Anda di halaman 1dari 25

Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Komuniti Dari Perspektif: As- Sunnah dan Senibina Organik Wright

Oleh Prof Madya. Dr Mohd Tajuddin Mohammad Rasdi Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan Matlamat utama penulisan ini adalah untuk mengupas mengenai pendekatan alternatif terhadap rekabentuk institusi masjid dengan merujuk kepada perkembangan konteks Malaysia dan juga dunia Melayu Nusantara. Intipati mesej penyampaian kajian ini ialah untuk mempelajari tentang pegangan dan falsafah Frank Llyod Wright dengan merujuk kepada prinsip senibina organik yang telah beliau terapkan di dalam

kebanyakan rekabentuk bangunannya terutamanya yang berkaitan dengan rekabentuk berciri keagamaan. Penulisan ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian yang pertama akan mengkaji pemasaalahan senibina masjid yang diinterpretasikan dari prespektif histiografi senibina dunia Barat. Penekanan akan diberikan kepada aspek aspek yang berhubungkait dengan fahaman senibina, senibina bercorak keagaaman, serta pengetahuan yang releven dan sejajar dengannya merujuk kepada Al Hadis. Akhir sekali, menspesifikasikannya kepada agenda sejarah politik yang terdapat dalam beberapa rekabentuk masjid tradisional. Bahagian yang kedua pula akan dihuraikan secara ikhtisar mengenai interpretasi Al Hadis yang mendalilkan peranan masjid lebih berfungsi sebagai kompleks

pembangunan komuniti daripada hanya bergelar sebagai sebuah rumah ibadat. Dua bahagian pertama daripada penulisan ini boleh didapati dengan huraian yang lebih terperinci dalam karya buku The Mosque As A Community Development Centre (1998, English) and the Role, Curriculum and Design of Mosques as a Community Development Center (1999, Malay) yang telah diterbitkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Bahagian ketiga pula akan menyelidik secara khusus mengenai senibina organik Wright dengan merujuk kepada hasil rekabentuk beliau iaitu Unity Church serta

beberapa buah bangunan lain yang mempunyai nilai dan elemen penting dimana ia boleh diterap dan disesuaikan dalam konsep rekabentuk masjid menurut perspektif As-Sunnah. Bahagian terakhir pula menyingkap mengenai prinsip-prinsip yang telah dihuraikan diatas untuk mengkritik hasil rekabentuk yang terdapat di Malaysia kini amnya seperti Masjid Putra dan juga Masjid Negara.

Pemasaalahan histiografi senibina Kebanyakan daripada tanggapan dan fahaman mengenai institusi masjid seringkali diluahkan oleh ahli sejarah senibina dalam hasil kerja mereka. Namun begitu, ideologi dan pandangan mereka terhadap interpretasi institusi masjid hanyalah tertakluk kepada pengertian senibina sahaja serta bercanggah dengan keperluan sebenar

rekabentuk institusi ibadah tersebut. Ia hanyalah tertakluk sebagai sebuah bangunan ibadat sahaja dan fungsinya tidak lebih dari itu. Secara keseluruhannya, fahaman mengenai keagamaan sebenarnya

melambangkan cara hidup dan ia diperkukuhkan lagi oleh upacara-upacara tertentu untuk menghormati tuhan . Aktiviti ini pula bergantung kepada kepercayaan keagamaan setiap individu yang berlainan pegangan. Penulisan awal pada kurun yang lampau hingga ke pertengahan abad ke-20 kebanyakannya dipelopori oleh ideologi yang menyatakan perbezaan diantara pengertian sebenar bahasa senibina dan juga frasa bangunan. Senibina diertikan sebagai penghasilan rekabentuk seni yang berkemampuan untuk menggerakkan jiwa setiap insan yang menghuninya manakala definisi bangunan pula lebih bercorak kepada ciri-ciri utilitarian iaitu yang tertakluk kepada fungsi semata-mata dan tidak menitikberatkan nilai estetika atau unsur keindahan. Pemilihan institusi masjid ini sebagaimana yang telah didokumentasikan oleh ahli sejarah terdiri hanya daripada monumen monumen agung yang kebanyakan dinaungi oleh golongan elit monarki, para aristokarat dan ahli tertinggi agama. Institusi masjid yang agak sederhana dari segi rekabentuknya walaupun berperanan secara aktif tidak pula direkodkan ahli sejarah kerana pada pendapat mereka ia tidak berupaya untuk memenuhi fungsi dan kehendak penghuninya. Pemilihan golongan elit ini sering menimbulkan pelbagai masalah dan membuahkan tanggapan negatif dalam pembentukan sosio-budaya masyarakat umum kerana hasil kerja mereka

kebanyakan dipengaruhi oleh nilai egoistik dan kehendak peribadi sahaja. Malahan terdapat juga beberapa penulis yang cuba untuk menghapuskan bukti bukti kewujudan Masjid Rasullah yang berperanan sebagai sebuah institusi masjid yang sebenar. Kenyataan ini boleh dipetik dari pernyataan yang dikemukakan oleh K.A.C Creswell : Arabia, at the rise of Islam, does not appear to have possessed anything worthy of the name of architecture. Only a small portion of the population was settled, and these lived in dwellings which were scarcely more than hovels.[1]

Such was the house of the leader of the community at Medina . Nor did Muhammad wish to alter these conditions; he was entirely without architectural ambitions , and Ibn Sa'd records the following saying of his:" The most unprofitable thing that eateth up the wealth of a Believer is building."[2]

Pada zaman kelahiran islam , Jazirah Arab tidak mempunyai apa-apa jenis bangunan yang boleh disifatkan sebagai senibina .Hnaya segelintir penduduknya yang menetap disesuatu kawasan dan mereka tinggal dalam bangunan yang boleh disifatkan sebagai pondok pondok buruk. .[1]

Begitu jugalah dengan rumah pemimpin agungnya yang mengepalai komuniti masyarakat di Medinah. Tidak sekali-kali Rasullah S.A.W terlintas untuk merobah keadaan ini, kerana beliau langsung tidak mempunyai visi untuk pembangunan dari segi senibina, Ibn Saad merakamkan pernyataan yang pernah diungkapkan oleh beliau perkara yang paling membazirkan ialah menggunakan kekayaan untuk membina bangunan. [2]

