Anda di halaman 1dari 142

1.

JENIS-JENIS TERNAKAN UTAMA DI MALAYSIA a) b) c) d) e) Ternakan Ikan Air Tawar Ternakan Lembu dan Kerbau Ternakan Kambing dan Bebiri Ternakan Ayam dan Itik Ternakan Khinzir

Jenis ternakan di Malaysia ini pula dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu jenis ruminan dan bukan ruminan. Ternakan yang di kategorikan kepada jenis ruminan adalah terdiri daripada ternakan yang mempunyai kaki empat dan juga perut yang lengkap seperti lembu dna kerbau. Manakala kategori ternakan jenis bukan ruminan adalah ternakan yang berkaki dua dan perut yang ringkas seperti ayam dan itek.

IKAN AIR TAWAR DI MALAYSIA Ikan air tawar merupakan sumber protein yang tinggi nilainya dan mempunyai pasaran yang baik pada masa sekarang. Sejak dari dahulu lagi ikan memainkan peranan yang tersendiri dalam mencorakkan industri ini ke hadapan. Ternakair mempunyai ruang yang luas dari menternak hidupan-hidupan air hinggalah merangkumi biak hidup ikan sekurang-kurangnya satu riwayat hidup bagi sesuatu masa. Sejarah telah membuktikan industri ini dimulai China oleh Fan Lee pada 475 S.M

KELEBIHAN MENTERNAK IKAN AIR TAWAR

Sumber protin yang tinggi

* Dikeringkan dijadikan ikan masin * Hasil lebih singkat (< 1 tahun) * Pemakanan yang lebih murah

JENIS-JENIS IKAN YANG SERING DITERNAK * * * * * * * * Lampam Jawa - Puntius gonionotus LeeKoh - Cyprinus carpio Kap Makan Rumput - Ctenopharyngodon idellus Kap Kepala Besar - Aristichthys nobilis Kap Perak - Hypophthalmichthys molitrix Sepat Siam - Trichogaster pectoralis Kalui - Osphronemus goramy Tilapia mossambica

Jenis-Jenis Lain * * * * Siakap - Lates calcarifer Keli - Clarias batrachus Ketutu - Oxyeleotris marmoratus Udang Galah

Sebenarnya, bekalan ikan ditentukan oleh faktor sekeliling, jenis ikan, harga dan corak pemakanan ikan masyarakat tersebut. Walaupun berbagai faktor yang menentukan corak pemilihan jenis ikan, apa yang penting bergantung pada : Ikan hidup lebih tahan lama semasa pengedaran Ikan hidup lebih menawan dan menarik perhatian pengguna

Ikan hidup mempunyai mutu yang tinggi di pasaran dan enak Ikan hidup dapat terhindar dari prasangka buruk yang memcemarinya.
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN IKAN AIR TAWAR

Dewasa ini terdapat berbagai jenis ikan yang boleh diternak, namun apa yang pasti ikan yang berseuaian degan faktor sekeliling diambil kira bagi menentukan keuntungan yang maksimum untuk penternak. Pasaran Dari segi ekonomi ikan yang hendak diternak mestilah mempunyai pasaran yang tinggi di pasaran tempatn, daerah, negeri dan nasional. Sekiranya faktorfaktor tersebut mempunyai nilai pasaran yang tinggi permintaannya oleh para penduduk, sudah tentu ikan yang diternk dapat memberi pulangan yang baik kepad pengusaha ikan dan pengguna.Secara amnya jika kita menjual ikan yang berkualiti, mutu isi ikan yang baik, tiada bau Lumpur sudah tentu factor lazim ini dapat menambt hati penduduk negara ini. Kadar Tumbesaran Tumbesaran yang baik dan cepat dapat menyelamatkan kita dari berbagai faktor umum seperti terkena jangkitan penyakit, pulangan modal yang cepat dan dapat mempelbagaikan jenis ikan mengikut kehendak pasaran. Kadar pemakanan makanan yang konsisten

Jika kadar penukaran makanan ikan kepada saiz berat badan ikan dapat dicapai dengan cepat yang mana kadar kandungan protein mestilah tinggi, karbohidrat untuk pembesaran, dan sedikit vitamin untuk menjamin kesihatan ikan. Oleh itu segala perbelanjaan yang dikeluarkan dapat dikurangkan bagi memaksimumkan keuntungan ikan yang diperolehi. Tahap penyakit Jika ikan yang terlalu lemah (sensitive) dan tidak tahan penyakit ini merupakan faktor penyumbang kepada masalah yang diperkatakan. Penternak air tawar perlu peka tentang keadaan ini bagi mengatasi masalah berbangkit ini tidak timbul.Ikan yang dipilih mestilah tahan lasak dan kuat dari terkena serangan penyakit. Kematangan dan senang biak dalam keadaan terkurung Benih yang cukup mudah , murah membolehkan pengusaha ternakan berkekalan dari semasa ke semasa. Jenis yang cepat dan senang membiak di dalam keadaan terkurung dapat memastikan bekalan benih dapat mencukupi. Contoh ikan Lampan Jawa mencapai tahap kematangan 3-4 bulan dan pembiakan yang boleh menimbulkan masalah. Namun apa yang peru bagi masalah ini ialah kecekapan pengurusan kita seperti pengkelasan jantina atau ternakan secara komersil. Bekalan makanan yng senang dan murah

Penggunaan makanan yang murah dan berkualiti tinggi yang berterusan dapat menjamin dan menampung keperluan pengusaha. Sebenarnya makanan semulajdi hanya boleh menampung saiz bilangan yang tertentu sahaja jika dibandingkan dengan makanan seperti pallet.

Ketahanan terhadap penyakit Ikan yang terlalu mudah dijangkiti penyakit tidak sesuai untuk diternak. Ini kerana daya ketahanan badan ikan tersebut adalah lemah. Ikan yang hendak diternak mestilah tahan lasak, kuat dan tahan parameter yang berubah-ubah. Walaupun ciri-ciri ikan tersebut sukar didapati kesemua sekali yang penting ikan tersebut tahan penyakit dan senang didapati.
MENGENAL JENIS-JENIS IKAN YANG KOMERSIL/BAIK

Terdapat berpuluh-puluh jenis ikan yang komersil yang terdapat di negara kita yang telah dikenalpasti tetapi secara keseluruhannya ikan tersebut tidak dapat diternak memandangkan kepada beberapa sebab tertentu : * Kesukaran medapat biji benih * Tahap kematangan yang dikehendaki * Kesesuaian diternak dalam kolam * Citarasa dan inat pengguna * Ketahanan dari penyakit * Tidak ekonomik * Luang pasaran

Nama Ikan : Kalui Berat matang : 1-1 kg Makanan asli : tumbuhan air lembut Makanan tambahan: dedak, rumput & Sayuran Kategori : pemakan permukaan

Nama ikan Berat matang Makanan asli

: Tilapia : 0.3-0.5 kg : plankton, daun

Makanan tambahan: dedak, sayuran Kategori : pemakan plankton

Nama ikan : kap kepala besar Berat matang : 0.2 kg Makanan asli : plankton, tumbuhan air, larva, cacing Makanan tambahan: dedak, sayuran Kategor : pemakan plankton

Nama ikan : sepat siam Berat matang : 1-1.2 kg Makanan asli : plankton, cacing Makanan tambahan: dedak, hampas kacang Kategori : pemakan plankton

Nama ikan : Lee Koh Berat matang : 1-1.2 kg Makanan asli : cacing, binatang air, bahan organan Makanan tambahan: dedak hempas kaacang Kacang Kategori : pemakan bawah

Nama ikan Berat matang Makanan asli

: Kap perak : 1.2-1.8 kg : bahan reput tumbuhan, plankton Makanan tambahan: dedak, hampas : pemakan plankton

Kategori

Jenis-Jenis Ikan Mengikut Katogeri Pemakanan Pemakanan di atas permukaan (memakan daun dantumbuhan yang terdapat di permukaan air kolam) * * * Kap Makan Rumput Lampam Jawa Kalui

Pemakanan pertengahan (memakan tumbuhan air yang terampai di dalam air kolam/phytoplankton) * * * Kap Perak Kap Kepala Besar Sepat Siam

Pemakanan dasar (ulat-ulat dan cacing di dasar kolam/zooplankton) * Lee Koh

Pemakanan semua aras kolam * Tilapia.

Gambar Foto 1: Jenis-Jenis Ikan Mengikut Katogeri Pemakanan

Kadar stoking Dalam pemeliharaan campuran, kadar stoking atau banyaknya ikan untuk dipelihara bergantung kepada saiz dan dalamnya kolam serta jenis ikan. Kolam yang lebih besar dan dalam boleh memuatkan kadar stoking yang lebih tinggi Kadar stoking yang lebih tinggi (6000/hekta atau 2500/ekar) boleh digunakan untuk ikan yang lebih kecil manakala kadar yang rendah harus digunakan untuk

ikan yang bersaiz besar seperti kap Makan rumput atau kap Perak. Terdapat tiga kadar stoking yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian seperti dalam gambar foto 1 di muka surat 11. Jadual 1: Kadar stoking ikan air tawar yang disyorkan Jenis kolam Kolam baru Jenis Ikan Pemukaan : lampan jawa Kalui Plankton : Talipia Bawah : Lee Koh Jumlah Permukaan : kap makan rumput Plankton : kap kepala Besar Kap Perak Bawah : Lee koh Jumlah Permukaan : Kap Makan Rumput Plankton : kap kepala besar Kap perak Bawah : Lee Koh Jumlah 50 5 20 25 100 60 10 10 20 100 5.9 23.5 11.8 58.8 100 Kadar stoking % Bil/0.4 hekta (1 ekar) 1000 100 400 500 2000 300 50 50 100 500 50 200 100 500 850

Kolam dengan tumbuhan dan dibaja

Lombong

MAKANAN DAN PEMBERIAN MAKANAN IKAN Pemakanan ialah proses di mana sesuatu organisma hidup memakan dan menghadamkan bahan-bahan makanan untuk tujuan Penyelenggaraan, pembesaran dan proses pembiakan.

MAKANAN Makanan ikan air tawar dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut: Makanan semulajadi Kolam ikan yang baik mengandungi semua jenis makanan semulajadi. Air kolam yang berwarna kehijau-hijauan menunjukkan terdapat banyak plytoplankton dan kolam yang berwarna keperang-perangan menunjukkan terdapat banyak zooplankton. Jadual 2 : Jenis-Jenis Makanan Ikan Air Tawar Jenis makanan semulajadi 1. Plankton 2. Tumbuhan air 3. Binatang air 4. Benda organan 5. Detritus Hidupan seni di dalam kolam dan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: Phytoplankton tumbuhan seni yang menjalankan Fotosinthesis Zooplankton - haiwan seni dalam air kolam Pemakan permukaan memakan daun dan akar lembut tumbuhan air seperi kiambang, kangkung dan lain-lain Larva serangga, dan cacing dalam air adalah makanan ikan omnivor Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan air dan juga menjadi makanan bagi ikan omnivore. Contohnya ialah tahi lembu dan tahi ayam Adalah benda pepejal halus yang dimakan oleh ikan pemakan bawah

Makanan tambahan Tujuan utama memberikan makanan tambahan ialah untuk memastikan makanan yang mencukupi kepada ikan dalam kolam. Makanan tambahan diberikan sebanyak 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Makanan tambahan ditempatkan di dalam lingkungan rangka buluk atau di dalam bakul. Makanan tambahan yang biasa diberikan kepada ikan ialah: Dedak beras Kacang tanah dan kacang soya Daun sayuran Rumput dan Daun ubi kayu , pisang terpotong

Kaedah dan cara pemberiam makanan ikan

Keperluan pemakanan ikan

Ikan dan udang memerlukan makanan yang seimbang bagi kehidupan dan pembesaran yang memuaskan. Makanan seimbang boleh diperolehi dengan makanan asli atau makanan rumusan. Unsur makanan yang utama seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan bahan-bahan galian. Protein- sebatian organic rumit yang dibentuk oleh asid amino. Di dalam asid amino terdapat laisin, methionin yang penting bagi kehidupan ikan. Fungsi protein : 1. Menentukan ciri-ciri keturunan 2. Bahan binaan asal sel dalam badan 3. Sistem pertahanan badan 4. Memperseimbangkan tekanan osmotic. Karbohidrat- sebatian ringkas bagi penghasilan tenaga contoh gula. Fungsi karbohidrat : 1. Sumber tenaga yang utamadan boleh guna bila masa diperlukan. 2. Boleh disimpan dalam bentuk lemak. Lemak- lemak tidak larut dalam air. Fungsi lemak : 1. Membekal tenaga untuk penyelengaraan badan dan pembiakan. 2. Untuk pengangkutan vitamin yang larut dalam lemak. 3. Sumber asid- asid lemak yang perlu. Vitamin- vitamin digunakan untuk pembesran dan pengawalan penyakit.

Kadar pemakanan ikan- kadar pemberian makanan seperti di bawah : 1. Ikan yang berumur 1 hingga 3 bulan kadar makanan 10 % daripada berat badan ikan. 2. Ikan yang berumur 3 hingga 6 bulan kadar makanan 6 % daripada berat dan ikan. 3. Ikan yang berumur 6 bulan ke atas hanya 3 hingga 5 % daripada berat badan ikan. Cara memberi makanan : 1. Cara tabur- makanan dicampakkan di dalam kolam dari tepitepi kolam contohnya Pallet. 2. Menggunakan bekas plastik- makanan dimasukkan ke dalam plastik dan direndamkan di dalam kolam ikan-ikan akan memakan di dalam plastik sedikit demi sedikit sehingga habis tanpa mencemarkan kualiti air. Contohnya : hampas kacang soya. 3. Petak makanan- dibuat petak supaya senang diberi makanan seperti makanan rumusan atau tidak. Mengapur Kapur dibubuh ke dalam kolam sebaik sahaja ia siap dibina. Air boleh dimasukkan seminggu selepas dibubuh kapur. Kolam yang berlumpur dan sukar dikeringkan dibubuh kapur 1-2 minggu sebelum air dimasukkan. Mengapur adalah penting kerana sebab-sebab yang berikut:

* mengurangkan asidan tanah kolam. Air kolam yang bersaid melambatkan pertumbuhan ikan serta tumbuhan air * memusnahkan haiwan perosak ikan. Perosak ikan seperti protozoa, cacing dan serangga dapat dihapuskan dengan mengapurkan kolam * membekalkan karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan air untuk melakukan fotosinthesis Kadar kapur yanag digunakan biasanya bergantung kepada keasidan tanah. Tanah yang lebih berasid memerlukan lbanyak kapur. Berikut adalah jenis-jenis bahan kapur dan kadar yang biasa digunakan. Jadual 3 : Bil 1 2 3 Jenis-Jenis Kapur kadar 2.5 tan metric/hektar (1 tan/ekar) 1.85 tan metric/hektar (0.74 tan/ekar) 1.40 tan metric/hektar (0.50 tan/ekar)

Jenis bahan kapur Batu kapur Kapur mati Kapor tohor

KAEDAH PEMELIHARAAN IKAN Terdapat dua kaedah pemeliharaan yang biasa digunakan:* * Mono-kultur - satu jenis iakan sahaja dalam satu kolam Kultur-campuran - lebih dari dua jenis ikan dalam satu kolam.

Bilangan Ikan bagi satu hektar kolam. * * Ikan kecil - 5000 hingga 7000 ekor/hektar Ikan besar 500 hingga 1000 ekor/hektar

REKABENTUK KOLAM

Bagi ladang-ladang ternakan air tawar, pulangan yang baik hanya dapat diperolehi dari kolam yang mempunyai reka bentuk dan dibina dengan baik. Reka bentuk kolam yang baik mesti melibatkan factor-faktor seperti topografi, punca air dan jenis tanah dalam konteks keperluan-keperluan biologi jenis hidupan yang diternak serta sistem ternakan yang diamalkan. Ini bermakna tidak kesemua ladang ternakan ikan air tawar akan mempunyai reka bentuk yang sama. Di dalam bahagian ini, perhatian kita akan tertumpu kepada merekabentuk dan pembinaan kolam supaya sesuatu tempat itu dapat dipergunakan dengan berkesan bagi sesuatu jenis ternakan yang dijalankan. JENIS-JENIS KOLAM IKAN Ada dua jenis kolam ikan berasakan kepada punca air iaitu kolam lencungan dan kolam barrage (empangan). Kolam Barrage (empangan) Kolam-kolam jenis ini dibentuk dengan pembinaan sesuatu dinding atau empangan merintang tempat rendah atau lembah yang sempit. Dengan itu air yang mengalir ke dalam lembah tersebut diempangkan dan dijadikan kolam ikan. Kolam seumpama ini memang mudah dibina sebab ia hanya mempunyai satu batas dan satu pintu air bagi mengawal pengaliran air. Tempat-tempat di mana terdapat arus air yang deras atau selalu banjir adalah tidak sesuai bagi pembinaan kolam empangan. Setiap kolam juga patut dibina satu alur supaya

air hujan yang melebihi dapat melimpah keluar. Beberapa kolam empangan boleh dibina secara bersiri menurun mengikut arah lembah. Biasanya air dari sesebuah kolam akan mengalir ke kolam beeriktnya. Ini sudah tentu akan menimbulkan masalah dari segi pengurusan oleh kerana sekiranya sesuatu perkara dibuat ke kolam yang pertama ia akan memberi kesan kepada semua kolam yang lain. Kolam Lencungan Kolam-kolam lencungan dibina dengan membawa (atau melencongkan) air dari puncanya ke kolam.Lencungan ini biasanya dilakukan dengan alur-alur atau parit. Ada beberapa cara membina kolam jenis ini. Sama ada menggali pada parit yang rata atau membesarkan lekukan yang ada. Kolam jenis ini mungkin hanya mempunyai satu batas atau memerlukan empat batas. Walau bagaimanapun, perbezaan penting di antara kolam empangan dan kolam lencungan ialah air di bawa masuk ke dalam kolam lencungan dan bukan terus memasuki kolam seperti kolam empangan. Ini bermakna seorang penternak boleh mengawal waktu dan jumlah air yang memasuki kolamnya. Ini mungkin penting bagi sistem ternakan yang tertentu. Sekiranya seorang penternak ingin mengadakan beberapa kolam lencungan ia boleh dibina secara berantai atau selari. a) Sistem berantaikolam-kolam ini dibina dalam keadaan bersiri. Semua

kolam menerima bekalan airnya dari satu kolam ke kolam yang lain. Oleh yang demikian, ia mesti diuruskan seperti sebuah kolam. Oleh itu, sekiranya kolam pertama dalam rangkaian tersebut hendaklah diracun, semua kolam yang

berikutnya mestilah dibuat tangkapan dan dikeringkan sebelum kolam pertama dapat dikeluarkan airnya. b) Sistem selarisecara dalam sistem selari, setiap kolam mempunyai pintu air berasingan. Kebanyakan ladang-ladang ternakair

masuk dan keluar masing-masing. Dengan sistem ini, setiap kolam dapat diuruskan rapi. Pemilihan sesuatu jenis kolam hanya dapat dibuat selepas tujuan kolam masingmasing dipastikan, dan susunan kolam-kolam pada keseluruhan disediakan. SUSUNAN KOLAM menggunakan sistem ini oleh sebab pengurusan kolam boleh dikawal dengan

Rajah 1 : Keratan Rentas Sebuah Kolam

Susunan kolam sesuatu ladang ternakair adalah bergantung kepada beberapa faktor. Faktor yang terpenting sekali ialah :

Topografi Kolam-kolam boleh dibina di kawasan-kawasan lembah, tanah rata, tanah paya atau di lereng bukit. Kolam-kolam tersebut boleh jadi besar atau kecil, berbentuk empat segi bujur atau berbagai-bagai bentuk. Kesemuanya ini akan ditentukan oleh topografi tapak kolam tersebut serta kehendak penternak itu sendiri. Topografi yang paling baik untuk kolam ikan membenarkan seseorang penternak itu mengisi dan mengeringkan kolamnya secara graviti Sekiranya kolam dibina pada tanah yang berkecerunan, ia mudah dikeringkan. Kolamkolam yang dibina pada tanah yang rata pun sepatutnya mempunyai dasar yang bercerun untuk tujuan yang sama. Sebaliknya jika air kolam tidak boleh dikeluarkan secara graviti, penternak berkenaan mesti menggunakan pam. Kolam-kolam biasanya dibina di tempat-tempat rendah yang ada lekukan. Jurang atau lurah kecil adalah senang dijadikan kolam ikan dengan membina benteng merintangnya. Perkara utama yang dititikberatkan ialah susunan dan reka bentuk kolam mesti selaras dengan topografi tapak, dan menggunakan sifat-sifat semulajadi tanah bagi menentukan jenis, bentuk dan saiz kolam yang hendak dibina. Ini akan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan pembinaan kemudian nanti. Punca air Kolam-kolam ikan hendaklah dibina sedekat-dekat yang boleh dengan punca air untuk mengurangkan kos pembinaan. Walau bagaimanapun apabila air

dilencungkan dari sungai, punca air kolam hendaklah cukup jauh supaya ianya tidak terkena banjir. Kolam-kolam ikan dibina bagi tujuan, rekabentuk dan susunan adalah berlainan mengikut tujuan tersebut. Seorang penternak secara kecilan dengan keupayaan terhad, hendak membina sebuah kolam. Beliau bercadang hendak menternak ikan untuk pasaran dari anak-anak ikan yang didapati dari pusat ikan kerajaan. Seorang penternak yang mempunyai wang dan tanah yang banyak akan berminat dalam pembiakan ikan dan ternakan ikan. Apa pun tujuan penternak kolam-kolam boleh dibina bagi mencapai matlamat itu. Sesebuah ladang ternakair adalah terditi daripada satu kumpulan kolam, struktur , pengawalan air dan kemudahan membantu seperti pembentung, jambatan dan jalan-jalan. Tiap-tiap satu di atas mempunyai kepentingan masing-masing.

Gambar Foto 2 : Jenis-Jenis Sangkar Terapung

KEGUNAAN KOLAM-KOLAM

Kolam-kolam digunkan untuk berbagai tujuan. Oleh yang demikian, ianya mempunyai saiz, dalam dan bentuk yang berlainan seperti yang berlainan yang dibincangkan di bawah ini. Kolam-Kolam Semaian Biasanya kecil dan berbentuk empat segi bujur. Ianya digunakan untuk menternak anak ikan kecil sehingga ianya cukup besar untuk hidup dalam kolam yang lebih besar iaitu kolam ternakan. Keluasan kolam-kolam ini adalah antara 15-1,000m dan dalamnya adalah antara 0.45 ke 1.0 meter. Kolam-Kolam Ternakan Digunakan untuk menternak ikan sehingga ke saiz pasaran. Kolam-kolam Induk Adalah kolam-kolam untuk menyimpan induk-induk ikan. Kolam-kolam Simpanan Biasanya mempunyai sistem air pengaliran terus. Kolam-kolam simpanan adalah digunakan untuk menyimpan ikan-ikan sebelum dibawa ke pasar.

Alat Pengawalan Air

Adalah alat yang digunakan dalam sistem kolam bagi mengawal pengaliran air, mencegah banjir dan menentukan bekalan air kolam dalam masa ternakan. Alat-alat pengawalan air ini termasuklah batas-batas kolm dan parit-parit. Parit-parit Parit yang membawa air dari punca air ke kolam dan dari kolam ke sistem parit air keluar. Biasanya parit-parit yang membawa air ke dalam kolam dibuat daripada simen, sistem parit air keluar biasanya dibuat dengan tanah. Kadangkadang parit-parit dibina daripada plastik atau simen diatas atau dibawah. Membaja Selepas mengapur dan sebelum melepaskan anak ikan ke dalam kolam. Ianya perlu dibajai. Baja yang biasa digunakan ialah baja organan atau fosfat tiga ganda. Baja organan dilonggokkan secara berasingan pada dasar kolam sebelum air dimasukkan. Untuk kolam yang baru dibina, baja boleh ditaburkan terus pada dasar kolam dan dimasukkan ke dalam tanah.Aktivit membaja adalah mustahak kerana: * Baja menggalakkan pertumbuhan phytoplankton dan lain-lain tumbuhan air * Bagi sesetengah ikan air tawar, baja adalah makan yang boleh menggalakkan tumbesaran. Contohnya adalah najis haiwan Melepaskan anak ikan Pelepasan benih ikan ke dalam kolam paling sesuai dilakukan pada awal pagi atau lewat petang. Semasa hendak melepaskan anak-anak ikan ke dalam kolam

jangan curahkan dicurahkan terus ke dalam air. Benih ikan amat lemah setelah diangkut dan mudah tercedera jika dikendalikan dengan kasar. Adalah lebih baik dibiarkan benih ikan berenang keluar ke dalam air baru secara perlahanlahan. Langkah-langkah melepaskan bemih ikan ke dalam kolam adalah seperti berikut: Menstabilkan suhu * semua beg plastic yang berisi benmih ikan direndamkan di dalam air slama 10-30 minit. Ini adalah untuk mengurangkan perbezaan suhu antara air di dalam beg plastic dengan air kolam ternakan * selepas 30 minit, buka beg plastic dan masukkan sedikit air kolam ternakan ke dalam beg plastic Memeriksa kualiti benih ikan * periksa benih ikan yang terdapat di dalam beg plastic * benih ikan yang mengalami tekanan hendaklah direhatkan * benih ikan yang cedera dan mempunyai tanda-tanda penyakit harus ke dalam bekas lain untuk dirawat * hanya ikan yang cergas dan sihat sahaja dilepaskan Melepaskan benih ikan * buka beg plastik diasingkan

tuang benih ikan bersama-sama air di dalam beg plastic secara perlahanke dalam kolam ikan

lahan * Biarkan benih ikan keluar sendiri * Ulangi proses ini sehingga semua benih ikan dilepaskan ke dalam kolam ternakan

Gambar Foto 4: Menguji pH Kolam

Memeriksa kualiti benih ikan

pH adalah suatu angka sukatan yang menunjukkan kemasaman air kolam. pH air kolam yang sesuai adalah antara 6.8-8.5. Kualiti air yang mempunyai pH melebihi 7.0 adalah bersifat alkali dan pH yang kurang daripada 7.0 pula adalah berasid. pH air oada paras 7.0 bersifat neutral.

JENIS PEROSAK DAN PENYAKIT IKAN

Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti perikanan. Oleh itu maklumat-maklumat dan penyatuan tentang penyakitpenyakit ikn adalah penting untuk mengatasi dan merwat penyakit itu. Amnya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh factor-faktor biologi dan factor persekitran. Antara faktor-faktor biologi ialah parasit, bakteria, virus, kulat. Manakala faktor persekitaran pula ialah disebabkan tekanan atau stress, kekurangan atau makanan yang tidak sesuai.

PENYAKIT-PENYAKIT DAN MUSUH-MUSUHIKAN.

Tanda-tanda ikan telah diserang penyakit. Kelakuan berubah * * * * * Suka memencilkan diri dari kumpulan ikan-ikan jenisnya Serta gemar diam di permukaan air. Berenang dengan perlahan-lahan serta tidak teratur. Tanda-tanda bengkak atau kudis kelihatan pada badannya. Binatang-binatang seperti kutu, ulat yang membawa penyakit tersebut mungkin dapat dilihat pada badan ikan itu. PENYAKIT-PENYAKIT PARASIT Protozoa- adalah satu mikroorganisma yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian yang tinggi apabila ianya menyerang. Ini adalah kerana parasit protozoa dapat membiak dengan cepat secara berganda (belahan dedua). Serangan protozoa pada insang ikan akan merosakkan insang dan menyebabkan ikan susah bernafas. Serangan pada badan akan menyebabkan lapisan luar kulit menjadi kelabu dan kadang-kadang lapisan sisik akan tanggal. Cara-cara pengawalan dan pencegahan : * Ikan yang baru dibeli mestilah diberi rawatan supaya ia tidak menjadi punca membawa penyakit. * Jangan campurkan ikan berlainan umur kerana ikan yang lebih besar akan membawa parasit tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda.

