Anda di halaman 1dari 43

BAB 4 PEMAHAMAN KOMSAS

SOALAN 2: PEMAHAMAN KOMSAS OBJEKTIF : 18/26 MARKAH

[26 markah]

121

Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden (i) (ii) (iii) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks)/maksud rangkai kata KBKK (Pendapat) Komsas (Persoalan/nilai/pengajaran/latar/perwatakan)

(9 markah) [2 markah] [3/4 markah] [3/4 markah]

Soalan 2(c) : Petikan Klasik (i) (ii) (iii) Pemahaman Teks (Maksud rangkai kata/ fakta dalam teks) Pemahaman Teks (Fakta dalam teks) KBKK (Pendapat)

(8 markah) [2 markah] [2/3 markah] [3/4 markah]

Soalan 2(d) : Petikan Puisi (i) (ii) (iii) Pemahaman teks (Fakta dalam teks)/maksud rangkai kata KBKK (Pendapat) Komsas (Persoalan/nilai/pengajaran)

(9 markah) [2/3 markah] [3/4 markah] [3/4 markah]

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

1.

Cara menulis jawapan: Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap Ambil sebahagian soalan/kata kunci soalan dan gabungkan dengan isi /fakta. Sekiranya banyak isi/fakta diberikan, pelajar akan mendapat 1 markah sahaja jika menulis dalam bentuk fakta/point/nota. Tulis bilangan isi/ fakta berdasarkan jumlah markah (satu isi untuk satu markah / 3 isi untuk 3 markah calon digalakkan mengemukakan idea lebih daripada pemberatan markah). Soalan berbentuk komsas perlu disertai dengan contoh.

2.

3.

4.

122

5.

Bagi menjawab soalan berkaitan pemahaman teks, pelajar diminta menggariskan kata kunci dalam soalan. Kemudian, cari kata kunci tersebut dalam petikan untuk mendapat jawapan dan gariskan kata kunci tersebut. Cari sekurang-kurangnya tiga isi.(Soalan ini sangat membantu pelajar lemah untuk lulus). Bagi soalan berbentuk pendapat (langkah/usaha/cara dan faktor) kata kuncinya ialah: PIHAK CARA/FAKTOR

6.

-individu -> khususkan belia/remaja pengguna/ dsb. -ibu bapa --guru/ sekolah -rakan sebaya -masyarakat -media massa --media cetak--akhbar/ Majalah -media elektronik -televisyen/radio -kerajaan-(khususkan kementerian/ jabatan) -pihak swasta

CARA-CARA : - mesti - perlu - wajar - hendaklah - seharusnya - tidak sepatutnya

FAKTOR : -tidak

-sedar akan -melaksanakan -memastikan -menyenaraihitamkan -menguatkuasakan -memperbanyak -memperkemas -menambahkan -mengurangkan -mendidik -menubuhkan -menyiarkan -mengenakan -menurunkan -meningkatkan -mengenakan -membina -menerapkan -mengelakkan -menjelaskan -mewajibkan -menggalakkan -melindungi -memupuk

7. Cara menjawab soalan berbentuk KOMSAS

123

Nilai murni

Keprihatinan Contohnya...

Latar Persoalan Masyarakat ialah masyarakat persoalan sikap prihatin seorang yang prihatin akan nasib malang orang pemuda yang akan nasib lain prihatin malang orang lain.Contohnya.. Contohnya.... Contohnya... Perwatakan .ialah seorang ibu yang penyayang Contohnya... masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain persoalan kasih sayang sesama manusia Contohnya...

Pengajaran kita mesti prihatin akan nasib malang orang lain supaya mereka tidak berasa tersisih.Contohnya... kita hendaklah saling menyayangi supaya hubungan silaturahim dapat dipererat Contohnya...

kasih sayang Contohnya...

Keberanian Contohnya...

ialah masyarakat seorang lelaki yang berani yang berani menempuh cabaran Contohnya... Contohnya... masyarakat yang bersedia membantu mereka yang berada dalam kesusahan Contohnya...

persoalan keberanian menempuh cabaran Contohnya...

kita hendaklah berani menempuh cabaran supaya dapat meningkatkan kematangan diri Contohnya...

ialah seorang kawan yang bantu-membantu suka Contohnya... membantu Contohnya...

persoalan kesediaan kita harus membantu membantu mereka yang golongan yang berada dalam kesusahan memerlukannya supaya mereka dapat menjalani Contohnya... kehidupan yang lebih sempurna Contohnya...

