Anda di halaman 1dari 1

SMK ANJUNG BATU, MERSING JOHOR DARUL TAKZIM LAPORAN KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT SEKOLAH 2011 Tarikh: 29 Januari

2011 Hari: Sabtu Tempat: Dewan SMK Anjung Batu, Mersing Masa: 8.00 pagi 4.00 petang Acara: 1. Perseorangan Lelaki bawah 15 dan 18 tahun 2. Perseorangan perempuan bawah 15 dan 18 tahun 3. Bergu lelaki bawah 15 dan 18 tahun 4. Bergu perempuan bawah 15 dan 18 tahun Seramai 120 orang pelajar lelaki dan perempuan SMK Anjung Batu, Mersing telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Badminton SMK Anjung Batu, Mersing. Pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 diletakkan dalam kategori bawah 15 manakala pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam kategori bawah 18 tahun. Kejohanan ini berjaya mencungkil bakat baru khususnya pelajar dari tingkatan 1. Norhaliza dari tingkatan 1 Aflah misalnya berjaya menjadi johan dalam acara perseorangan. Beliau berjaya mengalahkan pelajar senior dari tingkatan dua dan tiga. Bakat pelajar ini jika digilap dan diasah dari sekarang pastinya akan menyerlah di peringkat daerah satu hari nanti. Jelasnya objektif kejohanan untuk mencungkil bakat baru tercapai. Pelajar ini akan diserap kedalam pasukan sekolah untuk latihan intensif bagi persediaan kejohanan peringkat daerah pada bulan April 2011 nanti. Pemain yang memenangi kejohanan dipilih untuk mewakili sekolah dan latihan dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 7 Februari hingga hari kejohanan peringkat daerah dari jam 4.30 hingga 6.30 petang. Semoga pasukan badminton sekolah akan berjaya di peringkat daerah nanti.