Anda di halaman 1dari 15

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

TAJUK 5 Penilaian dalam Kemahiran Matematik

5.0 SINOPSIS

Tajuk ini memperkenalkan konsep dan kaedah penilaian di dalam kelas. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; i. ii. iii. iv. Menjelaskan konsep penilaian dalam pendidikan Menyenaraikan dan menghuraikan jenis-jenis penilaian Membezakan bentuk penilaian formatif dan sumatif Membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria 5.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
Penilaian Dalam Matematik

Jenis-jenis Penilaian

Penilaian Rujukan Norma

Penilaian Rujukan Kriteria

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

36

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) 5.3 PENGENALAN Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Penilaian ialah proses yang digunakan untuk membuat keputusan atau pertimbangan nilai daripada beberapa pemerhatian. Oleh itu tujuan menilai dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi hasil penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian. Dalam segi pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian tersebut, guru boleh mendiagnos kelemahan dan kekuatan pelajar tentang sesuatu topik pembelajaran Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran. Menurut Stufflebeam dan (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, bagi keputusan

memperoleh

menyediakan

maklumat 37

berguna

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dicapai. 5.4 JENIS-JENIS PENILAIAN Penilaian yang dilaksanakan oleh guru boleh diklasifikasikan kepada beberapa bentuk seperti penilaian rujukan norma, rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. 5.4.1 Penilaian Rujukan Norma Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya guru ingin membandingkan keputusan yang diperolehi oleh murid-murid A dengan keputusan murid B yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan 38

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar. Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya. Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar. Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma. 39

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah. 5.4.2 Penilaian Rujukan Kriteria Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid. Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan. Latihan 1 Keputusan ujian dan peperiksaan sering menjadi isu sensitif di kalangan ibu bapa dan masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keputusan ujian dan peperiksaan menjadi isu sensitif?

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan latihan kedua

40

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) Latihan 2 Nyatakan perbezaan diantara ujian rujukan norma dengan ujian rujukan kriteria

Layari Internet

5.4.3 Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan bagi menilai matlamat dan objektif yang dirancang tercapai. Aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya pada aras yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai sesuatu kemahiran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. Penilaian juga adakalanya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar. Sehubungan itu pendidik harus

amanah dan telus dengan memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid serta ibu bapa murid akan tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti 41

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru samasama memperolehi manfaat daripadanya. Contohnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu: i. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. ii. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik

pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satusatu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% 42

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. iii. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. iv. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. v. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut. Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki

43

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran. 5.4.3.1 Tujuan Penilaian Formatif

Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Melalui ujian-ujian yang dikendalikan guru akan dapat: i. Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid agar guru dapat memperbaiki kaedah pengajaran. ii. Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Guru dapat meninggikan atau mengekalkan pencapaian yang memuaskan melalui perbandingan rekod ujian formatif. penggal persekolahan. iii. Mengubah suai pengajaran seseorang guru. Pendekatan kaedah pengajaran yang diambil oleh guru tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Situasi ini memerlukan kebijaksanaan guru dalam membuat pengubahsuaian penyampaian, agar pembelajaran lebih berkesan. iv. Mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan tahap penguasaan murid. Oleh itu guru dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. v. Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada ujian formatif yang dijalankan akan dapat 44 Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran. 5.4.4 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan tajuk yang diajar. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir tahun dan ujian pertengahan tahun. Markah dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Selain menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan, ia juga digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. 5.4.4.1 Tujuan Penilaian Sumatif

Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid45

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut. Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang. Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkahlangkah berikut harus diberikan penekanan: i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

46

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah muridmurid. v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang

kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Jadual 5.2 Aspek Konsep

Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif Penilaian Formatif Ujian yang boleh dibentuk Penilaian Sumatif dan Ujian yang dijalankan bagi tempoh pencapaian

ditadbir secara formal atau tidaksecara formal bagi mengesan kemajuanmengesan atau penguasaan murid terhadapmurid sesuatu pembelajaran Tujuan

formal dalam

tertentu persekolahan. pasti

Mengenal pasti tahap penguasaanMengenal 47

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK) dan kemajuan murid dan seterusnyapencapaian pelajar untuk mengambil langkah susulan bagibeberapa membaiki kelemahan yang wujud. pembelajaran skor dan topik dan gred

seterusnya memberikan pencapaian pelajar. Waktu penilaian Sepanjang pengajaran danSelepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Kaedah Formal : pensel-kertas Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan Dibuat secara individu atau dalam kumpulan Selepas penilaian dijalankan Membaiki kelemahan murid serta Menempatkan merta dengan mengulang semulamengikut topik pembelajaran pemulihan Menjalankan aktiviti pengukuhan pengayaan pencapaian sesuai.Memberikan pengiktirafan hadiah kurikulum pelajaran / sijil, mata dsb.Membaiki murid kumpulan yang Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Dijalankan berkumpulan secara

pembelajaran berlangsung

Latihan 1 Sediakan dalam bentuk peta minda jenis-jenis ujian kertas pensil yang biasa digunakan dalam sekolah

48

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan latihan kedua Latihan 2 Nyatakan perbezaan diantara ujian formatif dengan ujian sumatif

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 3 Anda dikehendaki membuat penilaian tidak formal ke atas setiap satu masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan dua hasil kerja di bawah.

Itu saja yang perlu anda lakukan ....... SELAMAT BERJAYA

RUJUKAN Cohen & Spenciner (2007). Needs. Allyn & Bacon: Pearson. 49 Assessment of Children & Youth with Special

(PKP3108 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall. Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Vaughn, Bos & Schumm (2006). Teaching Exceptional, Diverse, and At-Risk Students in the General Education Classroom . Allyn & Bacon: Pearson.

50

Anda mungkin juga menyukai