Anda di halaman 1dari 27

BAB 1 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan

Wawasan 2020 ialah satu wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Oleh itu, terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk mencapai negara maju. Terdapat golongan orang kelainan upaya (OKU) yang sukar untuk menempatkan diri dalam kalangan masyrakat. Hal ini kerana, golongan OKU merasa rendah diri untuk bersaing dengan golongan normal. Walaupun Malaysia menuju ke arah negara maju, tetapi terdapat sesetengah golongan OKU ini merasa sukar untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Golongan ini sukar untuk bergerak secara sendirian di tempat awam kerana mereka sukar untuk mendapatkan kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan sebagainya. Tidak semua bangunan ada menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh golongan OKU. Misalnya, di restoren dan bank. Ini menunjukkan bahawa golongan ini menghadapi masalah untuk menempatkan diri dalam masyarakat walaupun negara Malaysia menuju ke arah negara maju. Di samping itu, masyarakat yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan sikap tolenrasi dalam membantu golongan OKU. Masyarakat yang terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan masalah yang dihadapi golongan ini. Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekeliling di mana faktor kekurangan fizikal menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun mereka mempunyai kelayakan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu

memainkan peranan yang penting dalam membantu golongan ini. Misalnya, di Malaysia terdapat kementerian yang menguruskan hal ehwal golongan OKU seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), adalah sebuah badan atau jabatan yang bernaung di bawah KPWKM. Institusiinstitusi lain yang membantu golongan OKU kebanyakkannya terdiri daripada beberapa jabatan dan agensi antaranya Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Pertuturan Kiu (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia).

1.2 Latar Belakang Kajian Terdapat banyak kajian yang dilakukan tentang masalah yang dihadapi oleh golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Tahap penerimaan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini masih di kira sederhana kerana terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan stereotaip terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang rendah dan begitu prejudis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU).Kajian ini di buat oleh Muhammad Rashid b. Rajuddin dan Fathiyan Bt.Mohd Kamaruzaman yang mengkaji tentang Persepsi Pelatih Kelainan Upaya Akal terhadap Masalah Pembelajaran yang dihadapi semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras. Cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) ialah dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Ramai beranggapan orang kelainan upaya (OKU) tidak mempunyai kebolehan dan memandang rendah terhadap kebolehan yang ada pada golongan ini untuk bekerja. Selain itu, pihak majikan tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di samping

mempunyai sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya keupayaan golongan tersebut. Isu yang sering disebut ialah mengenai isu pekerjaan, di mana golongan ini sering disisihkan kerana sifat mereka yang tidak sempurna. Tetapi Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata semua golongan OKU mampu untuk menjalankan kerja seperti orang lain. Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007). Justeru, golongan OKU kurang mendapat peluang pekerjaan. Misalnya boleh kita lihat penyelidik Shalini a/p Sanmargaraja dan Seow Tawee yang membuat kajian tentang Penyediaan Fasiliti Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Kerajaan Di Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan selesa dan menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Kajian ini turut di jalankan oleh penyelidik Mohd Salleh Aman,Ph.D yang membuat kajian tentang Pembangunan Kemudahan Fizikal Pelajar OKU di Kolej Kediaman,Zaba Um.

1.3 Penyataan Masalah Senario kini, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam bersaing untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. Golongan kelainan upaya adalah seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat AKTA OKU 2008. Tahap penerimaan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini masih di kira sederhana kerana terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan stereotaip terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang rendah dan begitu prejudis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU).Kajian ini di buat oleh

