Anda di halaman 1dari 3

‘Eh, pehal rasa berat je kepala aku ni? Ekk???

’ Dalam kekaburan itu aku


cuba mencari sesuatu. ‘Aduh...!’ Sakit yang amat kepala aku ni. Mesti benjol ni.
Mata yang mengantuk tadi makin jelas meneroka bilik 4 segi berlatarbelakang
warna merah jambu. Bukan warna feveret aku, mama punya pasallah tu. Balik dari
sekolah dah camni dah rupa bilik aku. Eh, sori korang tak lihat rupa-rupanya.
Hihihi...Dah jadi macam bilik prasekolah ceria pun ada gamaknya. Apa taknya,
warna dah cun-cun merah jambu. Ada berderet plak patung barbie kat atas satu
meja khas. Pastu mak lekatkan pulak gambar-gambar kartun yang aku suka.
Midori, sailormoon, shin chan, spongebob dan...hagemaru pun ada gak. Mama aku
ni...

Cerita pasal bilik aku ni, terlupa pulak aku ngan sakit kat kepala aku ni tadi.
Sengal! Longlai kakiku melangkah ke bilik air. Aku perhatikan wajah kelamku yang
baru bangun tidur ni dengan perasaan berbaur. Semua yang ada kat bilik tidur
sampai ke bilik air, mama yang tolong sediakan untuk aku. Aku? Anak manja yang
tak tahu buat apa-apa, mengharapkan mama dan terlalu bergantung kepadanya.
Sebab tu, bila mama meninggal 2 bulan lepas, hidup aku jadi nanar. Dunia bahagia
aku, mama & papa berakhir begitu saja. Aku tahu mama sakit. Dia kanser. Aku
tahu dia akan pergi jua, tapi bukan secepat ini. Bukan pada waktu aku sedang
bergelut menghadapi peperiksaan penting & bukan pada ketika aku masih terlalu
bergantung kepadanya.

Dunia ini sangat sepi bila hanya ada papa dan aku. Papa, dia sungguh tabah.
Aku tak melihat air matanya mengalir. Dia hanya biarkan aku melihat matanya
berkaca dan menakung kepedihan yang dalam. Aku tidak pasti papa mengerti
ruang hatiku yang masih dilanda kegalauan ini. Sikap papa yang seolah-olah tiada
apa berlaku membuatkan aku tidak tahu dia memahami hati ini atau tidak.
Kebisuan papa membuatkan duniaku terlalu sepi. Papa yang aku kenal tegas
orangnya tetapi sangat penyayang. Dia tak banyak cakap, tetapi dia pandai
mengambil hati. Mungkin itulah yang mendorong arwah mama jatuh cinta
kepadanya. Kata mama, papa sebenarnya baik walaupun dia marah-marah. Itu
pujukan mama ketika aku merajuk dengan papa lama dahulu. Umur dah 15 tahun,
dah jadi anak dara, tetapi bilik aku macam tongkang pecah. Huru-hara dengan
pakaian yang tergantung di sana sini. Huh! “Manjakan sangat dia tu. Sekali-sekala
awak suruhlah dia buat kerja. Nanti dia dah terbiasa begitu...” ujar papa agak
tinggi. Masa tu aku memang sakit hati dengan kata-kata papa. Bilik aku suka hati
akulah. Tapi, bila aku terkenang kini, memang menakutkan gak bilik aku time tu.
Entahlah aku ni bakal jadi anak dara yang macam mana agaknya...

Aku turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Rumah sunyi, macam biasa.
Papa tentulah sudah pergi bekerja. Dah pukul 9.45 pagi, aku je yang baru terhegeh-
hegeh nak bersarapan. Maklum, semalam paper akhir untuk ujian SPM. Makanya
aku hari ini macam ular sawa, tak dapat bangun-bangun. Apapun, tak kisahlah.
Yang penting perut aku yang berkeroncong ntah lagu apa ni kena layan dulu. Tiada
nasi goreng atau bubur telur kesukaanku di atas meja. ‘Come on, takkan tak biasa
sarapan dengan roti. Dah, papa mana sempat nak masak...’ Aku pujuk hati yang
kukira agak terganggu sedikit. Ingatan buat mama makin kuat sehingga air mata
tertahan-tahan untuk kualirkan. Jangan! Jangan menangis lagi. Aku harus kuat.
Dengan semug nescafe segera dan bread yang disapu jem, aku bersarapan dengan
berselera sekali.

Sarapan sudah, tengah hari nanti aku nak makan apa ya? Masalah, masalah.
Aku pura-pura menjenguk peti sejuk. Goreng telur pun tak master lagi, nak masak
ayam, ikan, sayur ni lagilah. Dah, aku makan mi maggi je lah. Apa susah! Kalau
setakat maggi tu, bolehlah aku masak. Sedap tak sedap, aku yang makan bukan
orang lain pun. Deringan telefon di ruang tamu mematikan lamunan yang tak
seberapa panjang.

“Aku nak pergi rumah abang aku tak lama lagi. Kakak ipar aku baru je lepas
melahirkan baby baru...Ish, tak sabar. Abang suruh aku jadi babysitter, tolong apa-
apa yang patut. Kau buat apa cuti ni?”