Modul PERHALUS tidak memberi penekanan kepada soalan berbentuk memberi maksud perkataan /frasa /rangkai kata .

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (b), 2 (c) dan 2 (d) Soalan 2 b (i) / 2 c (i/ii) / 2 d (i) Jawapan untuk soalan ini terdapat dalam petikan yang telah diberikan.

124

Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan dalam petikan (perlu cari tiga jawapan). Ketika menulis jawapan, calon perlu menyalin separuh daripada ayat soalan dan disambung jawapan yang telah dicari dalam petikan serta menggunakan dua penanda wacana. Contohnya:

. (salin separuh daripada soalan) ialah .. . Selain itu, . Seterusnya,

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Assalamualaikum, bonda. Dia menjawab antara dengar dan tidak. Takjub sebentar mendengar suara daripada ketulan 12 sentimeter yang terapung sepertinya. Dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia? Bonda. Bonda? dia digoncang tanya. Lapan tahun dia menunggu panggilan keramat itu dengan sabar yang menekan resah naluri. Sekian hari, dia berharap dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir lima bulan lagi, zuriatnya selamat menembusi pintu rahim ke alam dunia. Dengan menolak kecelaruannya, dia menguak merapati janin itu. Bibirnya terkatup rapat. Inikah suara yang bersuara dengan bibir terkunci? Itulah istimewa pertalian kita. Bonda boleh mendengar suara hati dan suara akal anakanda. Sebaliknya juga.

(Dipetik daripada cerpen Tanggar Amanat oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 181)

i.

Apakah bukti bonda mengandung? markah) JAWAPAN 1:

(3

125

Bukti bonda mengandung ialah dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia.

(Jawapan yang begini calon akan mendapat 1 markah sahaja. Hal ini demikian kerana calon hanya menyalin jawapan daripada petikan tanpa menukar kepada ayat sendiri)

ATAU JAWAPAN 2: Bukti bonda mengandung ialah janin di dalam perutnya bergerak-gerak. Selain itu, janin tersebut mempunyai tangan, jari dan kaki. Seterusnya, dia dapat merasakan kepala janinnya mempunyai rambut.

(Jawapan yang begini calon akan mendapat 3 markah. Hal ini demikian kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan jawapan daripada petikan)

Soalan 2 b (ii) / 2 c (iii) / 2 d (ii) Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri. Calon perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah = 3 idea) Calon perlu menyalin separuh daripada soalan sebelum menulis jawapan yang lengkap.

126

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah bonda sangat gembira? markah)

(3

JAWAPAN : Pada pendapat saya, bonda sangat gembira kerana dia telah mengandung. Selain itu, penantiannya yang begitu lama untuk mendapatkan anak telah termakbul. Seterusnya, dia berasa bahawa kandungan itu dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan akan menjadi seorang isteri yang sempurna. (Jawapan yang begini calon akan mendapat 3 markah. Hal ini demikian kerana calon membina ayat sendiri berdasarkan idea yang logik)

Soalan 2 b (iii) / 2 d (iii) Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Assalamualaikum, bonda. Dia menjawab antara dengar dan tidak. Takjub sebentar mendengar suara daripada ketulan 12 sentimeter yang terapung sepertinya. Dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia? Bonda. Bonda? dia digoncang tanya. Lapan tahun dia menunggu panggilan keramat itu dengan sabar yang menekan resah naluri. Sekian hari, dia berharap dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir lima bulan lagi, zuriatnya selamat menembusi pintu rahim ke alam dunia. Dengan menolak kecelaruannya, dia menguak merapati janin itu. Bibirnya terkatup rapat. Inikah suara yang bersuara dengan bibir terkunci? Itulah istimewa pertalian kita. Bonda boleh mendengar suara hati dan suara akal anakanda. Sebaliknya juga. (Dipetik daripada cerpen Tanggar Amanat oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 181)

iii. Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan dua nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen tersebut . (3 markah) JAWAPAN : Satu nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah nilai kesabaran. Sebagai contohnya, Hawa sabar menunggu selama lapan tahun untuk menimang 127

cahaya mata. Dua nilai murni lain daripada keseluruhan cerpen ialah nilai kasih sayang. Sebagai contohnya, Hawa amat mengasihi anaknya walaupun anak kandungannya baru empat bulan. Selain itu, nilai kerajinan. Sebagai contohnya, Hawa rajin bekerja untuk memajukan warisan keluarga peninggalan Ahmad Abdullah sehingga dia tidak sanggup meninggalkan tanah kelahirannya. (Jawapan yang begini akan mendapat 3 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 1 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Pahlawan Buntung)

