Anda di halaman 1dari 2

2. Bincangkan tentang definisi tamadun menurut sarjana islam ?

Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsep kemajuan, kebudayaan,sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan peradapan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa.Pengertian tamadun juga boleh dilihat melalui aspek bahasa dan istilah, terutamanya dari sudut bahasa Arab, epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, beberapa istilah telah digunakan ialah oleh sarjana islam untuk menerangkan tamadun, dan maksud

tamadun.Antaranya

madaniah,

hadarah.Sebenarnya,

perkataan tamadun berasal dari perkataan maddana yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.Dari perkataan maddana ini, terbitlah perkataan madani yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Beberapa ahli sarjana islam turut mengemukakan definisi mengenai tamadun.Antaranya ialah Ibn Khaldun, atau nama sebenarnya Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin Bin Khaldun yang terkenal dalam bidang sejarah dan

sosiologi.Beliau menjelaskan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilainilai seni.Ini termasuklah keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya.Beliau juga telah menggunakan istilah umran dalam karyanya Muqaddimah .Istilah umran ini digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.Selain itu, istilah hadarah yang berlawanan dengan istilah badi atau badiah turut digunakan. Hadarah memberi maksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Selain Ibn Khaldun, sarjana islam Syed Muhammad Naquib Al Attas pula memberi takrif bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.Menurut sarjana islam Muhammad Rasyid

Redha pula, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya, semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.Peningkatan atau

kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Selain daripada definisi di atas, sarjana islam Sayyid Qutb, turut mengemukakan pandangannya mengenai tamadun.Beliau menjelaskan bahawa tamadun islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah s.w.t serta bercirikan nilai-nilai moral islam. Sarjana islam seterusnya iaitu Siti Hawa pula mengatakan bahawa tamadun secara umumnya terbahagi kepada Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliyah. Tamadun islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan itu.Manakala Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.Menurut Umar Audah Al-Khatib pula, maksud tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.Bagi Muhammad Al- Bahiy pula, tamadun memberi maksud keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. Kesimpulannya, definisi tamadun menurut sarjana islam lebih meluas skopnya berbanding pandangan sarjana barat.Ini adalah kerana sarjana islam mengutarakan pendapat mereka berlandaskan agama islam iaitu melibatkan aspek kerohanian dan kebendaan dalam menterjemahkan maksud tamadun. Sedangkan sarjana barat menilai tamadun hanya semata-mata berlandaskan kepada pemikiran dan akal dalam menentukan corak ragam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai