Anda di halaman 1dari 6

MOHAMAD HAZIQ IKHSAN B MOHD RUDZAINOOR (BA11160562) MOHD ZULHELMI B MUHAMAD (BA12110233) SOALAN 1: Hamba dengar ada hikayat

Melayu dibawa orang dari Goa, Barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahdan adalah beroleh faedah ia daripadanya (W.G. SHELLABEAR, Sejarah Melayu). Mengapa kita perlu membaca dan memahami Sulalatus Salatin dalam pengkajian masyarakat Malaysia pada hari ini? 1.0 Pengenalan Sulalatus Salatin didefinisikan sebagai Pertuturan segala raja raja. Di dalam buku ini (Versi Moden) terkandung sebanyak 15 bab di mana pada bab yang pertama dan kedua merupakan penerangan berkaitan asal usul raja raja Melayu. Raja raja Melayu telah dikaitkan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnain. Bab tiga dan empat mengisahkan tentang kewujudan Singapura yang bermula apabila Seri Teri Buana berkahwin dengan Raden Ratna Cendera Puri (Keturunan raja Palaembang). Seri Teri Buana telah menjadi pemerintah Temasek diikuti oleh Paduka Seri Pikrama Wira sehingga zaman akhir kegemilangannya yang diperintah oleh Raja Iskandar Syah. Perbincangan berkaitan Melaka sehingga kepada zaman pengakhiran kegemilangannya terkandung di dalam bab empat sehingga ke empat belas secara mendalam. Pada bab ini terdapatnya kisah raja raja Melaka bermula pada zaman Raja Iskandar Syah sehinggalah kepada zaman Sultan Mahmud Syah selaku raja Melaka yang terakhir. Bab lima belas pula merupakan bab terakhir di dalam buku ini di mana pengkisahannya adalah berkaitan kemunculan kerajaan Melayu Johor terutamanya pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin sehinggalah kepada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah. 1.0 Tiang Seri Sulalatus Salatin 1.1 Kebudayaan Masyarakat Melaka

Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku. Maka titah Seri Teri Buana, Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah -sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke

atas. Maka sembah Demang Lebar Daun, Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya. Lihat: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm 25-26. Waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dan Sang Saputra membentuk kepada konsep daulat dan derhaka. Konsep Daulat dan Derhaka menjadi tunjang kesetiaan rakyat kepada pemerintahan raja dan konsep ini yang membezakan antara raja dan rakyat. Sehingga hari ini masyarakat Malaysia tetap memberikan ketaatan kepada Raja Raja Melayu di setiap negeri dan Pemerintah tertinggi iaitu Yang di-Pertuan Agong. 1.2 Kehebatan Kerajaan Melayu Melaka

"Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tabu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka." Lihat: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm 131. Dan Shellabear W.G, Sejarah Melayu: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, 1989, hlm 93. Kehebatan kerajaan Melayu Melaka terserlah apabila Maharaja China turut ingin menjalinkan persahabatan dengan Sultan Mansor Syah. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, Melaka telah banyak meluaskan jajahan takluknya dan perhubungan diplomatik dengan kerajaan lain terjalin dengan meluas. Kerana kehebatan kerajaan Melayu Melaka, sehingga hari ini golongan masyarakat di Malaysia diajarkan tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 1.3 Keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka

Maka Melaka pun alahlah, dinaiki oleh Peringgi dari ujung balai, tiba-tiba lalu ke dalam. Maka segala orang Melaka pun larilah; maka Sultan Mahmud Syah pun berlepaslah. Adapun akan Bendahara ditandu orang di bawa lari, Si Lamat Gagah nama orang yang menandu itu. Maka Peringgi pun datanglah berturut-turut; maka kata Bendahara pada Si Lamat Gajah, "Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku pada Peringgi!" Maka tiada diberi oleh segala anak cucunya. Maka kata Bendahara, "Ceh! Cabarnya segala orang muda-muda ini, apa daya aku telah tepok, kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini.

Lihat: A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm 270. Dan Shellabear W.G, Sejarah Melayu: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, 1989, hlm 204. Melaka yang ada pada hari ini bukanlah lagi sebuah kerajaan maritim, tetapi telah menjadi sebuah negeri sahaja serta tidak lagi menjadi pelabuhan yang hebat. Melaka pada hari ini tidak lagi mempunyai raja sebagai tonggak pemerinthanannya.

