Anda di halaman 1dari 6

DIMENSI REMAJA :Peranan Pelajar dalam Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia

Pendahuluan Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh pemimpin negara. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaik hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik. Slogan - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Rakyat Malaysia perlu menghayati falsafah gagasan ini, terutama golongan remaja yang akan menjadi peneraju utama negara pada masa hadapan.

Dapat memacu Malaysia sebagai sebuah negara maju bagi merealisasikan wawasan 2020 yang telah dicetuskan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Berdasarkan 5 prinsip teras dalam rukun negara, remaja mempunyai panduan untuk menjalankan obligasi masing-masing dalam merealisasikan Gagasan 1 Malaysia Lantas negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

Isi 1. Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Merupakan satu pendekatan yang baik untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia Bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing Seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN Semua pelajar perlulah memberikan kerjasama seperti peribahasa bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. 2. Penghayatan Prinsip Rukun Negara Menghayati Rukun Negara juga salah satu pendekatan terbaik untuk para pelajar Untuk menjadi warganegara yang berintegriti. Pembentukan modal insan yang cemerlang.

3. Remaja perlu menghayati dan mengambil iktibar dari sejarah negara Banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Tragedi 13 Mei 1969 berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Para pelajar hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius - mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk. Jadi, pelajar mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu. 4. Menjaga hubungan baik antara kaum Pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Para pelajar dapat menjaga hubungan yang baik antara kaum dengan - mengunjungi rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang berlainan kaum selain menghormati budaya serta adat resam kaum lain. Para pelajar juga perlu berusaha mengenali dan mendekatkan diri dengan kaum lain membantu ketika berada dalam kesusahan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni

Para pelajar yang sering bersikap pesimis terhadap kaum lain dan bersikap perkauman nescaya para pelajar tidak akan mampu merealisasikan konsep 1Malaysia dan sudah pasti juga akan wujud sentimen perkauman.

DIMENSI IBU BAPA/KELUARGA :Ibu Bapa yang Berkerjaya Mendatangkan Pelbagai Implikasi terhadap Sesebuah Keluarga

5. Menggunakan bahasa kebangsaan dalam percakapan seharian dengan kaum lain Kerana konsep 1Malaysia menjadi realiti kerana bahasa mampu menjadi alat untuk mengeratkan perpaduan. Bahasa Malaysia dapat dijadikan alat untuk memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu Dapat meningkatkan semangat cinta akan tanah air Bahasa Jiwa Bangsa Jikalau pelajar enggan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dengan bangsa lain, perpaduan tidak dapat dipupuk maka gagasan 1Malaysia juga tidak dapat direalisasikan. Bahasa ialah pakaian akal, bahasa ialah pakaian otak, bahasa ialah keturunan bangsa ~ Dr. Johnson Penutup Konklusinya, para pelajar mempunyai peranan yang penting dalam memastikan gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan seperti yang diaspirasikan oleh perdana menteri kita. Bersatu Teguh Bercerai Roboh dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersatu Dapat membuktikan pada seluruh dunia betapa kukuhnya perpaduan kaum yang terjalin erat di Malaysia.

Pendahuluan Masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. Statistik - 90 peratus ibu bapa yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Pepatah Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Fenomena ibu bapa berkerjaya telah menimbulkan pelbagai implikasi dalam sesebuah institusi kekeluargaan

Isi 1. Tiada hubungan kekeluargaan yang kukuh Pada zaman dahulu, mendidik dan membesarkan anak diibaratkan "seperti menatang minyak yang penuh", namun perumpamaan itu tidak boleh dikatakan begitu lagi. Hal ini demikian kerana, ramai ibu bapa telah 'memindahkan' tanggungjawab dan hak menjaga anak-anak kepada pihak ketiga seperti datuk, nenek, pembantu rumah dan juga pendidik dan pengasuh di pusat penjagaan anak-anak. Kesan- Hubungan kekeluargaan menjadi rapuh, hingga anak sudah dewasa kerana ibu bapa tidak mendidik mereka dengan tangan sendiri