128

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Geraarrrrrr! Aku terduduk. Detakan debar yang maha kencang dalam dadaku, menyebabkan aku terduduk. Rentetan terus-menerus mengotori malam kampung kami. Pulau Pak Amat dibisingi bunyi bedilan dan ledakan yang entah mengapa. Dalam keadaan malam yang mencekik suara kami, tiba-tiba kudengar beduk subuh. Beduk dari Kampung Tuk Lukup. Tidak kudengar beduk dari kampungku sendiri. Mengapa? Kudengar hingar-bingar daripada jiran-jiran. Ayahku bangun. Bukan. Ayahku hanya berdiri di atas lututnya saja. Kami dapat melihat api yang sedang menjulang di sebelah matahari jatuh. Ya Tuhan! aku berseru dalam hati. Perang! sepatah keluar daripada mulut ayahku. Aku terhenyak semula ke dalam punggungku. Suatu ledakan menyala berhampiran pagar ubi kayu yang aku tanam. Kebisingan sudah merasuk dari sebelah-menyebelah. Kudengar ada tapak berlari di halaman rumah kami. Hassan! laungan pendek dan tajam menyeru nama ayahku. Jepun melanggar! suara itu membantu menyalakan kegelapan dalam dada kami. Ibuku meraung kecil. Abang dan adikku juga. Kami berkumpul rapat-rapat seolah-olah menyatakan perpaduan kami. Biarlah kami berhangus dalam keluarga. Tidak! Aku tiba-tiba membentak kepada hatiku sendiri. Tapi ayahku lebih dahulu bertindak sebelum aku berkata apa-apa. Keluar! Meniarap di tanah! perintahnya. Kami berbondongan terjun ke tanah. Ibuku menyebut nama Allah tidak berhenti-henti. Geraarrrr! Api menyembur ke mana-mana, mencerahkan halaman rumah kami. Aku berkumpul dekat ibuku. (Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung oleh S. Othman Kelantan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 halaman 126 & 127)

i.

Apakah yang dilakukan oleh keluarga Hassan apabila dia memberitahu Jepun sudah menyerang kawasan mereka? (3 markah)

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah mereka takut akan peperangan?

(3 markah)

iii.

Jelaskan satu pengajaran yang diperoleh daripada petikan dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 2 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong) 129

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Siew Lan, sudah beranak, jawab Bibik. Huh, baguslah! Anak apa, jantan ke betina? tanya Mak Timah lagi. Mana ada jantan, betina. Ini bukan kucing, jawab Bibik sedikit sinis. Perempuan, kita orang tak begitu suka anak perempuan, lagi-lagi yang ini, kata-kata Bibik terhenti. Mengapa yang ini? Kenapa? Mak Timah ingin tahu. Kecil, dua paun setengah, macam buah betik. Doktor tahan dekat hospital, tak kasi balik, Bibik memberi keterangan lanjut. Dulu, belum dia beranak, kita pergi tengok datok. Kata datok ini anak tak guna, bawa sial. Sekarang Siew Lan susah hati, Bibik memberi keterangan lanjut. Mana datok Bibik pergi tengok? Mak Timah bertanya ingin tahu. Itu kita punya loktanglah. Kita punya bangsa itu macam, anak belum beranak kita pergi tanya datok, tengok dia punya nasib, ada baik atau sueh, Bibik memberi keterangan lanjut. Mak Timah hairan melihatkan cara kehidupan Bibik, bernujum dan berdatok. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong oleh Mohamed Latiff Mohamed, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 halaman 139 & 140)

i.

Apakah yang dilakukan oleh Siew Lan sebelum melahirkan anak dan pendapat tukang tilik berkenaan dengan anak dalam kandungan tersebut? (3 markah)

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah mereka percaya kepada tukang tilik?

(3 markah)

iii.