Rawatan Formalin (formaldehyde) * 16.8 ml / 100 liter selama 1 jam * 2.5 ml / liter berterusan hingga sembuh Trematodparasit jenis ini berukuran 1 mm dan dapat dilihat dengan cermin

pembesar. Bentuknnya seperti daun dan akan menyerang luar badan dan insang dan yang lain akan menyerang ke dalam badan. Parasit di luar adalah kumpulan monogetik dan yang akan menyerang dalam badan adalah kumpulan digenetic. Cara parasit menyerang ikan adalah bergantung kepada jenis-jenisnya. Ada yang menyerang mata, otot atau saluran darah ikan. Parasit dewasa digenatik dapat membiak (bertelur) hanya dalam usus burung yang telah memakan ikan berparasit. Jika parasit itu menyerang mata, ikan akan menjadi buta. Jika saluran darah, pengedaran darah akan terganggu, di otot-otot akan merosakkan bahagian tersebut. Cara-cara pengawalan dan pencegahan Untuk rawatan parasit monogetik cara-caranya adalah seperti parasit protozoa. Untuk parasit digenetik, langkah-langkah berikut perlu diambil : * Mengawal pembiakan siput di kolam. Gunakan kapur semasa kolam dikeringkan. * Mengawal burung yang memakan ikan disekitar kolam. Rawatan

Untuk rawatan monogetic, caranya adalah sama seperti parasit protozoa. Untuk rawatan parasit digenetic tidak ada rawatan yang memuaskan. Nematod dan Cestod Kedua-dua cacing ini adalah cacing gelang (nematod) dan cacing peta (cestod). Cacing-cacing ini berukuran 2-3 cm. Cacing ini biasanya berwarna putih dan terapat dibahagian luar perut, otot-otot, pundi usus dan mata ikan. Putaran hidupnya melibatkan burung di mana parasit yang matang akan dikeluarkan oleh najis burung. Parasit yang menetas akan dimakan oleh cyclopoid dan akan menyerang ikan apabila cyclopoid yang mengandungi parasit dimakan oleh ikan. Ikan yang diserang oleh parasit ini selalunya akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Ikan ini juga tidak dapat digunakan sebagai induk. Cacing-cacing ini tidak akan menyebabkan kematian ikan yang tinggi, dan kematian juga tidak berlaku serentak.

Cara-cara pencegahan dan rawatan * Mengawal burung yang makan ikan dekat kolam * Keringkan dan kapurkan kolam setelah mengutip hasil Rawatan Tiada rawatan yang memuaskan. Oleh itu disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan berkesan.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA Bakteria adalah organisma halus dan hanya dapat dilihat di bawah mikroskop. Bakteria sentiasa terdapat diperairan dan akan menyebabkan penyakit hanya apabila terdapat factor-faktor tekanan seperti yang akan dibincangkan kelak. Ikan yang terkena bacteria akan kelihatan kemerahan yang akan merebak keselurhan badan dan jua kemungkinan akan menjadi ulser. Keadaan perut dan mata ikan menjadi bengkak. Kematian adalah serentak dan tinggi. Cara-cara mengawal dan mencegah Faktor-faktor tekanan adalah perlu dielakkan kerana ianya adalah punca penyakit ini. Rawatan Furnance 0.5 ppm sehingga sembuh. PENYAKIT OLEH VIRUS Virus adalah organisma yang lebih halus dari kuman dan ia tidak dapat diihat di bawah mikroskop biasa. Penyakit virus sering berlaku bersama dengan penyakit bacteria dan tanda-tanda klinikal adalah sama pada penyakit bacteria. Rawatan dan cara pengawalan adalah juga sama seperti penyakit bacteria.

FAKTOR-FAKTOR TEKANAN ATAU STRESS Suhuikan adalah organisma yang bergantung kepada suhu sekitar (air).

Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepatnya ia akan menyebabkan renjatan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Pada musim kemarau apabila air tidak mengalir, suhu di kolam akan menjadi tinggi dan keadaan ini tidak sesuai untuk ikan. Kekurangan makananmakanan yang kurang atau tidak sesuai boleh juga

melemahkan dan menyebabkan kematian ikan. Makanan yang diberi mestilah mengikut kadar yang diperlukan mengikut umur, saiz ikan. Kadar yang diberi mestilah 1/5 daripada berat ikan. Penyakit-Penyakit Biasa Ikan Argulus Sejenis kutu ikan (fish louse) yang berupa kehijau-hijauan serta kelihatan berbintik-bintik bulat di atas sirip, insang dan kepala ikan. Lernaea Sejenis ulat "anchor worm"

Rintik Putih Disebabkan satu jenis binatang halus (protozoa) dan apabila ikan mengidap penyakit ini, didapati berintik-rintik putih di seluruh badannya

Reput Sirip Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kuman (bakteria) yang menyebabkan sirip ikan menjadi buruk. Langkah-Langkah Mengelakkan Serangan Penyakit. * Periksa anak ikan sebelum diisi ke dalam kolam benih-benih ikan. * Kadar muatan ikan hendaklah dihadkan dan memberi makanan yang cukup * Jangan terlalu kasar menangkap ikan sehingga menjadi luka. * * Setiap kolam harus mempunyai saluran Asingkan ikan-ikan yang terkena penyakit, keringkan kolam dan bubuh kapur.

* Kolam-kolam hendaklah dikeringkan dan dikapur sebelum memasukkan air dan

Musuh-Musuh Ikan. * * * * Ikan pemangsa/Karnivor(Ikan haruan, keli dan ikan baung). Burung (Burung raja udang atau pekaka) Biawak (terutama kolam yang cetek) Memberang (merbahaya- masuk pada waktu malam).

2. IKAN HIASAN Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi

pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warnawarna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lainlain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Gambar Foto 5: Bahagian-bahagian luar ikan

MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga. Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

Jenis-Jenis Ikan Hiasan Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-

penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa

spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Jadual 3: Spesies-Spesies Ikan Hiasan Bil Famili 1. Cyprinidae Spesies seluang (Rasbora), ikan mas, kap Barb Ciri-ciri Utama Kecil, berbadan mampat, besesunngut. Tiada adipos fin dan gigi Ekor terbuka dan berbentuk fork Badan bersisik dan bergerak pantas Kepala tanpa sisik Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara Hanya sepasang lubang hidung Hanya satu dorsal fin (long base) Sirip ekor bulat

2.

Cichildae

Angel

discus

oscar

3.

Characidae

Semua jenis ikan Tetra

Seakan ikan barb Tiada sesungut Ada gigi dan adiposfin Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah

4.

Belontiidea

Ikan pelaga Siam (Betta splendens), Gourami biru (Trichogaster trichopterus),

Berbadan lebar dan mampat Sirip anal yang panjang Mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara. Terdapat di Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.

Dwarf Gourami (Colisa lalia)

5.

Poecillidae

Guppy.

Sward tail

Livebearing tooth carps Melahirkan anak Sedikit persamaan dengan mamalia.

Platy

6.

Catfish Families

Corydoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)

Suckermouth Bersesunggut

Memilih Bekas (akuarium)

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: * jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) * jenis ikan hiasan * bilangan ikan hiasan * saiz ikan hiasan * saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Gambar Foto 6 : Jenis-jenis akuarium kaca Memilih Tumbuhan Akuatik Yang Sesuai Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut : * * * * * * Alternanthera spp. Bacopa spp. Anubias spp. Lobelia spp. Sumatra fern spp. Java fern spp.

Gambar Foto 7 : Contoh Tumbuhan Akuatik Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa. Langkah-langkah menyediakan akuarium Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkahlangkah berikut perlu di ikuti ; * * * * * * bersihkan bekas terlebih dahulu pasangkan penapis masukkan pasir masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas masukkan aksesori yang dikehendaki masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )

* masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya * pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam * masukkan ikan hiasan . Langkah-langkah menyediakan akuarium Pengurusan akuarium Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut : Sistem pengudaraan Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air. Sistem penapis air Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis under gravel filter Atas : Masukan hiasan dan aksesori Bawah : masukkan air

Gambar Foto 8 : Langkah-Langkah Penyediaan Akuarium Perawatan air Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan. Batu-batan dasar Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan. Hiasan dalam akuarium Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

Gambar Foto 9 :

Contoh hiasan dalam akuarium

TUMBUHAN AKUATIK APAKAH TUMBUHAN AKUATIK Tumbuhan akuatik sebenar adalah tumbuhan yang mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosentisis sepanjang masa atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun. Ia tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air KEGUNAAN TUMBUHAN AKUATIK * * * * * Hiasan - Elodea densa, Cabomba sp Echinodorus sp. Makanan Manusia - padi, kangkung, sayur (pegaga, setangki). Makanan Binatang - babi (Alismataceaa), itik (lemnaceae) Baja - Hydrilla verticulata yang reput (kompos) menjadi baja tumbuhan. Kegunaan Lain - Tikar, bakul, beg (mengkuang dan rumput)

KATEGORI TUMBUHAN AKUATIK TENGGELAM(submerged) * Berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya, TERMUNCUL (emergent) * Berakar di kawasan cetek, Bahagian atas tumbuhan muncul di permukaan

TERAPUNG(Floating) *Bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air. SEPARA AKUATIK(Semi-aquatic) *Tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air. SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI IKAN HIASAN Menyumbang sebanyak RM37 juta setahun kepada nilai eksport. Industri ikan hiasan dan tumbuhan akuatik adalah seiringan. Malaysia kaya dengan tumbuhan akuatik di habitat sungai, paya atau air terjun. Ekosistem asalnya banyak dimusnahkan oleh pembangunan. Untuk mengekalkan bio-diversiti, pembaikan secara tisu kultur sedang dicuba.

KAEDAH MENGHASILKAN TUMBUHAN AKUATIK PENYEDIAAN KOLAM Kolam tanah atau konkrit dasar tanah. Ditutup dengan jaring (70% penembusan cahaya). Air boleh mengalir sekurang-kurangnya sekali sehari. Membunuh makhluk perosak dengan tea seed cake. Baja tahi ayam ditabur di dasar kolam yang masih becak. PENANAMAN Tanam benih pokok sacara tegak atau baring di atas lumpur (bagi jenis pokok panjang). Apabila pokok mulai tumbuh (bangun dan keluar pucuk baru) masukkan air kolam kira-kira 2 melebihi pucuk pokok.

PENJAGAAN TANAMAN Meracun serangga seminggu sekali membunuh siput dengan tea seed cake. Membaja (jika perlu). PENUAIAN Potong pokok menggunkana gunting (pokok bertangkai atau cagut terus (pokok jenis berumpun). Rendam segera di dalam air sebaik saja dipotong (sebelum dibungkus). Pokok jenis cutting boleh dipetik 2-3 kali sebelum dibuang untuk memulakan tumbuhan baru. KAEDAH PEMBUNGKUSAN Loose : pokok dipotong sama panjang dan dibungkus mengikut bilangan tempahan. Pot : tangkai pokok digulung dalam span dan dimasukkan ke dalam bakul kecil, Bunch : tangkai pokok digulung dalam span dan diikat dengan jaluran timah. MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium * Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. * Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. * Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. * Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik. Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan. Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari. Cara Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium * Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. * Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium. * Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik. CARA MENJAGA AKUARIUM Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah. Penjagaan Harian * Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna,

* * * *

sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan Mingguan * * * * * * * * Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik. Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium

3. AYAM PEDAGING KEDUDUKAN LADANG PERUMAHAN Perumahan ayam daging hendaklah lengkap dengan memberikan keselesaan kepada ayam dengan kos pembinaan yang paling ekonomik. Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan : Kedudukan bangsal Iika boleh paksi panjang bangsal hendaklah mengikut arah timur/barat dengan bahagian tepi reban mengikut arah utara/selatan. Jarak antara bangsal-bangsal hendaklah jangan kurang daripada 50 kaki untuk menjaga dari perebakan penyakit dari satu bangsal ke satu bangsal. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok-pokok besar atau bangunan lain yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Kedudukan bangsal di bawah atau dikelilingi oleh pokok-pokok besar walaupun akan meredupkan keadaan bangsal tetai mungkin akan menyebabkan keadaan lembab. Rekabentuk/Sistem Perumahan Sistem Lantai Sampah-sarap

Lantai bangsal diperbuat dari simen dan ditutupi dengan menggunakan sampah sarap. Jenis sampah sarap yang digunkan bergantung kepada samada iannya mudah diperoleh, sesuai untuk menyerap air dan murah harganya. Jenis-jenis sampah sarap yang biasa digunakan ialah ketaman/tatalan papan, jerami dan sekam padi. Sampah sarap perlu diisikan setebal 8-10 cm tinggi dari lantai. Sistem Lantai Tinggi Sila lihat gambarajah 2 untuk sistem lantai tinggi Lantai bangsal dinaikkan sekurang-kurangnya 3 kaki dari paras tanah Lantai biasanya diperbuat daripada kayu berketam berukuran 2.54 cm x 2.54 cm dan diatur jarak 2.54 cm antara dua kayu. Lantai boleh juga diperbuat dari BRC keras (sejenis dawai) berukuran 2.54 cm x 2.54 cm. Ukuran Lebar bagsal hendaklah diantara 5.5 cm-12.2 cm bergantung kepada kebesaran bangsal. Lebar yang kurang dari 5.5 cm akan menyebabkan bangsal kelihatan runcing dan ini tidak sesuai bagi bangsal yang panjang. Lebar yang lebih dari 12.2 cm pula akan menghalang peredaran udara yang sempurna dari tepi ke tepi bangsal. Untuk ukuran selanjutnya sila lihat gambarajah 1 dan 2 untuk keduadua sistem perumahan. Panjang bangsal adalah bergantung kepada jumlah ayam yang hendak dipelihara. Berikan keluasan lantai diantara 7-10 ekor untuk tiaptiap 1 meter persegi

Atap Berbagai jenis atap yang boleh dipilih untuk kegunaan bangsal. Sebaik-baik jenis atap yang dipilih ialah yang dapat mengurangkan bahang panas, tahan lama dengan kos yang berpatutan. Jenis atap aluminium amat sesuai kerana daya pambalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim tropika. PEMBERSIHN REBAN Reban ayam daging perlulah dibersihkan dengan sempurna, setelah tamat pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam. Ini adalah untuk menjamin reban tersebut bersih daripada kekotoran dan kuman-kuman penyakit untuk kesejahteraan kesihatan kumpulan ayam daging yang baru. Program pembersihan reban adalah seperti berikut : Keluarkan sampah sarap lama/najis Setelah tamat pemeliharaan sesuatu kumpulan ayam, maka kerja pembersihan pertama ialah mengeluarkan sampah sarap lama sekiranya menggunakan sistem lantai sampah sarap. Jika menggunakan sistem lantai tinggi, maka najis yang terdapat di bawah reban perlu dibersihkan dahulu. Sampah sarap lama/najis kalau boleh dikeluarkan dari kawasan ladang ternakan samada digunakan sebagai baja, dijual atau dibuangkan. Setelah itu reban haruslah disapu bersih untuk membuang saki baki najis dan lain-lain kotoran seperti sawang. Mencuci palong-palong makanan dan minuman Keluarkan palong-palong makanan dan minuman untuk dicuci. Gunakan tank atau bekas air yang besar untuk merendam palong makanan. Gunakan bekas yang lain untuk palong air. Gunakan ubat pencuci semasa merendam. Palong-

palong kemudian dibilas bersih dengan air. Kemudian direndamkan dengan menggunakan pembasmi kuman. Setelah itu simpan palong-palong itu ditempat khas sehingga diperlukan. Sekiranya menggunakan bekas minuman otomatik maka ianya tidak perlu dikeluarkan dari reban, memadai dicuci bersama-sama dengan pencucian reban. Tapis di dalam bekas minuman ini perlu dibuka dan dibersihkan. Bersih dan baiki alat perindukan Pembersihan dan pembaikan alat perindukan patutlah dijalankan selepas tamat sahaja perindukan. Sekiranya ada apa-apa kerosakan maka perlulah diperbaiki. Simpan alat-alat perindukan di dalam setor dengan baik. Reban disapu bersih Setelah najis/sampah sarap dan peralatan dikeluarkan, maka reban perlu disapu bersih dengan menggunakan penyapu. Seluruh reban perlu disapu bersih termasuk di kawasan bumbung / atap. Semburan racun serangga / kutu Setelah reban disapu bersih maka hendaklah reban tersebut disembur dengan racun serangga. Gunakan racun serangga yang tidak memudaratkan manusia dan binatang ternakan. Ada berbagai racun serangga yang terdapat di pasaran yang boleh digunakan. Sekiranya reban mengalami masalah kutu ayam, maka semburan racun kutu perlu dijalankan juga. Semburan racun dengan alat penyembur yang baik dan rata keseluruhan reban termasuk kawasan-kawasan bumbung dan atap. Celah-celah kayu juga perlu disembur. Semburan mestilah rata dan basah.

