Anda di halaman 1dari 21

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

1.0

PENGENALAN Perkataan Ekologi dicipta oleh seorang pakar biologi dari German bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek iaitu oikos bererti " rumah" dan logos beerti "sains". Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri. Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi

menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut. Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Petikan dari University of Alberta, Deparment. of Human Ecology berkaitan dengan ekologi manusia adalah seperti berikut: Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang menggunakan antara disiplin yang menggunakan suatu pencapaian holistik untuk menolong orang menyelesaikan masalah dan menambah potensi manusia dalam alam yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga, rumah, dan masyarakat mereka. Ahli ekologi manusia mengalakkan keadaan baik individu, keluarga, dan masyarakat melalui pendidikan, pencegahan, dan pemberian kuasa. Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara keduanya.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

2.0

KONSEP ASAS EKOLOGIKAL

Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas daripada tiga komponen besar konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga. Jadual 1 menunjukkan tentang konsep-konsep tersebut.

Sistem Umum
Sistem Elemen/Objek Ciri Perhubungan Persekitaran Maklumat/Informasi Tenaga Bahan Ruang Masa Homeostasis Maklumbalas Sempadan

Ekologi Manusia
Ekosistem Manusia Organisma/Individu Persekitaran Interaksi Pola Saling Bergantungan Persepsi Organisasi Kepelbagaian Adaptasi Teknologi Kefungsian Holism Limitasi Niche

Ekologi Keluarga
Ekosistem keluarga Keluarga Sumber Keperluan Nilai Matlamat Pengadilan Pembuatan Keputusan Komunikasi Pembangunan Manusia Personaliti Kesejahteraan Kualiti Kehidupan Manusia

Jadual 1 : Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga

3.0

PERSEKITARAN DARI ASPEK TINGKAH LAKU DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi, politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut sumber yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal, persekitaran sosiobudaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,1993) Persekitaran semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti tanah, air, masa, tumbuhan,
2

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

haiwan, fosil, mineral dan lain-lain Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial seperti agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik. Persekitaran teknologi-binaan manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidroelektrik,bangunan serta sistem jalanraya. Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi ini adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz persekitaran yang kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang besar. Secara grafik, persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh digambarkan seperti berikut:

Rajah 1 : Persekitaran menurut Bubolz & Sontag

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

4.0

LATARBELAKANG URIE BRONFENBRENNER Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia. dan Bapanya ibunya bernama ialah Dr Alexander Kamenetski

Bronfenbrenner

Eugenie

Bronfenbrenner., Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat apabila Urie berumur enam tahun . Setelah menetap di Pittsburgh untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke Letchworth Village, iaitu sebuah institusi Orang Terencat Akal di New York, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menyambung pengajian dalam dua pengkhususan iaitu piskologi dam muzik di Universiti Cornell pada tahun 1938. Dia telah melakukan kerja-kerja penyelidikan berkaitan psikologi perkembangan serta dapat menghabiskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942.

Dua puluh empat jam selepas menerima ijazah kedoktoran beliau, Urie Bronfenbrenner telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar psikologi dalam pelbagai tugasan untuk pasukan Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik U.S. Selepas menamatkan latihan kepegawaian, beliau berkhidmat dalam pasukan Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas tamat Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Administration and Research for the Veterans' Administration untuk suatu tempoh yang singkat. Kemudian beliau memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan professor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di Universiti Cornell. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Pada masa kematian, Bronfenbrenner merupakan Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Jabatan Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal dunia pada usia 88 tahun di rumahnya,Ithaca, New York pada 25 September 25 2005 akibat komplikasi kencing manis.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Urie Bronfenbrenner berkahwin dengan Liese dan mendapat enam cahayamata iaitu Beth Soll, Ann Stambler, Mary Bronfenbrenner,Michael Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner dan Steven Bronfenbrenner.Urie Bronfenbrenner memainkan peranan yang sangat penting membentuk

program-program pembangunan. Ini termasuklah menjadi pengasas bersama program bernama Head Start iaitu satu program pembangunan kanak-kanak persekutuan. Program Head Start ini sangat berjaya dan merupakan program yang paling lama dilaksanakan dalam membasmi kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat. Sepanjang penglibatan beliau di dalam kerjayanya, beliau telah diberikan beberapa anugerah di atas sumbangan dalam bidang ekologi. Antaranya anugerah "Lifetime Contribution to Developmental Psychology in the Service of Science and Society" oleh The American Psychological