2. Keperluan sosiologi dan pendidikan anakanak terabai Dalam kesibukan bekerja, ibu bapa mempunyai kekangan untuk meluangkan masa dengan anak-anak Kesan- Kekurangan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak menyebabkan aspek pekembangan sosiologi anak-anak terabai. Apabila aspek ini tidak diambil perhatian, anak-anak akan menghadapi masalah berinteraksi dengan orang lain ketika sudah dewasa Seterusnya, pendidikan agama tidak diberi kepada anak-anak- kekangan masa akibat bekerja sedangkan agama ialah benteng kepada segala kejahatan. Rasulullah bersabda, Seorang yang beriman tidak terpelosok di satu lubang yang sama dua kali." (HR. Bukhari dan Muslim) Anak-anak yang agamanya setebal kertas dalam dadanya sudah pasti senang terpengaruh untuk melakukan keburukan. 3. Anak-anak mencari alternatif lain untuk mengisi kesepian mereka Perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, berkata apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya, anak akan mencari jalan keluar mengisi kesepian bertemu rakan atau mencari hiburan lain menghilangkan kebosanan. Kerana ibu bapa anak-anak bermaharajalela bagai rosak bawang ditimpa jambak Anak-anak mula terjebak dalam kancah gejala social akibat tidak mendapat pemerhatian rapi oleh ibu bapa Anak-anak juga mudah mengikuti pengaruh rakan sebaya dan media massa Kesan- perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.

4. Anak-anak menghadapi masalah mental Statistik : Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 2010 kepada 19.1 peratus pada tahun 2012. Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2010. Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini. Penutup Konklusinya, semua ini ada kalanya tidak dapat dielakkan. walau bagaimanapun, betapa besar tanggungjawab lain, ibu bapa perlu sedar bahawa kehadiran mereka dalam hidup anak-anak sangat diperlukan. Tidak ada satu pun di dunia ini yang dapat menggantikan nilai kasih sayang dan didikan oleh ibu bapa sendiri. Oleh itu, ibu bapa berkerjaya mestilah juga sedaya upaya mendidik anak mereka sendiri walaupun pada siangnya mereka terpaksa berusaha mencari nafkah bagi keluarga. Janganlah sekali-kali kita mengabaikan tanggungjawab mendidik anak semata-mata atas alasan sibuk bekerja.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA :Atlet Malaysia di Persada Dunia

Pendahuluan Saya percaya tidak mustahil sekiranya satu hari nanti Malaysia disebut bersama-sama dengan negara-negara sukan lain kerana kejayaan wira-wira sukannya. Malah saya percaya kita sedang menuju ke arah pencapaian ini Menurut kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin Malaysia mampu melahirkan lebih banyak atlet yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa, malah memupuk satu ekosistem yang dapat sentiasa menghasilkan atlet-atlet berkaliber tinggi. Walaubagaimanapun, jika kita lihat pada hari ini - prestasi/mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan Oleh itu, pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh telah diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan, dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki kekuatan, barisan nama tadi sudah membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Sejak akhir-akhir ini semangat melonjakkan nama negara melalui sukan semakin pudar dalam kalangan atlet. Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seharusnya memainkan peranan menerapkan unsur patriotik yang kukuh agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu sukan negara dapat diletakkan pada landasan yang sepatutnya.

Isi 1. Menerapkan unsur patriotik dalam sanubari atlet-atlet Malaysia Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini sudah tidak patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar melepaskan batuk di tangga . Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri mengatsi kepentingan negara. Banyak pihak yang mencuba membandingbandingkan para pemain dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Shukur Salleh, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak. Begitu juga kehebatan seperti Rabuan Pit,

2. Program-program pembangunan atlet diperbaiki dan diberi nafas baru Dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. KBS telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong programprogram pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah - terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

3. Para atlet negara didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air. 4. Membawa masuk jurulatih luar negara/ menghantar jurulatih negara berkursus ke luar Negara Teknik dan kepakaran dari luar bolah dipraktikkan dalam membentuk atlet yang berkualiti dan mampu menjulang nama Negara Sediakan paying sebelum hujan Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya

menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, langkah ini mampu membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

5. Memberi insentif kepada atlet yang cemerlang Sebagai tanda penghargaan & satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha Kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara. Penutup Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang

yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej Malaysia di persada antarabangsa terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal, dan hujan berpokok

Anda mungkin juga menyukai