Nota : Gunakan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pelekat / pembekal racun. Gunakan langkah-langkah keselamatan apabila menyembur. Setelah itu biarkan reban satu atau dua hari, kemudian sapu dan buang serangga yang mati direban. Pembasuhan reban Setelah diracun dan dibuang serangga yang mati maka reban perlu dibasuh dengan menggunakan air basuhan yang baik ialah dengan menggunakan high pressure sprayer. Pancutan air dari alat ini dapat membersihkan reban dengan lebih sempurna. Tetapi sekiranya tiada alat ini, maka pembasuhan dengan cara biasa boleh dilakukan. Gunakan sabun basuhan yang disyorkan dan cucilah reban sehingga bersih. Kawasan-kawasan bumbung juga mestilah dibasuh. Setelah dibasuh, bilas basuhan dengan menggunakan air yang bersih. Semburan racun pemusnah kuman Setelah dibasuh reban dan kering, maka perlulah reban tersebut disembur dengan menggunakan racun pembasmi kuman. Ada banyak racun pembasmi kuman yang terdapat dipasaran. Gunakan jenis yang perlu sahaja. Semburan hendaklah dilakukan dengan teratur dan sempurna. Semburkan dikawasan dalam dan luar reban sehingga basah. Nota : Gunakan bancuhan sebagaimana yang disyorkan oleh pelekat/pembekal racun

Biarkan reban kosong Setelah disembur dengan racun pembasmi kuman, reban perlulah dikosongkan selama 2 minggu. Tujuannya ialah pengawalan penyakit yang lebih baik. Sekiranya reban dibiarkan kosong lebih dari 2 minggu maka adalah difikirkan elok dibuat semburan racun pembasmi kuman kedua. Persiapan menerima anak ayam Setelah dikosongkan reban, maka perlulah diambil langkah-langkah untuk menerima ketibaan kumpulan anak ayam yang baru. PEMILIHAN ANAK AYAM Anak ayam dari baka yang baik Pemelihraan anak ayam dari baka yang bermutu adalah penting didalam pengeluaran ternakan ayam daging. Ayam daging dari kacukan yang sederhana tidak boleh setanding dengan ayam daging yang tinggi nilai kacukan walaupun ianya dipelihara dengan sempurna. Berikut ialah beberapa panduan untuk pemeliharaan jenis ayam daging yang tinggi nilai mutunya : * * * * * * Kehidupan dan ketahanan penyakit yang baik. Tumbesaran yang cepat Penukaran makanan yang baik Kesegaran yang tinggi. Bentuk badan mengikut kehendak pasaran. Boleh dipasarkan dengan cepat.

* *

Rendah kos pengeluaran. Nisbah daging yang tinggi dari tulang.

Ciri-ciri pemilihan anak ayam Berikut adalah garis panduan ciri-ciri anak ayam yang bermutu baik : * Anak-anak ayam dibeli hendaklah seragam * Mempunyai mata yang bulat dan bersinar * Kelihatan sihat dan cergas * Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang * Pusat yang kering * Dubur yang bersih tiada dilekati dengan najis * Tiada kecacatan PENGURUSAN ANAK AYAM Pengurusan anak ayam amatlah penting dan merupakan suatu ketika yang rumit didalam pengurusan ayam. Sesuatu perusahaan ayam tidak akan berjaya sekiranya pengurusan anak ayam ini tidak dikendalikan dengan sempurna. Kegagalan didalam penjagaannya akan melibatkan peratus kematian yang tinggi dan boleh menjejaskan pembesaran yang sempurna. Penjagaan yang rapi diperlukan untuk pencapaian (genetic potential) sesuatu baka yang dipelihara. Pada hakikatnya perindukn adalah bergantung kepada perumahan dengan penjagaan suhu peredaran udara.

Sebaik-baiknya reban untuk perindukan ialah reban bertutup bagi mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas dari reban ke alam sekitar. Tetapi peredaran udara yang secukupnya perlu diadakan. Sistem perumahan berlantai simen dengan menggunakan sampah tebal adalah yang paling diamalkan. Keperluan suhu yang seuai adalah dalam lingkungan 70F ke 100F. Jarak lingkungan keperluan suhu ini adalah luas dari itu takat suhu yang sesuai dapat diketahui daripada perangai anak-anak ayam itu. Keterangan ini akan dijelaskan dibawah tajuk perindukan. Udara yang nyaman dari luar perlu diberikan kepada anak-anak ayam semsa perindukan. Peredaran udara memastikan kandungan air dalam reban tidak menjadi lembab. Alat-alat kelengkapan Induk gas Hover berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam. Ada berbagai jenis alat pemanas yang boleh digunakan terdapat di pasaran. Pastikan syor diberikan oleh pembuat bagi bilangan anak ayam untuk sesuatu alat hover. Pembentong induk samada dari kadbod atau kawat jaring halus setinggi 46 cm (18 inci) bagi tiap-tiap kepungan induk. Dulang makanan permulan anak ayam. Sediakan satu dulang makanan berukuran 46 cm x 46 cm x 4 cm (18 x 18 x 1 ) untuk tiap-tiap 100 ekor anak ayam. Bekas makanan. Sediakan bekas makanan yang digantung selepas umur anak ayam 10-14 hari. Sediakan 3 buah bekas makanan berukuran rentas 40.6 cm (16 inci) atau 4 buah bekas makanan berukuran 30.5 cm (12 inci) bagi tiap-tiap 100

ekor anak ayam. Jika palong makanan digunakan berikan keluasan 5.0-7.5 cm (2-3) panjang bagi seekor anak ayam. Tabung air. Gunakan satu tabung air muatan 9 liter (2 gelen) air untuk 100 ekor anak ayam dari 1 hingga 10 atau 14 hari. Bekas minuman. Sediakan satu bekas minuman air otomatik untuk 100 ekor anak ayam. Bagi palong air berikan keluasan sepanjang 2 cm (0.75 inci) tempat minuman bagi seekor anak ayam dari umur 15 hari ke atas. Kesemua alat-alat perindukan hendaklah disusun sebagaimana dalam rajah 3. Dulang makanan permulaan atau tabung air perlu diselangselikan supaya anak-anak ayam dapat tempat makanan dam minuman dengan mudah. Pengurusan Selepas pembersihan bangsal maka hendaklah kita membuat persiapan untuk menerima kedatangan anak-anak ayam. Dinding bangsal ayam perlulah ditutup samada dengan kertas atau plastik dikelilingnya. Tinggalkan sedikit dari dinding bangsal dan jangan ditutup untuk pengedaran udara. Sediakan satu pasu berisi larutan disinfactant untuk dicelupkan kasut sebelum masuk ke reban. Buatkan kepungan untuk perindukan dengan ukuran rentas 274 cm (9 kaki) Alas lantai dengan ketaman papan setebal 8-10 cm dan buatkan kepungan untuk perindukan dengan ukuran rentas 274 cm (9 kaki). Isikan juga makanan permulaan ke dalam bekas makanan. Jangan isikan terlalu penuh kerana anakanak ayam itu tidak makan dengan banyak ketika itu.Juga bagi megelakkan pembaziran makanan dengan sebab dikais atau dikotori dengan najis.

Nyalakan api induk beberapa jam sebelum ketibaan anak ayam sekurngkurangnya 12 jam untuk memanaskan kawasan perindukan dan reban. Apabila ketibaan anak ayam masukkan anak-anak ayam ke kawasan perindukan dengan segera. Sekiranya ada suntikan yang perlu dilakukan ketika hendak memasukkan anak-anak ayam ke kawasan perindukan. Kiraan ke atas bilangan anak-anak ayam dilakukan ketika ini. Larutan vitamin atau antistress juga diberikan kepada anak-anak ayam Pastikan anak-anak ayam berdekatan dengan tempat minum dan induk. Tinggalkan reban untuk beberapa jam dan kembali semula untuk melaraskan apa-apa yang perlu dan untuk perhatian keatas kedudukan anak-anak ayam dalam kawasan perindukan untuk penysuaian suhu. Gambarajah 4 menunjukkan pertaburan anak-anak ayam mengikut keadaan suhu. Sekiranya reban terlalu panas maka eloklah hover/induk dipadamkan sementara. Sekiranya reban dalam keadaan sejuk, periksa hover/induk untuk kerosakan. Sekiranya tiada tambahan unsur haba untuk mendapatkan kepanasan yang diperlukan. Semasa perindukan, unsur haba boleh dinyalakan selama 24 jam untuk minggu pertama. Akan tetapi ini bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak ayam. Hover/induk boleh dipadamkan sekiranya keadaan terlalu panas dalam reban. Bagi minggu kedua, hover hanya dinyalakan diwaktu malam sahaja. Tiada haba diberi untuk minggu ketiga kecuali dalam keadaan hari yang sejuk. Selalu melawat ke reban ayam semasa perindukan untuk memastikan yang anak-anak ayam berada dala keadaan yang baik. Air perlu diganti dengan yang baru setiap hari dan

pemberian makanan perlulah sentiasa cukup. Anak-anak ayam yang mati perlu dibuang dengan segera. Sekiranya ada anak-anak ayam yang lemah dan dalam keadaan yang tidak sempurna, untuk dipelihara perlulah diasingkan. Pengurusan-pengurusan lain. Setelah cukup 3 minggu maka bukalah penutup-penutup dinding dan kepungan perindukan dan biarkan ayam bebas dalam reban. Pada masa ini pertumbuhan bulu kasar telah nyata. Elakkan kemasukan orang-orang yang tidak berkenaan ke dalam reban. Pemberian antibiotik/vitamin boleh diberi apabila perlu. Anakanak ayam perlu disuntikkan bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya. Satu program suntikan perlulah disediakan dan ini bergantung kepada penyakit disatu kawasan. PENGAWALAN PENYAKIT Program suntikan Anak-anak ayam perlu disuntik bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang merbahaya. Adalah dinasihatkan agar penternak menghubungi Pejabat Haiwan yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan suntikan dan penyakit.

Dibawah ini disenaraikan panduan untuk program suntikan ayam daging. Umur 1 hari 18 hari Suntikan penyakit Sampar Sampar dan Puru ayam Jenis vaksin F F dan Puru Cara pemberian Dititiskan ke dalam hidung atau mata Dititiskan ke dalam hidung dan dicucuk dikulit pelipatan sayap

Pemberian ubat Membanteras penyakit yang paling berkesan ialah dengan pengawalan. Kebersihan, pengurusan yang baik serta jadual suntikan yang teratur boleh mengawal kejadian penyakit. Walau bagaimanapun kadangkala kumpulan ayam tetap diserang oleh penyakit. Sekiranya berlaku demikian, penternak adalah dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Haiwan untuk mendapatkan ketentuan jenis penyakit dan perubatan yang diperlukan. Apabila menggunakan ubat, berikan mengikut kadar yang disyorkan. Penternak-penternak janganlah mudah terpengaruh dengan penjual-penjual ubat ayam. Perubatan ayam adalah berdasarkan penyakit yang telah sedia ada. Pembuangan ayam mati. Ayam yang mati samada disebabkan oleh penyakit atau hal-hal lain perlulah segera dimusnahkan atau dibuang jauh dari persekitaran ladang ternakan. Kawalan binatang-binatang tersebut perlu juga dijalankan untuk mengelakkan

berlakunya perebkan penyakit yang tidak diingini. Cara memusnahkan ayam mati yang disyorkan ialah dengan membakar PEMBERIAN MAKANAN Pemberian makanan yang sempurna mestilah dilakukan untuk menjamin pembesaran badan yang cepat dan penjimatan kos. Makanan adalah satu kos yang tertinggi di dalam pemeliharaan ayam daging. Sebanyak 70 % daripada kos pengeluaran ialah kos makanan. Dari itu penternak haruslah mengambil perhatian ke atas pengurusan makanan yang tidak sempurna akan menjejaskan keuntungan. Jenis makanan Jenis-jenis makanan ayam daging dan umur diberi adalah seperti berikut : Makanan permulaan ayam daging 1 hari-28 hari Jenis crumblo Makanan penghabisan ayam 29 hari dipasarkan Jenis daging Pellet Belilah makanan tersebut dan pembekal makanan ternakan ayam yang terkenal dengan mutunya. Mutu makanan ayam daging yang tinggi perlu bagi menentukan tumbesaran ayam dengan sempurna.

Ruang makanan dan kedudukan bekas makanan Ruang makan perlulah mencukupi agar semua ayam berpeluang untuk memakan tanpa bersesak. Sekiranya ruang makan tidak mencukupi maka pembesaran ayam daging mungkin tidak rata. Keperluan ruang makan adalah seperti berikut : Untuk anak ayam- dulang makan berukuran 46 cm x 46 cm x 4 cm untuk Setiap 100 ekor anak ayam. Sekiranya menggunakan Palong berikan 2.54 cm untuk seekor. Untuk peringkat tumbesaran- gunakan bekas berukuran rentas 40.6 cm (16 inci) untuk 30 ekor ayam. Jika palong makanan digunakan berikan keluasan 5.0- cm (2-3 inci) panjang bagi seekor ayam. Bekas makanan gantung atau palong makanan yang digunakan perlulah dibetulkan kadar tinggi mengikut pembesaran ayam. Paras tempat ayam makan samada dari bekas makanan gantung atau palong makanan hendaklah sama dengan paras belakang ayam. Paras yang rendah akan menyebabkan ayam melakukan kais mengais dengan muncung dan berlakunya pembaziran makanan. Paras yang tinggi pula akan menjejaskan ayam yang kecil dari mendapat makanan. Apabila mengisi makanan ke dalam bekas makanan janganlah mengisi dengan terlalu penuh, memadailah dengan mengisi paras bagi palong makanan, isikan jangan melebihi paras dan perlu diisi beberapa kali sehari untuk memberi makanan yang mencukupi dan juga cara ini akan menggalakkan ayam

untuk makan. Makanan mestila sentiasa ada di dalam bekas makanan untuk menentukan adanya makanan pada setiap masa. Penukaran makanan Penukaran makanan ialah angka penunjuk makanan dengan berat badan ayam. Pengurusan yang sempurna adalah penting dalam penentuan penukaran makanan yang baik. Pengurusan-pengurusan alat makanan , cara-cara pemberian makanan, pengawalan penyakit dan lain-lain yang berkaitan semuanya memainkan peranan. Perhatian berat yang patut diambil ialah pembaziran makanan. Pembaziran makanan boleh berlaku dari perkara-perkara berikut : * Mengisi makanan kedalam bekas makanan dengan tidak cermat dan berlakunya pertumpahan makanan. * Menggunakan bekas yang rosak * Paras tinggi bibir bekas makanan atau palong makanan yang tidak mengikut pembesaran ayam * Masalah tikus yang suka memakan makanan ayam * Tidak menyimpan makanan dengan baik. Menimbunkan beg-beg makanan dengan tinggi yang akhirnya menyebabkan beg-beg makanan dibawah menjadi keras dan tidak dapat digunakan. Elakkan beg-beg dari terkena air. Makanan yang terkena air akan cepat rosak dan berkulat dan tidak sesuai diberi makan kepada ayam.

Kesihatan ayam adalah satu punca yang boleh mempengaruhi penukaran makanan. Penyakit-penyakit akan menyebaban kejatuhan pengambilan makanan dan ini akan menjejaskan pertumbuhan badan dengan sempurna. Cara pengiraan penukaran makanan ialah dengan membahagikan jumlah makanan yang diberi dengan jumlah berat badan yang dihasilkan. Lebih rendah angka yang didapati lebih baik lagi penukaran makanan sesuatu kumpulan ayam dan lebih tinggi lagi pulangan pendapatan. Contoh kiraan untuk 100 ekor ayam Jumlah makanan yang diberikan kepada sesuatu kumpulan ayam dari mula dipelihara sehingga dipasarkan Jumlah berat badan ayam hidup yang dijual. - 1750 kg - 3675 kg

Jumlah berat badan ayam hidup yang dijual = Jumlah makanan diberi Jumlah berat badan = 3675 1750 = 2.1

PEMBERIAN AIR Air adalah merupakan satu faktor yang sangat penting dalam kehidupan ayam. Ia merupaka kandungan yang tinggi di dalam badan. Badan ayam mengandungi lebih kurang 70 % air. Air amatlah diperlukan dalam proses-proses kehidupan didalam badan dan kawalan suhu serta lain-lain fungsi lagi. Pengambilan air bergantung kepada keadaan suhu alam sekeliling dan kelembapan kandungan dan pengambilan makanan dan gerakan jasmani. Dimana keadaan panas ayam akan minum 2 kali ganda daripada keadaan suhu biasa. Pada lazimnya ayam akan minum 2 kali ganda daripada jumlah berat makanan yang dimakan. Memandangkan peri pentingnya keperluan air maka penternak ayam dikehendaki mengawasi pemberian air terutama sekali di musim panas : Ruang minum dan kedudukan bekas minuman Ruang minum perlulah mencukupi untuk semua ayam berpeluang untuk minum tanpa bersesak. Keperluan ruang minum adalah seperti berikut : Untuk anak ayam Sediakan satu tabung air bermuatan 9 litr (2 gelen) untuk 100 ekkor anak ayam dari umur 1 hingga 10 atau 14 hari.

Untuk ayam membesar Gunakan bekas minuman gantung jenis automatik untuk kemudahan dan tahan lama. Sdiakan satu bekas minuman automatik untuk 100 ekor anak ayam. Sekiranya palong air digunakan, berikan keluasan sepanjang 2 cm (0.75 inci) bagi seekor. Tempat minuman dan makan hendaklah diatur dengan baik agar kedua-duanya saling dekat mendekati untuk dituju oleh ayam. Ketinggian bekas minuman hendaklah mengikut pembesaran ayam. Tentukan paras bibir bekas minuman serata dengan paras belakang ayam. Kawalan air dibekas minuman perlu diawasi bagi mengelakkan pertumpahan air yang boleh menyebabkan lecak dan berbau masak. Air perlulah dijaga dan diberi perhatian berat setiap kali penternak memasuki bangsal ayam. Jika ada bekas minuman air yang rosak maka ianya perlu diganti dengan segera. Kematian yang tinggi disebabkan oleh ketiadaan air boleh berlaku.Berikan air dari sumber yang bersih. Sumber air dari sungai hendaklah cuba dielakkan. Air yang mengandungi unsur-unsur galian yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan ayam.

4. AYAM PENELUR Ayam penelur adalah jenis ternakan bukan ruminen yang diternak untuk tujuan menghasilkan telur. Bagaimanapun ia juga boleh membekalkan daging kepada pengguna setelah ia tidak mampu lagi mengeluarkan hasil telur secara produktif. Pada peringkat awal proses mendidik anak ayam penelur adalah sama seperti mendidik anak ayam daging. Setelah berumur 5 bulan ke atas makanan ayam penelur yang khusus untuk pengeluaran telur diberikan kepada ayam penelur. Lokasi Tapak Ladang Faktor Pemilihan Lokasi * Lokasi tapak ladang tidak termasuk di dalam kawasan struktur perancangan pembangunan daerah atau berhampiran dengan kawasan yang berkemungkinan tinggi akan dibangunkan untuk kepentingan awam. * Lokasi yang mempunyai kemudahan dan prasarana asas yang baik, sempurna dan mencukupi (perhubungan jalanraya/ jalan ladang, sistem saliran, sumber bekalan elektrik dan sebagainya) * Lokasi yang mempunyai ventilasi/pengudaraan yang baik. * Sekurangnya 0.5 kilometer jarak dari ladang unggas yang terhampir bagi ladang reban jenis terbuka dan sekurangnya 0.1 kilometer bagi ladang yang menggunakan reban jenis tertutup.

Sekurangnya 0.20 kilometer dari kawasan pembangunan seperti kawasan perbandaran, perindustrian, pelancongan, penempatan awam dan

kemudahan awam jika membangunkan ladang jenis reban terbuka. Bagi ladang jenis reban tertutup pula sekurang-kurangnya 0.10 kilometer Reban * * * Reban dibina di kawasan berasingan dari kawasan premis-premis bukan pengeluaran dan dipagar untuk memisahkan antara keduanya. Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut ayam. Rekabentuk, ukuran, binaan reban dan bahan digunakan membolehkan: - Ventilasi/pengudaraan dalam reban yang optimum, selesa dan tidak menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan. - Ayam serta keselesaan dan kesihatan pekerja. - Kerja cuci hama yang berkesan * Ventilasi /Pengudaraan Reban Suhu dalam reban di bawah 30C (suhu optimum 22-26C). Kadar kelembapan dalam reban kurang dari 70 peratus.

Jadual 4: Rekabentuk Raban Ayam Perkara Lebar reban Panjang tepi atap Panjang reban Jenis Terbuka tidak kurang dari 10 meter sekurang 15-20 darjah bergantung kepada keperluan Jenis Tertutup tidak lebih dari 12 meter Sama tidak lebih dari 500 meter

Orientasi memanjang reban sebaik-baiknya mengarah timur-barat untuk mengurangkan kesan secara langsung pancaran matahari ke atas ayam. * * * Jarak antara reban sekurang-kurangnya sama dengan lebar reban. Bahan binaan reban, sangkar dan reka bentuknya tidak mendedahkan ayam Kepada kecederaan. Bangunan atau pokok-pokok berhampiran reban tidak menghalang udara bersih. peredaran

* *

Membina pintu yang cukup untuk keselamatan pekerja dan ayam semasa kecemasan bagi reban jenis tertutup. Bagi reban jenis tertutup seelok-eloknya dipasang alat amaran kecemasan.

Contoh Reban Ayam Penelur

Pandangan hadapan Pandangan Sisi

Pandangan Atas

Pandangan Sisi Bahagian Atas Pelan Ladang * Menyediakan pelan struktur ladang yang menunjukkan jalan utama ke ladang pembangunan persekitaran seperti kampung, pekan dan sumber air berhampiran. * Menyediakan pelan struktur yang menunjukkan kedudukan reban-reban dan lain-lain prasarana ladang. Makanan * Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan yang menerapkan amalan pembuatan yang baik (GMP) atau amalan yang diperakukan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. * Pemantauan mutu dan kebersihan makanan dibuat dari masa ke semasa. * Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai ventilasi yang baik yang

tidak mendedahkan makanan mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan kulat. * Makanan diberikan mengikut tumbesaran Starter - Permulaan Broiler - Pembesaran Finisher menggalakkan pengeluaran telur Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis tikus dan burung * Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis yang menyimpan makanan * Makanan tidak disimpan lama.(tidak lebih dari satu minggu) Bagi tempat simpanan makanan yang berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas alas tinggi lebih kurang 15cm. Air Minum * Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air yang telah dirawat dahulu dengan menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan * * Mengelakkan air minuman dari dicemari. Air minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan mudah dicuci. Menggunakan bekas menyimpan air minum yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan yang boleh menyebabkan keracunan.

terlebih

Pemantauan kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman, logam) dari masa ke semasa.

Pemilihan Anak Ayam * Anak ayam dari baka yang baiik. Memperolehi anak ayam dari ladang baka atau ladang penetasan yang diakreditasi oleh Jabatan perkhidmatan haiwan . * Melakukan kawalan mutu anak ayam semasa penerimaan . * Sebaiknya anak ayam diperolehi dari induk yang sama flockatau sama umur. * Anak ayam dari sumber berlainan tidak dipelihara di dalam flock yang sama untuk mengelakkan pemasangan. Panduan Pemilihan Anak ayam Yang Tinggi Mutunya * * * * * * * Kehidupan dan ketahanan penyakit yang baik. Tumbesaran yang cepat Penukaran makanan yang baik. Kesegaran yabg tinggi Mengeluarkan telur yang bermutu Cepat bertelur. Rendah kos pengeluaran.

Ciri-Ciri Pemilihan Anak Ayam * Anak anak ayam dibeli hendaklah seragam * * * * * * Mempunyai mata yang bulat dan bersinar. Kesihatan yang cergas. Bulu badan berada dalam keadaan kering dan kembang. Pusat yang kering. Dubur yang bersih tiada dilekati dengan najis. Tiada kecacatan.

Kawalan Suhu * * * Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut pembesaran ayam. Reban bertutup bagi mengelakkan kesejukan dan kehilangan hawa panas pada waktu malam atau semasa hujan. Sistem perumahan berlantai simen dengan menggunakan sarap tebal penting. * * * Keperluan suhu yang sesuai ialah dalam lingkungan 70F-100F. Sekiranya reban terlalu panas maka eloklah hover/induk dipadamkan sementara. Sekiranya reban dalam keadaan sejuk periksa hover/induk. adalah

Namun ia bergantung kepada keadaan suhu dan pertaburan serta tingkah laku anak-anak ayam. Hover boleh dipadamkan sekiranya keadaan terlalu panas. Bagi minggu kedua,hover hanya dinyalakan di wuktu malam sahaja. Tiada haba diberi untuk minggu ketiga kecuali dalam keadaan sejuk.

Brooding Bermaksud minggu. Kepongan keliling berbentuk bulatan tinggi.Suhu 28-31C. Alat-Alat Kelengkapan Untuk Anak Ayam * * * 4 untuk tiap-tiap 100 ekor anak ayam. Tentukan alatan makanan adalah cukup. 1 gallon drinker untuk 100 ekor. Kekeringan(dehydration)boleh menyebabkan kematian awal.Celupkan muncung anak ayam ke dalam air supaya ia dapat belajar minum dengan cepat. Bekas makanan yang digantung selepas umur anak ayam 10-14 hari.Sediakan 3 buah bekas makanan berukuran rentas 40.6 cm atau 4 buah bekas makanan berukuran 30.5 cm bagi 100 ekor anak ayam. Penerimaan Anak Ayam Ke Ladang Induk gas Hover berkuasa 30,000 BTU untuk 500 ekor anak ayam. Pemotong induk samada dari kadbod atau kawat jaring halus setinggi 46 cm(18 inci) bagi tiap-tiap kepungan induk. Dulang makanan permulaan anak ayam adalah berukuran 46 cm x 46 cm x dengan papan playwood 16 inci masa penjagaan anak ayam semasa berumur 1 hari hingga 2

Selepas

ketibaan anak ayam dari ladang,masukkan anak-anak ayam ke yang perlu memasukkan anakanak ayam ke kawasan

kawasan perindukan dengan segera. Sekiranya ada suntikan dilakukan ketika hendak

perindustrian.Larutan vitamin atau antistress juga diberikan kepada anak-anak ayam. Pastikan anak anak ayam berdekatan dengan tempat minuman dan induk. Selalu melawat ke reban ayam semasa perindukan untuk memastikan anak ayam berada dalam keadaan yang baik.

Pemotongan Paruh Pemotongan paruh ialah potong bahagian atas paruh sepanjang 2mm perlu dan ia di lakukan untuk: - Mengelakkan kanibalisme - Mengelakkan pembaziran makanan - Mengecilkan ruang lantai seekor ayam dalam reban. Proses Pengeraman dan Penetasan * Kualiti yang diperlukan pada telur untuk ditetaskan. * Bentuk yang baik. * Ruang udara tetap kecil dan berada. * Di hujung yang lebar. * Berat antara 52kg 70 kg. * Subur * Tidak lebih dari 7 hari.

Pemilihan Baka * Baka merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik.Akan anak ayam dari pengeluar atau pusat pusat penetasan yang diakui keunggulan yang hendaklah diperolehi. * Purata umur ayam penelur adalah 2 tahun.

Ciri-Ciri baka Penelur Yang Berkualiti * Mempunyai daya hidup yang tinggi. * Bebas dari kecacatan * Penghasilan telur sebanyak 260 -300 biji setahun. * Berat antara 52 70 gm sebiji. * Kulit telur adalah keras dan bersih. * Di hujung yang lebar. * Ruang udara tetap, kecil dan berada. * Tidak lebih daripada 7 hari Fumigasi Telur-Telur Sebelum Ditetaskan Keperluan * Sebuah bilik bertutup yang lengkap dengan alat pengudaraan. * Suhu 20C 25C * Kelembapan

Pada setiap meter persegi (m) diperlukan. * 20 gram pottasim permagante dan 30 cc formalin 40%. Fumigasi Telur Semasa Ditetaskan * Tidak diperlukan dalam minggu pertama * Pada setiap meter persegi(m) diperlukan. * 10 gram pottasium permangnate dan 15 cc formalin 40 %. * Fumigasi selama 20-30 minit.

Faktor-Faktor Yang diperlukan Untuk Pengeraman dan Penetasan Yang Baik * * * * Suhu Kelembapan Pemusingan Pengudaraan telur (turning)

Masa penetasan 1 bermula dari penindahan telur telur ke dalam penetasan (hatcher). Masa penetasan 2 bermula apabila 1/3 daripada kulit kulit telur telah mula retak(fructured)

Suhu Yang diperlukan dalam alat Pengeraman dan Penetasan Masa Suhu Kelembapan

Masa Pengeraman 0 - 18 hari Masa Penetasan (X)

99.5-100F

52 - 55%

99 99.5F

52 55%

Masa Penetasan(XX)

99 99.5F

75 85%

Sebab-Sebab Menambah Kelembapan Semasa Penetasan * Menghindarkan kekeringan pada membrans. * Menghindarkan kekeringan pada anaka ayam. Pengudaraan diperlukan untuk tujuan * Untuk memberi oksigen * Untuk mengeluarkan karbon dioksida,kepanasan yang lebih dan membekalkan kelembapan. * Untuk kepanasan yang merata Rekod Ladang

Menyediakan rekod rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat ,pemberian vaksin,pengeluaran telur, gred telur dan lain lain.

Rekod rekod diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Memantau prestasi * Menyediakan norma norma petunjuk produktiviti ladang sebagai panduan pengurusan menilai kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.(index produktiviti).

Penyakit-Penyakit Ayam Penelur Bakteria: Penyakit Pernafasan Kronis (Chronis Respiratory Disease/CRD) PUNCA : Mycoplasma gallisepticum

SUMBER : Telur yang tercemar Anak ayam yang dijangkiti udara

Penyakit Selesema Ayam (Infectious Coryza)

PUNCA :Haemophilus gallinarum SUMBER :burung liar dan peralatan atau makanan tercemar

Penyakit Taun Ayam(Fowl Chorela)

PUNCA :Pasteurella Multocida. SUMBERmelalui makanan dan minuman yang sudah tercemar melalui pernafasan ayam yang dijangkiti penyakit Lalat adalah perantara

Penyakit berak kapur (Pullorum )

PUNCA : Salmonella Pullorum SUMBER : terdapat di dalam telur Ayam yang menjangkiti penyakit ini akan menghasilkan anak yang mengidap penyakit yang sama.

Virus: Penyakit Avian Influenza(Selsema Burung)

PUNCA :virus orthomyxovirus SUMBER:unggas di air seperti itik dan angsa, semua spesies burung baik yang jinak mahupun liar Penyakit Sampar Ranikhet (Newcastle Disease)

SUMBER:melalui udara, ayam yang mengidap penyakit ini mencemari makanan, minuman dan peralatan kandang.

Penyakit Gumboro (Gumboro Disease)

PUNCA :Infectious Bursal Agent (IBA) SUMBER: Serangga Egg Drop Syndrome

PUNCA :adenovirus SUMBER:Vaksin yang tercemar kotoran di badan ayam yang sakit oleh ayam yang sihat

Penyakit Bronkitis (Infectious Bronchitis)

PUNCA :famili corona viridae SUMBER:udara, orang, burung liar, kandang dan peralatan yang tercemar oleh virus ini Parasit: Protozoa : Coccidiosis Emeria

Terdapat dalam saluran makanan. Punca Penyakit : Ayam berak darah/Koksidiosis

Arthropoda : Kutu Terdapat pada kulit dan bulu ayam

Menopon gallinae

Menacanthus Stramineus

Lipeurus Pencegahan Penyakit Sanitasi reban Mengasingkan ayam berlainan usia Mengasingkan anak ayam yang sakit Menanam bangkai ayam yang mati Penakaian Suntikan antibiotik

Goniodes Gigas

Jenis-Jenis Antibiotik NCO TM 25 + 25 NOPSTRESS CORYZIN GALLIMYCIN TERRAMYCIN DIBERI MENGIKT JENIS PENYAKIT Masa Pemberian Antibiotik Pemindahan anak ayam Penerimaan anak ayam Cara Pemberian Antibiotik * Suntuikan * Dicampurkan dalam makanan/minuman

Suntikan di Kepak

5. LEMBU PEDAGING

Tujuan menternak lembu pedaging ialah:


o o

untuk mendapatkan hasil daging untuk meningkatkan pendapatan sama ada pendapatan utama atau pendapatan tambahan.

Menternak lembu pedaging adalah lebih mudah berbanding dengan lembu tenusu. Hasil lembu pedaging akan diperolehi setelah lembu-lembu dijual, sama ada sebagai lembu untuk sembelih atau untuk pembiakan. Dengan pengurusan dan penjagaan yang baik, lembu-lembu pedaging akan lebih sihat, gemuk dan memberikan hasil yang lumayan.

Gambar Foto 10: Lembu Pedaging

BAKA LEMBU PEDAGING Terdapat 2 kumpulan baka lembu yang utama iaitu lembu tempatan dan lembu yang diimport iaitu lembu di bawa dari Zebu, India oleh pengijrah-penghijrah.

BAKA LEMBU PEDAGING TEMPATAN Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai untuk diternak dinegara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang-hitam, coklat dan kekuningan. Berat anak lembu yang baru dilahir adalah kira-kira 14- 16kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4kg sehari sehingga mencapai umur dua tahun. Berat matang adalah antara 200-250kg. Jumlah daging yang dapat diperolehi adalah kira-kira 45% daripada berat badan lembu.

Gambar Foto 11 : Lembu Kedah Kelantan (K-K) Lembu India Tempatan (Local Indian Dairy) (L.l.D.) Campuran baka Kangayan, Hallikar dan Ongole daripadaIndia. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan baka K-K. Berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup

dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280g. Anak dilahirkan di antara 18-20kg beratnya.

Gambar Foto 12: Lembu India Tempatan (Local Indian Dairy) (L.l.D.) BAKA LEMBU PEDAGING IMPORT Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika.Berat matang lebih kurang 520kg bagi betina, manakalajantan mencapai 700-900kg. Biasanya berwarna putih dan berbonggol di bahagian belakang. Sesuai untukkerja-kerja lasak dan boleh tahan cuaca panas.Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450kg). Anak dilahirkan kira-kira 22-27kg beratnya dan cepat membesar.

Gambar Foto 13: Lembu Brahman Lembu Droughtmaster Hasil kacukan lembu Brahman dengan Shorthorn,berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna coklat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur kira-kira 630 hari. Purata umur ketika

beranak pertama ialah 918 hari.Berat mencapai lebih kurang 330kg apabila mencapai umur dua tahun.

Gambar Foto 14 : Lembu Droughtmaster Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal) Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembubetina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia. Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.

Gambar Foto 15 : Lembu Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)\ CARA-CARA MENGKACUK Terdapat 2 cara untuk mengkacuk lembu pedaging iaitu: Membeli Lembu Lembu jantan dari luar negeri. Cara ini ada kelemahannya. Kos untuk mengimport lembu jantan ini adalah terlalu mahal. Banyak lembu jantan yang digunakan untuk proses secara banyak. Menggunakan mani yang dibekukan Cara ini ada kebaikan. Proses kacukan lebih mudah dijalankan kos pengangkutan mani yang dibekukan adalah rendah dan lebih banyak lembu betina dapat dikacukan dalam satu masa. Baka-baka yang selalu digunakan sama ada untuk pengeluaran susu, daging atau untuk kedua-duanya adalah seperti di bawah: Pengeluaran Daging Pengeluaran susu

Hereford Brahman Drouhtmaster Charolais Santa getrudis

Friesian Sahiwal Red sindhi Jersey Australian Illwana Shorthorn Australian Milking Zebu

PENGURUSAN Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging: Cara meragut lepas bebas Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. Cara ini kurang baik kerana; a. selalu merosakkan tanaman orang lain b. kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan c. makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Namun begitu cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana ia bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

Gambar Foto 16: Cara Meragut Lepas Bebas

Cara Berkurung atau Fidlot Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5%

dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

Gambar Foto 17 : Cara berkurung atau fidlot Cara Separa Intensif Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

Gambar Foto 18 : Cara Separa Intensif

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan gading. Dengan ragutan berkawal, satu hektar gading kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Gambar Foto 18 : Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama PEMILIHAN KAWASAN Menternak lembu secara integrasi dengan kelapa sawit adalah satu cara penternakan lembu pedaging yang paling sesuai. Biasanya ternakan ini tidak akan merosakkan tanaman kelapa sawit atau buahnya. Kawasan mestilah mempunyai cukup rumput untuk menampung bilangan ternakan yang akan dipelihara. Pagar keliling ladang mestilah baik bagi mengelakkan kecurian atau ternakan terlepas dan memasuki kawasan lain. Sistem yang sangat digalakkan ini, hanya memerlukan sebuah kandang yang terbuka bagi menyimpan ternakan di waktu malam. Walaupun kawasan yang boleh ditanam rumput adalah yang paling sesuai, akan tetapi ia memerlukan kos pembangunan yang tinggi. Kecuali keluasan tanah tersebut cukup besar bagi menampung unit komersial, penternakan lembu pedaging secara ini tidak akan menguntungkan. Keluasan kawasan tersebut bergantung kepada cara pengurusan dan banyaknya lembu pedaging yang akan dipelihara.

Gambar Foto 19: Pemilihan kawasan

KAWASAN RAGUTAN Tanah perlu dibajak dan digemburkan sebelum menanam rumput bagi menentukan pertumbuhan rumput yang baik. Selepas membajak, tanah dibiarkan selama dua minggu sebelum disisir atau disikat sambil mencampur kapur pada kadar 1 tan gerati. Dua minggu kemudian, kerja menggembur tanah pula dijalankan. Setelah selesai, baja TSP pada kadar 100 kg/ekar dan benih rumput kira-kira 5 kg. gerati bolehlah ditabur. Baja, kapur dan benih dicampurkan semasa proses penyediaan itu bagi menjimatkan masa kerana tempoh rehat 2 minggu selepas tiap-tiap proses adalah penting. Benih rumput secara keratan boleh juga ditanam secara barisan atau taburan, akan tetapi cara-cara proses penyediaan tanah adalah serupa.

Bagi penternak secara integrasi dengan tanaman utama, penyediaan kawasan ragutan adalah tidak perlu kerana rumpai asli telah sedia ada.

Gambar Foto 20 : Kawasan Ragutan PANDUAN PERUMAHAN Pembinaan Kandang Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untuk seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahanbahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan.

Gambar Foto 21 : Kandang Palung Makanan dan Minuman Setiap kandang harus mempunyai palung makanan dan minuman yang cukup. Ruangan makanan ialah 1.5 kaki seekor dan ruangan minuman pula ialah 1 kaki tiap-tiap seekor.

Gambar Foto 22 : Palung makanan dan minuman Pasung/Trevis

Pasung atau trevis digunakan untuk membuat pemeriksaan, rawatan atau permanian beradas setiap ekor lembu di masa-masa perlu. Ini berupa pagar yang kukuh sebesar salz seekor lembu, yang apabila seseekor lembu dimasukkan ke dalamnya, lembu itu tidak akan dapat meronta.

Menunt Menuntut Ilmu Ternakan

Gambar Foto 23 : Pasung atau trevis

MAKANAN DAN AIR MINUMAN Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.

Gambar Foto 24: Hampas rong sawit(pkc)

Gambar Foto 25: Vitamin dan mineral

KAEDAH PEMBIAKAN Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesilapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari). Di antara tanda-tanda berahi ialah: Sentiasa berbunyi bising. Kemaluan merah dan membengkak Keluar lendir dari kemaluan. Panjat memanjat sesama sendiri. Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan.

Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan. Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali beranak, atau pada umur 8-10 tahun. Penjagaan Lembu Bunting

Tempoh bunting seekor lembu adalah kira-kira 283 hari. Perhatian penuh perlu diberikan semasa lembu bunting sarat. Makanan bermutu dan air yang bersih dan cukup mesti diberikan kepada bakal ibu yang telah diasingkan di dalam kandang. Di antara tanda-tanda lembu akan melahirkan anak ialah : Labu tetek membesar. Susu dapat diperah dan berwarna kekuningan. Pangkal ekor kendur kearah tulang punggung yang menjadi renggang. Bibir kemaluan membengkak. Sentiasa gelisah. Mengasingkan diri dari kumpulan lembu-lembu lain. Ketika ini, lembu perlu diasingkan ke dalam kandang khas yang lantainya beralaskan rumput-rumput kering. Tuan punya lembu perlulah sentiasa memerhatikan tetapi tidak perlu menghampirinya. Sekiranya lembu berkeadaan sukar beranak, pegawai dari Pejabat Haiwan perlu diberitahu untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Begitu juga selepas 24 jam melahirkan anak, jika uri (placenta) tidak keluar dengan sendirinya, keadaan ini perlu dirawat oleh pegawai yang berpengalaman dari Pejabat Haiwan. Anak-anak lembu yang lahir dalam keadaan yang bersih, peluang jangkitan kuman melalui talipusat adalah tipis, tetapi seelok-eloknya talipusat hendaklah dirawat dengan iodin bagi mempastikan sebarang keburukan tidak berlaku.

