0 PENGENALAN
Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap pendengar atau hadirin. Pengucapan awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pengucapan awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi juga melalui bahasa badan,penampilan dan tingkahlaku serta etika. Pengucapan awam yang baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap kepada pendengarnya.Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin disampaikan oleh pengucap. Seni pengucapan awam sama ada pidato, debat perbahasan, pembentangan, forum atau syarahan merupakan satu seni unik yang bukan semua orang berbakat
menguasainya.Pengucapan awam dari segi definisi bermaksud pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).Pengucapan awam ini walaupun sukar dikuasai namun terdapat teknik tertentu bagi melatih dan memberi keyakinan kepada mereka yang ingin membabitkan diri dalam pertandingan pidato, debat atau syarahan. Apa yang penting setiap mereka yang ingin menguasai seni pengucapan awam yang baik perlu melakukan latihan yang konsisten selain memberi komitmen yang tinggi untuk membolehkan mereka menghilangkan rasa gugup dan tidak yakin .Latihan yang kerap seperti berlatih di hadapan cermin juga dapat membantu menghilangkan rasa gugup selain membolehkan kita mengesan sebarang kesalahan dan mengenalpasti bahasa tubuh yang sesuai. Masalah yang sering dialami pembahas ialah gemuruh kerana terpaksa berdepan dengan khalayak namun ini dapat diatasi sekiranya persediaan rapi dibuat.Seorang pemidato yang baik akan dapat menyesuaikan ucapan dan teknik penyampaiannya bergantung kepada siapa yang akan mendengar ucapan terbabit bagi memastikan pendengar dapat menerima mesej dengan jelas.
2.1.1 Pengucap Pengucap/pengirim adalah unsur yang paling penting dalam proses komunikasi. Pengirim haruslah menyampaikan mesej yang dikehendaki melalui saluran tertentu. Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada pengirim atau pengucap yang berkesan: Ciri-ciri di atas merupakan antara kriteria yang perlu ada pada seseorang pengucap.Melalui cirri-ciri tersebuat mesej yang ingin disampaikan mampu diterima oleh pendengarnya ataupun audiens. Berkeyakinan tinggi berkarisma Berpengetahuan luas dalam isi yang disampaikan Mempunyai persedian merangkumi jasmani,emosi,rohani dan intelek Suara yang jelas
2.1.2 Audiens Audiens ataupun pendengar adalah mereka yang menjadi sasaran pengucap. Mesej yang ingin disampaikan oleh pengucap haruslah bersesuaian dengan audiens yang
hadir.Contohnya,Audiens terdiri daripada sekolompok atlit-atlit sukan,justeru pengucap haruslah menyampaikan mesej yang berkaitan dengan sukan bukannya berkaitan dengan politik.Sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dilakukan barulah mesej yang hendak disampaikan itu akan dapat diterima dengan tepat dan mudah serta membuahkan hasil seperti yang dikehendaki.Audiens boleh jadi individu, kumpulan, organisasi atau komuniti. Terdapat tiga jenis kelompok audiens antaranya ialah pendedahan terpilih iaitu tindakan menghadkan komunikasi pada golongan tertentu, tanggapan terpilih iaitu perbuatan mentafsir mesej mengikut kepercayaan sendiri serta ingatan terpilih iaitu perlakuan hanya ingat perkara yang hendak diingat dan tidak mempedulikan perkara lain.Audiens memilih mesej kerana pengetahuan, minat, pengalaman, matlamat, nilai dan sikap yang berbeza. Homofili ialah persamaan di antara pengirim dan audiens yang membolehkan mereka mempunyai tanggapan yang sama. Heterofili pula ialah perbezaan di antara audiens dan penerima seperti minat,
perlakuan dan pengetahuan. Dalam keadaan tertentu, heterofili jauh lebih berkesan daripada homofili seperti proses pembelajaran. Homofili penting dalam aspek sikap dan situasi.
2.1.3 Situasi Situasi merupakan keadaan di mana sesuatu ucapan tersebut hendak disampaikan. Biasanya sesuatu ucapan itu hendaklah disampaikan dalam keadaan yang terancang dan teratur. Maknanya keadaan atau sesuatu situasi tersebut hendaklah dirancang dan disusun khas untuk membolehkan sesuatu ucapan tersebut disampaikan kepada para audiens. Contohnya, dalam sesebuah institusi pendidikan seperti university, aktiviti kuliahnya yang banyak menggunakan kaedah pengucapan umum dan sebagainya memang telah disusun dan dirancang dengan cara menentukan terlebih dahulu waktu, tempat dan juga topiknya di samping mengenalpasti kelompok-kelompok individu yang bakal mengikutinya serta individu yang akan menyampaikan sesuatu kuliah tersebut.
2.1.4 Mesej Mesej ialah susunan simbol untuk menyampaikan maklumat, idea dan pandangan. Dihasilkan oleh pengirim dan unsur-unsur yang terdapat di dalam mesej ialah kod, isi dan susunan. Mesej dibahagikan kepada dua jenis iaitu verbal dan nonverbal. Mesej verbal ialah bercakap atau bertutur. Jenis ini membentuk sepuluh peratus daripada proses komunikasi. Maknanya, bercakap sama ada kuat atau perlahan, tidak banyak menyumbang kepada penyampaian mesej yang berkesan. Ibu yang berleter kepada anaknya sangat susah untuk mempengaruhi perubahan pemikiran, sikap dan tingkah laku kerana tidak banyak mesej dapat diserap oleh penerima. Mesej nonverbal ialah pergerakan badan, paralanguage, penampilan diri, ruang, cahaya, suhu dan warna. Jenis ini membentuk Sembilan puluh peratus daripada proses komunikasi. Nonverbal sangat berpengaruh untuk membuat perubahan walaupun hanya dengan jelingan mata atau wajah yang garang. Mesej sangat penting dalam proses komunikasi. Pertama, mesej memberi sokongan dalam proses komunikasi seperti tunjukkan arah dalam komunikasi. Ia juga bertindak untuk menyangkal sesuatu perkara yang diperlihatkan melalui gerakan geleng atau anggukkan kepala, dan sebagai gantian pada emosi seperti menangis apabila diajukan dengan soalan-soalan yang tertentu.