Muhammad Rashid b. Rajuddin dan Fathiyan Bt.Mohd Kamaruzaman yang mengkaji tentang Persepsi Pelatih Kelainan Upaya Akal terhadap Masalah Pembelajaran yang dihadapi semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras. Cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU) ialah dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Ramai beranggapan orang kelainan upaya (OKU) tidak mempunyai kebolehan dan memandang rendah terhadap kebolehan yang ada pada golongan ini untuk bekerja. Selain itu, pihak majikan tidak mahu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) di samping mempunyai sikap negatif dan diskriminasi ekoran kurangnya keupayaan golongan tersebut. Justeru, golongan OKU kurang mendapat peluang pekerjaan. Misalnya boleh kita lihat penyelidik Shalini a/p Sanmargaraja dan Seow Tawee yang membuat kajian tentang Penyediaan Fasiliti Orang Kelainan Upaya (OKU) Di Institusi Kerajaan Di Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan selesa dan menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Kajian ini turut di jalankan oleh penyelidik Mohd Salleh Aman,Ph.D yang membuat kajian tentang Pembangunan Kemudahan Fizikal Pelajar OKU di Kolej Kediaman,Zaba Um.Seperkara lagi, golongan OKU juga sukar untuk mendapatkan pendidikan merupakan cabaran yang di hadapi oleh golongan ini. Golongan ini, sukar mendapatkan pendidikan seperti orang lain kerana mereka berasa rendah diri disebabkan oleh kawan-kawan yang sering memandang rendah dan mengejek mereka. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan ini untuk mendapatkan kehidupan yang selesa di samping untuk meletakkan diri dalam kelompok bermasyarakat.Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu golongan ini.

1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan penyataan masalah yang dikemukakan telah mewujudkan beberapa

persoalan. Dengan adanya kajian ini diharap dapat menjawab segala persoalan yang timbul. a) Apakah penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU? b) Kenapakah golongan OKU kurang mendapatkan peluang pekerjaan? c) Apakah masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam? d) Kenapakah golongan OKU sukar mendapat pendidikan?

1.5 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah menerangkan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dan membantu golongan OKU dalam menempatkan diri dalam kalangan masyarakat. Kajian ini mempunyai beberapa objektif. Berikut adalah objektif-objektif kajian ini di buat. a) Menjelaskan penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU. b) Mengenalpasti sebab golongan OKU sukar mendapat pekerjaan. c) Menerangkan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam. d) Menjelaskan sebab golongan OKU sukar mendapat pendidikan.

1.6 Kerangka Konseptual 1.6.1 Teori Konflik Teori konflik dimana teori ini bermaksud pertentangan secara langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama yang dikemukakan oleh Karl Max. Teori ini berkaitan dengan penyelidikan saya dimana ramai beranggapan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak mempunyai kebolehan dan memandang rendah akan kebolehan mereka di samping ada sesetengah masyarakat di negara ini memandang streotaip terhadap golongan ini. Teori konflik berlaku di mana masyarakat membuat perbezaan antara golongan OKU dan masyarakat biasa dan menyikirkan golongan ini untuk berada dalam kelompok masyarakat.

1.6.2 Teori Maslow Di mana teori ini merangkumkan jaminan pekerjaan di dalam kesempurnaan kendiri yang menarik dan bermakna direka bentuk supaya terdapat kepelbagaian. Hal ini bermakna apabila golongan OKU diberi peluang untuk berada dalam kelompok maysrakat dan diberi peluang untuk hidup seperti golongan normal. Golongan OKU diberi peluang untuk bekerja seperti golongan normal. Mereka perlu di beri peluang untuk bersaing dengan orang normal. Melalui cara ini golongan ini merasa terjamin pekerjaannya, mendapat pendapat yang tetap dan stabil seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran dan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Justeru, mereka merasa terjamin berada dalam kalangan masyarakat.

1.6.3 Teori Fungsionalisme Teori fungsionalisme sebagai suatu analisis tentang fenomena sosial dan budaya dari sudut fungsi yang dimainkannya dalam sosiobudaya. Parsons mengemukakan konsep pattern variable di mana misalnya affective versus affective-neutral wujud dalam kalangan masyrakat. Affective neutral menjelaskan masyrakat moden yang lebih mengejar arus kemodenan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka lebih mementingkan kebendaan daripada melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat lain. Contohnya, golongan OKU merasa terpinggir untuk berada dalam kelompok mayarakat kerana golongan normal tidak menjalankan fungsi untuk membantu golongan OKU. Masyarakat moden sudah lupa untuk melaksanakan fungsi untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

1.6.4 Teori interaksionisme simbolik Teori ini merupakan bentuk komunikasi dan interaksi yang melibatkan bahasa dan gerak syarat simbolik yang dikemukan oleh George Herbert Spencer. Dimana dalam teori ini mebincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Hal ini bermakna golongan normal perlu juga mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan golongan normal berinteraksi dengan orang kelainan upaya (OKU). Misalnya, golongan normal perlu mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan berinteraksi seperti dengan orang bisu dan pekak. Justeru, masyarakat dapat membantu golongan ini untuk menjalani kehidupan seperti orang normal. Golongan OKU berasa tidak terpinggir dari kelompok masyarakat justeru dapat bersaing dengan orang normal.