Association yang kemudiannya menamakan anugerah tersebut sebagai "The Bronfenbrenner Award. Beliau juga memperolehi anugerah " The James McKeen Catell dari the American Psychological Society. Sumbangan Urie Bronfenbrenner yang terpenting adalah melalui hasil-hasil penerbitan beliau, iaitu : Bronfenbrenner, Two Worlds of Childhood yang diterbitkan pada tahun 1972, Influencing Human Development yang diterbitkan pada tahun 1973,Two Worlds of Childhood: US and USSR yang diterbitkan pada tahun 1975,Influences on Human Development juga diterbitkan pada tahun 1975, The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design yang diterbitkan pada tahun 1979,On Making Human Beings Human yang diterbitkan pada tahun 1981 dan The Twelve Who Survive: Strengthening Programmes of Early Childhood Development in the Third World yang diterbitkan pada tahun 1992.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

5.0

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori ekologi adalah pandangan sosio kultural tentang perkembangan yang terdiri daripada lima lingkungan bermula dari interaksi langsung dengan agen-agen sosial sehinggalah pengaruh kebudayaan. Lima sistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner ialah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. (Rajah 2).

Rajah 2: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md. Nor, 2006)

5.1

MIKROSISTEM

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. (Rajah 3) Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Tingkah laku atau respons kanak kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak kanak ini.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Rajah 3 :

5.2

MESOSISTEM

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang diterima oleh ibu merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan, kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar, 2002)

5.3

EKSOSISTEM

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain. Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsurunsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)
9

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

5.4

MAKROSISTEM

Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada kini jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran sangat berperanan penting setiap perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang harmoni akan membantu membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak membesar dengan baik dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh. Mikrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan. Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut. Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan. Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka untuk belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).

10

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu ingat bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk lain. Dari sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga bahwa studi lintas budaya perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau lebih kebudayaan lain, memberi informasi tentang generalitas perkembangan.

5.5

KRONOSISTEM

Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada tahun pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu berantakan dan lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya, wanita masa kini lebih mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang lalu. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-

peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu. Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan
11

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

(Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi dalam keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008) Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan anakanak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu tunggal) mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama lain.(Santrock, LifeSpan Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).

6.0

IMPLIKASI TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori ekologi memandang bahawa, perkembangan manusia dipengaruhi oleh konteks lingkungan. Hubungan timbal balik antara individu dengan lingkungan yang akan membentuk tingkah laku individu tersebut. Teori ekologi yang paling terkenal dan memiliki implikasi luas untuk memahami bagaimana lingkungan berpengaruh kepada individu adalah teori yang diungkapkan oleh Urie Bronfenbrenner. Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang melihat

menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan manusia. Teori ini

persekitaran ekologi manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu berada dan berinteraksi. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu

terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran yang paling di dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

12

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

I.

MIKROSISTEM

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid.

Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Menurut Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003), pemahaman guru berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keyakinan dan memberi panduan kepada guru menyesuaikan program mengikut keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelas. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Pendapat ini selari dengan kenyataan Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) iaitu guru atau pendidik berkebolehan menyelami dunia kanak-kanak dan berkongsi rasa ingin tahu mereka. Kanak-kanak akan berasa gembira apabila orang dewasa mendengar, memberi tumpuan dan menerima apa yang mereka katakan. Murid yang berada dalam keadaan ceria dan gembira akan memberi tumpuan dan berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif

pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. Seperti mana yang kita sedia maklum keluarga, sekolah, dan tempat kerja merupakan tempat yang mempengaruhi seseorang individu dalam pembentukan tingkahlaku mereka. Justeru, seseorang kanak-kanak atau murid yang berada di dalam bilik darjah pastinya mempunyai kemahiran sedia ada yang dipelajari daripada keluarga atau sebelumnya. Kajian Tingkahlaku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Kanak-kanak Luar Bandar oleh Yahaya Juhari (2009) membuktikan bahawa latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanakkanak/murid. Sehubungan dengan itu Implikasi yang dapat dijelaskan oleh teori ini adalah tugas seseorang guru bukan mengajar semata-mata, tetapi berperanan sebagai pembimbing. Oleh itu, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap
13

