Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA KUIZ MATEMATIK 2011 1.

0 PENDAHULUAN Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan Kuiz Matematik ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah terhadap subjek Matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran Matematik dalam kalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak awal lagi kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan murid-murid kelak. 2.0 MATLAMAT Matlamat pertandingan Kuiz Matematik untuk menyemai minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran Matematik. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan ilmu Matematik ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta melahirkan masyarakat yang produktif.

3.0 OBJEKTIF Antara objektif yang ingin dicapai melalui kuiz ini adalah; 1.Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.

2. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris. 4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. 5. Memupukkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid. 5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM Tarikh program 11 Mei 2011

Tempoh perlaksanaan 2 jam (3.00pm 4.00pm)

Tempat program Kelas tahap 2

6.0 KUMPULAN SASARAN Murid tahap 2

7.0 JAWATANKUASA KERJA AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ MATEMATIK 2011 Penaung Penasihat Pengerusi Penyelaras Pen. Penyelaras Setiausaha Bendahari : En. Sharkawi b. Hamdan(Guru Besar) : Puan Anisah Binti Pungut (GPK Kurikulum) : Puan Rokiah Binti Julaihi (GPK Hem) : Encik Azizee Bin Alli Ahmad (GPK KoKo) : Puan Madinah Binti Bohari : Cik Lau Siew Lin : Cik Suzieyana Binti Mohamad : Encik Hamzan Bin Japot

8. JAWATANKUASA KECIL AJK Hadiah AJK Peralatan dan bahan : Encik Mohd Khairizan Reduan : Endun Enavella Menor Ak Janda

9. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Bahan-bahan -kertas A4 (1 rim) -kertas mahjung (10 keping) Photostat (40 keping) Hadiah Jumlah ANGGARAN KOS RM 10.00 RM 5.00 RM 10.00 RM 25.00

10.0 PENUTUP

Pertandingan Kuiz Matematik dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam mempelajari subjek ini dengan lebih baik lagi. Pertandingan ini dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat di antara murid-murid. Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektif KBSR yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan lagi perjalanan program ini.

Sekian, terima kasih.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA Saya yang menjalankan tugas, Diluluskan oleh,

............................ (CIK SUZIEYANA BINTI MOHAMAD) Setiausaha, Pertandingan Kuiz Matematik, Sek. Keb. Agama Sibu.

............................... (EN. SHARKAWI B. HAMDAN) Guru Besar, Sek. Keb. Agama Sibu.

(LAMPIRAN A)

Tentatif Program
Rabu (11 Mei 2011)

1.40 ptg 2.00 ptg 2.15 ptg 2.30 ptg 3.55 ptg 4.00 ptg

: Persediaan untuk pertandingan kuiz : Murid-murid berkumpul di dewam : Memberi taklimat tentang kuiz : Soalan diedar dan murid-murid mula menjawab : Kertas soalan dikutip : Murid-murid bersurai

Anda mungkin juga menyukai