1.6.5 Teori peluang Teori ini diasaskan oleh Robert K. Merton, dalam masyarakat moden terdapat satu sistem matlamat yang ingin dicapai serta cara yang berbeza untuk mencapainya. Di Amerika Syarikat, matlamat untuk berjaya amat berakar umbi dan kejayaan yang biasanya didefinisikan sebagai kejayaan kewangan. Oleh itu, golongan orang kelainan upaya juga perlu diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan dan peluang pekerjaan. Mereka juga mempunyai matlamat tersendiri untuk mencapainya. Hal ini bermakna golongan OKU berhak untuk mendapat tempat dalam kelompok masyarakat sama ada dari segi pendidikan atau pekerjaan. 1.6.6 Teori kawalan ( Control Theory) Teori kawalan diasaskan oleh Hirthi. Pokok kepada teori ini ialah sosialisasi . Teori ini bermula dengan soalan mengapa tidak semua orang melakukannya?. Semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini khususnya pihak kerajaan dalam menyusun program untuk membantu golongan ini agar mereka tidak merasa tersisih dari kehidupan berkelompok. Mereka perlu diberi kesempatan untuk membuktikan bahawa golongan OKU mempunyai kemahiran tersendiri.

1.7 Hipothesis

Beberapa hipothesis tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan Orang Kelainan Upaya OKU di Kuala Terengganu adalah seperti berikut : a) Cabaran yang di hadapi oleh OKU di Kuala Terengganu semakin serius

b) Masalah ini akan menyebabkan golongan OKU berasa sukar untuk berada dalam kelompok mayarakat c) Masalah ini berpunca dari sesetengah masyarakat yang memandang prejudis dan streotaip terhadap kemampuan golongan OKU

1.8 Kepentingan kajian Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu. Terdapat juga manfaat yang diperolehi dari kajian yang dijalankan. Misalnya, masyarakat dapat memberi perhatian kepada golongan Orang Kelainan Upaya di samping dapat mempertingkatkan sikap saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program-program tertentu dalam membantu golongan ini.

1.9 Definisi operational 1.9.1 Masyarakat Mengikut kamus dewan edisi empat masyarakat berkaitan dengan pergaulan persahabatan dan aktiviti masa lapang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat yang sosialis.

1.9.2 Pembangunan Mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga 2002 mentakrifkan pembangunan ialah perihal membangu, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainnya). 1.9.3 Cabaran Mengikut Kamus Dewan Edisi empat cabaran merupakan sesuatu unsur atau faktor yang mencabar, menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll). 1.9.4 Orang kelainan upaya Golongan kelainan upaya adalah seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat AKTA OKU 2008. Manakala menurut Training for Vocational Rehabilition Services

(TRAVORS) (2009), Orang Kelainan Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai seseorang yang kehilangan atau luar biasa dalam bentuk tubuh badan, yang mana berinteraksi dengan pelbagai sikap dan halangan persekitaran yang boleh menghalang OKU ini untuk melibatkan diri dalam persatuan sama seperti golongan normal yang lain. Pada khususnya, golongan OKU boleh dikategorikan kepada tujuh kategori iaitu kurangupaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya fizikal, kurang upaya pertuturan, masalah pembelajaran, kurang upaya mental dan kurang upaya pelbagai.

1.9.5 Materialistik Mengikut Kamus Dewan Edisi empat materialistik bermaksud lebih mengutamakan kebendaan dan taraf kemajuan seiring dengan perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll).

1.10 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di sekitar Kuala Terengganu. Kajian ini akan di fokuskan terhadap individu yang mempunyai keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang tergolong daripada golongan Orang Kelainan Upaya dalam membincangkan masalah yang dihadapi oleh golongan ini.

1.11 Rangka konsep

Persepsi/ tanggapan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya(OKU)

Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya (OKU)

Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah /IPTA/IPTS.

Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam.

GAMBAR RAJAH

Gambar rajah diatas menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya(OKU) di Malaysia. Golongan orang kelainan upaya(OKU) dapat didefinisikan sebagai adalah orang yang tidak berupaya menetukan sendiri, memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal, mental sama ada berlaku sejak lahir atau kemudian dari itu.