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

perkembangandan kemahiran sediaada seseorang murid. Aktiviti P&P mestilah bersesuaian dengan minat, pengetahuan dan perkembangan murid. adalah Contoh: Murid yang pasif/aktif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa P&P. Kajian berkaitan dengan implikasi budaya lepak dalam kalangan remaja terhadap pembentukan institusi keluarga juga membenarkan kenyataan ini (Azizi Yahya, 2011). Kajian ini bertujuan mengetahui faktor faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Datadata kajian diperolehi dari soalselidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja melayu yang berumur dalam linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas dan Pasaraya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian menunjukan bahawa institusi keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian diri remaja dan rakan sebaya sebagai tempat menguji tingkah laku yang hendak dikekalkan. Didikan agama menjadi teras kepada pembentukan diri dalam remaja Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi input kepada ibu bapa dan masyarakat supaya lebih prihatin terhadap peranan masing masing untuk membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara.

II.

MESOSISTEM

Implikasi dalam sistem ini dapat di lihat dalam aspek pendidikan. Guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid/ kanak-kanak. Guru berperanan penting dalam pendidikan sahsiah murid. Pengaruh guru akan member kesan terhadap murid. Sebagai contoh, jika guru merokok, murid akan menganggap merokok itu baik atau tidak member kesan sampingan. Hal ini dapat dijelaskan melalui kajian satu kajian pengaruh amalan yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Kajian pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid yang telah dijalankan oleh Shafee Mohd Daud (2012). Hasil kajian ini menunjukkan amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam
14

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang sesuai bagi seseorang guru melakukannya. Selain itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh guru. Misalnya gaya berpakaian seseorang guru akan menjadi perhatian murid , maka mereka akan terikut-ikut gaya guru tersebut. Makanya, seseorang guru perlu menjadi role model yang terbaik kepada anak muridnya agar menjadi contoh yang terbaik dari semua aspek yang positif. Kenyataan di atas bertepatan dengan pandangan Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2012), iaitu murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan

membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkah laku yang negatif. Keadaan yang sama juga akan berlaku, apabila seseorang melangkah ke alam pekerjaan, di mana jika di tempat kerja, seseorang individu yang mempunyai masalah di rumah akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan sebaliknya. Implikasinya, prestasi kerja seseorang penjawat awam atau swasta itu akan terjejas akibat kecelaruan tadi. Maka, teori Bronfenbrenner ini

membuktikan bahawa pengaruh mikrosistem akan memberi impak terhadap individu yang terlibat dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan seterusnya kepada aspirasi negara. Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu, terutamanya dalam pembentukan jati diri seseorang kanak-kanak merupakan cerminan produk dalam menyumbang sebagai modal insan atau sebaliknya.

15

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

III.

EKSOSISTEM

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Perancangan aktiviti perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai yang ada dalam diri setiap individu. Hal ini kerana tahap perkembangan serta minat murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Selain itu, implikasi persekitaran sekolah turut mempengaruhi corak tingkahlaku @ Hal ini dapat dijelaskan

perkembangan sosial terhadap kanak- kanak atau murid sekolah.

melalui masalah sosial remaja sekolah yang tinggil dipinggir bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Petikan akhbar tentang penahana polis terhadap seramai 128 remaja di Johar Bahru (Harian Metro; 16 Julai 2001) membenarkan teori ni terhadap implikasi persekitaran setempat terhadap seseorang invidu, lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah. Selain itu, lokasi sekolah yang berada berhampiran dengan kawasan kompleks beli belah juga akan memberi impak negatif kepada kana-kanak atau remaja sekolah kerana suasana ini akan mengundang budaya lepak dan ponteng sekolah seperti di pasaraya, tempat perhentian pengangkutan awam, dan temapat tumpua orang ramai. Gejala seperti ini dipandang serius kerana akan

merosakkan nilai serta keperibadian remaja yang merupakan aset penting kepada sesebuah negara pada masa akan datang. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan lokasi terhadap peluang pekerjaan kepada remaja sekolah bagi mengisi masa senggang semasa cuti sekolah atau menunggu keputusan peperiksaan awam. (Awab Said, 2006). Kajian ini mendapati terdapat ramai pelajar sekolah yang bekerja separuh masa semasa cuti persekolahan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk memperoleh wang saku tambahan, mencari pengalaman, dan pengaruh rakan sebaya.