Gambar Foto 26: Lembu Pedaging Bunting Penjagaan Selepas Kelahiran Anak yang baru lahir mesti mendapat susu ibu ulung (colostrum) sekurangkurangnya bagi 4 hari yang pertama. Penyusuan seterusnya boleh diberikan sehingga 3 bulan di mana anak perlu diceraikan dari ibunya. Secara perlahanlahan anak itu harus diajar supaya memakan rumput dan dedak sehingga dicerai terus dari ibunya. Ceraian susu yang awal dapat menjamin kesuburan sistem peranakan ibu untuk kebuntingan semula dengan cepat. Anakanak pula perlu mendapat penjagaan rapi bagi mempastikan pembesaran yang sempurna.

Gambar Foto 26 : Anak lembu yang baru dilahirkan Penjagaan Anak Membesar Anak jantan yang tidak diperlukan untuk dijadikan baka, mestilah dikasi (dikembiri) supaya tidak mengganggu pembiakan ibu-ibu lembu. Gangguan ini boleh menyebabkan ibu-ibu melahirkan anak-anak yang tidak bermutu. Selepas dikasi biasanya anak jantan itu akan lebih cepat membesar dan boleh segera digemukkan untuk disembelih. Tanduk juga perlu dibuang supaya tidak menimbulkan masalah pengendalian apabila lembu itu besar kelak. Anak betina yang sedang membesar pula harus diperhatikan supaya mendapat pemakanan yang baik dan tidak dikahwini sebelum mencapai umur kira-kira 2 tahun.

Gambar Foto 27 : Anak lembu pedaging Cara-cara mengenali lembu Lembu yang diternak perlu mempunyai identity supaya mudah dikenali, mudah dibiarkan dan mudah mengawal penyakit. Terdapat beberapa cara untuk mengenal lembu iaitu dengan menanda selar (branding), mencacah (tattooing), menakuk telinga melabel (tapping). Menanda selar- Ukiran ke atas kulit sama ada menggunakan nombor, huruf atau ukian. Besi penyelar dibakar hingga merah dan ditekan pada bahagian punggung selama 3 saat. Nombor mestilah cukup besar dan jaaknya 2.5 cm antara satu sama lain. Mencacah- Cara ini menggunakan alat dipanggil penyepit mencacah. Kerja ini dilakukan pada sebelah dalam telinga atas bawah ekor lembu. Cara ini tidak dapat dilihat daripada jauh dan tidak dilihat daripada jauh dan tidak jelas kelihatan.

Menakuk telinga- Kerja-kerja menakuk dijalankan dengan menggunakan alat penyepit dan boleh digunakan hingga 100 ekor. Tetapi cara ini sukar dilakukan. Lagipun lembu-lembu sukar dikenali dan jauh. Melabel- Cara ini dilakukan dengan menggunakan plastik atau aluminiumyang diletakkan ditelinga lembu dengan menggunakan penyepit khas. Label ini boleh digantung pada leher atau tanduk dan mempunyai bentuk dan warna yang berlainan.

Gambar Foto 28: Setiap lembu di tanda dengan nombor pengenalan khas

Pembuangan Tanduk (Dehorning) Dehorning atau membuang tanduk lembu, amalan ini hanya boleh dilakukan terhadap anak lembu yang belum mencecah usia 3 minggu. Tujuan dehorning adalah merencatkan pertumbuhan tanduk. Lembu-lembu yang tidak bertanduk boleh menjamin keselamatan lembu-lembu lain daripada ditanduk. Setiap tandukan akan menyebabkan kecederaan terhadap lembu-

lembu lain. Dari segi harga pasaran pula, lembu-lembu baka yang tidak bertanduk boleh mencapai harga yang agak tinggi.

Gambar Foto 29 : Menggunakan peralatan yang sesuai, gunting yang tajam ( curve surgical scissor )

Gambar Foto 30 : Keadaan anak lembu yang sihat dan berkeadaan tenang serta bersih persekitaran.

Gambar Foto 31: Pemotongan umbut tanduk perlu dilakukan dengan berhati-hati

Gambar Foto 32: Menggunakan pisau cukur bagi membersihkan umbut-umbut tanduk

Gambar Foto 33 : Setelah selesai dehorning

Gambar foto 34: Bulu akan tumbuh semula selepas 2 minggu dehorning dan ia akan kembali seperti biasa

JENIS-JENIS PENYAKIT LEMBU

Penternak-penternak lembu menghadapi pelbagai masalah terutamanya penyakit kaki dan mulut. Penyakit ini amat merbahaya kepada lembu. Satu lagi penyakit yang merbahaya ialah hawar lembu (Rinderpast). Penyakit-penyakit lain yang biasa dihadapi oleh lembu ialah: Haemorrhagic Septicaemia (Berak Darah) Penyakit Johnes Penyakit batuk kering Piroplasmosis (Red water fever) atau penyakit kencing Berdarah Mastitis Milk fever Bzucellosis (keguguran) Kembung (bloat) Parasit luar Parasit dalam Kawalan Kesihatan Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran. Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya. Penyakit yang biasa terjadi kepada lembu-lembu di negara ini ialah luka, serangan cacing dan parasit-parasit luar badan dan di dalam darah. Bagi

mengatasinya, jauhkan lembu dari benda-benda tajam, berikan ubat cacing 2-3 kali setahun dan semburkan ubat kutu tiap-tiap 2 bulan sekali. Anak-anak lembu pula mudah dijangkit kuman di pusat. Ini dapat dielakkan dengan merawat pusatnya dan talipusat sebaik sahaja anak-anak lembu dilahirkan. Tanda-tanda am lembu mula berpenyakit adalah: tidak ada selera makan pucat keluar lendir/air dari mulut atau hidung berak cair berlaku sebarang kecacatan atau tidak normal ketika berjalan. Andainya salah satu dari tanda-tanda di atas terjadi, Pejabat Perkbidmatan Haiwan yang berdekatan perlu dihubungi segera untuk mendapat nasihat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Gambar Foto 35: Pengambilan sampel darah untuk saringan penyakit di lakukan secara berkala

Cara mengawal penyakit dengan sistem pengurusan yan baik

Gambar Foto 36 : Rawatan Suntikan

Gambar Foto 37 : Penggunaan Sarung Tangan dan Kapas

Gambar Foto 37: Kecederan kaki yang dialami

Gambar Foto 38 : Ubatan Yang Sesuai Bagi Kecederaan Kecil, Gusanex, Ilium, Negasunt & etc.

6. LEMBU TENUSU BAKA LEMBU TENUSU

Jersey

Holstein-Friesian

Guernsey Permanian Beradas Untuk Lembu Tenusu

Ayrshire

Pembiakan secara permanian beradas adalah berbeza daripada pembiakan secara tabie. Ianya dilakukan dengan memasukkan air mani(beni jantan) ke dalam rahim (alat pembiakan) lembu betina. Permanian beradas telah diamalkan secara meluas di merata negara terutama sekali untuk pembiakan lembu tenusu.

Permanian beradas dilakukan untuk mempertingkatkan kaedah pembiakan. Cuma embripo yang baik dari induk Penderma terpilih yang prodktif sahaja dignakan. Di samping menghasilkan lembu yang produktif serta pengeluaran yang tinggi, ia boleh : * Melipatgandakan bilangan anak lembu dari seekor ibu lembu yang terpilih. * Memperbaiki genetic serta mengekalkan gen-gen yang bermutu. Penekanan terhadap pemilihan gen-gen dapat dijalankan. * Digunakan untuk pengujian progeny * Mengurangkan kos import dan export * Mengawal penyakit yang merebak melalui pembiakan * Menggunakan betina yang kurang produktif, untuk melahirkan anak yang produktif. * Menyimpan dan mengekalkan spesies yang hampir pupus * Digunakan dalam bidang penyelidikan seperti kajian in-vitro mengenai gamet gen, ketidaksuburan, endokrinologi, kematian janin awal dan lail-lain * Digunakan dalam kajian Kejuruteraan Genetik (Genetic Engineering) seperti pemilihan seks, pengklona, pengeluaran ternakan kimerik serta anak kembar kerja-kerja persenyawaan in-vitro dll. PROSEDUR DALAM PEMINDAHAN JANIN Pemindahan Embrio adalah seperti ditunjukkan dalam gambarajah pemindahan janin merangkumi aspek-aspek yang tersebut di bawah : * Pemilihan induk pertama

* * * * * * * *

Pensupervulutari penderma Permanian beradas penderma Kutipan embrio Penilaian embrio Pembekuan Embrio/jika perlu Pemilihan induk pinjaman Segerakan biang induk pinjaman Pemindahan embrio

PEMILIHAN INDUK PENDERMA Induk pinjaman dipilih daripada ternakan dewasa yang mempunyai keadaan badan yang sihat, bebas dari penyakit serta edaran berani yang tepat. Induk pinjaman yang mempunyai criteria di atas boleh menerima embrio, 7 selepas berahi atau biang dalam edaran biasa atau disegerakan biang dengan hormon.Induk penderma yang dipilih perlu dijaga dengan rapi, diberi makanan lebih untuk menentukan edaran berahi yang tetap dan elakkan dari sebarang tekanan (stress). Induk pinjaman juga perlu mendapat penjagaan yang sama seperti Induk Penderma iaitu mestilah diberi pengawalan yang rapi dan makanan yang lebih untuk menentukan kitaran estrus dan elakkan dari sebarang tekanan (stress).

PENGELUARAN DAN PENURUNAN SUSU Operator Pemerahan (Pemerah Susu)

Teknik pemerahan mempengaruhi penghasilan susu, masa pemerahan dan kesihatan lembu(ternakan). Semua 3 faktor adalah penting untuk menghasilkan pengeluaran susu yang berekonomik.

Ladang-ladang yang mengamalkan teknik yang kurang baik telah mendapat hasil yang rendah memandangkan kepada ladang-ladang yang menggunakan cara teknik yang teratur dan baik. Pemerahan yang kurang baik akan mengakibatkan kerosakan ambing susu. Kerosakan selalu diikuti oleh jangkitan mastitis. Penyakit mastitis (radang tetek) menyebabkan kehilangan susu, kerja lebih semasa pemerahan, rawatan dan juga akan menyebabkan tersingkir lembu-lembu susu sebelum mendapat penghasilan atau menemui potensi seekor lembu (akan menghilang lembu-lembu berpotensi).

Ambing susu tidak boleh dikosongkan melalui pemerahan atau mahir dalam pemerahan susu, susu yang tertinggal dalam ambing dinamakan residual milk. Pemerahan susu yang kurang cekap boleh meninggalkan sebanyak 25% susu dalam ambing. Susu ini hanya boleh dikeluarkan jika cara pengeluaran susu yang baik akan betul diamalkan.

Cara-cara yang betul adalah : * Pemerahan susu perlu tahu tabiat-tabiat lembu dan cara menggunakan mesin * Lakukan kerja dengan tenang dan teratur serta amalkan ilmu kesihatan yang baik * Lakukan pemerahan dengan teratur dan masa yang sama setiap hari. * Jangan sentuh barang-barang atau bahan yang akan mencemarkan susu

semasa pemerahan susu. * Biasakan lembu pada kegiatan pemerahan di kandang selepas kelahiran.

PENGELUARAN SUSU BERSIH DAN BERMUTU Tujuan : * Susu yang dihasilkan dapat digunakan oleh manusia tanpa was-was * Bagi penternak, penghasilan boleh dipasarkan untuk mendapat pendapatan mengikut mutu pengeluarannya.

Pengeluaran susu bersih dari lembu yang sihat hendaklah tanpa kekotoran seperti makanan, rumput rampai, pencemaran yang akan merosakkan susu dan mengandungi bacteria yang paling rendah. Susu mengandungi protein, lemak, laktos, bahan-bahan galian dan dengan susu antara 30C 38C amat sesuai untuk pertumbuhan bacteria yang boleh merosakkan mutu susu dan membawa penyakit seperti T.B, demam kepialu, dysentery, undulant fever, septic sore throat dan diptheria.

Susu ketika diproses dalam sel susu adalah bebas daripada bacteria yang boleh menyebabkan kerosakan tetapi susu boleh dijangkiti bacteria, sebelum dikeluarkan dari ambing atau puting. Risiko jangkitan adalah selepas susu

diperah dari ambing susu dan mendedahkan susu kepada banyak jenis baAda 3 punca menyebabkan jangkitan bacteria atas susu segar : - Kawasan luar ambing dan putting susu (External infection) - Kawasan dalam ambing dan putting susu (udder infection) - Pemerahan dan alatan pemerahan, penyejukan dan penyimpanan. Secara umum amalan ilmu kesihatan (milk hygine) dan kebersihan adalah penting dan kajian telah menunjukkan kegagalan mengamalkan kedua-dua perkara tersebut akan mempercepatkan jangkitan bacteria terhadap susu segar dan akhirnya susu akan menjadi punca pembawa kuman dari ternakan ke ternakan dan antara ternakan ke manusia.

KUALITI SUSU Definisi susu Susu ialah cairan berwarna putih kekuningan yang terbentuk dalam kelenjar susu pada semua mamalia betina beberapa hari sebelum masa kelahiran anak sehingga satu masa tertentu. Pengeluaran susu lembu bermula dari beberapa hari sebelum anak dilahirkan, berterusan hingga 300 hari atau kering dalam masa 6-9 minggu sebelum kelahiran anak berikutnya.

Susu awal(Susu julung) Mengandungi peratus protein, globulin yang tinggi dan kaya dengan antibody untuk memberikan pelalian pada anak. Keadaan lebih pekat dan lebih kuning, peratus zat-zat pemakanan di dalamnya lebih tinggi dan berbeda dari susu biasa. Ia mengandungi Colustrum yang tinggi serta baik untuk kesihatan.

PENGELUARAN SUSU BERSIH Amalan-amalan dan tindakan yang perlu diutamakan bagi mendapatkan susu bersih adalah seperti berikut;

Lembu - Ternakan mesti sihat dan makanannya bermutu secukupnya Pemerahan susu - Sihat tubuh badan dan tidak menghadapi penyakit berjangkit - Tangan dan pakaian bersih - Tabiatnya baik Peralatan susu - Baik dan sempurna - Mudah ditanggalkan untuk pembersihan - Peralatan besi perlu disadur dengan timah atau daripada stainless steel Bilik susu dan ruang legar - Mudah digunakan - Mudah dicuci - Terlindung daripada habuk Pemeriksaan susu awal - Susu awal perlu diperah dalam strip-cup - Susu yang tidak baik perlu dibuang

Ketika memerah susu - Perahan perlu dilakukan apabila rangsangan telah mencukupi puncaknya - Perahan perlu dihentikan apabila susu telah habis diperah Pembersihan putting tetek - Setiap putting tetek perlu dicelup dengan ubat pembasmian kuman Penyimpanan susu - Susu perlu disimpan dalam keadaan suhu di bawah 4C-8C. - Tempat simpanan susu perlu bersih daripada bauan - Susu tersebut perlu dikacau rata

CARA-CARA MENGKACUK Terdapat 2 cara untuk mengkacuk lembu pedaging iaitu: Membeli Lembu Lembu jantan dari luar negeri. Cara ini ada kelemahannya. Kos untuk mengimport lembu jantan ini adalah terlalu mahal. Banyak lembu jantan yang digunakan untuk proses secara banyak. Menggunakan mani yang dibekukan Cara ini ada kebaikan. Proses kacukan lebih mudah dijalankan kos pengangkutan mani yang dibekukan adalah rendah dan lebih banyak lembu betina dapat dikacukan dalam satu masa. Baka-baka yang selalu digunakan sama ada untuk pengeluaran susu, daging atau untuk kedua-duanya adalah seperti di bawah:

Pengangkutan susu Susu perlu disimpan di bawah tempat teduh. Untuk menjaga mutu susu maka penghantarannya ke kilang perlu cepat dan seberapa kerap yang boleh.

KANDANG LEMBU TENUSU Kandang yang elok untuk lembu tenusu mestilah dibina untuk memenuhi keperluan kesihatan dan keselesaan bagi lembu dan pekerja, selain daripada itu, kecekapan tenaga buruh dan kesesuaiannya dengan peraturan kesihatan haruslah diutamakan semasa merancang pembinaan sesebuah kandang.

Kesihatan dan keselesaan lembu. Lembu tenusu memerlukan bangsal yang sederhana sahaja .Apa yang diperlukan hanya perlindungan daripada tiupan angin kencang dan panas terik ,yang mana lembu-lembu ini perlu diberi tempat untuk berteduh , persekitaran yang bersih dan kering adalah juga penting bagi mengawal penyakit dan penghasilan susu yang bermutu tinggi .Kebebasan untuk bergerak di dalam kandang yang sederhana besarnya juga mustahak untuk mengelakkan ambing susu dan kaki daripada luka .

Kemudahan Dan Kecekapan Buruh

Kandang lembu tenusu mestilah dibentuk sedemikian rupa supaya pekerjapekerja dapat menjalankan tugas seperti membersihkan kandang, memberi makan lembu, memerah susu dan perhatian terhadap perlakuan lembu itu serta denagn belanja yang paling murah. Walau bagaimanapun kos buruh juga mestilah berpatutan. Di samping itu, sebuah pasung lembu untuk memudahkan rawatan perlu disediakan. Contoh kandang murah boleh dilihat :

Kandang Bebas Pemeliharaan lembu secara ini membolehkan lembu merayau-rayau di dalam kandang tersebut. Bahan makanan ternakan biasanya diletakkan di dalam bekas makanan berdasarkan pilihan bebas, bergantung pada butir-butir mengenai rancangan pemberian makanan yang telah ditetapkan. Kebiasaan nya di negara kita kebanyakan penternak melepaskan lembu-lembu tersebut di padang ragut atau ke ladang-ladang getah, kelapa sawit atau dusun selepas lembu-lembu ini diperah susunya waktu malam sahaja. Cara ini menjimatkan kos tenaga buruh dan kerja-kerja mencuci kandang dapat dilaksanakan dengan cekap.

Pemerahan susu pula dilakukan di sebuah bilik yang dibentuk khas untuk tujuan ini dan bilik ini dipangil bilik pemerahan susu herringbone seperti yang ditunjukkan. Pati makanan biasanya diberi semasa pemerahan susu sedang berjalan ketika lembu ini berada di dalam bilik pemerahan susu ini iaitu sekembalinya dari meragut.

Dalam sistem ini lembu hanya dikurung semasa susu diperah atau semasa memberi rawatan perubatan sahaja dan dijaga atas dasar kumpulan. Rekabentuk kandang jenis ini perlu disusun sedemikian rupa supaya tidak menjejaskan pengurusan harian. Antara perkara-perkara yang mesti dititikbertkan ialah seperti kawasanpalong air untuk minuman lembu yang mana perlu disimen kukuh kawasan untuk lembu beranak, sakit dan sebagainya prlu disediakan. Stor menyimpan makanan dan kawasan untuk membuat najis lembu merupakan perkara-perkara penting perlu diambil kira.

KESIHATAN DAN PENYAKIT LEMBU TENUSU

Pengurusan lembu-lembu tenusu yang sempurna akan mewujudkan satu unit tenusu yang sihat dan menghasilkan susu segar yang bersih. Oleh yang demikian, penternak perlu mengetahui sedikit sebanyak petanda-petanda beberapa jenis penyakit, terutamanya yang mudah merebak dan merbahaya kepada ternakan. Diantaranya penyakit kuku dan mulut, hawar berdarah (Septisimen haemoraj), keguguran anak (bruselosis), bebesiosis, batuk kering, demam susu, reput kaki, barah tetek (mastitis) dan penyakit Johnes.

Sakit Kuku dan Mulut Penyakit ini biasanya terdapat pada lembu, kerbau, kambing dan juga babi. Penyakit ini cepat merebak dan akibatnya membawa kerugian yang besar pada pentrnak-penternak dan juga negara.

Tanda-Tanda Penyakit

Kudis api (vesikel) terdapat pada : -bibir mulut -lidah - lelangit -sekeliling tetek -di kaki-celah-celah mulut Cara merebak -daging dari pesakit -susu dari pesakit -makanan serta minuman -orang awam dan kenderaan yang bergerak bebas dari kawasan wabak penyakit ke kawasan yang bersih dari wabak penyakit tersebut Cara pencegahan - laporkan segera pada Pegawai Haiwan Negeri -Lembu ditembak/disembelih -Tempat makan dan kandang disembur/disiram dengan bahan-bahan pembunuh kuman -lembu-lembu disekat daripada bergerak bebas

7. KERBAU Sebab Kerbau Kurang Diminati oleh rakyat Malaysia * * * * baka yang baik disembelih kurang kajian mengenai kerbau kerbau mudah menjadi liar kadar pertumbuhannya lambat

Jenis-Jenis Kerbau Di Malaysia. Kerbau Sawah * * * * * * * * suka pada tanah berlumpur (berkubang) untuk mengawal suhu badan 10% kerbau di Malaysia dikenali sebagai kerbau balar (Albinoid) tujuan utama untuk pengeluaran daging dan bekerja di sawah padi. pengeluaran susu yang rendah peratus daging yang lebih daripada lembu dan kambing kadar tumbesaran yang rendah lambat capai umur kematangan (21-36bulan) membiak sepanjang tahun

Kerbau Murrah * * * Pengeluaran susu yang tinggi Bewarna hitam dan bertompok putih pada hujung ekor di atas kepala dan bahagian kaki. Tanduk yang pendek dan kecil

* *

Bekerja sebagai penarik Badan lebih berat dan besar daripada kerbau sawah

Kerbau Sawah-Murrah * Kacukan dilakukan pada akhir-akhir tahun lima puluhan oleh Jabatan Haiwan. * Ciri-ciri fizikal kerbau murrah yang lebih jelas dan agak lebih garang * Saiz badan yang lebih besar dan kadar tumbesaran yang cepat.

Sistem Pengurusan Kerbau Cara-Cara Pengurusan bergantung kepada: * sedia ada kawsan ragut * jenis kerbau * tujuan ekonomik Sistem-Sistem Yang Selalu Diamalkan. * * * * * Sistem Tradisional meragut pada waktu siang dan malam siang meragut dan malam dikandangkan. meragut separa bebas di waktu siang dan dikandangkan pada waktu malam. meragut separa bebas di waktu siang dan dikandangkan pada waktu mala malam & diberi makanan tambahan.

Sistem Separa Ekstensif * * * amalan yang penting oleh penternak-penternak kerbau murah 20 - 30 ekor dengan seorang atau dua orang gembala meragut disiang had dan diberi makanan penambah di waktu malam.

Sistem Separa Intensif * amalan yang dijalankan oleh ladang-ladang kerajaan atau penternakan besar- besaran * * * * meragut secara bebas di kawasan pastura yang ditanam dengan rumput yang tinggi kualitinya penambahan kosentrat apabila perlu dapat mengawal pembiakan dan pengurusan prestasi ternakan yang memberangsangkan secara

8. KAMBING DAN BEBIRI KAMBING BAKA-BAKA KAMBING

Kambing Katjang Tempatan Katjang Import - Anglo Nubian - Jamnapari - Saanen - British Alpine - Togernburg

Anglo Nubian

Baka Kacukan

Kacukan - Baka tempatan dikacukkan dengan baka import.

Ciri-Ciri Kambing Katjang. * * * * * Warnanya hitam Telinganya kecil dan berdiri tegak Mukanya kecil dan panjang Berat badan lebih kurang 20 -25kg Untuk penghasilan daging dan susu untuk anak sahaja.

Ciri-Ciri Baka Import Jamnapari * * * * * * warnanya campuran hitam dan kekuningan badan lebih besar dan tinggi dari kambingkatjang terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. bulu lebat di bahagian punggung dan leher. berat dewasa - jantan 68 - 91 kg - betina 36 - 63 kg berasal dari India.

Anglo Nubian(untuk susu dan daging) * * * * * * * warna gelap dan kadang kala bertompok-tompok (coklat kemerahan) telinganya jatuh dan panjang berat dewasa lebih kurang 50 kg tingginya lebih kurang 80 cm menghasilkan karkas yang besar mengeluarkan 2 kg susu sehari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi. tiada tanduk.

Saanen * * * * * * Warnanya putih beratnya 85 - 90 kg tingginya lebih kurang 90 cm pengeluaran susu purata 800 kg (250 hari) berasal dari Switzerland. jantan dan betina mempunyai tanduk

British Alpine (baka tenusu) * * menghasilkan tenusu berat badan dan tinggi sama dengan saanen.

Togernburg * * * * warnanya coklat tingginya 80 cm berat badan 70 kg asal Switzerland.

Cara Pengurusan * * beri colustrum sebab ia mengandungi antibodi potong tali pusat, celup dengan iodin hingga ia kering (2 kali sehari)

sekiranya tali pusat tidak dijaga dengan baik, ia boleh menyebabkan bengkak sendi-sendi (navel ill)

penyakit * anak kambing mudah dijangkiti oleh cacing ini menyebabkan anak kambing menjadi kurus. Sebab Terjadi * tiada program vaksination * perumahan yang kurang baik * pekerja yang kasar * kelalian pekerja atau penternak. Penyakit Kambing * * * * Pueumonia Coccidiosis Meliodiosi Caseous Lymphadenitis.

Ciri-Ciri Kambing Kacukan * * * * * kadar tumbesaran yang lebih cepat (berat jantan - 50 kg, betina - 40 kg) kesuburan yang baik kadar kematian yang rendah penghasilan susu yang banyak baka kacukan katjang x Anglo Nubian boleh menghasilkan susu 9 kg

BEBIRI

Bebiri Malin SEJARAH AWAL * * * *

Bebiri Dorset Horn

Bebiri Barbados Black Belly

berasal dari yunan (cina) beratnya lebih kurang 20 - 30 kg warnanya putih dan belang bertompok import - Dosert Horn

CARA-CARA PENGURUS AN Cara Lepas Bebas ( Free range) * * * dilepaskan di tepi hutan, sawah, tepi jalan, di bawah pokok kelapa sawit. makanannya tidak putus kosnya rendah dan biasa untuk daging

Kelemahan * * * * * * kadang-kadang hilang senang diserang penyakit mutu makanannya rendah musi hujan kawasan rumput menjadi tenggelam jantan dan betina dilepaskan di man-mana. kambing beranak di mana-mana.

Sistem Semi - intensif. * * * * * kambing ditempatkan di reban pada waktu malam dan pagi. siang pada waktu malam diberikan makanan tambahan (kosentrat) sesuai bagi penternak yang ada kawasan pastura. kadar tumbesaran, dan pembiakan lebih baik. pengeluaran susu lebih baik dan cukup untuk anak.

dilepaskan

Kelamahan * * * * * * kadang-kadang hilang senang diserang penyakit mutu makanannya rendah musim hujan kawasan rumput menjadi tenggelam jantan dan betina dilepaskan di mana-mana. kambing beranak di mana-mana.

Sistem Semi - intensif. * * * * * kambing ditempatkan di reban pada waktu malam dan pagi. siang dilepaskan pada waktu malam diberikan makanan tambahan (kosentrat) sesuai bagi penternak yang ada kawasan pastura. respon tumbesaran, pembiakan lebih baik.

* pengeluaran susu lebih baik dan cukup untuk anak. Kelemahan * * * * * kos pengurusan tinggi perlu kawasan khusus Zero Grasing/Intensif kadar pengeluaran yang baik kerana mempunyai sistem perumahan yang baik (ada tempat makanan, air dan luas lantai yang cukup) memerlukan pastura yang baik sesuai untuk pengeluaran susu

* senang mengawal penyakit. Sistem Tethering * sesuai untuk haiwan yang sedikit (2 hingga 3 ekor) * pengambilan zat makanan bergantung pada panjangnya tali * bekas air mesti disediakan.

Kadar Kematian Kambing Dan Biri-Biri Ada 3 masalah besar * * * kematian semasa anak atau kematian selepas bercerai susu (weaning) pengurusan yang kurang baik disebabkan oleh penyakit.