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 1.1 Pengenalan Cabaran yang di hadapi oleh golongan Orang Kelainan Upaya akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam bab ini berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU. Kajian-kajian lepas ini adalah penting sebagai rujukan kepada individu-individu yang ingin menjalankan sesuatu kajian. Kajian-kajian lepas ini adalah berasaskan jurnal, artikel dan buku rujukan. Bab ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi oleh golongan OKU di samping untuk mencapai wawasan 2020 kelak. Cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU semakin serius apabila terdapat masyarakat memandang prejudis terhadap golongan OKU. Oleh itu, kajian ini dilakukan di sekitar Kuala Terengganu dan melihat cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini untuk untuk menjalani kehidupan seperti golongan normal.

2.2 Persepsi/ tanggapan masyarakat Pada masa kini, Tahap penerimaan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini masih di kira sederhana kerana terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan stereotaip terhadap golongan OKU. Terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang rendah dan begitu prejudis terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU). Justeru boleh menyebabkan golongan ini merasa rendah diri kerana tidak dapat bersaing dengan masyarakat.

2.3 Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan Pada masa kini, ramai lagi yang tidak tahu nasib golongan OKU di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Hakikatnya, golongan ini sering kali menjadi mangsa stigma masyarakat dan juga faktor keadaan sekililing di mana faktor kekurangan fizikal menjadi alasan kepada majikan untuk tidak menerima golongan ini bekerja walaupun mereka mempunyai kelayakan. Mereka sering kali ditindas dalam mendaptkan peluang pekerjaan. Hal ini di mana mereka sering kali ditolak untuk mendapatkan pekerjaan oleh pihak majikan. Sebab utama pihak majikan cenderung untuk tidak menerima pekerja dari golongan OKU adalah disebabkan salah sangka bahawa keberangkalian golongan ini kurang melaksanakan kebanyakkan tugas. Selain itu, terdapat sesetengah majikan yang masih belum terbuka dan belum bersedia dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Antara faktornya ialah pekerja kurang upaya memerlukan cuti sakit, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Jadi, ini akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka bekerja. (Zinida Ariffin (2009). Masyarakat yang mempunyai pandangan yang sterotaip akan menyebabkan golongan kurang upaya akan didiskriminasikan. Oleh itu, masyarakat harus diberikan pendedahan yang sewajarnya dalam memberi peluang kerjaya kepada golongan OKU. Berfikiran terbuka dan berfikir diluar kotak harus disemaikan dalam diri masyarakat supaya mereka dapat mengetahui manfaatnya jika mengambil pekerja golongan OKU. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, OKU tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu tetapi sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Badawi dimana kerajaan berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu berubah agar menjadi aset yang boleh menyumbangkan kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada kekurangan tetapi sekiranya diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan mereka sendiri malah turut menyumbangkan kepada negara. Kata beliau lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat 4 terakhir kerajaan untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada negara (Utusan Malaysia 19 September 2006). Secara amnya golongan ini bukanlah orang yang terlalu lemah sehingga keadaan diri mereka dijadikan aset untuk mendapatkan belas atau simpati dari orang lain. Walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan yang tertentu, tidak semestinya mereka tidak mampu untuk melakukan aktiviti lain sepertimana insan biasa. Golongan OKU tidak bermakna mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja, tetapi mereka masih mampu untuk menggunakan kecerdasan mental dan minda mereka untuk memberi sumbangan yang boleh memberikan kemajuan kepada negara ini, tidak kira dari segi ekonomi mahupun masyarakat.

2.4 Kesukaran untuk mendapatkan pendidikan di IPTA/IPTS Namun sistem pengajian tinggi yang diamalkan sekarang banyak menumpu dan menyediakan kemudahan serta perkhidmatan untuk pelajar yang mempunyai perkembangan tipikal (tidak mempunyai kurang upaya) (KementerianPengajian Tinggi, 2007). Statistik yang dipetik oleh PSPTN menyebut bahawa golongan OKU merupakan antara golongan yang masih rendah enrolmennya jika dibandingkan dengan keseluruhan enrolmen di peringkat pengajian tinggi. Pada tahun 2007, statistik bagi bilangan pelajar-pelajar kurang upaya di IPTA negara ini adalah hanya 1.1% (4,255) dari jumlah keseluruhan pelajar-pelajar IPTA iaitu seramai 382,997 orang (Kementerian Pengajian Tinggi,2007). Kejayaan pada peringkat pengajian tinggi memberikan impak sepanjang hidup ke atas keupayaan berdikari bagi golongan OKU.

