Anda di halaman 1dari 21

PENGUCAPAN AWAM Konsep dan Kaedah Asas Pengucapan Awam Ianya merupakan komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej

dan ada pihak yang menerima mesej. Jenis-jenis Komunikasi

Komunikasi Interpersonal

Komunikasi Intrapersonal

Komunikasi Kumpulan Kecil/Kelompok

Komunikasi Awam

Komunikasi Massa Definisi Ucapan idea, suara, pergerakan fizikal individu yang merangsang audien untuk mendengar serta yang boleh mempengaruhi pemikiran dan perasaan pendengar Wilson & Arnold

Ucapan melibatkan proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara oral kepada audien. Mesej ucapan boleh disampaikan secara terus /langsung kepada audien secara bersemuka atau melalui media tertentu (seperti radio, tv, internet, multimedia dan lain-lain. Elemen Dalam Ucapan

Pengucap

Ucapan

Audiens

Situasi Prinsip Utama

Info gathering (Pengumpulan)

Organizing (Penyusunan)

Memorize (penghafalan)

Language (Gaya Bahasa)

Delivery (Penyampaian) Tujuan Ucapan Dibuat

Memberitahu (to inform)

Menghibur (to entertain)

Memujuk

(to persuade)

Majlis Khas (Special Occation) Cara Ucapan Dibuat

Inpromptu /Extemporaneus

Dihafal

Dibaca dari teks Sifat-sifat positif pengucap

Berpengetahuan (knowledgeable)

Berkemahiran berucap (skillful)

Berkeyakinan (confident)

Berkeperibadian baik (integrity)

Berperawakan baik (personality) Penyampaian Ucapan

Berdiri tegak (tegakkan diri dengan selesa)

Bersedia (fokus dan berkeyakinan)

Mulakan ucapan

Pertembungan mata

Rujuk nota sesekali

Bercakap dengan audiens

Kawal suara

Gayakan bahasa badan

Hindari tabiat buruk

Sembunyikan kesilapan

Gunakan APD dengan berkesan

Beredar dengan menutup ucapan secara hormat

Berjalan ke tempat duduk dengan sopan Persiapan Perlu Sebelum Ucapan

Kenalpasti tujuan ucapan (sama ada memberitahu,mumujuk atau majlis khas)

Kenalpasti siapa audien anda

Sediakan rangka ucapan

Berlatih Ciri Penyampaian Yang Berkesan

Ketrampilan diri yang menarik

Kebolehan mengingat

Yakin dan tenang

Ketepikan halangan

PENG EN ALAN

Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkahlaku serta etika. Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya. Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengucap.
D EFIN ISI UC APAN

Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu penetapan masa, tempat dan isu yang hendak disampaikan telah dilakukan. Menurut Abdul Muati Ahmad, (1994) menyatakan bahawa pengucapan umum mengggunakan anggota verbal dan bukan verbal. Manakala menurut Rahimah Yeop (2001) , pengucapan awam ialah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengadengan bertujuan untuk memindahkan dan menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke empat, ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan (kata-kata) yang diucapkan; cara menyebut sesuatu kata,lafaz,sebutan;kata.-kata yang mengandungi harapan supaya selamat. Selain itu, menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian daripada perucapan umumnya dalam aspek perutusan. Disamping itu, ucapan dapat diertikan sebagai apa apa yang diucapkan atau cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu kata. Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara pidato sehala. Lazimnya, ucapan akan disampaikan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti pertandingan, perhimpunan dan majlis rasmi

DEFINISI UCAPAN

1.

p.

p.

p. 2. p.

p.

p. 3. p.

p.

p. 4. p. More from this user

PreviousNext 1. 1 p.

1 p.

1 p. 2. 2 p.

1 p.

1 p.

Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat menguasainya. Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap). Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan. Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin . Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat. Pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas.

Tips untuk menghilangkan rasa gugup.

a. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum berucap. Sebaik manapun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif dan tidak tersasar atau menyimpang. b. Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula. c. Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri. d. Pastikan anda sudah menguasai tajuk perbahasan dan sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa. e. Perlu ada mukadimah yang sesuai yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bergantung kepada masa yang diberikan. Mukadimah 15 peratus, isi 70 peratus dan penutup 15 peratus. Ini akan memudahkan pendengar untuk mengikuti perjalanan ucapan anda dari awal sehingga penutup. f. Intonasi suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian kepada isi yang disampaikan perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan rendah. g. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apakah keperluan mereka mendengar isu ucapan kita. Buat rujukan atau kaji selidik terhadap kelompok penonton atau pendengar yang akan mendengar ucapan kita. h. Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. Walaubagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap. i. Fokus ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contonhnya sekiranya anda mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai kelebihan dalam ucapan anda. j Anda juga pemidato yang menggunakan ciri-ciri fizikal yang ada pada mereka untuk menarik perhatian khalayak. k. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif l. Pandangan pertama penting (first impression) penting untuk anda memulakan ucapan yang baik m. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman. n. Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup.

o. Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. p. Pandang mata(eye contact) juga penting dalam ucapan bagi memastikan pendengar berasakan anda bersama mereka sepanjang ucapan anda.

Sumber maklumat : Berita Harian

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/6742-hilangkan-rasagugup-ketika-berpidato.html

Pengucapan awam (2)


Unsur-unsur komunikasi Pengirim Pengirim adalah unsur yang paling penting dalam proses komunikasi. Peranannya ialah menyampaikan mesej yang dikehendaki melalui saluran tertentu. Antara ciri-ciri pengirim yang berkesan ialah: -keupayaan diri yang tinggi -berkarisma -mengetahui bidang yang disampaikan -membuat persediaan -beradab dan beretika Penerima Menerima mesej yang disampaikan, boleh jadi individu, kumpulan, organisasi atau komuniti. Terdapat 3 jenis iaitu: -pendedahan terpilih: hadkan komunikasi pada golongan tertentu -tanggapan terpilih: mentafsir mesej mengikut kepercayaan sendiri -ingatan terpilih: hanya ingat perkara yang hendak diingat dan tidak mempedulikan perkara lain Penerima memilih mesej kerana pengetahuan, minat, pengalaman, matlamat, nilai dan sikap yang berbeza. Homofili ialah persamaan di antara pengirim dan penerima yang membolehkan mereka

mempunyai tanggapan yang sama. Heterofili ialah perbezaan di antara pengirim dan penerima seperti minat, perlakuan dan pengetahuan. Dalam keadaan tertentu, heterofili jauh lebih berkesan daripada homofili seperti proses pembelajaran. Homofili penting dalam aspek sikap dan situasi. Mesej Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat, idea dan pandangan. Dihasilkan oleh pengirim dan unsur-unsur yang terdapat di dalam mesej ialah kod, isi dan susunan. Mesej dibahagikan kepada dua jenis iaitu verbal dan nonverbal Mesej verbal ialah bercakap atau bertutur. Jenis ini membentuk 10 peratus daripada proses komunikasi. Maknanya, bercakap sama ada kuat atau perlahan, tidak banyak menyumbang kepada penyampaian mesej yang berkesan. Ibu yang berleter kepada anaknya sangat susah untuk mempengaruhi perubahan pemikiran, sikap dan tingkah laku kerana tidak banyak mesej dapat diserap oleh penerima. Mesej nonverbal ialah pergerakan badan, paralanguage, penampilan diri, ruang, cahaya, suhu dan warna. Jenis ini membentuk 90 peratus daripada proses komunikasi. Nonverbal sangat berpengaruh untuk membuat perubahan walaupun hanya dengan jelingan mata atau wajah yang garang. Mesej sangat penting dalam proses komunikasi. Pertama, mesej memberi sokongan dalam proses komunikasi seperti tunjukkan arah dalam komunikasi. Ia juga bertindak untuk menyangkal sesuatu perkara yang diperlihatkan melalui gerakan geleng atau anggukkan kepala, dan sebagai gantian pada emosi seperti menangis apabila soalansoalan sensitif ditanya. Saluran Saluran adalah ruang untuk pengirim menyampaikan mesej seperti telefon, radio dan televisyen. Hari ini saluran dibuat dalam pelbagai bentuk supaya proses komunikasi lebih berjaya tetapi boleh memberi kesan kepada penerima dan pengirim. Terdapat dua jenis saluran iaitu langsung dan tidak langsung. Saluran langsung ialah secara berhadapan manakala tidak langsung ialah melalui orang ketiga. Antara aspek saluran yang perlu diambil kira ialah kredibiliti, maklum balas, penglibatan, kebolehan menyimpan mesej, keupayaan melipatgandakan mesej, keupayaan menyokong saluran lain dan jumlah kos.

Maklum balas Dalam komunikasi, tindak balas menentukan sama ada mesej disampaikan atau tidak. Jika ada tindak balas, keadaan tersebut menunjukkan mesej yang dihantar mendapat perhatian. Seterusnya penerima akan memberi maklum balas iaitu makluman yang diberikan mengenai mesej yang telah diterima. Makluman ini boleh jadi dalam bentuk verbal dan nonverbal untuk memberitahu pengirim apa yang didengar, dilihat, difahami atau ditafsirkan. Gangguan Elemen lain dalam proses komunikasi ialah gangguan iaitu apa sahaja yang menghalang penyampaian mesej. Terdiri dari dua sumber iaitu dalaman (pengirim dan penerima ada masalah) dan luaran (khalayak, suasana, waktu dan keadaan fizikal). Situasi Situasi adalah masa dan tempat berlakunya proses komunikasi. Aspek-aspek yang mempengaruhi situasi ialah tempat, mood, warna dan suhu. Penyediaan ucapan Komunikasi yang berlaku setiap hari mempunyai prinsip yang membantu menjayakan proses berkenaan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dan difahami dengan baik. Prinsip-prinsip komunikasi ini ialah bertujuan, relasional (hubungan dengan orang lain), boleh dipelajari dan mesej berubah mengikut kesedaran semasa enkod. (Enkod adalah sebahagian daripada proses yang ada dalam fikiran dan dipancarkan oleh pengirim) (Dekod ialah apa yang perlu dibuat oleh penerima) Tujuan-tujuan ucapan 1. Memberitahu Ucapan ialah untuk memberitahu maklumat-maklumat baru seperti teknik, kaedah dan strategi ke arah peningkatan kefahaman. Memberitahu dipecahkan kepada tujuh jenis iaitu proses menerangkan cara dapat dan hasilkan sesuatu; demonstrasi menerangkan kaedah melakukan; objek dan tempat penerangan semasa lawatan dan ziarah; orang cerita pengalaman orang yang telah berjaya; idea penerangan dan definisi; dan laporan lisan seperti perniagaan, ringkasan fakta atau idea. 2. Mempengaruhi

Ucapan adalah untuk mempengaruhi ke arah mengubah, menukar dan memaksa perubahan sikap dan tingkah laku. Kekuatan ucapan ini ialah cuba menukar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak. Kaedah mempengaruhi memerlukan daya tarikan melalui: a. perhatian petikan, soalan retorikal dan humor. b. keperluan kenal pasti keperluan khalayak untuk mempastikan mereka menerima mesej. c. kepuasan terangkan bagaimana mengurangkan ketakpastian dan meningkatkan pencapaian. d. tindakan laksanakan penyelesaian. e. pembayangan bantu untuk memahami sesuatu perkara. 3. Mewujudkan persefahaman Peranan ucapan seterusnya ialah mewujudkan persefahaman bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapat, nilai dan pandangan di antara pengirim dan penerima. Mendapatkan kefahaman mengenai sesuatu mesej dapat mengatasi halangan yang dapat membantutkan kelancaran proses komunikasi sama ada halangan fizikal atau psikologikal. 4. Meluahkan perasaan Ucapan boleh dianggap sebagai satu unsur psikologi bagi meningkatkan semangat pengirim dan penerima untuk lebih mengenali diri sendiri kerana khalayak lebih bersedia membuka pintu mental untuk memahami dan menghayati apa yang didengar. Apabila seseorang meluahkan perasaan, ia dapat membina hubungan yang intim setelah wujud kesan terapeutik yang dapat menenangkan jiwa dan perasaan. Menyusun ucapan Ucapan dapat diberikan kepada 3 bahagian utama iaitu pembukaan, isi dan penutup. Ketiga-tiga bahagian ini mesti ada di dalam mana-mana ucapan supaya khalayak dapat memahami dan menghayati ucapan yang bakal disampaikan kelak. a. Pembukaan Sangat penting kerana menjadi daya penarik pendengar. Lebih banyak perhatian yang diperolehi, mesej yang jelas dapat dan kehendak ucapan dapat disampaikan dengan sempurna. Pentingnya pembukaan terhadap ucapan ini ialah ia akan membentuk "mood" dan semangat khalayak berkaitan topik yang disampaikan. Selain itu dapat membantu

mereka memahami topik secara ringkas sebelum masuk ke bahagian isi. Banyak kaedah untuk memulakan bahagian pembukaan ini dan lebih kerap bergantung kepada kebijaksanaan perucap sendiri. Antaranya ialah mulai dengan soalan dan kenyataan umum, mengambil petikan, ilustrasi atau cerita, menunjukkan gambar, gambarajah atau statistik, melontarkan soalan-soalan retorik dan petikan ayat al-quran, hadis atau kata mutiara. Kadangkala akibat terlalu ghairah, perucap gagal mengawal perasaan dan mula melakukan tindakan yang tidak anggap dan boleh mengganggu kelancaran pengucapannya. Antara perkara yang perlu dielakkan di bahagian ini ialah meminta maaf. Tidak perlu meminta maaf kerana tindakan ini menunjukkan perucap tidak layak untuk menyampaikan topik berkaitan. Seterusnya menyampaikan cerita yang tidak ada kena-mengena atau menyimpang daripada topik. Berlaku juga perucap menerangkan gambar atau jadual yang tidak ada sebarang kaitan dengan sesuatu topik, tetapi disebabkan syok sendiri, beliau menerangkan sesuatu yang tidak perlu. Terakhir, menyampaikan ucapan yang meleret-leret dan dapat menghilangkan minat khalayak untuk mendengar. b. Isi Bahagian yang sangat penting kerana menyokong fakta dan topik yang disampaikan. Kandungan isi membentuk 70 peratus daripada keseluruhan ucapan dan perlu disampaikan dengan kemas, teratur dan ada unsur mempengaruhi pendengar. Ciri-ciri utama isi ialah bahan kajian yang bersistematik, penemuan baru yang mengesahkan sesuatu kajian, kenyataan fakta atau dokumentasi, rajah, statistik, definisi, contoh dan ilustrasi. Semakin banyak isi, ucapan yang disampaikan bertambah kukuh dan dapat membuatkan khalayak terpengaruh dan membuat keputusan sendiri. c. Penutup Bahagian ini adalah kemuncak kepada ucapan yang disampaikan kerana ia menentukan sama ada wujud elemen tindakan atau membuat perubahan. Penutup yang baik mempunyai kenyataan untuk diingati, kata-kata indah, ungkapan, pantun, ayat al-quran atau hadis. Ciri-ciri penutup yang berkesan ialah A (win their attention), I (arouse their interest), D (create a desire) dan A (stimulate). http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/12/pengucapan-awam-2.html

