Anda di halaman 1dari 2

MINIT CURAI Butir-butir Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Sukan/ Pertandingan 01 02 03 04 05 06 Tajuk Tarikh/ Hari Masa Tempat Anjuran

Penceramah/ Pengerusi Kursus Pemantapan Pedagogi Matematik Sekolah Menengah 17 19 September 2013/Selasa Khamis 8.00 pagi hingga 4.30 petang IPG Kampus Pulau Pinang Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang 1. Encik Tan 2. Encik Yap 3. Puan Ng 4. Puan Norhayati Pengerusi: Cik Chong Encik Mohd Syukrie Bin Kamaludin Perkara yang telah dibincangkan / Pengisian: Slot 1: Refleksi Kendiri 1. Peserta kursus diminta untuk mencari kekuatan dan kelemahan daripada senario 1 (rujuk modul). 2. Peserta ditunjukkan ranking Malaysia dalam carta TIMSS dan PISA serta dimaklumkan matlamat kementerian untuk berada dalam 1/3 daripada keseluruhan negara terlibat. 3. Peserta kursus ditunjukkan pengenalan kepada KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). 4. Perbandingan soalan PMR, SPM, TIMMS dan PISA ditunjukkan dan peserta dimaklumkan bahawa mulai 2013, soalan SPM akan diselitkan dengan soalan KBAT. 5. Keperluan Pembelajaran Abad ke-21 bukanlah hanya bergantung harap kepada gajet. 6. Peserta kursus kebanyakkannya memberikan refleksi bahawa Pembelajaran Abad ke-21 memerlukan pelajar yang beradab sopan, tekun berusaha dan yang paling penting menghargai ilmu. Slot 2: Kefahaman Konseptual Matematik 1. Peserta kursus ditekankan dengan kepentingan kaedah pengajaran konseptual dan menilai semula kaedah tradisional iaitu kaedah prosedural. 2. Tanpa disedari, selama ini kebanyakan guru mengajar kaedah short cut dalam matematik sehingga mengabaikan kefahaman konsep pelajar. 3. Peserta ditunjukkan kaedah mengajar dengan kaedah konseptual dengan menggunakan konsep pelbagai perwakilan (Bahasa, Abstrak, Grafik dan Dunia Sebenar). 4. Kaedah penyoalan Mengapa? ditekankan berbanding

07 08

Wakil Daerah/Sekolah Laporan

Bagaimana? 5. Cabaran untuk melaksanakan kaedah yang ditunjukkan adalah sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Slot 3: Kemahiran Proses Matematik 1. Peserta kursus diterapkan dengan kaedah Think, Pair and Share 2. Kaedah ini sesuai untuk menerapkan proses Matematik dengan berkomunikasi secara matematik. 3. Aktiviti Rally Robin Reading dilakukan. 4. Matlamat utama slot adalah untuk member kefahaman kepada peserta kursus berkaitan KBAT. Slot 4: Kefahaman Konseptual Melalui Proses Matematik 1. Peserta kursus diminta mengaplikasikan pembelajaran dari slot 2 dan 3 untuk menghasilkan bahan mengajar yang bersifat kefahaman konseptual. 2. Peserta kursus ditunjukkan perbezaan soalan rutin dan soalan bukan rutin. Juga diminta untuk menukarkan soalan rutin kepada soalan bukan rutin. 3. Kaedah pengajaran yang ditunjukkan dalam kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Slot 5 dan 6: Bengkel 1. Peserta kursus di minta untuk menyediakan Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar persediaan untuk slot ke 7. 2. Kumpulan diberi satu tajuk dan diminta untuk melaksanakan demonstrasi di SMK Hamid Khan, SMK Bukit Gambir dan SMK Raja Tun Uda. Slot 7: School Trial Out 1. Kumpulan saya diarahkan melaksanakan tajuk SET di SMK Hamid Khan. 2. Encik Khalid dari SMk Jelutong dipilih mewakili kumpulan saya. 3. Segalanya berjalan lancar dan saya banyak belajar dari Encik Khalid. Slot 8: Anjakan Amalan PdP/Refleksi 1. Setiap kumpulan perlu membuat satu refleksi ringkas terhadap demonstrasi yang telah dijalankan dan semua peserta ditunjukkan video pengajaran tersebut. Refleksi dijalankan dengan harmoni. 09 Tindakan/Cadangan 1. Guru-guru diminta menerapkan KBAT sebaik tamat kursus. 2. KBAT akan diselitkan dalam SPM 2013 dan guru perlu menerangkan kepada pelajar.

Disediakan oleh: .. (MOHD SYUKRIE BIN KAMALUDIN) Guru Matematik SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang.