Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH PENTADBIRAN UJIAN

Menentukan tujuan dan isi ujian

Tujuan ujian Mengukur kecerdasan, kemahiran, pengetahuan/ atribut psikologi. Mengukur tahap pemahaman murid tentang pembelajaran. Mengukur pencapaian. Menyediakan maklum balas kepada muird dan guru. Megukur keberkesanan pengajaran.

Isi Ujian Merangkumi isi-isi pelajaran yang telah dipelajari oleh pelajar. Terikat dengan sukatan mata pelajaran ini bagi memastikan soalan/item tidak terkeluar dari sukatan mata pelajaran. Kandungan soalan boleh mengandungi kemahiran kognitif dan psikomotor. Penilaian yang dilakukan mestilah selari dengan kurikulum, wajaran dan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


1) Memilih dan menyenaraikan isi kandungan atau topik yang hendak diuji 2) Menentukan format ujian yang hendak dijalankan. 3 )Menentukan pemberat bagi soalan 4) Menentukan aras kemahiran dan kesukaran 5) Menentukan bilangan item/soalan berdasarkan isi dan aras kemahiran ujian 6) Menyemak soalan

Membina dan menyemak item soalan atau ujian


1) Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji 2) Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran 3 ) Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran (menggunakan taksonomi Bloom) bagi soalan 4) Tentukan bilangan item mencukupi untuk mengukur pencapaian murid. 5) Semak semula jenis item yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum dan kemahiran ujian 6) Kandungan ujian mestilah berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan meliputi: i skop atau kedalamannya ii bilangan item untuk setiap tajuk iii wajaran

7) Jenis dan jumlah item adalah berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan samada item objektif atau subjektif dan aras kesukaran

8) Peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

Merujuk guru pembimbing untuk semakan item soalan soalan atau ujian

Membina dan menyemak skema

Merujuk guru pembimbing untuk semakan skema

Mentadbir ujian

Memeriksa item soalan atau ujian

Menganalisis item soalan atau ujian

Analisa Skor Ujian Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian Analisa Item Kesukaran Item Jawapan yang tidak betul/ Distraktor Skor Markah

Melapor