Pernyataan ini merujuk kepada Rasullah S.A.W sebagai orang Arab yang kurang pengetahuan mengenai ketamadunan serta sebagai seorang pemimpin yang tiada lansung keprihatinan terhadap perkembangan dunia senibina .Tanggapan ini telah mewujudkan suatu perspektif yang mengakibatkan para sejarawan lain memandang remeh terhadap Sunnah Rasullah S.A.W sebaliknya tertumpu kepada bangunan yang hanya dimiliki oleh golongan kaya dan pihak bangsawan. Kini, perkara tersebut sering menjadi pokok

pertelagahan pendapat diantara pihak klien dan para pereka , dimana klien lebih memberikan keutamaan untuk mewujudkan monumen agung yang besar dan gagah kerana telah dipengaruhi oleh fahaman Islam yang menyeleweng. Kebanyakan karya penulisan sejarawan ini juga dicemari oleh ideologi stereotaip mengenai keagamaan dan perlakuan ibadat dalam keagaamaan. Ramai daripada mereka tidak boleh menerima fahaman Islam sebagai Ad-din atau cara hidup .Ini ditokok tambah pula oleh fakta yang menyatakan bahawa institusi memenuhi segala fungsi duniawi. Creswell juga mendangkal fungsi masjid semasa zaman Rasullah S.A.W yang digunakan untuk pelbagai aktiviti tetapi sebaliknya Creswell menyatakan yang baginda telah memecahkan fungsi tersebut kepada beberapa buah bahagian lain seperti rumah dan juga pejabat sebagaimana yang telah dinyatakan di bawah: No further change had taken place in Muhammad's house at the time of his death on 8 June 632. He was buried in the room which he had occupied in his lifetime. His house has not yet become a mosque and its transformation to such was by no means a rapid process. It apparently remained a house long after his death, for Abu Bakr, on being elected Khalif or Successor, made use of it in the same way as Muhammad himself. It was still a house in A.D. 655, when the Khalif Uthman was murdered there in the room next to that in which the Prophet lay buried. Caetani considers that the fundamental change took place when Ali transferred the seat of government to Kufa in 657 and Medina sank back to the status of a provincial town. It was then that the memories of the Prophet, with which it was so intimately associated, raised it to the grade of sanctuary, as the place where more than half of the Qur'an was revealed, the place which had been his home for ten years, and finally his grave.[3] masjid hanya berfungsi untuk

Tiada perubahan yang berlaku pada rumah Nabi Muhammamad S.AW ketika kewafatannya pada 8 Jun 632 Masihi .Dia telah dikebumikan di dalam bilik yang didiaminya semasa hayatnya.Rumahnya belum lagi menjadi masjid dan transformasinya kearah itu memkana masa agak lewat.Rumah Muhammad itu

nampaknya masih digunakan sebagai rumah pada zaman Khlaifah Abu Bakar yang menggunakan is seperti apa yang telah diperlakuakan oleh Muhammad.Ia masih sebuah rumah sewaktu Khlaifah Uthman dibunuh di Dalam kamar bersebelahan makam Muhammad.Caetani mencadangkan bahwa perubahan status rumah Muhhamad kepada status masjid mula berlaku apabila Ali mengubah ibu kota negara Islam ke Kufa, dan Madinah menjadi sebagai wilayah jajahan .Pada waktu inilah rumah Muhammad dianggap sebagai masjid kerana ingatan penduduknya kepada Muhammad meningkatkan status rumah itu kepada bangunan suci dimana ia menjadi tempat separuuh dari isi Al Quran diterima , sebagi rumahnya selama 10 tahun dan akhir sekali sebagai makamnya. .[3]

Kebanyakan para sejarawan menggunakan andaian ini untuk menghuraikan mengenai senibina institusi masjid selepas kewafatan Rasullah S. A .W dan para sahabat.Titik permulaan bagi senibina Islam seringkali hanya dilihat pada bermulanya pengaruh orang Islam dalam membina bangunan berbentuk monumen agung seperti di Syria dibawah pengaruh khalifah-khalifah Islam terkenal contohnya seperti Khalifah Al Walid. Struktur pembinaan bagi gereja, kuil, dan juga rumah ibadat yang lain juga telah mempengaruhi model rekabentuk pembinaan institusi ibadat dalam Islam. Oleh kerana fahaman ini telah tersebar maka wujudlah sumber-sumber keagamaan yang menginterpretasikan idea pembinaan institusi masjid ini diluar daripada landasan Islam.Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi terhadap pembelajaran As-Sunnah terutamanya dikalangan ahli sejarawan .Mereka berpendapat ia adalah suatu perkara yang membazirkan masa kerana dimana pada tanggapan mereka, Rasullah

SA.W sendiri pun tidak mengendahkan mengenai perkembangan senibina ataupun beliau terlalu daif untuk memahami konsep tersebut.Kita telah melihat tanggapan Creswell yang telah melabelkan masyarakat Arab, termasuk Rasullah S.A.W sendiri sebagai tidak bertamadun. Namun begitu pada hakikatnya, terdapat banyak agenda politik yang menyelubungi pembangunan institusi masjid tidak kira pada zaman lampau ataupun kini.Rekabentuk institusi masjid secara besar-besaran sebenarnya adalah untuk memainkan sentimen simbolik agar tiada sesiapa yang akan mengendahkan pembinaan

masjid secara sederhana.Creswell merekodkan lagi mengenai gabenor Ziyad Ibn Abihi yang membina masjid besar dan mewah untuk mendapatkan pengaruh politik daripada puak puak yang terdapat dalam daerah beliau seperti yang dinyatakan di bawah:

Ziyad, who was well acquainted with the turbulent spirit of the cities of Iraq, thoroughly realized the political importance of the mosque, that dominating position in which was concentrated at that time the political and social life of the Arab Empire. At the same time he felt that the masjids of the tribes were a danger to him, hence his anxiety to embellish and enlarge the Great Mosque, so that by its splendor and proportions it would eclipse the tribal masjids and attract all to it.[4]

Ziyadh, yang cukup berpengalaman dengan perkembangan bandar Iraq, menyedari kepentingan politik dalam institusi Masjid , dimana ia menjadi tumpuan bagi segala pergolakan politik dan sosio- budaya bagi seluruh jajahan takluk Arab.Pada masa yang sama, beliau merasakan masjid yang dibina oleh puak puak yang lain menjadi ancaman terhadap pemerintahannya, oleh itu untuk menghadapi rasa tergugat ini maka timbul kesedaran untuk membina dan membesarkan lagi masjid yang telah didirikan, agar menarik minat dari kaum dan puak yang lain untuk bertumpu disatu kawasan sahaja. .[4]

Pada masa dahulu, masjid sebenarnya berfungsi sebagai media utama bagi komunikasi.Menyedari hakikat ini, para pemimpin menggunakan taktik ini untuk meneyebarkan pengaruh meereka.Oleh itu , lebih besar dan berdiri megahnya sesebuah masjid itu maka lebih ramai jemaah akan mengunjunginya dan ini akan lebih

menambahkan ahli-ahli yang menyokong sesiapa sahaja yang berjaya menguasai masjid tersebut. Secara kesimpulannya, disini kita dapat melihat pemasalahan yang sebenarnya

berlaku kerana

kita terlalu alpa untuk menyedari dan mempelajari intipati sebenar

konteks struktur sejarah lampau.