Aku membisu. Pertanyaan rakan sekelasku, Anna itu membuat aku


menerawang jauh. Semalam pun sepupuku, Izan bertanya benda yang sama.

“Aku tolong mak dekat restoren dia cuti ni. Tak tahu nak buat apa lagi, mak
pun kebetulan ajak aku kerja ngan dia kat situ. Kau tak nak ikut? Mak ada tanya
pasal kau...” soalan itu pun aku tak jawab semalam. Sebenarnya masih buntu. Tak
tahu nak buat apa & masih tak terjangkau pun dalam otak aku ni untuk bekerja.
Korang pun tahu aku tak pandai buat satu benda pun. Macam mana tu?

“Kalau betul-betul nak kerja, papa tak halang. Lagipun, duduk kat rumah pun
Ari tak buat apa-apa. Yang penting Ari dapat pengalaman & buat kerja yang betul.
Papa tak kisah...” Itulah komen papa bila aku kasi tahu dia pasal hasrat tak pasti
aku ni. Emm, papa dah kasi can, tapi aku ni boleh ke kerja kat restoren tu?

Hari pertam bekerja merupakan hari paling buruk yang pernah aku lalui. Apa
taknya, aku menyusahkan sekalian manusia & alam ini dengan keadaanku yang
serba-serbi tak tahu. Aku pecahkan tiga pinggan, 2 mug, tersalah bagitahu
pesanan, terlanggar pelanggan dan paling haru tergelincir kat tempat mencuci
pinggan mangkuk apa semua. Punyalah sakit punggung aku. Mujur bukan depan
pelanggan-pelanggan yang tengah menikmati makan tengah hari. Izan apa lagi,
syoklah ketawakan aku. Bukan nak tolong pun.

Balik rumah, aku memang terus baring. Tahan sakitlah, apa lagi. Tapi, paling
aku rasa bersalah ialah memecahkan salah satu mug kesayangan aunty, mak Izan.
Mahal mug tu. Rasa bersalah sebab dah menghuru-harakan perniagaan dia gak.
Apalah nak jadi dengan aku ni. Anak dara apa ni! Bila teringat apa yang papa
cakap dengan arwah mama dulu, aku memang rasa menyesal kerana marah-marah
ngan papa. Ya, arwah mama terlalu manjakan aku sebagai anak tunggal sehingga
dia tak menyedari aku sudah menjadi gadis sunti yang tidak punya ciri-ciri
seharusnya.
“Sakit lagi?” soal papa kepadaku malam itu. Aku mengangguk.

“Esok dapat pergi kerja tak?” pertanyaan papa aku jawab dengan anggukan
lagi. Aku lihat papa tersenyum nipis. Senyuman papa yang mampu menenangkan
jiwaku yang resah.

“Apa yang Ari buat hari ini akan jadi pedoman untuk Ari masa akan datang.
Sakit kan pengalaman bekerja?” Aku terangguk-angguk.

“Sekurang-kurangnya Ari kenal macam-macam perkara hari ini. Percayalah,


hari ni Ari pecahkan pinggan mangkuk, esok-esok Ari akan beringat. Bukan
bermakna kita gagal kita takkan mampu buat lagi. Papa percaya belum terlambat
untuk Ari menjadi seorang gadis yang papa impikan, bukan sekadar cerdik tetapi
berkemahiran juga...” kata-kata papa itu aku semat di hati. Memang benar, aku tak
boleh mengharapkan segalanya sempurna untukku. Takkan sampai dah beranak-
pinak aku nak harapkan orang lain buat kerja untuk aku. Lagipun, dengan apa yang
berlaku hari ini, aku sebenarnya menemui diriku yang terselindung di sebalik
gelaran anak mak. Aku tak nak jadi anak mak yang meminta itu ini. Sekarang ni
aku anak papa. Anak papa kena berusaha untuk majukan diri. Kena pandai
menguruskan hal-hal di rumah. Aku tahu sebagai anak papa aku mesti menjadi
gadis yang mampu bergelar wanita sejati. Aku anak papa yang kuat hatinya.

Dan seperti tak tercapai dek akal, aku akhirnya berhasil jugak aku
menghabiskan ‘pengajian’ di restoren mak Izan dengan kepujian. Walaupun tak
cemerlang takpelah. Aku akan berusaha lain kali pulak. Lagipun sekarang aku kena
mencapai satu lagi hasrat papa untuk melihat aku menyambung pelajaran.
Bersyukur yang tak terhingga sebab aku cemerlang dalam SPM tempoh hari dan
akan masuk matrikulasi tak lama lagi. Terima kasih kat papa sebab beri sokongan
waktu aku tengah down masa mama takde. Kemudian, tetap menyokong aku
walapun aku ni gelojoh, menyusahkan dan tak pandai buat apa-apa pun. Sekarang
aku tahu napa mama selalu cakap papa tu kawan baik dia yang sangat rapat.
Kerana papa memang seorang kawan yang sedia membantu di mana saja. Thanks,
papa! You are my best buddy!

Anda mungkin juga menyukai