Anda di halaman 1dari 26

KEPIMPINAN WANITA ISLAM: Satu Tinjauan Terhadap Persatuan Pemudi Islam Singapura

Disediakan oleh: Mior Iskandar Muhammad Redzwan Bin Abdul Aziz Ahmad Sahlan Bin Abdul Hatim (P68741)

Pengenalan

Penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan merupakan satu fenomena yang telah berlaku sejak berabad-abad lamanya di dunia ini. Sejarah keangungan Ratu Balqis sebagai pemerintah kerajaan Saba sebagai bukti bahawa wanita terlibat dalam arena kepimpinan ini sebelum Nabi Muhammad (s.a.w) diutus oleh Allah sebagai nabi dan rasul. Di zaman Rasulullah (s.a.w) sendiri, walaupun wanita tidak memegang tampok kepimpinan namun mereka adalah golongan pertama yang memberi ketaatan dan bayah dengan membenarkan kenabian Muhammad (s.a.w) iaitu isteri baginda Saidatina Khadijah.

sambungan
Di samping itu, wanita juga tidak asing dalam pembuatan keputusan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana mereka turut sama memberi pandangan seperti yang berkaitan dengan kedudukan mereka dalam peperangan. Begitu juga yang berlaku semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khatab di mana wanita berperanan dalam penetuan keputusan dan hukum seperti dalam aspek penentuan kadar mahar dan tempoh lama wanita boleh bersabar apabila ditinggal suami.

Kepimpinan Wanita Menurut Perspektif Islam


Pada dasarnya tidak terdapat sebarang nas sama ada di dalam alQuran atau hadis yang menjelaskan penglibatan wanita dalam politik atau kepimpinan. Para ulama telah berbeza pendapat di dalam hal ini. Ada yg berpendapat wanita berhak menyertai bidang politik dan ada sebahagian yang melarang.

Kepimpinan Wanita
Hak Memilih
Pengundi

Hak Dipilih
Wakil Rakyat

Ahli Parlimen Ketua Negara

Hak Memilih Sebagai Pengundi


Proses pembuangan undi mempunyai titik persamaan dengan sistem alBaiah dalam Islam. Di dlm proses ini, mereka diberi hak kebebasan utk bersuara, memberi pendapat dan berjanji akan metaati pemimpin yg dipilih. Terdapat penjelasan di dlm al-Quran mengenai penglibatan wanita dalam al-Baiah (al-Mumtahanah, 60:12)

Pandangan Ulama
Dr. Mustafa al-Sibai - wanita mempunyai hak mengundi krn ia lebih kpd proses al-wakalah dan wanita dibenarkan mewakilkan urusannya kpd org lain. Abd al-Karim Zaydan wanita mempunyai hak utk memberi pendapat dan hal ini berlaku sejak zaman Rasulullah. Mahmud al-Khalidi al-Baiah adalah

sambungan
Dr. Hibah Rauf Izzat wanita mempunyai hak dalam memilih pemimpin Al-Mawardi tidak membenarkan wanita mengundi krn beliau berpendapat bahawa mengundi di dlm pilihanraya adalah sama dgn tugas ahl al-hal wa al-aqd (memilih khalifah)

Wakil Rakyat

Tugas wakil rakyat pada umumnya dibahagikan kpd dua bahagian:

Menggubal rang undang-undang dan membuat peraturan

Mengawalselia pelaksanaan dasar-dasar dan memastikan perancangan kerajaan dijalankan dgn sempurna

Pandangan Ulama
Al-Mawardi tugas wakil rakyat menyamai tugas khlaifah. Syarat utk menjadi khalifah ialah lelaki. Said al-Afghani wanita tidak berhak melibatkan diri dalam politik kerana tidak sesuai dgn fitrah dan sifat wanita. Jumhur ulama wanita boleh menjadi wakil rakyat kerana tugas wakil rakyat adalah seperti tugas wakalah bukan khalifah.

Ahli Majlis Parlimen

Tugas ahli Dewan Parlimen


Menggubal rang undang-undang

Membela kepentingan rakyat

Mencadang peraturan dan membahaskannya

Pandangan Ulama
Mustafa al-Sibaci, Mahmud al-Khalidi dan Hibah Rauf Izzat setiap wanita yg berakal dan baligh dibolehkan menjadi ahli Majlis Syura atau ahli parlimen kerana majlis ini merupakan wakil dari org ramai dalam memberi pendapat sahaja dan bukan membuat perintah.

sambungn
Al-Mawardi dan Muhammad Faruq alNabhan: Wanita tidak dibenarkan kerana tugas Majlis Syura adalah menggubal undang-undang dan ia juga merupakan tugas khalifah.

Ketua Negara

Para ulama telah bersepakat melarang wanita dari dilantik memegang jawatan ketua negara.

Pendapat Dr. Yusuf AlQardawi

Beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat.

Syarat-Syarat

Kepimpinan wanita adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai. Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut. Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

sambungan
Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian . Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

Tanggapan Salah Terhadap Kepimpinan Wanita

1. Lelaki Lebih Kuat Dari Wanita


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. (an-Nisa:34)

Penjelasan
Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan bahawa kepimpinan yang dimaksudkan ialah kepimpinan dalam rumahtangga. Lelaki adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab atas mereka. Wanita turut mempunyai peranan serta berhak memberi pandangan terutama dalam hal ehwal keluarga.

2. Lelaki Lebih Layak Memimpin Wanita

Hadis yang diriwayatkan oleh alBukhari daripada Abu Bakrah: Tidak berjaya suatu kaum yang diperintah/ ditadbir urusan mereka oleh kaum wanita. (kisah perlantikan anak perempuan Kisra sbg pengganti Maharaja Parsi)

Penjelasan
Hadis ini membawa maksud kepimpinan umum ke atas umat seluruhnya iaitu kepimpinan negara (Ketua Negara). Perkataan urusan mereka membawa maksud kepimpinan umum. Namun, kepimpinan wanita tidak dilarang dlm urusan-urusan lain spt melantik ahli fatwa, ijtihad, pendidikan atau ketua jabatan.

3. Wanita Hanya Di Rumah

Fatwa yg melarang wanita terlibat dgn kepimpinan berdasarkan ayat: Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku seperti orangorang jahiliyah dahulu. (al-Ahzab:33)

Penjelasan
Ayat ini ditujukan khusus kepada isteri-isteri Nabi. Isteri-isteri Nabi diberikan tanggungjawab yg lebih dan memiliki hukum khusus dari sudut bergandanya ganjaran dan azab berbanding wanita-wanita lain. Oleh itu, tiada sebarang penentangan dan halangan utk membenarkan wanita keluar dr rumah utk belajar, bekerja dan sebagainya.

4. Menutup Pintu Maksiat dan Kerosakan


Ada yg melihat isu ini dr sudut lain iaitu berdasarkan konsep menutup pintu kerosakan atau haram. Apabila wanita terlibat dgn gerakan sosial, mereka terdedah kpd pergaulan bebas dgn lelaki dan ini membawa kpd yg haram krn puncanya haram.

Penjelasan
Tidak dinafikan menutup pintu kerosakan atau haram dituntut oleh Islam tetapi ulama menetapkan apabila terlampau menutup pintu kerosakan atau mendedahkannya menyebabkan lebih bnyk kebaikan hilang berbanding kerosakan. Cth: larangan terhadap bersuara dlm pilihanraya akan menyebabkan suara wanita Islam tenggelam dan ini memudahkan pendukung sekularisme mengeksploitasi wanita dlm perjuangan mereka.

Beri Nilai