Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
- tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan juga pengubatan. - kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat yang tertentu sepertipembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. - ia mementingkan perhubungan individu yang menekankan tentang kelakuan, fikiran, perasaan secara sedar. - isi dan fokus perbincangan ditentukan oleh para peserta. 2. Pandangan Gazdar dan kawan-kawan (1967) - kaunseling kelompok ialah satu-satunya proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. - nilai terapinya tertakluk kepada percaya mempercayai satu sama lain, penerimaan, faham memahami serta kerjasama dalam kumpulan. - fungsi terapi timbul dalam satu kumpulan yang kecil dimana peserta berkongsi masalah peribadi bersama kaunselor serta rakan sebaya yang lain. 3. Pandangan Gibson dan rakan-rakan (1981) dalam Introduction to Guidance. - Kaunseling kelompok boleh dilihat sebagai penyesuaian diri yang rutin atau pengalaman perkembangan diri yang disediakan dalam satu kumpulan. - fokus kaunseling kelompok ialah menolong peserta menghadapi penyesuaian dan perkembangan diri seharian seperti perubahan kelakuan, membaiki kemahiran, perubahan sikap dan nilai, kerjaya atau membuat keputusan dalam hidup. Matlamat Kaunseling Kelompok 1. untuk menolong setiap peserta mengenali dan memahami diri masing-masing. 2. peserta dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya manusia berguna. 3. untuk membina kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi dikalangan peserta. 4. untuk membina kepekaan terhadap keperluan orang lain. hasilnya bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri. 5. menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup dunia akhirat. 6. menolong peserta membina kemahiran mendengar secara empati untuk membantu peserta memahami perasaan yang tersembunyi disebalik kata-kata yang dikeluarkan. 7. membolehkan peserta menyatakan perasaannya dengan benar dan tepat. 8. menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat melalui kelakuan mereka. 9. menolong peserta membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. 10. menolong peserta membina semangat dan berwibawa menghadapi risiko dan menunjukkan kepada mereka bahawa risiko juga mempunyai ganjaran yang tinggi. Pemilihan Peserta - proses pemilihan peserta harus dilakukan dalam dua hala iaitu : 1. kaunselor memberi peluang kepada individu yang berminat untuk bertanya dan membuat keputusan sama ada nak jadi ahli ataupun tidak.
2. kaunselor haruslah menentukan jenis kelompok pada awal-awal lagi. misalnya 10 orang sahaja atau lebih atau kurang. Bilangan Ahli 1. bilangan ahli dalam sesuatu kelompok terpulang kepada beberapa faktor seperti umur, jenis masalah, pengalaman kaunselor, objektif yang hendak dicapai, masa dan tempat pertemuan. 2. sekiranya ahli kelompok itu terdiri daripada individu yang mempunyai masalah yang berat dan mendesak, maka bilangan yang kecil amat sesuai seperti 2 -4 orang. Proses Kaunseling Kelompok - peringkat pertama - permulaan - peringkat kedua - konflik dan konfrantasi - peringkat ketiga - perkembangan dan rasa bersepadu - peringkat keempat - hasil - peringkat kelima - penamatan (kesimpulan)
KAUNSELING KELOMPOK 1.0 Pengenalan Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu dalam bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.
2.0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok Menurut Websters Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai: ...a number of individuals bound together by a community of interest, purpose or function. Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah:
..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction, independently, with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually agreed-upon goals Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai: group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment through the interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at prearranged times. Kaunseling Kaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai: ..counseling is a relaxed, safe, and facilitative relationship in which an incongruent, disorganized and troubled person moves towards becoming open, integrated, secure and fully functioning. Cottle (1973) pula berpendapat: ..counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively normal client to explore, understand and accept behavior so that future behavioral choices can be made particularly those of an educational or vocational nature.
Gibson dan Mitchell (1986), mentakrifkan kaunseling sebagai : satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-hal seharian mengenai perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku, perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di samping membina kemahirankemahiran dalam bidang berkaitan. Brammer and Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai:
a one to one relationship between counselor and client which focuses on rational planning, problem solving, decision making and situational pressures as related to the clients daily living). Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor. Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai. Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan. Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai: ..a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and structure setting. Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967) : ..group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and behavior and involving the therapy functions of permissiveness, orientations to reality, catharsis and mutual trust, caring, understanding, acceptance and support. The therapy functions are created and nurtured in a small group through the sharing of personal concerns with ones peers and the counselors. The group counselees are basically normal individuals with various concerns which are not debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group counselees may utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value and goals and to learn and unlearn certain attitudes and behaviors.
Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik. Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri. Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok, matlamat kelompok, tahap-tahap perkembangan dalam kelompok, peranan ahli-ahli dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli mempunyai peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam kelompok. Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan, kelompok kaunseling, kelompok T dan kelompok psikoterapi. 3.0 Matlamat Kaunseling Kelompok Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah : 1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain 2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri. 3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan
4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari perspektif yang baru. 5. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik tertentu. 6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain. 7. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana. 4.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling kelompok ialah: 1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental. 2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup. 3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan. Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang berstruktur. Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan maklumbalas daripada ahli yang lain. 4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain. Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti berikut : 1. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain. 2. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial 3. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan kawan dan perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi. 4. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai keperluan merasai dirinya dipunyai dan diterima. 5. Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang berbeza-
beza. Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut: 1. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. 2. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk menjaga nama baik klien atau orang lain. 3. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain. 4. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok. 5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok 6. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia merasa terumbangambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan pengalaman dengan orang lain. 5.0 Limitasi Kaunseling Kelompok Walaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi atau batasannya. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah: 1. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai untuk mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik dalam kelompok. Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila berada dalam kelompok tanpa mengalami proses individu terlebih dahulu. 2. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli lain. Dengan itu mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan tingkahlaku yang mereka merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok. 3. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk ditangani bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang. 4. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli yang ramai.
6.0 Kesimpulan Sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah menjadi yang lebih baik. Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang individu. Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki tingkahlaku.
Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara berpasukan malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut 7.0 Rujukan Brammer, L. M., & Shostrom, E. L. (1960). Therapeutic Psychology. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole Publishing Company. Gazda, G. M., Duncan, J. A. Meadows, M. E. (1967). Group Counseling and Group ProceduresReport of a Survey. Counselor Education and Supervision. Gazda, G. M. (1989). Group Counseling : A Developmental Approach (4th Ed). Boston, MA: Allyn and Bacon. Gibson, R. L. & Mitchell, M. H. (1986). Introduction to Counseling and Guidence (2nd Ed). NY: Macmilan Publishing Company. Gladding, S. T. (1995). Group Work. A Counseling Speciality (2nd Ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and Process (2nd Ed). Chicago: Rand McNally. Johnson, D.W., & Johnson, F. P. (1991). Joining Together (4th Ed). Englewood Cliffs, NJ. Prentice Hall. Mahler, M. S. (1971). A Study of the separation and individuation process: The Psychoanalytic Study of the Child. New York: Quadrangle. Ohlsen, M. M., Horne, A. M. & Lawe, C. F. (1988). Group Counseling (3rd Ed). New York: Holt, Rinehart & Winston. Rogers, C. (1961). On Becoming A Person: A Place of the Person In The World. Boston: Houghton Mifflin Inc. Rogers, C. (1967). Carl Rogers On Encounter Groups. New York: Harper & Row. Shertzer, B. & Stone, S. (1974). Fundamental of Counseling (2nd Ed). Boston: Houghton Mifflin Inc.
Ketua kelompok haruslah mempunyai beberapa kemahiran asas kaunseling sebelum memikirkan untuk memilih gaya kepimpinan yang jitu. Di antara kemahiran asas kaunseling yang dicadangkan adalah :
1. Memulakan (initiating). Ketua haruslah mempunyai kemahiran menggalakkan lagi penglibatan ahli dan memperkenalkan arah tujuan kelompok. 2. Mendengar - ketua juga perlu berkemahiran dalam menyatakan kefahaman terhadap masalah ahli, bersikap tidak menghukum, menghormati ahli dan mempunyai kefahaman empatik terhadap bahasa lisan dan bahasa bukan lisan ahli-ahli kelompok. 3. Menyatakan semula Memparafrasakan apa yang dicakapkan oleh ahli bagi menjelaskan lagi makna. Teknik ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kefahaman ketua terhadap kenyataan klien dan sejauhmanakah kebenaran pernyataan klien terhadap isu yang dibincangkan. Corey (2004) menyatakan wujudnya keadaan di mana ketua yang tidak mempunyai kemahiran akan menyebabkan memburukkan lagi keadaan klien. Sebagai contoh ketua kelompok mengulang-ulang kenyataan klien. Egan (2007) pula menyatakan bahawa pita rakaman lebih efektif dalam melakukan perkara tersebut (parroting). 4. Penjelasan ketua membuat penjelasan bagi mencari mesej-mesej tersirat yang berkaitan perasaan dan fikiran klien serta bagi memudahkan kenyataan klien dengan fokus terhadap mesej sebenar klien. Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Abdul Halim Othman & Md. Shuaib Che Din (2002) dimana penjelasan dilakukan oleh ketua kelompok bagi mendapatkan mesej yang jelas dan menunjukkan implikasi dari sesuatu pendapat. 5. Bertanya soalan Bertanya soalan yang berbentuk terbuka dapat meneroka persoalan apa dan bagaimanakah sesuatu tingkahlaku berlaku. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lagi perbincangan dan mendapatkan maklumat daripada penerokaan klien. Corey (2004) mencadangkan beberapa soalan terbuka yang boleh diajukan kepada ahli seperti "Apakah yang sedang anda alami sekarang?, bagaimanakah anda berhadapan dengan perasaan ketakutan berada di dalam kelompok ini sekarang? Soalan-soalan yang terbuka dari ketua kelompok dapat menyediakan ahli meneroka lagi perasaan dan pengalamannya pada situasi kini dan sekarang.
6. Mentafsir Menawarkan kemungkinan keterangan untuk sesuatu pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. 7. Refleksi perasaan merupakan satu bentuk komunikasi oleh ketua kelompok yang menggambarkan kefahamannya terhadap kandungan makna perasaan. Ia juga menunjukkan bahawa kaunselor benar-benar memahami perasaannya. 8. Sokongan - ketua juga digalakan untuk memberi sokongan dalam bentuk dorongan dan peneguhan. Ianya bertujuan untuk membina persekitaran yang menggalakkan ahli meneruskan tingkahlaku yang dikehendaki. Corey (2004) menyatakan bahawa sokongan juga haruslah dinilai dari segi kegunaannya, misalnya ada ketua yang terlalu awal memberikan sokongan, ada pula yang memberi sokongan berlebihan dan menyokong tanpa mencabar pemikiran klien. Jika ini berlaku, kemungkinan ahli-ahli menarik diri untuk meneroka perasaannya dengan lebih mendalam dan hilang potensi untuk memperolehi kesedaran kendiri yang mendalam. 9. Empati Mengidentifikasikan diri dengan klien dengan mengandaikan bahawa kaunselor atau ketua kelompok berada dalam kerangka rujukan klien.
10. Blocking Ketua kelompok juga perlu kemahiran ini bagi menjamin keselamatan klien daripada ancaman-ancaman yang mungkin wujud. Perbincangan diantara ahli kelompok perlu berhati-hati supaya tidak terlalu bebas atau mengancam aspek psikologikal klien. Di antara situasi memerlukan blocking oleh ketua adalah seperti wujudnya ahli dalam kelompok yang memberikan terlalu banyak nasihat, storytelling, gosip, memberikan sokongan yang tidak bertujuan, menceroboh hak-hak individu dan lain-lain. Corey menyarankan kaunselor supaya menggunakan kemahiran blocking ini dengan cara yang penuh sensitif dan lembut. 11. Kesenyapan ketua perlu fahami kenapa berlaku kesenyapan, memahami kenapa ada ahli yang tidak dapat bercakap mengenai dirinya, dan menggunakan masa senyap ini untuk memerhati tingkahlaku ahli contohnya kebosanan, gelisah, cemas, ingin bercakap, takut dsbnya. 12. Konfrantasi digunakan apabila ahli menghadapi pengelakan penerokaan diri atau ada percanggahan pendapat. Koinfrantasi hanya digunakan pada peringkat kejelekitan yang tinggi antara ahli-ahli kelompok. 13. Campurtangan kaunselor mengalihkan kembali topik perbincangan kepada yang asal apabila berlaku lari tajuk atau topik. 14. Probing Memandu ahli untuk melihat dengan lebih mendalam tentang masalah, perasaan dan tindakan ahli. Ketua juga perlu peka terhadap perasaan, fikiran dan diri ahli. Menilai ketua juga perlu menilai atau menaksir proses perkembangan kelompok. Abd. Halim Othman dan Md. Shuaib (2002) menyatakan peranan ketua adalah membantu ahli menilai apa yang telah mereka pelajari dari kelompok kaunseling dan mengalakkan mereka menjadi lebih spesifik. 15. Maklumbalas ketua memberikan reaksi yang konkrit dan spesifik terhadap tingkahlaku. Maklumbalas juga boleh diberikan oleh ahli-ahli. Corey (2004) menyatakan bahawa maklumbalas yang spesifik dan deskriptif adalah perlu diberikan berbanding dengan maklumbalas yang terlalu umum dan "judgemental" perlu dielakkan. 16. Melindungi ketua haruslah melindungi ahli dari ancaman atau risiko psikologikal yang mungkin berlaku. Contoh yang ketara adalah apabila ada antara ahli yang menyerang satu ahli dengan berterusan seperti yang dinyatakan oleh Wan Kader (1994) mengenai teknik kerusi panas (hot Seat) dimana ia boleh menjejaskan kesejahteraan psikologikal klien. Peranan ketua menurut Abd Halim Othman (2002) lagi adalah membentuk satu keadaan yang ahli boleh berasa selamat. 17. Pendedahan kendiri Memperlihatkan diri dan berkongsi pengalaman diri dan juga ahli kelompok dalam situasi kini dan sekarang. Kejelekitan kelompok dapat berlaku dengan lebih tinggi. Yalom (1985) dlm Abdul Halim Othman & Md. Shuaib Che Din (2002) menyatakan bahawa kualiti ketua kelompok adalah meningkatkan stimulasi emosi ahli dengan mengadakan aktiviti, risk taking dan juga self disclosure.
18. Modelling Menunjukkan tingkahlaku dan juga pemikiran yang baik bagi ahli melihat dan memperkembangkan potensi diri. 19. Penamatan ketua juga perlu menyediakan ahli tentang sesi penutup, supaya ahli dapat menerima, mengasimilasikan, menyatupadukan, dan mengaplikasikan pembelajaran dalam kelompok kepada kehidupan nyata. Corey (2004) menyebut tentang sokongan dan susulan seperti sesi individu dapat diperolehi selepas tamat sesi dan ia haruslah disediakan oleh ketua sekiranya keadaan memerlukan.