Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA Bengkel Terapi ICIQ di Makmal Prasekolah Seri Melewar IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

TARIKH MASA TEMPAT

: 23 OKTOBER 2012 (SELASA) : 8 PAGI 10 PAGI. : MAKMAL PRASEKOLAH SERI MELEWAR IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.

PESERTA

: UNIT PENDIDIKAN PEMULIHAN SEM 2 AMBILAN JANUARI 2012.

1.0

PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketerampilan, dan berkeupayaan dalam mencapai hasrat Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, Unit PISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Januari 2012 IPG Kampus Raja Melewar berhasrat untuk mengadakan Bengkel Terapi ICIQ kelas Pendidikan Pemulihan di Makmal Prasekolah Seri Melewar IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan. Di samping itu, kami ingin menimba pengalaman mengurus serta menjayakan program Bina Insan Guru kali kedua.

2.0

MATLAMAT Menjalankan aktiviti-aktiviti terapi sebagai satu kaedah pengajaran bagi membantu seseorang murid Prasekolah untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran di samping menjalankan Program Bina Insan Guru (Khidmat Pendidikan).

3.0

OBJEKTIF 3.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

3.2

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

3.3

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran

berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

3.4

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

3.5

Merancang,

melaksana,

memimpin

program,

bekerjasama

dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

3.6

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

3.7

Berupaya untuk menghayati konsep kerja sebagai ibadah selain dapat berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti di samping dapat membuat reflektif kendiri dalam menilai kelemahan dan kekuatan diri untuk penambahbaikan.

3.8

Meningkatkan kualiti profesion keguruan dengan menggunakan kaedah pelbagai untuk meningkatkan perkembangan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid.

3.9

Merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran di samping melatih mereka menguasai kemahiran tertentu yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

3.10

Mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan

dan

meningkatkan daya pengamatan seseorang murid.

4.0

PELAKSANAAN Tarikh Masa Tempat : 23 Oktober 2012 (Selasa) : 8 pagi 10 pagi. : Makmal Prasekolah Seri Melewar IPG Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Kumpulan Sasaran : 23 orang Unit Pendidikan Pemulihan Semester Dua Ambilan Januari 2012 Pensyarah Pengiring : Pn Rashinawati binti Abdul Rashid. (Mentor 1) Pn.Hajah.Zaharilah binti Haji Abdul Kadir (Mentor 2) Pn.Roslimah binti Saat (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) En. Muhammad bin Sulaiman (Ketua Unit Prasekolah)

5.0

JAWATANKUASA : PUAN RASHINAWATI BINTI ABD. RASHID PUAN HJH. ZAHARILAH BINTI HJ. ABD. KADIR PUAN ROSLIMAH BINTI SAAT

PENSYARAH PENGIRING

PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI PENGACARA MAJLIS AJK BUKU PROGRAM

: MOHD MURDIN BIN SUIB : JORAZLIN BINTI UBONG : LOWOYON ELOD JIVIOL : YUVANESWARY A/P THAMBIRAJA : ASUWANI A/P THAYER : MOHD EZAM BIN RASININ : THENUSYA A/P DAYANANDA RAO (K) CHANDRA ROSHINI A/P SUPPIAH ROSLIN A/P PELAVEANDARARAJ

AJK DOKUMENTASI

: ARDIANFASLY BIN INGGU (K) NURFARAH FATIN BINTI MOHD ZAMRI MUHD. SAIFUL BAHARI BIN ABD. MUTALIB

AJK CENDERAMATA

: CINDY LEONG WEI CHIEN (K) CHAN KIN MUI LOH PEI WEN

AJK MAKANAN

: LIM ZHIA GEE (K) KOH WEI WOAN

AJK KEBERSIHAN

: LIM AI WEN (K) AGNES SIA ROUNG MIE

AJK PENGANGKUTAN

: SYAHIR AFHAM BIN JAWAWI (K) CHAI HUI SHI

AJK KESELAMATAN

: AISYAH BINTI MD. ESA MUHD AMIRUL ARIF BIN AGUS SALIM

7.0 PERBELANJAAN. Perbelanjaan lawatan adalah di dalam peruntukan OS42 untuk guru pelatih.

7.1

Kos makan guru pelatih : RM5 X 23 orang = RM 115.00

8.0

PENUTUP

Melalui lawatan ini, kami berharap agar dapat menimba ilmu pengetahuan tentang terapi ICIQ serta kemahiran dalam membimbing pelajar Pemulihan semasa kami berada di sekolah nanti di samping diberi pendedahan untuk menyediakan bahan bantuan mengajar yang efisien sebagai bahan rangsangan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

Disediakan oleh :

.... (LOWOYON ELOD JIVIOL) Setiausaha Semester Dua, Unit Pendidikan Pemulihan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, IPG Kampus Raja Melewar.