Anda di halaman 1dari 1

Puan Safiah, No: 10, Taman Hajjah Yamah Kg. Sijangkang. Tarikh : 13hb. Oktober, 2011 Hj. Mohd.

Muzammil Bin Hj. Hamzah Lot 1381, Batu 1, Sijangkang. Puan, Perkara : Di minta mengosongkan rumah pada 30/10/2011 Merujuk perkara diatas, saya meminta agar Puan sekeluarga dapat mengosongkan rumah No: 10 pada akhir bulan ini di sebabkab beberapa perkara :1. Bayaran sewa puan selalu lambat dan tertunggak. 2. Sehingga kini bayaran sewa bulan Oktober juga tidak dijelaskan sebelum 7hb. 3. Mengikut surat perjanjian yang telah diedarkan bayaran sewa mesti dibuat pada setiap bulan sebelum 7hb. dan kelewatan akan dikenakan bayaran RM2/= setiap hari. Syarat 3. (d). 4. Bayaran sampah juga tidak di buat pada bulan Julai dan Ogos. 5. Menduduki dari bulan Mei hingga Oktober sudah 2 kali tidak membayar bil SYAB AS hingga menyebabkan pemotongan . Ini amat memalukan saya dan Puan tidak mengikuti syarat yang ditetapkan. 6. Ahli keluarga yang terlalu ramai dalam sebuah rumah yang kecil amat tidak sesuai di sini dan carilah rumah yang lebih besar ditempat lain. 7. Pemeliharaan binatang ternakan tidak dibenarkan sama sekali tetapi Puan telah menternak itik dan jiran belakang kebun saya telah membuat aduan kepada saya. Banyak tanamannya telah mati dimakan oleh itik puan. Harap dapat ditangkap dan dikandang tapi jangan mencemari bau busuk yang akan menggangu jiran tertangga. 8. Belakang rumah Puan juga terdapat banyak barang yang tidak diperlukan dan menyebabkan kotor. Saya berharap agar Puan dapat mengosongkan rumah sewa tersebut dengan kadar segera.

Yang benar,

..................................................................... Hj Mohd Muzammil Bin Hj. Hamzah