Anda di halaman 1dari 3

SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA

Yang Berhormat, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Parlimen Setiawangsa.

Yang Dihormati, En Ramakrisnan , Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKT Jalan Fletcher.

Guru Penolong Kanan 1 Puan Pama,Guru Penolong Kanan HEM Puan Subathrah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Jayamalar ,Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Aziah, Ahli Jawatankuasa PIBG,Guru-guru ,Para Ibubapa serta anak-anak murid yang diraikan sekalian.

Pertamanya,suka saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk di atas kesudian untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan SJKT Jalan Fletcher bagi tahun 2013.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan. Pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada, murid tadi akan berlari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.

Hadirin yang dihormati, Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah. Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang bersepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.Dalam konteks sekolah semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk bergiat dalam bidang sukan.Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.

Hadirin yang diraikan Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

dan

Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DATUK AHMAD FAUZI ZAHARI ,AHLI PARLIMEN

SETIAWANGSA kerana telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Tahunan kali . ,SJK Tamil Jalan Fletcher. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai