Anda di halaman 1dari 1

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah.

Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar. Penggunaan Elektrik secara membazir adalah perbuatan yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.Ini kerana elektrik merupakan salah satu tenaga yang sangat penting dan digunakan secara meluas di seluruh negara.Walaupun kadar penggunaan tenaga kita tidak sebanyak penggunaan tenaga di negara - negara lain, sebagai manusia dan pengguna kita haruslah menyemai sikap menjimatkan penggunaan elektrik. PEMBAZIRAN tenaga elektrik yang ketara di kalangan masyarakat Malaysia ketika ini boleh dibendung sekiranya pengguna lebih menghargai tenaga elektrik dan menerima hakikat subsidi elektrik sedang dikurangkan secara berperingkat.
kebanyakan pengguna selesa dengan kadar elektrik yang begitu murah di negara ini sehingga menyebabkan mereka berpendapat penggunaan elektrik adalah satu kemudahan dan bukan keperluan.