dan tidak ada satu kekuatan yang mampu menggagalkan kuasa Tuhan. Firaun sesekali tidak terlintas dalam fikirannya itu, bahawa kerajaannya yang megah, menurut apa yang telah tersirat dalam Lauhul Mahfuz, akan ditumbangkan oleh seorang bayi yang HAK CIPTA TERPELIHARA 2012 10