Anda di halaman 1dari 46

Teori Kecerdasan Pelbagai

Labels: Rekabentuk dan teori pengajaran 1. Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting (Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan

penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2.

Pelopor

Howard Gardner Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai too narrow a notion of how the human mind works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbezabeza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Minds New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual Intelligence sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3.

Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum. Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual Ruang Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu. Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4. Kinestetik Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks. Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan. Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

3.5. Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen

muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yangevergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

3.6. Interpersonal Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petandainterpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7. Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8. Naturalis Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna. Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9. Spiritual / Eksistensialisme Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkatperingkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.

Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logikmatematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visualruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5.

Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan. Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.

Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan. Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajarpelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi

10

untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini. Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6.

Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran

11

dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran. Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.

7.

Kesimpulan

Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik. Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu. Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik. Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara

12

Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1 di bawah.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn Stimulus 1. Alam Sekitar Unsur Bunyi Cahaya Ciri-ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

2. Emosi

3. Sosiologi

4. Fizikal

5. Psikologi

Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas. Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan Pola meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai. Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu Motivasi dirangsang oleh guru. Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek Ketabahan atau panjang. Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu Tanggungjawab bimbingan oleh guru. Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka Struktur belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. Sendiri Suka belajar secara sendirian. Pasangan Suka belajar secara pasangan. Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya. Pasukan Suka belajar dalam pasukan. Guru Suka belajar dengan bimbingan guru Dapat belajar dengan mana-mana cara yang Pelbagai cara tersebut di atas. Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau Persepsi abstrak atau melalui pengalaman. Suka atau tidak suka makan dan minum semasa Makan belajar. Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu Waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. Global atau Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; Analitik pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; Otak Kiri atau Pelajar yang memproses maklumat Otak Kanan menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan Reflektif manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

13

Pengenalan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang

menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.

Konsep

Khas

Teori

Behaviorisme

Ivan

Pavlov

Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis olehEddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala

pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan

14

dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa

Prinsip

Teori

Behaviorisme

Ivan

Pavlov

Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip i. ii. asas Setiap Pembelajaran di dalam eksperimen akan kaitan Ivan Pavlov. Prinsip tersebut gerak dan gerak ialah: balas balas

rangsangan berlaku akibat

menimbulkan antara rangsangan

iii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman

IVAN PAVLOV TEORI PELAZIMAN KLASIK

Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model

Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, 15

psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden

Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini.

Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov

Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

16

Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah:

Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim GTT ). Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur.

Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan.

Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim RT ) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim GT ).

Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng.

Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan.

Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan.

17

Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan penghapusan sebagai berikut:

Konsep Keterangan Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas. Contoh: Gerak Contoh: balas tidak terlazim Sesuatu lelehan yang makanan dihasilkan oleh sesuatu rangsangan. air liur

Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama. Contoh: loceng

Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah dipadankan Contoh: dengan lelehan ransangan air lama. liur

Menurut

laman

sesawang Behaviorisme dan objektif

http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan

dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi.

Pavlov

bersama

anjing

yang

digunakan

bagi

menjalankan

uji

kaji.

Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.

18

Contoh

Dalam

Kehidupan

Nyata

Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang sangat suka dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.

Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan?

19

Analisis Teori Menggunakan Teknik SWOT

Selepas mencari pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku dan juga internet, kami telah membuat beberapa analisis mengenai teori ini dengan menggunakan teknik STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) SWOT.

Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana muridmurid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan Selain daripada itu, teori penerangan ini juga menekankan dengan kemahiran lisan jelas. berbanding

kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

20

WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme)

Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.

Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka

21

malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme )

Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan

pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.

Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.

Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan.

Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan

22

perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme)

Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya.

Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata.

Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata. 23

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut.

Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar.

Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh.

Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang

24

seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.

Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

25

Teori-teori pembelajaran NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME. Pengasas teori pembelajaran behaviorisme adalah Ivan Pavlov( anjing), Edward Thorndike( kucing lapaq), B.F.Skinner dan Watson( albert tikus putih). ( Teori Pelaziman Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson) manakala (Teori Pelaziman Operan diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.) Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Teori Pelaziman Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia atau haiwan sebelum dan selepas pelaziman. Teori Pelaziman Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang berlaku kesan daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman. Terdapat dua jenis prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif) dan hukuman (positif dan negatif). Contoh peneguhan positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar. manakala peneguhan negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak sukai. Contoh hukuman positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula iaitu menarik balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti rancangan kartun pada waktu rehat. Teori Pelaziman Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang mula-mula tidak memberikan sebarang kesan. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku. Seterusnya pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan. Behaviorisme adalah perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G). Tingkahlaku adalah gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.

Untuk pembelajaran yang berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran. Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat. Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas terlazim.

26

Teori Pelaziman Klasik Pavlov Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.

Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan memerhatikan gerak balas anjing. Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan. Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran. Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.

Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.. Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru itu pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran. Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran. Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.

Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu meningkatkan keberkesanan pembelajaran. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

27

Teori Pelaziman Klasik J.B.Watson Seorang ahli psikologi Amerika. Kajian beliau ialah tentang emosi kanak-kanak. Ahli psikologi yang pertama menggunakan perkataan behaviorisme. Beliau sangat terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.

Perbezaan antara manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk. Menurut beliau, manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman. Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional. Eksperimen yang beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor tikus putih.

Mula-mula xtakut tikus putih tapi setelah diulang2 dia takut... Aplikasi pelaziman J.B.Watson dalam pengajaran Tingkah laku positif boleh diajar dengan ransangan yang sesuai. Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik. Bagi pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap. Ransangan hendaklah digunakan bagi memotivasikan pelajar supaya minat belajar. Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan.

Persekitaran adalah amat penting bagi mendorong perkembangan potensi pelajar.Persekitaran yang kaya dengan bahan pengajaran dan asuhan serta bimbingan guru dan ibu bapa yang baik akan membantu kanak-kanak menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Teori Pelaziman Operan Thorndike Seorang ahli psikologi Amerika.

Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan ransangan dengan gerak balas. Beliau telah mengkaji tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk mendapatkan makanan juga beberapa haiwan lain.

28

Kucing lapar cuba buat macam2...proses cuba jaya..kemudian kucing tertekan selak dn [into tbuka..kali ke 2 kucing dpt buka selak dgn cpt..belajar tndak balas yang betul..... Beliau juga berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Hukum Kesediaan pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka pembelajaran akan berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa belajar (tanpa ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan. Hukum Latihan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum Kesan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Sekiranya kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap dan pertalian antara ransangan dan gerak balas akan lemah.

Implikasi Teori Thorndike ke atas pengajaran dan pembelajaran Mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai kesediaan pelajar. Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Pembelajaran juga boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.

Teori Pelaziman Operan Skinner. Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. Teori beliau juga berasaskan ransangan dan gerak balas. Beliau menggunakan tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu Skinner Box.

Skinner mengemukakan prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan negatif) dan hukuman ( Positif dan negatif). Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

29

Jenis peneguhan positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri perhatian, memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan memberikan peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka. Peneguhan negatif pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.

Implikasi Teori Skinner ke atas pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin pengulangan tingkah laku yang diingini. Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan negatif. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNER Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan dapat dikaitkan secara bermakna. Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat suatu gambaran secara keseluruhan. Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran. Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu: a) Peringkat enaktif ( 0 2 tahun ) b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 ) c) Peringkat Simbolik ( 5 7 ) Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas. Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran yang aktif dan membentuk konsep yang difahami. Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum. 30

Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman. Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru. Pembelajaran Induktif (Memain peranan latihan pembentukan konsep aktiviti amali aktiviti lain). Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan pembelajaran bermakna. Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah. Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat murid terhadap sains. Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di dalam pelajaran.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL * David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang menekankan penguasaan bahasa yang bermakna . * Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna. * Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. * Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan) - Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik. * Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah. * Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru. * Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi yang mengendalikannya. 31

* Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi. * Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik dan cepat dilupai oleh mereka. * Pembelajaran Penemuan maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang. * Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optima boleh berlaku. * Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan kepada kanakkanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. * Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. * Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik. Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran. 1. Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna dan menyeronokkan. 2. Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati sesetengah perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun. 3. Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan antara pengalaman baru dan pengalaman lama. 4. Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan. 5. Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan induktif atau pembelajaran deduktif .

32

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN GAGNE Beliau ialah Robert M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916 . Beliuan merupakan ahli psokologi eksperimental yang berpengalaman . Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam 5 kelompok utama iaitu kemahiran kecerdasan, strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajaran tersebut ialah :

1. Pembelajaran isyarat 2. Pembelajaran gerak balas 3. Pembelajaran rangkaian motor 4. Pembelajaran bahasa 5. Pembelajaran diskriminasi 6. Pembelajaran konsep 7. Pembelajaran hukum 8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne : Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit

Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya: 1- Pembelajaran Isyarat Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja. Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran. 2- Pembelajaran ransangan tindak balas Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah 33

memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya. 3- Pembelajaran melalui rangkaian Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti : Kemahiran menghantar bola Kemahiran menerima bola Kemahiran menjaringkan bola Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan. 4- Pertalian bahasa Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa. 5- Pembelajaran diskriminasi Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

34

6- Pembelajaran konsep Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah. 7- Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum : Memberi maklumat yang betul Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan. Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari. Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :

Mengenal masalah Mencari maklumat Membuat hipotesis Memilih cara menyelesaikan masalah Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ). Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ). Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.