2.1.5 Saluran Saluran merupakan ruang untuk pengirim menyampaikan mesej seperti telefon, radio dan televisyen. Hari ini saluran dibuat dalam pelbagai bentuk supaya proses komunikasi lebih berjaya tetapi boleh memberi kesan kepada penerima dan pengirim. Terdapat dua jenis saluran iaitu langsung dan tidak langsung. Saluran langsung ialah secara berhadapan manakala tidak langsung ialah melalui orang ketiga. Antara aspek saluran yang perlu diambil kira ialah kredibiliti, maklum balas, penglibatan, kebolehan menyimpan mesej, keupayaan melipatgandakan mesej, keupayaan menyokong saluran lain dan jumlah kos.
2.1.6 Maklumbalas Dalam komunikasi, tindak balas menentukan sama ada mesej disampaikan atau tidak. Jika ada tindak balas, keadaan tersebut menunjukkan mesej yang dihantar mendapat perhatian. Seterusnya penerima akan memberi maklum balas iaitu makluman yang diberikan mengenai mesej yang telah diterima. Makluman ini boleh jadi dalam bentuk verbal dan nonverbal untuk memberitahu pengirim apa yang didengar, dilihat, difahami atau ditafsirkan.
2.1.7 Gangguan Gangguan merupakan salah satu elemen lain dalam proses komunikasi.Gangguan bermaksud apa-apa sahaja perkara yang boleh menghalang penyampaian mesej. Gangguan terdiri daripada dua sumber iaitu dalaman (pengirim dan penerima ada masalah) dan luaran (khalayak, suasana, waktu dan keadaan fizikal). Perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan kepada keberkesanan komunikasi boleh mengakibatkan dan menyebabkan maklumat yang diterima oleh audiens mungkin tidak tepat atau disalah tafsir. Antara gangguan-gangguan dalam komunikasi adalah seperti persediaan yang tidak mencukupi daripada pihak pengirim atau penghantar sehingga menyebabkan berlakunya kejadian mesej yang tidajk atau kurang jelas sehingga mewujudkan tanggapan yang berbeza di kalangan audiens atau penerima. Gangguan seterusnya ialah penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti dan memisahkan antara pemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar. Pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum juga merupakan satu gangguan dalam proses komunikasi dimana, ianya akan menyebabkan dan mengundang terjadinya tafsiran yang berbeza-beza di kalangan para audiens atau penerima. Di samping itu, kefahaman yang berbeza-beza tentang sesuatu perkataan dan ayat juga boleh menimbulkan gangguan dalam komuniksai. Kefahaman dan tafsiran berbeza akan menimbulkan salah faham dan tafsiran berbeza pada diri penerima.Akhir sekali rasa sensitif antara satu pihak dengan pihak yang lain juga merupakan gangguan dalam proses komunikasi. Perkara ini menuntut semua pihak dari pengirim sehinggalah kepada penerima agar sentiasa mengamalkan sikap sensitif terhadap orang lain serta menghormati kelainan di pihak tersebut.
Sebelum menyampaikan sesuatu pengucapan awam kita hendaklah bersedia.Persediaan kita adalah meliputi pelbagai aspek.Secara ringkasnya kita boleh klasifikasikan persedian berdasarkan JERI iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek.
4.1 Jasmani Badan perlu sihat. Penampilan fizikal juga perlu menyerlah keterampilan dan kredibiliti diri penyampai ucapan agar dia mendapat first impression yang baik. First impression yang positif dari khalayak adalah penting kerana ia mampu membantu meningkatkan impak tajuk yang disampaikan oleh penyampai. 4.2 Emosi Penyampai perlu bersedia mengawal emosi bila berhadapan dengan kumpulan sasarannya. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan khalayak bersedia untuk mendengar apa yang bakal diucapkan. Mungkin dalam 5% sahaja yang mungkin berkonfrantasi dengan penceramah berkaitan dengan topik-topik tertentu yang disuarakan. Oleh yang demikian, nasihat saya dari pengalaman saya sendiri, cuba elakkan topik-topik yang boleh menyebabkan berkonfrantasi tersebut dan lebih fokus kepada topik yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan juga turut menyokong penyampaian kita menjadi lebih berkesan. 4.3 Rohani Pastikan hati kita tulus dan ikhlas ketika menyampaikan ucapan kita. Pastikan nilai murni terpelihara. Ingatlah bahawa kita memberikan ucapan kepada khalayak ramai, pastinya mereka inginkan kebaikan daripada dalam hati kita bukan kepura-puraan. Saya ingin mencadangkan, bercakaplah yang benar dan yang telah anda alami dan amalkan untuk disampaikan dengan tujuan kebaikan tersebut dapat tersebut luas. 4.4 Intelek Pandai bercakap sahaja tidak cukup. Kita perlu kaji sejauh mungkin fakta-fakta yang kita sampaikan. Jangan sampai fakta kita ketinggalan zaman atau tidak sah lagi untuk digunakan. Sebagai seorang penceramah, kita perlu up-to-date atau kemas kini dengan maklumat yang kita sampaikan agar ianya tidak menimbulkan kontroversi di kalangan kumpulan sasaran kita dan tentunya kita tidak ingin dipanggil penceramah bodoh, bukan?