2.0 Sebab-sebab sulalatus salatin ditulis 3.1 Mengetahui asal usul kewujudan Islam. Pada suatu malam, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpi tersebut, Raja Kecil Besar diajar mengucap dua kalimah syahadat dan diberi nama Sultan Muhammad Syah. Raja Kecil Besar juga diberitahu bahawa pada waktu asar keesokan harinya akan datang sebuah kapal dari Jeddah,, singgah untuk bersembahyang di pantai Melaka. Apabila baginda bangkit dari beradu, didapati tubuh baginda berbau harum (bau narawastu) dan kalam baginda seperti telah dikhatankan. Agama islam pada permulaannya dimulakan oleh Raja Kecil dengan beliau Dalam kontek masyarakat Malaysia sekarang, agama islam telah menjadi satu Hokum-hakam yang dilaksanakan oleh islam juga tidak akan berubah kerana Perkara yang wajib seperti berkhatan juga menjadi amalan yang wajib mendapat mimpi bertemu Rasullulah. agama rasmi dalam kalangan rakyat. hokum agama islam merupakan hokum yang diwahyukan oleh Allah S.W.T dijalankan walaupun dalam konteks Malaysia pada abad kini. 3.2 Cara Mengelakkan Perpecahan antara golongan-golongan tertentu Setelah Tun Perak menjadi orang besar, rakyat Melaka berpecah kepada dua golongan. Pertama, golongan yang berpihak kepada Tun Perak. Kedua, golongan yang menyokong Seri Nara Diraja Tun Ali. Hal ini menyebabkan sultan Muzaffar Syah berdukacita. Baginda bimbang kepada kesan yang akan timbul. Jika hal ini dibiarkan

berterusan negeri mungkin binasa. Sultan mencari akal untuk mengatasi perbalahan ini supaya mereka berbaik semula. Tun Perak merupakan seorang pembesar yang memiliki kebijaksanaan. Ini dapat disamakan dengan penyatuan kaum yang terdapat di Malaysia Kaedah ini digunakan dan diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia yang

sekarang. berbilang kaum agar perbalahan tidak lagi berlaku seperti dalam peristiwa 13 Mei. 3.3. kepatuhan rakyat kepada raja Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansor Shah jatuh ke dalam perlindungan tahi, seorang pon tiada menambatkan tali pada kuda itu. Setelah dilihat kepada Laksamana Hang Tuah, orang yang berates-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun Segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Kesetiaan yang ditunjukkan oleh Hang Tuah terhadap Raja dapat menjadi iktibar pada masyarakat sekarang tentang ketinggian darjat Sultan sebagai ketua Negara, dan Agama. damai. 4.0 Kepentingan Sulalatus Salatin 4.1 Sulalatus Salatin merupakan tunjang kepada sifat dan kebudayaan masyarakat Di dalam sulalatus Salatin, keseluruhan cerita yang terkandung di dalamnya Sikap seperti ini perlu dicontohi demi melahirkan sebuah Negara yang aman

Melayu (Identiti). memberikan makna yang tersendiri terhadap konteks kehidupan masyarakat Melayu feudal yang mempunyai kebudayaannya tersendiri.

4.2 Sulalatus Salatin turut digunakan oleh Pengkaji Luar untuk memahami tentang Melaka pada zaman silam. Pada tahun 1708 lagi telah terdapat penghasilan buku berkaitan Sejarah Melayu

karya Petrus Van der Vorm yang bertajuk Introduction to the Malayan Vocabulary of Gueynier.

Penulisan dari barat yang lain adalah karya Francois Valentijn pada kurun ke 18 John Leyden adalah penterjemah Sejarah Melayu pertama ke dalam Bahasa Inggeris

berjudul Sejarah Ringkas Hindia Timur pada tahun 1726. sehingga menyebabkan Sejarah Melayu mendapat perhatian. Terjemahan ini pada 1821.

4.3

Sumber Warisan kepada masyarakat Malaysia Moden hari ini secara bertulis. Tujuan Sulalatus Salatin itu sendiri ditulis adalah bagi memenuhi permintaan Raja

supaya generasi seterusnya dapat mengetahui mengenai kerajaan Melayu masa silam. Sulalatus Salatin adalah penting kerana ia merupakan sumber yang bertulis serta berbeza dengan kebudayaan Melayu sebelum itu yang banyak bergantung pada kaedah lisah seperti Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Malim Dewa dan Cerita Bongsu Pinang Peribut. Hikayat Anggun Cik Tunggal dalam versi Minangkabau dikenali sebagai Nan Tonggal Megat Djebang yang disampikan dari mulut ke mulut masyarakat masa tersebut bagi menceritakan kekejaman orang Portugis. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, karya sulalatus salatin ini memberi banyak pedoman, nasihat dan manfaat terhadap masyarakat Malaysia pada masa kini. Nasihat dan pengajaran yang dihikayatkan dalam penceritaan ini dapat menjadi satu motivasi dan pendorong masyarakat Malaysia kini untuk tidak mengulangi lagi kesilapan sejarah yang dilakukan oleh masyarakat pada zaman dahulu serta mengekalkan adat istiadat yang telah menjadi warisan kepada kita sekarang. Warisan adat istiadat ini tidak seharusnya dilupakan kerana inilah yang melambangkan budaya sesuatu kaum tersebut.

Rujukan Buku A.Samad Ahmad.1966.Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Latiff Abu Bakar.1996. Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.Universiti Malaya:Penerbit Universiti Malaya. Shellabear W.G. 1977. Sejarah Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jurnal V.Thilagavathi Gunalan.1999.Genesis Autograf Sejarah Melayu.Jebat 26: 101 119. Zubir Idrus.2011.Etnosentrisme Melayu Dalam Sulalatus Salatin.Jurnal Melayu:107 120.

Anda mungkin juga menyukai