Tuesday, April 21, 2009

Teknik pengucapan awam

Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebar-debar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam. Saya juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Dengan mempelajari teknik-teknik yang betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali berceramah. Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca teknik-teknik pengucapan awam yang mudah dan berkesan. 1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut . 2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka. 3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu. 4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. 5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap. 6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini

hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai 7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka. 8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda. 9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Katakata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian 10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15% 11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini. 12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap. 13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka . 14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda. 15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di

bahagiang tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat 16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda. 17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut. 18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya. 19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri....hingga akhir Selamat berucap!

http://mindataqwa.blogspot.com/2009/04/teknik-pengucapan-awam.html
Apabila disuruh untuk berucap di depan orang ramai pelbagai reaksi yang akan diberikan oleh setiap orang. Bagaimana dengan anda? Adakah anda rasa berdebardebar, gementar dan takut? Sebenarnya setiap speaker samada yang baru, lama atau yang dikenali di seluruh dunia, semuanya mengalami peristiwa yang sama terutamanya rasa gemuruh untuk bercakap di khalayak awam. Saya juga tidak terkecuali mengalami perasaan tersebut. Dengan mempelajari teknikteknik yang betul maka lama-kelamaan rasa gemuruh dan gementar dapat di atasi dan dikawal apabila telah terbina keyakinan diri setelah berulangkali berceramah. Pada artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca teknik-teknik pengucapan awam yang mudah dan berkesan. 1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut . 2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka. 3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu. 4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. 5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap. 6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap

dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai 7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka. 8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda. 9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian 10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15% 11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini. 12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap. 13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka .

14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda. 15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat 16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda. 17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak

kelihatan

kelam

kabut.

18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya. 19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri....hingga akhir Selamat berucap!

Persediaan Awal Untuk Berucap


Perlu bersedia dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Jasmani badan perlu sihat. Penampilan fizikal juga perlu menyerlah keterampilan dan kredibiliti diri penyampai ucapan agar dia mendapat first impression yang baik. First impression yang positif dari khalayak adalah penting kerana ia mampu membantu meningkatkan impak tajuk yang disampaikan oleh penyampai. Emosi Penyampai perlu bersedia mengawal emosi bila berhadapan dengan kumpulan sasarannya. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan khalayak bersedia untuk mendengar apa yang bakal diucapkan. Mungkin dalam 5% sahaja yang mungkin berkonfrantasi dengan penceramah berkaitan dengan topik-topik tertentu yang disuarakan. Oleh yang demikian, nasihat saya dari pengalaman saya sendiri, cuba elakkan topik-topik yang boleh menyebabkan berkonfrantasi tersebut dan lebih fokus kepada topik yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan juga turut menyokong penyampaian kita menjadi lebih berkesan. Rohani Pastikan hati kita tulus dan ikhlas ketika menyampaikan ucapan kita. Pastikan nilai murni terpelihara. Ingatlah bahawa kita memberikan ucapan kepada khalayak ramai, pastinya mereka inginkan kebaikan daripada dalam hati kita bukan kepura-puraan. Saya ingin mencadangkan, bercakaplah yang benar dan yang telah anda alami dan amalkan untuk disampaikan dengan tujuan kebaikan tersebut dapat tersebut luas. Intelek pandai bercakap sahaja tidak cukup. Kita perlu kaji sejauh mungkin fakta-fakta yang kita sampaikan. Jangan sampai fakta kita ketinggalan zaman atau tidak sah lagi untuk digunakan. Sebagai seorang penceramah, kita perlu up-to-date atau kemas kini dengan maklumat yang kita sampaikan agar ianya tidak menimbulkan kontroversi di kalangan kumpulan sasaran kita dan tentunya kita tidak ingin dipanggil penceramah bodoh, bukan?

http://gomogiuum.blogspot.com/2010/01/persediaan-awal-untuk-berucap.html