Ideologi pembinaan masjid dari pandangan Al Hadis

Al Hadith mengandungi pelbagai rujukan mengenai kegunaan dan fungsi pembinaan masjid semasa zaman Rasullah S.A.W. Baginda juga ada memberikan beberapa teguran terhadap perkara yang berkaitan dengan pembinaan masjid.Ia meliputi aspek aspek yang mengambil kira fungsi dan peranan Masjid al Haram di Mekah serta masjid nabi sendiri di Medinah. Teradapat beberapa rujukan tentang keadaan sosial kawasan persekitaran Kaabah [15] ketika itu .Masjid tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan bagi semua golongan masyarakat dalam komuniti Arab. Ia juga merakamkan tentang pertukaran diplomatik dan juga agenda politik yang berlaku berdekatan dengan Kaabah .Rasullah S.A.W juga mengadakan pelbagai aktiviti berbentuk perbahasan, perbincangan dan pendakwahan di masjid suci tersebut.Kesemua perkara yang dinyatakan ini menunjukkan bahawa fahaman keagamaan ini bukan sahaja tertakluk kepada struktur ibadat malahan mencakupi bidang ilmiah lain. Berkemungkinan besar, ramai para sejarawan akan menyangkal dan bertelagah pendapat bahawa masyarakat Arab pada zaman tersebut tidak tahu membezakan di antara dewan bandaran dan institusi keagamaan, ditokok tambah lagi dengan tanggapan yang menyatakan bahawa komuniti Arab terlalu daif untuk membezakan antara bangunan bercorak sekular dan untuk fungsi keagamaan. Perbalahan tanggapan ini sebenarnya mewujudkan kecacatan serta menimbulkan pandangan stereotaip pada setiap golongan masyarakat agar berpandu terus kepada fahaman bercorak universal dan undang-undang politik sahaja. Hakikinya, Masjid Nabi di Medinah juga digunakan untuk tujuan yang sama sebagai pusat sosial, politik dan keagamaan. Terdapat Hadis yang mendalilkan fungsi tersebut iaitu sebagai tempat perlindungan, institusi pendidikan, pusat kesihatan dan juga penjara. Setiap upacara keramaian dan aktiviti rekreasi di adakan di kawasan masjid.

Selain itu, ia berupaya menjadi tempat untuk menjatuhkan hukuman dan menjalankan hukum . Rasullah S. A. W juga menegur para muslimah agar tidak membazir dalam mendirikan dan membina monumen masjid sebagaimana yang terkandung dalam hadis berikut:

'I was not commanded to build high mosques' [8] 'One of the portents of the Day of Judgment is that you will vie with one another in building mosques.' [9]

Saya tidak diperintahkan untuk membina masjid yang besar dan bermegah[8] Antara salah satu petanda hari Kiamat ialah terdapat di antara kamu yang bertelagah antara satu sama lain hanya untuk mendirikan masjid[9]

Pembinaan institusi masjid yang disabdakan oleh Rasullah S.A.W ialah jangan sekali-kali mendirikannya secara membazir tetapi mendirikan keseluruhan masjid

tersebut dalam keadaan kesederhanaaan. Oleh itu , dari petikan hadis ini kita boleh memahami konsep sebenar pembinaan masjid bukanlah hanya sebagai pendekatan untuk membina sebuah monumen yang gagah mewah dan besar tetapi ia adalah sebagai pusat ibadat bercorak sederhana .Mencukupi dengan hanya untuk memenuhi pelbagai fungsi yang berkaitan dengannya , iaitu sebagai tempat para jemaah berinteraksi dan menjalankan segala tanggungjawab yang telah diwajibkan serta untuk berbakti kearah perkembangan Islam sejagat. Dalam bahagian berikutnya , kita akan mendalami setiap aktiviti yang dinyatakan diatas dimana yang telah dianggap sebagai aktiviti sekular oleh sesetengah ahli sejarah , iaitu yang

tergolong dalam kategori pemujaan dan ibadah . Justeru itu , pada hakikatnya masjid dalam Islam bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadah bahkan untuk kegunaan aktiviti lain dan ini amat berbeza dengan konsep rumah ibadat pada kepercayaan agama lain.

Definisi penyembahan dan falsafah disebalik pembinaan masjid Takrif penyembahan dalam frasa kata Inggeris membawa erti suatu perlakuan yang berkaitan dengan konteks keagaaman dan adat- istiadat. Namun begitu ,dalam Islam pemujaan ini bermaksud ibadat. Abul Ala Maudidi dan Abu Urwah menerangkan bahawa frasa ibadat sebenaranya berasal dari perkataan abd atau abdi iaitu menyeru agar umat Islam menjadi hamba kepada penciptanya iaitu Allah S.W .[10]Penganut Islam yang sejati akan menurut segala perintah serta meninggalkan perkara terkutuk yang dilarang olehnya. "It is not righteousness that ye turn your faces to the East or the West, but it is righteousness to believe in God and the Last Day and the Angels, and the Book, and the Messengers; to spend of your substance out of love for Him, for your kin, for orphans, for the needy, for the wayfarer, for those who ask, and for the ransom of slaves; to be steadfast in prayer, and practice regular charity, to fulfill the contracts which ye have made; and to be firm and patient, in pain or suffering and adversity and throughout all periods of panic; such are the people of truth, the God-fearing."[11]

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke Timur dan Barat itu anatra kebaktian , akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang-orang yang beriman kepada Allah , hari kemudian, malaikat-mlaaikat , kitab-kitab, nabi-nabi dan memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, orang-orang musafir, ( yang memerlukan pertolongan) dan orangorang yang meinta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya , mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang orang yang menepati janjinya, apabila ia berjanji, dan orang ornag yang bara dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, Mereka itulah orang-orang yang benar ( imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. [11]

Selain daripada mendirikan solat , umat Islam juga mempunyai pelbagai obligasi sosial yang dituntut dan harus dipatuhi. .Memenuhi segala tanggungjawab ibadah ini untuk mewujudkan keadaan hidup yang lebih tenang, aman dan tenteram serta secara

konsisten menyembah , taat dan patuh kepada perintah Allah S.W

dengan hanya

melakukan perkara yang baik dan meninggalkan segala larangannya . Umat Islam yang sebenar tidak sekali-kali akan menghindar dan mengabaikan tanggungjawab dirinya terhadap masyarakat sebagaimana yang terkandung dalam al-Hadis: Narrated Ab Sa'id Al-Khudri: Somebody asked, "O Allah's Apostle! Who is the best among the people?" Allah's Apostle replied, "A believer who strives his utmost in Allah's Cause with his life and property." They asked, "Who is next?" He replied, "A believer who stays in one of the mountain paths worshipping Allah and leaving the people secure from his mischief."[12]

Diriwayatkan oleh Ab .Said Al- Khudri: Seorang sahabah bertanyakepada Rasulullah , Siapakah orang yang terbaik dikalangan manusia?Nabi menjawab, Seorang Muslim yang berushaa dan berjuang dengan nyawa dan hartanya kejalan Allah .'Mereka bertanya ,Siapa yang lebih baik selepas itu? , baginda menjawab, Seorang Muslim yang tinggal dipergunungan yang terpencil sambil menyembah Allah dan meninggalkan masyarakat agar mereka tidak diganggu oleh kejahatannya, [12]

Oleh itu, jika kita memahami definisi dan konsep penyembahan ini, tidakkah mungkin kita boleh melihat perbezaan peranan antara tanggungjawab masjid serta fungsinya semasa zaman keagungan Rasullah S.A.W .Kita harus bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahwa institusi masjid tidaklah tergolong untuk suatu aktiviti ibadah sahaja , malahan sebagai pusat kemasyarakatan sosial.

