Anda di halaman 1dari 29

Kuda Nani Ini kuda. Ini kuda Nani. Kuda ada empat kaki. Kuda berlari pantas.

Nani sayang akan

Beca bapa Ini beca. Ini beca bapa. Beca ada tiga roda. Kuda berlari pantas. Nani sayang akan

Kuda kayu Ini kuda. Ini kuda kayu. Ini kuda kayu Yati. Kuda kayu tidak boleh berlari. Bapa Yati beli kuda kayu ini.

Batu bata Ini batu bata. Batu bata ini keras. Batu bata ini juga berat. Bapa Jali beli batu bata ini. Bapa Jali beli di kedai Pak

Madu mama Ini madu. Ini madu mama. Madu rasanya manis.MADU Mama beli madu. Mama suka madu.
ASLI

Labu Lina Ini labu. Ini labu Lina. Labu Lina besar. Labu Lina juga berat. Labu itu sudah masak. Warna labu masak itu oren.

Sari Dewi Ini Dewi. Ini sari Dewi. Sari Dewi warna hijau. Sari Dewi cantik. Orang India pakai sari.

Ciku Ini ciku. Yati cari ciku. Yati cari ciku di kebun. Ciku berwarna coklat. Ciku rasanya manis.

Dahi Hadi Ini dahi. Ini dahi Hadi. Dahi Hadi luka kena kayu. Dahi Hadi berdarah. Hadi jumpa doktor.

Raju sakit gigi Ini Raju. Raju suka makan gulagula. Raju menangis sakit gigi. Raju beritahu ibu.

Baju Jamal Ini baju Jamal. Jamal beli baju. Jamal beli dua helai baju. Baju Jamal biru dan merah. Jamal beli baju di kedai Raju.

Sayur kubis Ini sayur kubis. Wati beli sayur kubis. Wati beli kubis di pasar. Wati bawa kubis muda. Ibu wati masak sayur kubis.

Piza Zami Ini piza. Ini piza Zami. Zami dan kakak beli piza. Piza sedap dan wangi. Zami suka makan piza.

Kopi Ini secawan kopi. Kopi berwarna hitam. Kopi rasanya pahit. Ibu bapa saya suka minum kopi.

Buah nona Ini buah nona. Bentuk buah nona bujur. Warna isi buah nona putih. Buah nona rasanya manis. Bapa tanam buah nona di

Ikan emas Ini ikan emas. Ikan emas boleh berenang. Ikan emas hidup di dalam air. Fatin beli ikan emas di kedai. Fatin suka bela ikan emas.

Peti besi datuk Ini peti. Ini peti besi datuk. Datuk beli peti besi ini. Peti besi datuk isi harta karun.

Feri

Ini feri. Feri ini besar. Feri ini belayar di laut. Feri ini bawa orang. Lina dan Nani naik feri.

Hafiz dan Hanis Ini Hafiz. Hafiz adik Hanis. Hanis lihat nenek siram pokok . Hafiz suka bantu nenek. Hafiz dan Hanis sayang akan nenek.

Nora beli belon Hari ini hari hujan. Salmah dan Samad ke kedai. Salmah dan Samad pakai payung. Samad beli tiga biji belon.

Amin cari lipan Ini Amin. Amin cari lipan. Amin cari lipan di taman. Lipan haiwan yang bahaya.

Monyet Pak Salim Ini monyet Pak Salim. Monyet ini panjat pokok kelapa. Monyet petik buah kelapa. Pak Salim jual buah kelapa itu.

Titi Ini titi. Ini titi kayu. Titi kayu ini cantik. Kami lalu titi kayu pergi pasar. Titi kayu ini kukuh dan

Air terjun Ini air terjun. Air terjun ini cantik. Air di sini sangat sejuk. Kami berkelah di air terjun. Kami suka mandi di sini.

Jalan raya Ini jalan raya. Jalan raya ini panjang. Jalan raya ini lurus. Banyak kereta lalu di sini. Jalan raya ini bersih dan cantik.

Pulau kecil. Ini pulau kecil. Pulau kecil ini cantik. Air di pulau ini sangat sejuk. Pulau ini ada pokok kelapa.

Tembikai Ini buah tembikai. Tembikai ini sangat manis. Warna tembikai ini merah. Kami suka makan tembikai.

Radio
Ini radio. Ahmad beli radio baru. Ahmad suka dengar radio. Dia dengar radio sambil baca buku. Datuk dengar berita dari radio.

Hari jadi Zainol Hari ini hari jadi Zainol. Zainol jemput kawan kawan. Ibu masak kek dan kuih muih. Sambutan harijadi Zainol