Anda di halaman 1dari 2

[PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011] BIG FASA 3 LAPORAN JAWATAN KUASA DOKUMENTASI PROGRAM BINA INSAN GURU

(III) PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011

Program anjuran kelas Sains 2 Ambilan Jun 2011 IPG Kampus Tuanku Bainun ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai, Perak. Program ini berlangsung pada 14 September 2013 ( sabtu ). Seramai 40 orang murid telah terlibat dalam program pada pagi ini manakala pelajar kelas PPG Sins 2 adalah seramai 26 orang. Terdapat dua aktiviti yang terdapat dalam program kali ini iaitu bengkel pengucapan awam( Bijak Berbahasa) dan teknik menjawab soalan sains bahagian B. Program yang dirancang ini telah dijalankan selama 6 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Saya sebagai ketua unit dokumentasi telah membahagikan tugas dengan ahli yang lain dengan lebih awal untuk memudahkan urusan kami pada pagi program tersebut. Pelbagai peralatan persendirian seperti kamera dan kamera video dibawa bagi membolehkan setiap perjalanan program dapat didokumentasikan melalui gambar-gambar dan video-video. Unit dokumentasi telah berkumpul semula pada hari isnin, 16 september 2013 untuk membincangkan dan menyiapkan dokumentasi tersebut. Hasil daripada perjumpaan tersebut maka laporan dokumentasi berjaya disiapkan mengikut masa yang telah di tetapkan.

........................................ (RAZALI BIN OTHMAN) Ketua Jawatankuasa Dokumentasi Program BIG Fasa III PPG Sains 2 Ambilan Jun 2011

[PPG SAINS 2 AMBILAN JUN 2011] BIG FASA 3

Anda mungkin juga menyukai