Solat atau sembahyang serta implikasinya terhadap peranan masjid Solat secara umumnya diterima sebagai alasan yang kukuh untuk membina masjid agar terdapat ruang yang khas untuk mendirikan ibadat. Kebanyakan institusi masjid didirikan untuk menyediakan tempat beribadah yang terbaik dan teratur. Dalam bahagian yang berikutnya akan menerangkan tentang kesemua tanggapan terhadap rekabentuk

masjid yang berdasarkan kepada persepsi

jiwa Islam. Sebenarnya pendekatan dan

peranan masjid ini bukanlah sebagai tempat beribadah atau untuk upacara adat keagamaan sahaja tetapi rekabentuk masjid sebenarnya harus didirikan dan berfungsi sebagai tempat meditasi tertinggi .Namun begitu ,kita harus mengetahui konsep

kegunaan dan implikasinya terhadap sembahyang berjemaah dan juga yang dilakukan secara individu. Kebanyakan daripada kita sering menyatakan bahawa institusi masjid hanya berfungsi sebagai tempat untuk menjalankan semua jenis ibadat secara berkumpulan manakala mendirikan solat secara individu lebih bersesuaian jika dijalankan di rumah secara peribadi. Sebenarnya terdapat perbezaan antara mendirikan solat di rumah dan juga di masjid secara berjemaah . Jika ditinjau dari pandangan Al-Hadith setiap solat adalah lebih bermanafaat jika didirikan secara beramai-ramai di masjid dan ini terkandung dalam Sahih Muslim: Abu Huraira reported Allah's Messenger(peace be upon him) as saying: Prayer said in a congregation is equivalent to twenty five (prayers) as compared with prayer performed by a single person.[13]

Menurut Abu Hurairah: Rasulllullah bersabda .Sembahyang fardu berjemaah adalah 25 kali ganda lebih baik daripada sembahyang fardhu bersendirian. .[13]

Ini menunjukkan bahawa pahala yang dikurniakan oleh Allah S W adalah lebih jika umatnya tawaduq mendirikan ibadat tersebut di masjid secara berjemaah ,tetapi jika seseorang muslim itu mendirikan solat secara bersendirian di masjid pahalanya tidak akan berganda kecuali ia melakukan solat secara beramai-ramai. Pernyataan ini dikecualikan jika umat Islam tersebut mendirikan solat di tiga buah masjid suci seperti Masjidil Haram, Masjid Nabi di Medinah dan Masjid Al-Aqsa.[14] Namun begitu, Rasullah S. A. W menggalakan juga umatnya untuk menjalankan solat sunat tetapi ia boleh memadai jika dilakukan di rumah seperti yang termaktub dalam Hadis berikut: Ka'b b. Ujrah said: The Prophet(may peace be upon him) came to the mosque of Ban Abd al-Ashhal. He prayed the Maghrib prayer there. When they finished the

prayer, he saw them praying the supererogatory (Sunat Rawatib) prayer after it. He said: This is the prayer to be offered in the houses.[15]

Rasulullah telah berkunjung ke masjid bani Abd Al Ashl Baginda bersolat Maghrib disana dan apabila baginda selesai sembhayang baginda melihat ramai para jemaah menunaikan solat Rawatib .Baginda bersabda , Solat-solat itu sepatutnya dibuat di rumah kalian. [15]

Ibn Umar reported Allah's Apostle (May peace be upon him) as saying: Observe some of your prayers in your houses and do not make them graves.[16]

Ibn Umar meriwayatkan Rasullah pernah bersabda : Lakukanlah sembahyang kamu dirumah dan jangan jadikan rumah kamu sebagai kubur [16]

Daripada pernyataan di atas kita boleh melihat tentang kepentingan mendirikan masjid sebagai tempat meditasi tidak kira tempat dan kawasan untuk membinannya. Namun begitu , solat sebenarnya di tuntut dalam Islam dan perlakuannya boleh dijalankan dimana-mana sahaja walaupun di ruang bilik kecil, asalkan tempat tersebut bersih dan suci dari kekotoran dan perkara haram yang dilarang Allah SW . Pembinaan masjid ini digunakan bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi adalah untuk pusat ahli komuniti berinteraksi , berkomunikasi serta bertukar tukar pendapat dan buah fikiran. Secara umumnya, fungsi masjid adalah tempat tumpuan bagi obligasi sosial manakala rumah kediaman bersesuaian untuk ibadat secara peribadi .

Ringkasan terhadap senibina masjid di Malaysia Semenjak kemasukan Islam ke Malaysia lebih kurang 7 abad yang lampau, terrdapat pelbagai bahasa senibina yang diterapkan dalam institusi masjid.Tipologi awal rekabentuk masjid ini di percayai mula dibina daripada kayu dan mempunyai karektor bumbung piramid yang berlapis lapis dalam dua atau tiga tingkat serta mengunakan bumbung tebar layar. Masjid Kampung Laut ( lebih kurang 300 tahun) dan Masjid

Kampung Tuan adalah dua contoh rekabentuk yang mengggunakan bumbung piramid bertingkat ini dengan lantai yang ditinggikan serta di gabungkan dengan menara. Kesemua institusi masjid ini berbentuk empat segi dari segi pelan rekabentuknya dan mempunyai skala proporsi yang berkadaran dengan dimensi berbentuk kotak. Masjid Langgar pula menunjukkan rekabentuk yang agak biasa seperti rumah kediaman dimana ia menggunakan bumbung tebar layar. Setelah penggunaan batu bata di perkenalkan di Asia Tenggara, penggunaan bumbung piramid bertingkat ini di adaptasikan sekali lagi tetapi ia mula membina dinding dan lantai daripada batu-bata menggantikan elemen kayu .Masjid Tengkera juga menonjolkan tipologi ini dengan membina bumbung bercorak pagoda serta menggunakan elemen melengkung pada setiap sudut bumbung piramidnya. Pada masa tersebut , skala pembinaan masjid dianggarkan boleh menampung kapasiti berjumlah 500 orang dalam satu jemaah. Secara keseluruhannya setiap masjid yang dinyatakan di atas mengimplikasikan pendekatan regionalisme yang mengambil kira terhadap perubahan klimatik dari segi pembinaan bumbungnya yang dikhaskan untuk sistem pengudaraan ,mendirikan lantai yang pada paras yang tinggi serta menonjolkan penggunaan serambi. Namun begitu, menara hanya mula dibina semasa zaman penggunaan bahan dari bata di perkenalkan. Penjajahan pihak British di Tanah Melayu lebih kurang dua abad yang lamapu telah membawa masuk pelbagai pengaruh asing .Ia bukan sahaja tertumpu dari segi kebudayaan malahan juga meliputi elemen- elemen lain seperti bahasa senibina dari Moghul dan Moorish dalam setiap penerapan rekabentuk bangunannya seperti masjid. Masjid Jamek di Kuala Lumpur adalah contoh yang terbaik melambangkan pendekatan eklektik ini yang menggunakan kedua-dua bahasa senibina tersebut pada kekubahnya, menara serta gerbang gerbang yang berbentuk ladam kuda yang ada ciri ciri kesamaan dengan senibina dari Cordoba. Pihak British juga memperkenalkan sintak senibina Klasik Barat pada rekabentuk Masjid Abu Bakar di Johor. Sewaktu era kegemilangan penjajahan British inilah, bermulanya zaman yang digelar pembinaan bangunan secara besar-besaran dan penerapan elemen bercirikan kemegahan terutamanya pada senibina institusi masjid . Walhal, sebelum ini masjid hanyalah didirikan secara persendirian dan ia dibina dikawasan perkampungan agar memudahkan orang ramai menggunakannya . Berkemungkinan besar dengan pertambahan populasi kependudukan yang agak