16

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Jika dihalusi, teori Bronfenbrenner ini juga turut mempengaruhi atau mempunyai implikasi ke atas orang dewasa terhadap lokasi tempat kerja, iaitu kedudukan tempat kerja mempengaruhi corak tingkahlakunya. Sebagai contoh, lokasi tempat kerja di bandar atau di luar bandar. Selain itu, corak pengurusan, kemudahan, dan peraturan yang digunapakai akan mempengaruhi

tingkahlaku seseorang.

IV.

MAKROSISTEM

Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelaki yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan. Menurut Jas Laile Suzana (2002), perbezaanperbezaan ini wujud kerana ia dibentuk dan dicipta oleh persekitaran sosial itu sendiri. Contohnya di tempat kerja, golongan wanita tidak dapat kenaikan pangkat walaupun mempunyai pendidikan dan tanggungjawab yang setaraf dengan lelaki.

17

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

V.

KRONOSISTEM

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling

mereka. Kajian Shade & Walson (1990), komputer dapat digunakan dalam pelbagai cara yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat juga disalahgunakan. Kajian Clements (1994), komputer hanya mampu membantu dalam proses pembelajaran dan tidak boleh menggantikan aktiviti dan bahan seperti seni (lukisan dan muzik), penerokaan dengan bahan maujud dan permainan Jika dilihat dari perspektif yang lain, paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini. Menurut Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad

(2004), kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer. Maka guru atau ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid dalam penerokaan dunia teknologi menggunakan komputer agar dapat memberi keyakinan serta memantau penularan perkara negatif semasa menggunakan alatan teknologi ini.

18

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

7.0

KESIMPULAN Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan kanak-kanak

perkembangan

sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan tersebut. beliau, kanak-kanak persekitaran dan

kanak-kanak Menurut perkembangan adalah terhadap juga kesan

kanak-kanak

ciri-ciri

kanak-kanak

tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran banyak

mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek

dan rohani seorang pelajar.

Persekitaran yang positif

akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam

akademik manakala persekitaran yang negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Oleh itu seseorang guru itu perlulah membuat pertimbangan dalam menentukan objektif pengajaran kerana terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal,kesihatan, sosial,bahasa dan bangsa. Guru perlulah mengenali personaliti seseorang murid untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru. Di samping itu, guru haruslah bersedia dengan pelbagai situasi untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

19

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Rujukan (n.d.). Urie Bronfenbrenner. Dicapai dari laman web New World Encyclopedia

http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner pada 28 Mac 2013. (n.d.) Ekologi Manusia. Dicapai dari laman web Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi_manusia pada 28 Mac 2013. Arshat, Z., Baharudin, R., & Kahar, R. O. A. (2002). Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar, 10(2), 165 178 Azizi Yahaya (2008).Keluarga Dalam Pembentukan Moral.Dicapai di laman web

http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf pada 27 Mac 2013. Bronfenbrenner,U.(1994). Ecological models


nd

of

human

development.

International

Encyclopedia of Education, Vol.3, 2 Ed. Oxford:Elsevier. Derksen, T.(2010). The Influence of Ecological Theory in Child and Youth Care: A Review of the Literature. International Journal of Child, Youth and Family Studies; Vol 1: 326339. John W. Santrock(2008). Psikologi Pendidikan. , edisi kedua. Universty of Texas. Malaya, U. (2006). Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya , 8190. Kasmini Kassim (1998). Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung. Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Shuhny B. Shuib. (2008). Pembangunan Manusia. Scribd

http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia. (dicapai pada 26 Mac 2013). Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Polis menahan 128 pelajar di Johor Bharu. (2001, Julai 16).Harian Metro.

20

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Panduan kurikulum

Shade, DD. and J.A Watson. (1990). Computer in Early Education: Issue put to test, theoritical links to social practice. Journal of Education Computing Research. pp 6(4) Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Budaya Pembelajaran.Selangor: Berita Penerbitan Sdn. Bhd. http://www.slideshare.net/AiedAzan/teori-ekologi-bronfenbrenner dicapai pada 3 April 2013 http://www.slideshare.net/haqifarahman/teori-ekologi-print dicapai pada 3 April 2013. http://www.psasir.upm.edu.my/3380/1/Tingkah_Laku_Keibubapaan_dan_Penyesuaian_ Tingkah_Laku_Anak.pdf dicapai pada 3 April 2013.

21