Jelaskan satu persoalan yang diperoleh daripada petikan dan dua persoalan daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 3 130

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Idola karya Zaen Kasturi)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sepanjang persembahan tu dia duduk berteleku di tepi pentas, memerhati setiap gerakgeri hero, dan sesekali dia merasakan ketika itu bahawa dialah sebenarnya hero. Apakah daya aku hanya si penjaga penggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si pengaja penggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan. Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana? Si panjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya. Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya untuk menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi hero, namun aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataan ini. Kerusi-kerusi tetap kaku. (Dipetik daripada cerpen Idola oleh Zaen Kasturi, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 halaman 146 & 147)

i. ii.

Nyatakan keadaan tempat tinggal si penjaga penggung.

(3 markah)

Pada pendapat anda, mengapakah si penjaga penggung menyimpan hasrat untuk menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan bangsawan itu? (3 markah) Jelaskan satu latar masyarakat yang diperoleh daripada petikan dan dua latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen. (3 markah) LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 4 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala) 131

iii.

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekali ini, hati batu Kapten Mamat menjadi lembut benar. Dia tahan melihat mayat Bahrum mati berdarah. Tetapi, tidak sanggup melihat janda dan dua orang anaknya yang tinggal. Wajah dan tangisan mereka merupakan suatu gambaran dunia yang penuh laknat. Siapakah tidak terharu melihat anak yang baru kehilangan bapa bertanyakan mana bapanya? Siapakah tidak kesihan melihat isteri yang baru kehilangan suaminya? Menyaksikan anak dan isteri yang menanggung duka dan nestapa, suatu penyeksaan bagi Kapten Mamat, tetapi jika sudah berdepan, dipaksanya menahan segala kemungkinan. Sifatnya yang lemah itu diatasinya dengan gagah. (Dipetik daripada cerpen Penanggungan oleh Wijaya Mala dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 157).

i.

Mengapakah Kapten Mamat menjadi berubah daripada berhati batu kepada berhati lembut? (2 markah)

ii. Sekiranya anda sebagai Kapten Mamat, wajarkah anda bersedih akan peristiwa tersebut? (3 markah)

iii. Jelaskan satu nilai murni yang diperoleh daripada petikan dan dua nilai murni lagi daripada keseluruhan cerpen. (4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 5

132

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Hutan Rimba karya Sasjira)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin juga berjuta-juta tahun iklim alam mengambil masa menenun buasana hijau untuk bumi, tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air bening mengalir di sudut kelopak mata. (Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba oleh Sasjira, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 67)

i.

Mengapakah dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda? markah)

(3

ii.

Pada pendapat anda, apakah kesan pemusnahan hutan? markah)

(3

iii. Jelaskan satu pengajaran yang diperoleh daripada petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

133

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 6 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Tanggar Amanat karya Amaruszati Noor Rahim)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. keteguhan prinsip biar berpada, Hawa . Tempat ini akan runtuh dan hancur. Mengapa kita harus menunggu, menerima risiko terperuk jauh ke perut bumi? Adam memberi pandangan mohon dimengerti. Abang takut mati? dia menghadiahi pandangan menguji. Setiap kita akan mati. Ya, tapi bukan menunggu begini. Lahir saya di sini , mati saya biarlah juga di sini. Belum tentu, sayang. Bayangkan taman nasional ini meletup, lahar panasnya terpelanting jauh ke atmosfera, kemudian jatuh entah ke mana. Kita juga akan terpelanting, lebur, dan berkecai entah ke mana. Dia terkebil-kebil memandang Adam, suaminya yang sabar memujuk lembut dengan kesabaran entah berapa lapis menghadapi kedegilan seorang isteri. Kita tidak mungkin berkubur di Yellowstone. Barangkali terpelanting ke Boston, entahentah ke Miami, mungkin juga ke lain. Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke barat.

(Dipetik daripada cerpen Tanggar Amanat oleh Amaruszati Noor Rahim dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 177-178)

i.

Apakah yang akan berlaku di Yellowstone? markah)

(2 isterinya meninggalkan (3 markah)

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Adam memujuk Yellowstone?