mendadak maka resolusi

yang paling mudah dan simplistik ialah dengan membina

masjid yang lebih besar ruangnya agar dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah. Namun begitu , fenomena sebegini masih mengaburi ramai pemikiran pereka masjid dan persoalan mengenai fungsi masjid yang sebenarnya sebagai sebuah pusat pembangunan komuniti diabaikan. Mereka terlalu taksub dan ghairah serta ingin berlumba-lumba dalam menonjolkan lambang kemegahan Islam. Pergerakan dunia moden antarabangsa yang melanda Malaysia kemudiannya juga telah membawa kepada penggunaan struktur dan mesin secara drastik kepada rekabentuk masjid. Perkara

sebegini boleh dilihat pada Masjid Negeri Sembilan serta kebanyakan rumah ibadah lain di Pulau Pinang. .Era senibina Pos Moden pula telah mendedahkan mengenai bahasa senibina dari negara negara timur tengah seperti Egypt, Iran serta Turki yang berbentuk revival ekleltik. Masjid Wilayah dan Masjid Putra adalah simbol terkini yang menggunakan konsep pembinaan yang sama dengan konsep tersebut iaitu menerapkan nilai elemen senibina dari Timur Tengah yang hanya bercirikan kepada kemegahan dan mementingkan bentuk monumen agung. Ciri-ciri inilah yang sering digunakan oleh para pemerintah kita dalam menunjukkan rasa komited serta rasa kesyukuran mereka

terhadap fahaman Islam. Ideologi sebegini berkemungkinan juga akan lebih banyak mempengaruhi rekabentuk senibina masjid bukan sahaja di Malaysia malahan juga

negara Islam lain bak kata pepatah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan untuk meniru konsep yang sama tanpa usul periksa.

Prinsip senibina organik Wright ; Satu pengajaran bagi rekabentuk senibina masjid Wright sering digelar sebagai pelajar alam semulajadi. Kaedah penyampaian beliau yang mementingkan dan menghargai alam , serta merendah diri terhadapnya sering mengingatkan kita kepada pencapaian beliau dalam perkembangan dunia senibina di Amerika. Corak rekabentuknya yang bermotifkan kesederhanaan sering mempengaruhi rekabnetuk bangunan yang berdasarkan kepada kelahiran alam semulajadi dengan penggunaan bahan- bahan asli serta organisasi pelannya yang bersifat organik .Walaupun beliau adalah seorang penganut Kristian sejati , namun begitu prinsip Unitarian yang dipegang oleh beliau adalah lebih mirip kepada pendekatan tauhid dalam Islam

terutamanya dari segi rekabentuk senibinanya .Dalam bahagian ini, kita akan meyelidik dna mengkaji empat hasil senibina beliau agar dapat dijadikan iktibar .

Pertama,mengenai penggunaan prinsip serta elemen rekabentuknya sebagai panduan dalam merekabentuk institusi masjid serta kegunaanya bagi pembangunan senibina Islam sejagat. Kita juga akan meninjau Gereja Unitarian yang diilhamkan oleh Wright dimana ia mengandungi beberapa elemen penting untuk digunakan sebagai panduan dalam merekabentuk institusi masjid.. Semasa zaman kegemilangan Islam yang berjaya melahirkan ramai pereka agung dalam pembinaan monumen masjid yang mewah dan gagah adalah amat mengharukan jika melihat rumah ibadat lain dibina menggunakan hanya skala yang kecil pada pandangan mata tetapi fungsi kegunaannya adalah sama iaitu untuk menyerah diri kepada penciptanya .Dalam dua buah karya penulisan yang telah di nyatakan pada peringkat awal, kita telah menerangkan bahawa hanya pembinaan masjid yang kecil sahaja boleh menguatkan lagi hubungan antara penghuninya serta mengeratkan lagi perhubungan persaudaraan sesama Islam . Namun begitu, masjid yang bercorak monumen pula seperti yang dibina kini, hanyalah menonjolkan sifat kebongkakkan dan agak menyendiri kedudukannya, dikelilingi pula oleh pagar yang tinggi dan kukuh menjarakkanya ia dari keadaan sekeliling. Jika ditinjau pada rekabentuk Gereja Unitarian oleh Wright ini pula penampilannya agak sederhana dari segi skala dan proporsinya.Ia dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan serta keadaannya sebati dengan

persekitaran yang menghijau melambangkan ekspresi merendah diri serta lebih tawaduqnya terhadap ciptaan Allah , ia tidak berdiri megah dan kelihatan seperti monumen agung tetapi dari fasad dan rupanya hanyalah sebuah bangunan biasa yang boleh berfungsi dengan baik . Setiap pereka masjid seharusnya mengadapatsikan konsep sebegini agar tidak terdapat pertentangan antara pencipta dengan ciptaannya .Ini akan lebih menyedarkan setiap insan di muka bumi ini agar lebih wujud perasaan saling menghargai dan menghayati ciptaan Allah yang maha agung dan maha kaya .Dalam surah Ar Rad: And it is He Who spread out the earth, and set thereon mountains standing firm,

and rivers and fruit of every kind He made in pairs, two and two. He draweth the night as a veil over the day. Behold, verily in these things there are Signs for those who consider.