35

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne. 1- Pembelajaran Isyarat Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini. 2- Ransangan gerak balas Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan. Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian. 3) Rangkaian motor Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.Prinsip ini penting dalam mata pelajaranmata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup. 4) Pertalian Bahasa Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting. 5) Diskriminasi Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun. 6) Pembelajaran konsep Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori. 7) Pembelajaran Hukum Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di samping itu guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.Guru juga perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian. Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.

36

8) Penyelesaian masalah Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu : Memahami sesuatu masalah Membuat pelan tindakan Melaksanakan pelan tersebut M enilai hasil dan keputusan pelan Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

* Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. * Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN PIAGET * Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 * Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif. * Menurut Piaget , perkembangan kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri urutan yang berperingkat. Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu: a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun ) b) Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun) c) Peringkat operasi konkrit ( 7 11tahun ) d) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas) * Piaget telah mengemukakan beberapa konsep dalam teori pembelajaran beliau iaitu: 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. 37

-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : l Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) l Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) l Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) 38

l Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa) Tahap-tahap perkembangan TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi. c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

39

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga) Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian. f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga. TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanakkanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

40

Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.. NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME. 1. Pengertian Konstruktivisime Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME ENGAGE EXPLORE EXPLAIN ELABORATE EVALUATE Merangsang perasaan ingin tahu murid Meneroka/mencari untuk memenuhi perasaan ingin tahu Menjelaskan Menghuraikan dengan contoh, metafora atau lain-lain Menilai

41

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 1. Berpusatkan murid 2. Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya berhubung kait 3. Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau idea asal tentang sesuatu perkara. 4. Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah . 5.Peluang murid membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui pengalaman yang dilaluinya . 6. Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap (bersoal jawab) 7. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan panduan merancang pengajaran 8. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid 9. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid 10. Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen 11. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

Biodata Lev Vygotsky


Vygotsky lahir pada 17 November 1896 di Orsha, sebuah bandar kecil yang terletak di Belorussia dan dibesarkan di Gomel, sebuah bandar kira-kira 400 batu dari Moscow. Lev Vygotsky membesar dalam sebuah keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan seorang guru namun tinggal di rumah sahaja kerana mendidik anak-anaknya. Vygotsky turut mempunyai seorang tutor peribadi yang bernama Solomon Ashpiz. Setelah menerima pendidikan awal di sekolah swasta, Vygotsky pergi ke sebuah Gymnasium Yahudi untuk meneruskan pengajian peringkat menengah. Beliau merupakan pelajar yang baik dan sering digelar sebagai professor kecil kerana selalu memimpin diskusi mahasiswa pada topik berkenaan falsafah atau budaya yahudi, teater dan sastera. Beliau menamatkan pengajian sekolah menengah dengan anugerah medal emas kemudian melanjutkan pelajaran ke Moscow State University dan tamat pengajian pada 1917. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di beberapa tempat antaranya Institut Psikologi pada pertengahan 1920 dan di beberapa pusat pendidikan di

42

Moscow, Lerningrad, dan Kharkow. Beiau telah menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa dan Fikiran masyarakat.

Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky


Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding). 2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa. 3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri. 4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain. 5. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

43

Implikasi Teori Konstruktivisme


Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilainilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.

44

PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung. Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait. Pembelajaran adalah aktiviti sosial; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya, dan lain-lain hubungan. Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding. Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu. Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata. Guru dan dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman.

45

CIRI-CIRI KONSTRUKTIVISME.
Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui. Konstruktivisme pembelajaran berbeza dengan pandangan tentang behavioris yang melihat terhadap

lebih

menekankan

pengaruh

suasana

seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka. (Gery 1995) Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatanpelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996). Ciri-ciri lain: Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep Murid berpeluang berkongsi persepsi anatra satu sama lain Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya Berpusatkan murid Hands-on dan minds-on Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Renungan kembali proses pembelajaran Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian. Prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru Murid selalunya bekerja secara kumpulan

46