134

iii. Nyatakan satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain dalam keseluruhan cerpen. (3 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 7 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kapten Mamat terus mengenangkan yang malang, yang berlinang air mata, yang menanggung rindu dendam, yang kehilangan dan berasa hampa. Itu anak-anak dan janda yang tinggal, menambah besar kumpulan mereka yang menderita. Penderitaan yang tidak pernah lepas daripada tiap-tiap manusia. Berkerut dahi Kapten Mamat mngenangkan Baharum yang terbunuh di dalam kapalnya. Dia menggelisah, menanggung rasa yang menekan dan menikam hatinya. Kalau dikenangnya nasib diri, terbayanglah hidup yang pahit dan getir, menyengkang mata, dan mengikat perut. Kadang-kadang mempertaruhkan nyawa menjalakan kewajipan sehari-hari. Malah, Kapten Mamat dan kumpulannya menjadi tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni, tetapi ada kalanya, kelasi menerima tuduhan menderhaka di dalam kapal. Ada kalanya dibuang kerja dalam masa 24 jam. (Dipetik daripada cerpen Penanggungan oleh Wijaya Mala dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 155-156)

i.

Mengapakah Kapten Mamat terkenang akan Baharum yang terbunuh di dalam kapalnya berdasarkan dalam petikan di atas? (3 markah)

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Kapten Mamat sangat terharu?

(3 markah)

iii. Nyatakan satu perwatakan Kapten Mamat yang diperoleh daripada petikan dan dua perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut . (3 markah)

135

LATIHAN SOALAN 2 (b) : LATIHAN 8 Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Cerpen Hutan Rimba karya Sasjira)

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku ingin unggas dan mergastua kembali mendiami hutan belantara yang rimbun, suara serak Pak Tua cuba berteriak. Semakin kejap matanya terpejam, tetapi dalam gelap pejaman mata Pak Tua yang terpamer hanyalah bangkai-bangkai binatang yang mulai membusuk. Sudahlah tu, paknya. Tak perlu menyesal. Kita bukannya sengaja mahu merosak harta warisan alam ini. Kita Cuma cari makan. Terdengar selamba suara Mak Tua. Dia sedang menyiang ikan tapa untuk dimasak gulai asam pedas. Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai dalam hutan tempat kem-kem balak yang didiami oleh mereka. Kalau ya pun kita cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan, keluh Pak Tua. Allah dah bagi rezeki kita di sini, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia. Lihat anak-anak kita yang membesar dan mampu kita sekolahkan hingga peringkat yang paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa. (Dipetik daripada cerpen Hutan Rimba oleh Sasjira, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, halaman 168)

i.

Apakah harapan Pak Tua terhadap hutan? markah)

(3

ii.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memlihara hutan? markah)

(3

136

iii. Jelaskan satu pengajaran yang diperoleh daripada petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (c) : LATIHAN 9 Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional (Pelayaran yang penuh peristiwa) Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pergi kaupanggilkan budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu!perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Si Kembang Cinanya. Awang Sulung berhelah, katanya dia hanya menjadi penunggu reban dan penyapu rumah saja. Pergi kau sekali lagi memujuknya dengan bahasa yang lemah lembut. Hai Kakak Kembang, bagimana hendak melawan, tangan dan kakiku sakit-sakit! Mendengar alasan itu tahulah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apa yang mesti diberi kepada Awang Sulung itu lalu disuruhnya Si Kembang Cinanya mengambil limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung pergi mandi. Turunlah Awang Sulung mandi lalu menggosok badannya; sekali menggosok limau, dua tiga panau tercelik; hilang cahaya bulan, timbul cahaya panaunya.

(Dipetik daripada Pelayaran yang penuh peristiwa dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)

ii.

Apakah helah yang diberikan oleh Awang Sulung apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memintanya melawan Bajak Laut? (2 markah)

137

Helah yang diberikan oleh Awang Sulung apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memintanya melawan Bajak Laut ialah _______________________________________________________ ______________________________________. Selain itu, _____________________________ ____________________________________. Seterusnya, ____________________________ ___________________________________________.

iii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan lanun dapat dibanteras? markah)

(4

Pada pendapat saya, kegiatan lanun dapat dibanteras dengan __________________________ ____________________________________________________________________________ dan _________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Selain itu, ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ dan _________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

138

LATIHAN SOALAN 2 (c) : LATIHAN 10 Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional (Merah Silu)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan MalikulNasar di Rimba Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar,Hai, segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya Antara mereka yang hadir itu seorang bernama Tun Aria Benong. Tun Aria Benong tiada mahu Merah Silu dijadikan raja. Ujarnya,Jikalau ia kita jadikan raja, nescaya anak cucu kita diperintahnya.

(Dipetik daripada Merah Silu dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) ii. Apakah alasan Megat Iskandar mahu melantik Merah Silu sebagai raja? (2 markah)

iii.

Pada pendapat anda, wajarkan Merah Silu dijadikan raja di Rimba Jerun? Berikan tiga alasan.

(4 markah)

139

LATIHAN SOALAN 2 (c) : LATIHAN 11 Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga itu seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian! Maka sembur lembur dan naga itu katanya, Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian! Maka Indera Nata pun segeralah menarik tali gajah itu lalu dibawanya naik ke atas lembur dan naga itu pun menyeberangkanlah. Setelah sampai ia di seberang maka raksasa itu pun datanglah ke tepi laut. Maka tangannya disorongkan ke laut serta datang pertengahan laut itu Maka lembur dan naga itu pun segeralah menarik tangan raksasa itu dua laki isteri dibawanya ke dalam laut. Hatta maka raksasa itu pun lemahlah dan ia pun matilah kedua laki isteri.

(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

ii.

Bagaimanakah cara Indera Nata membunuh raksaksa dua laki isteri?

(2 markah)

iii.

Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh lembur dan naga? (4 markah) 140

LATIHAN SOALAN 2 (c) : LATIHAN 12 Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hai Tiung , apakah bicaramu bahawa aku sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam ini? Maka diceterakannya perihalnya ia berahi itu. Setelah tiung itu mendengar kata Bibi Zainab maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah takutkan akan Allah dan malu akan Nabi SAW. Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala, ditegahkan Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah Tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan menduakan suaminya bahawa sesungguhnya dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insyaAllah Taala tuan yang laki-laki pun bangat cepat akan dating. Jikalau diketahuinya kelak tiadalah tuan malu dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini. (Dipetik daripada Hikayat Khoja Maimun dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

ii.

Nyatakan alasan burung tiung menghalang Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja? (3 markah)

iii.

Pada pendapat anda, mengapakah seorang isteri harus mentaati suaminya? (3 markah) 141

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 2 (d)

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN EMPAT KERAT (Budi) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i.

Berikan maksud sebagai hutang seribu tahun.

(2 markah)

142

Maksud sebagai hutang seribu tahun ialah tidak mungkin dapat dibalas selamalamanya.

ii.

Pada pandangan anda, apakah tiga kesan positif yang diperoleh oleh orang yang berbudi atau berjasa. (3 markah)

Kesan positif

orang yang berbudi atau berjasa ialah mereka akan dikenang dan

diingati walaupun telah tiada. Selain itu, mereka akan dihormati oleh masyarakat. Seterusnya, mereka akan diredai oleh Tuhan.

iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam pantun empat kerat (budi)

(4 markah)

Nilai yang terdapat dalam pantun empat kerat ialah nilai berbudi bahasa. Sebagai contohnya, rajin menabur budi ketika kita masih hidup. Selain itu, nilai kasih sayang. Sebagai contohnya, kasih sayang yang dicurahkan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Seterusnya, nilai mengenang budi. dikenang orang walaupun sedikit. Sebagai contohnya, budi yang ditabur akan

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut

(3 markah)

Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah kita hendaklah berbudi bahasa. Sebagai contohnya, kita hendaklah rajin menabur budi ketika kita masih hidup. Selain itu, kita hendaklah menyayangi orang lain. Hal ini demikian kerana kasih sayang yang dicurahkan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Seterusnya, kita 143

hendaklah mengenang budi. Hali ini juga kerana budi yang ditabur akan dikenang orang walaupun sedikit.

iii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut

(4 markah)

Dua persoalan pantun ialah ketinggian budi seseorang akan menyebabkan beliau dihormati dan disanjung. Selain itu, terdapat persoalan sikap mengenang budi iaitu budi yang baik akan dikenang dan mengikat hubungan sesama manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi.

144

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 13 Soalan 2 (d) Puisi (Gurindam 12 Fasal Yang Keenam)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan setiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam gurindam.

(4 markah)

Nilai yang terdapat dalam gurindam ialah ____________________________________. Sebagai contohnya, ____________________________________________________. Selain itu, nilai _________________________________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________.

145

Seterusnya, nilai _______________________________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________.

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.

(3 markah)

Pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut ialah kita hendaklah _____________________________________________________. Sebagai contohnya, kita hendaklah __________________________________________________________. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah ______________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah __________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________.

146

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 14 Soalan 2 (d) Puisi (Seloka Emak Si Randang)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SELOKA EMAK SI RANDANG Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i.

Apakah yang telah dilakukan oleh Emak Si Randang yang tidak boleh dicontohi dalam seloka di atas. (3 markah)

Perkara yang telah dilakukan oleh Emak Si Randang yang tidak boleh dicontohi dalam seloka di atas ialah ______________________________________________________, ________________________________ dan __________________________________. 147

ii.

Pada pendapat anda bagaimanakah cara yang baik untuk melayani tetamu yang datang ke rumah kita. (4 markah)

Cara yang baik untuk melayani tetamu yang datang ke rumah kita ialah _____________ ________________________________, _________________________________ dan _______________________________ serta __________________________________.

iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam seloka. (4 markah)

Nilai yang terdapat dalam seloka ialah nilai ___________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________ ____________________________. Selain itu, nilai ____________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________. Seterusnya, nilai_____________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________________________.

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.

(3 markah)

Pengajaran yang terdapat dalam seloka ialah kita hendaklah ____________________ ________________________________________. Sebagai contohnya, kita hendaklah ______________________________________________________________________. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah ______________________________________. Sebagai contohnya, _____________________________________________________. 148

iii

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut.

(4 markah)

Persoalan seloka ialah___________________________________________________. Sebagai contohnya, ____________________________________________________. Selain itu, terdapat persoalan _____________________________________________. Sebagai buktinya, ______________________________________________________.

149

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 15 Soalan 2 (d) Puisi (Syair Definisi Orang Berakal)

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Orang berakal sungguhlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja. Apabila raja kasihi sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu.

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i. ii. iii. iii. iii.

Huraikan maksud rangkap 2 dalam syair. Pada pendapat anda apakah kebaikan yang boleh dilakukan oleh remaja jika mereka menggunakan akal.Kemukakan 3 contoh. Huraikan nilai yang terdapat dalam syair. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut

(2markah) (3 markah) (4 markah) (3 markah) (4 markah) 150

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 16 Soalan 2 (d) Puisi (Harga Remaja) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja Yang bersih Dari gelodak kecewa Bagai kehijauan daun Bagai kesegaran pohon Di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kupenuhi Piala remajamu Adakah cuka kesangsian Dari cinta murah Atau madu ajaran Dari ilmu susah? Remaja amat mahal Sesungguhnya Tiada terbeli oleh perjanjian Harga remaja adalah Pendirian Keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu Dengan ketentuan tuju.

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

151

ii.

Pada pandangan anda, apakah kesan negatif sekiranya kehidupan remaja dipenuhi kelalaian? (3 markah)

Kesan negatif sekiranya kehidupan remaja dipenuhi kelalaian ialah _______________ ____________________________________________ dan ______________________ ______________________________________________________________________. Kesan negatif yang terakhir ialah____________________________________________ ______________________________________________________________________.

(iii)

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak.

(4 markah)

Nilai ___________________________. Sebagai contohnya, ______________________ _______________________________________. Selain itu, nilai __________________ ____________________________. Sebagai contohnya, _________________________ ______________________________________________________________________. Seterusnya, nilai________________________________________. Sebagai contohnya, ______________________________________________________________________.

152

iii

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(3 markah)

Kita hendaklah _________________________________________________. Sebagai contohnya, kita hendaklah ________________________________________________. Pengajaran kedua ialah kita hendaklah _______________________________________ __________________________. Sebagai contohnya, ___________________________ ______________________________________________________________________.

iii

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

Persoalan sajak ialah ____________________________________________. Sebagai contohnya, ___________________________________________________________. Selain itu, terdapat persoalan______________________________________________ __________________________________. Sebagai buktinya ____________________ _____________________________________________________________________.

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 17 153

Soalan 2 (d) Puisi (Di Perpustakaan)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii.

Pada pandangan anda,bagaimanakah cara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. 154

(3 markah)

iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak.

(4 markah)

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(3 markah)

iii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut

(4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 18 155

Soalan 2 (d) Puisi (Mengintai Ruang Insaf)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MENGINTAI RUANG INSAF Semakin berat kejahilan Terpikul di bahu Semakin jauh perjalanan Memburu nur-Mu Sewaktu berlari di padang hidup Kerap kakiku tersadung selirat akar Tubuhku tercalar duri pidana Pada samar kejauhan Ancala mulia makin kabur Dan mrnghilang Sekadar sonsong aksara kata Tanpa kembali ke tunjang makna, Apakah dalam sarat khilaf Masih terbuka ruang untuk Dianugerahkan keinsafan? Rabb, Moga pintu taubat-Mu terbuka Sebelum api dari bara itu menyala. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii.

Pada pendapat anda,bagaimanakah langkah yang perlu dilakukan agar dosa kita terhapus. (3 markah)

iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak ini.

(4 markah)

156

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(3 markah)

iii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 19 Soalan 2 (d) Puisi (Mahsuri) 157

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAHSURI (1) Selendangmu mengibar di pantai Menyambut tetamu pulau Setiamu menjadi lagu Nyanyian ombak pagi Rambutmu menjadi jalur hitam Terapung di laut malam Air matamu dingin embun Jatuh di tujuh telaga Dendam tujuh keturunan Melengkung tujuh tanjung Putihlah pulau ini Disimbah darah suci Mahsuri Sumpah itulah yang menghidupkan Langkawi Kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini.

(2) Kata orang Mahsuri tak pernah hidup Dia hanya bermula dengan Khayalan seorang seniman Pun kata orang Mahsuri pernah hidup Tetapi bahasa seorang pencerita Membuatnya lebih hidup dari kehidupannya Sastera yang mewarnai tanah air Kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini beerti Mahsuri membesarkan Langkawi Sastera membesarkan tanah air. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Pada pendapat anda,apakah kesan negatif orang yang suka menabur fitnah? (3 markah)

iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak ini.

(4 markah) 158

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

(3 markah)

iii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 20 Soalan 2 (d) Puisi (Adat Sezaman)

159

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ADAT SEZAMAN Peradaban zaman semakin berlalu Meninggalkan kesan mendalam Terlalu indah apabila dipandang Terlalu mulia apabila diselidik Santun si dara jadi idaman Warak si teruna jadi ikatan Si tua tersenyum mesra Memandang teruna dara Sama cantik sama padan Berganding bersama Di singahsana... Masa itu telah jauh Zaman sudah berlalu Santun sang dara Dan warak sang teruna telah lenyap Si tua berduka lara Memandang teruna dara Berganding tanpa silu Tanpa hormat Tanpa batasan Adat sezaman ditinggal jauh Adat sezaman dipandang remeh Adat kuning jadi ikutan. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. ii. Pada pendapat anda,apakah faktor remaja zaman sekarang mengamalkan pergaulan bebas? (3 markah) Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak. (4 markah)

iii.

iii.

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(3 markah)

160

iii.

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 21 Soalan 2 (d) Puisi (Tiba Waktunya)

161

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TIBA WAKTUNYA Angin musim semakin deras dan ganas Meniup tamadun ke era yang pantas Lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah Merebut tunas-tunas harapan yang hijau Dari putik dan pucuk berembun kemilau Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa Atau berada di sana meraih sejahtera Usah kautanya persoalan dilema Kerana ini bukan waktunya Untuk berhujah perlu tidaknya Dan masa pun tidak akan menanti Buat mewajar padah atau simpati. Wanita zaman siber Perlu mengacung minda ke tengah arena Suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi Menuju wawasan era globalisasi. Lepaskan segala belenggu kedaifan Huraikan segala keliru kekusutan Wanita zaman ini perlu bangun berani Yakin diri tahan diuji Tinggi pekerti anggun gerak geri Terunggul dalam segala segi Mari kita jana semua upaya Dalam menjulang citra seluruh wanita Dengan kudrat mental juga fizikal Berbekal iman serta semangat cekal Kita gerakkan kemampuan yang pukal. Kini sudah tiba waktunya Kita bertakhta di persada dunia. Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

iii. iii. iii.

Huraikan nilai yang terdapat dalam sajak. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(4 markah) (3 markah) (4 markah)

LATIHAN SOALAN 2 (d) : LATIHAN 22 Soalan 2 (d) Puisi (Sajak Kecek (V)) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. 162

SAJAK KECEK (V) 1 Seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencatum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah 2 Di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi. 3 Di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya 4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) (ii)

Terangkan gambaran masyarakat yang terdapat dalam sajak di atas. (4 markah) Pada pendapat anda mengapakah seorang ketua mesti amanah ketika menjalankan tugas. (3 markah) Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas. (4 markah)

(iii)

163