And in the earth are tracts neighbouring, and gardens of vines and fields sown with corn, and palm trees, growing out of single roots or otherwise: watered with the same water, yet some of them We make more excellent than others to eat. Behold, verily in these things there are Signs for those who understand![17] ( Surah 13 Verse 3 and 4) Dan dialah tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung ganang dan sungai-sungai padanya.Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan .Allah menutupkan malam kepada siang .Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Dan dibumi ini terdapat bagian bagian yang berdamping dan kebun-kebun anggur , tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang , disirami dnegan air yang sama .Kami melebihkan sebahgaian tanaman itu atas sebahgaian yang lain tentang rasanya.Sesungguhnya pada yang demikian teradpat tanda-tanda ( kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.[17]

Bahagian yang berikutnya pula akan mengkaji mengenai kepentingan penggunaan bahan secara asli . Kebanyakan daripada setiap rekabentuk masjid kini, menggunakan batu marmar yang digilap serta dipenuhi dengan jubin yang berkilau-kilauan. Namun begitu , menurut persepsi Wright adalah lebih mulia menggunakan bahan yang asli seperti batu dan kayu tanpa memalsukannya. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Wright untuk mengaplikasikan plaster ataupun untuk mengecat dinding yang dibuat daripada kayu sebaliknya berasa bangga jika menonjolkan keaslian elemen dan bahan tersebut agar dihargai oleh semua yang melihatnya. Disini kita kita dapat mempelajari salah satu prinsip Wright yang utama iaitu menjiwai prinsip organik untuk diterapkan dalam

merekabentuk institusi masjid .Pengunaan bahan -bahan secara asli dengan tanpa memalsukannya akan lebih menyedarkan penghuninya mengenai asal usul kejadiannya iaitu daripada tanah .Batu dan kayu telah wujud lama sebelum manusia dicipta dan dilahirkan kedunia ini. Perhubungan simbiotik antara manusia dan alam inilah yang boleh menyedarkan manusia agar sentiasa bersifat merendah diri .Namun begitu setelah wujudnya alatan teknikal moden yang serba canggih telah mengalpakan manusia yang mereka sebenarnya adalah khalifah Allah di muka bumi . Setiap insan yang dilahirkan dibekalkan dengan tugas agar mentadbir alam ini dengan sempurna serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini dengan sebaik mungkin. Menurut Wright, setiap bahan tersebut melambangkan kualiti yang tersendiri serta

berkekalan sepanjang zaman tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan .Jika kehidupan manusia hanya di kelilingi oleh batu bata yang telah diplaster dan dibaluti dengan pengadang besi yang gagah dan megah berdiri kita hanya akan dikaburi dan dilindungi oleh bayangan sendiri. Fenomena ini boleh menimbulkan rasa riak dan timbul sifat ketakburan serta lupa untuk menghargai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah SW yang maha tinggi dan maha agung. Wright juga menggemari penggunaan ekspresi mendatar pada setiap rekabentuk beliau.Di dalam setiap penulisannya, beliau sering mengaitkan garisan mendatar sebagai simbol kawasan prarie yang terbentang luas dari garis horizon .Garisan tersebut adalah elemen yang mengingatkan kita kepada asal usul ciptaan alam serta bertindak sebagai pengikat kepada rekabentuk bangunan agar sentiasa merendah diri , iaitu mendirikan bangunan dalam keadaan berskala rendah dan separas dengan ketinggian skala manusia agar lebih mudah dihayati dan dihargai sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat .Kebanyakan daripada hasil rekabentuk masjid kini pula dibina sebaliknya.Ia hanyalah berdiri menegak , vertikal dan megah tanpa menitikberatkan aspek tawaduq atau merendah diri . Prinsip Wright jika dilihat adalah lebih mirip kepada ciri-ciri keislaman dan merendah diri.Ia adalah kunci kepada hidup secara addin atau menyerah diri sepenuhnya kepada Allah . Wright tidak pernah mempertahankan revivalisme ataupun beliau mengutuk eklektisme dalam apa jua bentuk sekalipun. Dari peringkat sekolah Prarie, sehinggalah ke zaman Kubisme dan akhir sekali menempuh alam strukturlisme.Wright sentiasa

mempercayai tentang ideologi jiwa sezaman. Fahaman terhadap jiwa sezaman inilah yang sering diadaptasikan oleh Wright dalam setiap rekabentuknya .Revivalisme bagi Wright, hanyalah kaedah untuk memlasukan tentang keadaan sebenar dan menonjolkan aspek kepentingan individu terhadap perkembangan dunia- sosio politik. Oleh itu Wright menentang peggunaan tipologi model gereja yang sedia ada yang telah diamalkan sejak zaman berzaman sebaliknya menerapkan elemen organik dalam kedua dua rekabentuknya seperti Unity Temple dan juga Unitarian Church.Beliau mempercayai bahaewa keagamaan adalah sesuatu yang membangun dan dipraktikkan secara dogma. Penolakan idea inilah yang membawa Wright untuk merujuk kepada tipologi senibina keagamaan. Wright telah menyimpulkan bahawa idea sebenar mempraktikkan keagaamaan adalah secara hubungan yang bersendiri antara penyembah dengan

penciptanya tanpa ada sebarang perantaraan.Ini adalah pengajaran penting bagi rekabentuk masjid kini kerana kebanyakan draipada rekaan terkini menonjolkan bahasa senibina yang terlalu taksub dengan bahasa sintak merujuk kepada senibina timur tengah, Afrika, dan Mediteranean dari segi kekubah, gerbang, menara, ruang laman terbuka dan juga ornamentasi bagi mengekspresikan sesuatu yang berlainan sedangkan adalah lebih mulia jika dibina secara sederhana. Perletakan gereja Wright juga tidak menonjol dan melebihi daripada lanskap sekeliling ia menghormati gunung ganang serta pemandangan di kawasan sekitarnya yang sekali lagi melambangkan rasa rendah diri.Pembinaan yang sebegini rupa pasti akan mengelirukan kewujudannya dengan konteks sekitaran iaitu apabila ia diekspresikan seumpama didiami oleh golongan monarki yang mengawasi rakyat miskin disekitarnya , sedangkan pengertian senibina adalah suatu pengalaman yang harus dihayati dan diharagai oleh setiap individu. Rekabentuk ruang yang digunakan oleh Wright sering tidak bersimetri agar

mewujudkan kefahaman bahawa keagamaan bukanlah bersifat totalitarian tetapi pada Allah semua manusia ciptaannya adalah sama tidak terdapat perbezaan dari segi

kekayaan, pangkat dan keturunan. Walaupun disisi masyarakat mereka adalah golongan pemerintah, para ulamak dan sebagainya. Pada kurun yang lampau , pembinaan pusat ibadah memang dibina secara bersimetri agar kelihatan kukuh dalam melambangkan kehidupan secara feudal dimana hanya raja dan golongan bangsawan seperti paderi

memegang tampuk kekuasaan dalam pentadbiran kerana pada tanggapan mereka, golongan tersebut lebih berpengetahuan dan ditugaskan untuk memelihara kemuliaan kitab suci , tetapi prinsip sebegini tidak boleh dipegang lagi kerana secara demokrasinya setiap insan berhak untuk menjalani kehidupan masing masing dan mempunyai hak untuk bersuara serta menuntut ilmu .Disinilah timbulnya peranan demokrasi yang membawa kepada pengagihan kuasa secara samarata dan liberal.Namun begitu jika dilihat pada prinsip gereja yang digunakan oleh Wright dalam rekabentuknya ia lebih

menggambarkan ciri- ciri keislaman yang demokratik jika hendak dibandingkan dengan rekabentuk senibina masjid di Malaysia kini. Selain daripada Gereja Unitarian, , rumah Martin juga menunjukkan pengajaran penting dalam integrasi rekabentuk ruang dengan elemen lanskap disekelilingnya. Beliau tidak membina suatu ruang secara berkelompok sebaliknya mengagihkan kepada tiga bahgaian yang dihubungkan dengan laluan koridor. Laluan tersebut memberi peluang kepada penghuninya untuk merasai keindahan ruang dalaman rumah yang di kelilingi oleh laman terbuka , ditumbuhi oleh pokok menghijau dan pemandangan indah. Sebagaimana yang termaktub dalam Surah Ar Rad: konsep sebegini boleh diterapkan dalam pembinaan rekabentuk masjid kerana ia mendekatkan jiwa seseorang itu untuk menghargai dan memuji penciptanya selain dari menjadi salah satu kaedah untuk

menyejukkan bangunan dengan berkebolehan untuk menyerap pancaran cahaya matahari. Wright amat prihatin terhadap senibina sustainable dimana ia boleh dilihat dalam pemilihan bahan yang digunakan serta penggunaan strategi dalam menjimatkan tenaga.Dalam rekabentuk rumah Friedman, Wright meletakkan separuh daripada rumah tersebut dalam tanah agar terdapat penebatan haba secara semulajadi daripada sinaran matahari serta mengorientasikan bangunan tersebut pada arah yang sesuai untuk mendapatkan pancaran matahari semasa musim sejuk bagi memanaskan rumah tersebut. Dalam negara tropikal seperti Malaysia amnya, adalah satu kemestian untuk membina lebih banyak bukaan serta penggunaan elemen air dalam menyejukkan pengudaraan dalam bangunan .Namun begitu banyak rekabentuk masjid kini mengabaikan prinsip tersebut dan lebih menggemari pengudaran secara mekanikal dengan memasang pendingin hawa untuk mendapatkan efek yang lebih moden dan kemas seperti tipologi masjid di Timur Tengah. Namun begitu ia telah bercanggah

dengan etika prinsip Islam yang melarang keras pembaziran serta lebih menggalakan umatnya untuk hidup sederhana agar lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang dikecapi dan di berikan oleh Allah SW. Rasullah SAW sendiri juga melarang pengikutnya untuk tidak mebazir ketika mengambil wuduk walaupun di sungai yang mengalir. Penggunaan elemen ornamentasi yang diintegrasikan oleh Wright juga adalah salah satu elemen yang sering ditekankan oleh beliau dalam setiap rekabentuknya. Setiap pernyataan yang diberikan di atas adalah releven dan sejajar dengan ciri -ciri Islam sejati seperti yang terkandung di dalam penulisan Islam dimana sering menggunakan motif tumbuh-tumbuhan dan corak geometri. Wright tidak pernah mmepertahankan penggunaan revivalisme secara terus tetapi sebaliknya menggunakan corak ornamentsai tradisional untuk membuat komposisi rekaan gubahan beliau sendiri. Pereka Islam seharusnya mempelajari dan memahami kaedah terbaik agar setiap elemen dekorasi dan ornamentasi yang digunakan lebih di buat untuk dihargai bukan untuk dipandang remeh sahaja .Ia juga harus bersesuaian dengan konteks budaya tempatan.Dalam Unity Temple , Wright menonjolkan kepandaian beliau dalam mengintegrasikan ornamentasi pada fasad luaran bangunan manakala bahagian dalaman pula digabungkan dengan elemen DeStijl ataupun perspektif Kubisme sebagai sebahagian daripada siling, kelengkapan dan panel dinding. Dalam kebanyakan rekabentuk Wright yang lain, beliau juga menggabungkan pemanas rumah dengan kelengkapan perabot sebagai satu entiti yang sama agar tidak janggal .Kesinambungan antara elemen kelengkapan, perabot, serta kemasan dan ornamentasi inilah sebenarnya melambangkan pendekatan tauhid yang lebih mantap dan jitu. Justeru itu setelah kita mengkaji mengenai prinsip Wright ,ia sebenarnya adalah sumber pengajaran dan ilmu yang boleh membantu setiap pereka Islam untuk lebih prihatin dan mempertimbangkan aspek rekabentuk dalam mendiri dan membina institusi masjid yang lebih bercorak keislaman.Rekabentuk masjid bukanlah hanya berfungsi sebagai topeng indah berbentuk monumen dan bersimbolkan kekayaan tetapi harus mementingkan keadaan persekitaran serta elemen ciptaan Allah dalam membina peribadi umat Islam sejagat yang lebih khusyuk , tawaduq dan merendah diri .

Kritikan terhadap Masjid Putra dan Masjid Negara dari prinsip organik Wright Dalam bahagian ini kita akan cuba membuat perbandingan serta mengkritik dua buah rekabentuk masjid di Malaysia dari perspektif Wright serta melihat

keberkesanannya dalam menerapkan nilai dan budaya fahaman Islam dikalangan penggunanya. Setelah mengkaji dan mendalami bahasa senibina , secara terang-terangan kita telah dapat melihat kelemahan yang tertera pada rekabentuk Masjid Putra. Pergantungan ciri-ciri rekabentuknya yang terlalu ghairah dengan rekabentuk eklektisme dan revivalisme dari budaya asing menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia kini dibaluti dengan perasaan inferiority complex iaitu cuba mendapatkan perhatian dari masyarakat luar dengan bersifat megah .Sedangkan di dalam Al Quran dan Assunnah Rasullullah tidak pernah bermegah dengan menekankan penggunaan elemen yang bercorak kepalsuan secara belebihan seperti kekubah yang besar , menara yang tinggi melangit dan gerbang yang tersergam indah? Namun begitu jika dilihat pada rekabentuk tipologi masjid awal di Nusantara elemen ini tidak pernah wujud dan bahan buatan yang digunakan ialah daripada kayu .Penggunaan kekubah dan gerbang sebenarnya dalah ideologi atau fahaman yang ketinggalan zaman akibat daripada pengenalan terhadap pembinaan menggunakan batu bata dan struktur keluli. Pemasaalahan ini amat berbeza sekali jika dilihat pada pembinaan Masjid Negara dimana rekabentuknya yang unik melambangkan identitinya yang tersendiri.Ia tidak dilengkapi dengan kekubah yang meniru bulat bulat dari senibina Timur Tengah sebaliknya dalah hasil rekabentuk yang mensimbolkan identiti kemalaysiaan.Walaupun pada dasarnya bahasa senibina Timur Tengah cuba untuk mewujudkan corak Pan Islam antarabangsa kita haruslah sedar bahawa agama Islam tidak pernah mementingkan pembentukan imej yang berlebihan tetapi lebih menekankan kepada 5 rukun Islam yang wajib. Masjid Negara adalah contoh yang terbaik menggunakan pendekatan

regionalisme ( bahasa kedaerahan) terhadap cuaca , mengaplikasikan penggunaan serambi dan verandah , lubang udara , kolam air ,ruang laluan yang luas serta proporsi ketinggian yang menggalakan perolakan udara melalui struktur bangunan tersebut. Sebaliknya Masjid Putra pula, mempunyai ruang laluan yang sempit , penggunaan bahan bata yang berlebihan dan dipaksa bergantung kepada peredaran udara secara mekanikal

