Anda di halaman 1dari 8

Drama: Gelanggang Tuk Wali

BABAK 2

Tuk Wali membonceng motosikal yang ditunggang oleh Ripin ke rumah Haji Kodri. Sejurus mereka pergi, Imam dan Siak kampung datang ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh isteri Tuk Wali, Mak Umi. Siak meluahkan rasa tidak setujunya akan akiviti bersilat yang dilakukan oleh Tuk Wali, sedangkan usianya sudah tua, tetapi masih bergumpal-gumpal dengan orang muda. Bagi Siak, sepatutnya masa yang ada diisi dengan beramal di masjid. Mak Umi menyanggah kata-kata itu kerana suaminya tidak pernah tinggal bersolat jemaah di masjid. Bagi Imam pula, dia bimbang usia Tuk Wali berakhir di gelanggang silat.

BABAK 3

Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung mengawal kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua. Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan.

Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali. Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi. masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar pemuda tersebut kerana membuat bising di halaman rumahnya.

BABAK 4
Siak datang bertemu Tuk Wali dan memarahi Tuk Wali kerana menampar cucunya. Pertengkaran mulut berakhir dengan pergelutan. Mak Umi yang bimbang akan peristiwa tersebut bergegas ke rumah Ripin. Ripin datang sejurus selepas itu dan berjaya memulas tangan Siak. Mak Umi dan Ripin mahu mereka berdua berdamai, tetapi mereka tetap mahu bergaduh. Mak Umi segera meminta Ripin menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim.

BABAK 5
Piee datang ke rumah Tuk Wali dan mencuri keris pusaka kepunyaan Tuk Wali. Perbuatan itu disedari oleh Tuk Wali menyebabkan berlakunya pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, Piee tetikam perut Tuk Wali, kemudian Piee melarikan diri. Ketika Tuk Wali mengerang kesakitan, Ripin datang. Ripin bersumpah mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Apabila Imam dan Siak muncul, mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali sebaliknya Ripin menganggap Siak yang membunuh Tuk Wali.

TERIMA

KASIH.