untuk penyejukkan yang membazirkan tenaga. Ini amat bercanggah dengan konsep pembinaan Putrajaya yang inginkan taman kehijauan alam , dilengkapi dengan tasik yang luas tetapi tidak berjaya diaplikasikan sepenuhnya. Dari aspek komposisi pelan rekabentuk Masjid Negara pula ia berbentuk tidak simetri seolah-olah mengalu-alukan setiap kedatangan para pelawat .Ini berlawanan dengan pelan bagi Masjid Putra yang berbentuk simetri tepat melambangkan pembinaan rekabentuk yang kaku dan keras tidak organik.Lokasi perletakkannya pula agak jauh dari laluan masuk utama dan memerlukan kemudahan kenderaan untuk

mengunjunginya.Mungkin pada suatu hari nanti, ahli cendikiawan akan menulis tentang keadaan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara yang dikeluarkan oleh asap kenderaan pelawat yang membanjiri sekitaran Masjid Putra hanya untuk melihat keindahan struktur pembinaannya. Lokasi perletakan Masjid Negara pula terletak di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur .Ia mempunyai laluan akses yang mudah dari pelbsgai penjuru arah seperti berdekatan dengan stesen keretapi dan kebanyakan kemudahan pengangkutan asas yang lain. Masjid Putra sebaliknya dikelilingi oleh pagar besi yang melambangkan imperialisme dan seolah-olah tidak menggalakan orang untuk mengunjunginya manakala Masjid Negara pula berdiri tanpa sebarang sekatan menonjolkan sifat kemesraan . Elemen mendatar pada senibina Masjid Negara menunjukkan rasa rendah diri tetapi ini berlainan dengan fasad luaran pada Masjid Putra yang mementingkan penggunaan garis vertikal agar menunjukkan sifat megah dan gagah. Daripada analisa yang dijalankan , Masjid Negara ternyata lebih menonjolkan pendekatan regionalisme yang boleh menjadi sebagai asas kepada pembentukan ideologi senibina Islam di Nusantara , ini bertentangan dengan pembinaan Masjid Putra yang hanya bersifat palsu semata-mata dari segi penampilannya yang indah dengan dilengkapi oleh ornamentasi mewah tetapi tidak bermakna dari segi bahasa dan pembentukan identiti senibina. Sebagai para arkitek yang prihatin terhadap rekabentuk institusi masjid , kita seharusnya mengambil iktibar dari sejarah lampau agar dapat melahirkan pelbagai rekabentuk yang bukan sahaja efisyen tetapi mampu untuk melambangkan identiti kita sendiri.

Kesimpulan Revivalisme yang simplistik dalam rekabentuk masjid boleh diinterpretasikan dalam fahaman Islam sebagai suatu budaya yang merosot dan tidak kreatif, perasaan dogma yang diselubungi oleh rasa kaku dan kejung, kelahiran sebuah rekabentuk yang bersifat megah, gagah dan besar seringkali dipuji tetapi tidak berupaya untuk di manafaatkan sepenuhnya .Justeru itu , sebagai pereka bentuk masjid, kita haruslah mengkaji dan melihat sejarah lampau serta sering bertanyakan tentang arah tuju kita. Seperti tokoh senibina moden lampau iaitu Frank Llyod Wright dan Le Corbusier , mereka sering menyedarkan masyarakat tentang setiap kebenaran yang terkandung dalam senibina serta idea pembentukan asal- usul kehidupan manusia . Sudah tiba masanya bagi kita untuk melupakan zaman kegemilangan yang digelar Sinans sebaliknya berpatah balik untuk mencari kebenaran yang berlandaskan kepada Sunnah Nabi Muhammad SAW serta mengambil intipati pengajaran beliau untuk diterapkan dalam pembangunan sosio ekonomi dan konteks regional kerana ia boleh disintesiskan sebagai suatu perkara yang amat berguna. Segala ilmu pengajaran yang terkandung boleh diadaptasi serta diinterpretasikan dalam bentuk bahasa senibina tradisonal dan moden . Setiap usaha gigih yang dilakukan ini pasti akan membuahkan hasil dan usaha itulah sebenarnya suatu tahap pencapaian yang tertinggi dalam Islam .Inilah jihad sebenarnya.

Rujukan [1] K.A.C. Creswell, A Short Account of Muslim Architecture Beirut, Librairie du Liban, 1958 p.1 [2] [3] [4] [5] (1, p. 4) (1, pp. 5-6) (1, pp. 12-13) A. Guillaume, The Life Of Muhammad: A Translation Of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Oxford, Oxford University Press, 1982 [6] All hadiths taken from the following sources:

Muhammad Muhsin Khan, The Translation Of The Meanings Of Sahih AlBukhari 9 vols. Beirut, Dar al-Arabia Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf, 1976 Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud 3 vols. New Delhi, Al-Madina Publications (P) Limited, 1985 [7] [8] (6) James Robson, Mishkat Al-Masabih Lahore, Pakistan: SH. Mohammad Ashraf,

1973, Vol. 1, page 148. [9] [10] (8) Abul A'la Maududi, Let Us Be Muslims edited by Kuram Murrad, Leceister, The Islamic Foundation, 1992 Abu Urwah, Risalah Usrah: Jilid 1 Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 1988 [11] [12] [13] (7, Sura 2 , Verse 177, pp.69-70) (18, Vol. 4, hadith no. 45, p. 37) Abdul Hamid Siddiqi, Sahih Muslim 4 vols. Lahore, Sh. Muhammad Ashraf, 1976, Vol. I, hadith no.1363, p. 315 [14] [15] (28, Vol.2, hadith no. 3218, p.699 and hadith no.3209, p. 697) (21, Vol. I, hadith no. 1295, p. 342 1990, Vol. 2, p.9 [16] [17] (28, Vol. I, hadith no. 1703, p. 376) Abdullah Yusof Ali, The Holy Qur'an: Translation And Commentary Maryland, Amana Corporation, 1983, p.735

Bibliografi

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, The Mosque As A Community Development Center (1998), Johor: Universti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Peranan, Kurikulum dan Reka Bentuk Masjid

Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat (1999), Johor:Universti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, The Architectural Heritage of the Malay World: The Traditional Mosques (2000), Johor: Universti Teknologi Malaysia

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Seni Bina di Malaysia: Kritikan terhadap Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan, (1999) (compilation of writings from the Dewan Budaya magazine) Sungai Buloh: Design Modulor

Blake, Peter

Master Builder (1960) New York: W.W. Norton and Company

Blake, Peter

Form Follows Fiasco (1974) Toronto: Little, Brown and Company

Curtis, William J.R.

Modern Architecture Since 1900 (1982) New Jersey: Prentice

Hall, Incorporated (1982)

Hitchcock, H.R. Architecture: Nineteenth and Twentieth Centuries (1982) Middlesex: Penguin Books Limited (1958) 4th Edition 1982

Jencks, Charles The Language Of Post-Modern Architecture (1977) New York: Rizzoli International Publications Inc. (1977) Reprint 1984

Anda mungkin juga menyukai