Melalui

pengajian

tinggi,

golongan

ini

berpeluang

untuk

meningkatkan

ilmu,

memperkembangkan kemahiran sosial, memperolehi kelayakan akademik dan berpeluang untuk menjana minda mereka. Kesemua pengalaman ini adalah penting dalam usaha memperkasakan mereka (Hurst, 1996). Walau bagaimanapun, Reindal (1995) menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kurang upaya fizikal dan sensori menghadapi cabaran yang hebat di pusat-pusat pengajian tinggi menyebabkan keupayaan mereka untuk belajar terjejas. Dapatan hasil kajian ke atas pengalaman pelajar-pelajar kurang upaya di institusi pengajian tinggi menunjukkan bahawa mereka sering menghadapi halangan sewaktu pengajian dan mendapat keputusan yang rendah di akhir pengajian walaupun mempunyai kelayakan yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain sewaktu mendaftarkan diri ke universiti (Riddell, Wilson & Tinklin, 2002). Selain itu, kekurangan kemudahan di tempat institusi pngajian tinggi di mana ketiadaan laluan atau ramp untuk kerusi roda, laluan bertanda untuk golongan bermasalah penglihatan, papan tanda khas, tangga yang tidak mempunyai railing, tempat melintas khas bagi OKU, ketiadaan lif di setengah bangunan, lif yang sering rosak dan tandas yang tidak mesra OKU. Hanya sebuah fakulti sahaja. kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekeliling kampus tidak menepati Undang-undang Kecil Bangunan Boleh Akses. Kekurangan prasarana-prasarana fizikal ini bukan sahaja menyulitkan pergerakan mereka,malah ianya juga merbahaya bagi mereka. Golongan OKU bermasalah penglihatan melaporkan bahawa kemudahan sistem pengangkutan di kampus bermasalah bagi mereka. Untuk menaiki bas, tiada maklumat yang boleh mereka akses untuk mengetahui ke mana arah tuju bas tersebut. Lantaran itu menyebabkan mereka terpaksa menunggu lama atau menunggu pelaja lain untuk memaklumkan kepada mereka arah tuju bas tersebut. Pemandu bas yang kurang peka dan kurang pendedahan mengenai keperluan pelajar-pelajar kurang upaya membuatkan keadaan lebih buruk untuk mereka. Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran, Mereka yang bermasalah pendengaran banyak melaporkan halangan-halangan

di dalam kuliah bagi mereka. Antara keperluan utama mereka adalah perkhidmatan juru bahasa isyarat untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Disebabkan tiada perkhidmatan juru bahasa isyarat di kampus ini, pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran terpaksa bergantung kepada belas ikhsan kawan-kawan mereka untuk membantu menterjemahkan pengajaran pensyarah ke dalam bahasa isyarat. 2.5 Kesukaran dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam Dewasa ini, golongan OKU sering kali menghadapi cabaran dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam. Terdapat masalah yang dihadapi bagi golongan orang kurang kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Hal ini kerana , kerajaan memberi peruntukan yang sedikit bagi golongan orang kurang upaya (OKU). Masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya (OKU) ialah di tempat beli-belah. Mereka kurang mendapat kemudahan di tempat tersebut seperti laluan yang sesuai untuk berkerusi roda , lif khas dengan reka bentuk yang sesuai dan sebagainya. Justeru, menyukarkan golongan orang kurang upaya (OKU) untuk pergi ke tempat tersebut. Di samping itu, masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya (OKU) sukar untuk mendapatkan pengangkutan di tempat awam. Hal ini kerana , kerana kebanyakkan stesen LRT dan stesen bas adalah tidak mesra OKU. Memandangkan situasi di Negara kita, warga OKU memang tidak menikmati sistem pengangkutan awam. Hal ini disebabkan oleh reka bentuk tidak mesra OKU atau tidak sejagat merupakan punca utama golongan OKU sukar mendapatkan kemudahan di tempat awam. Selain itu, kita mendapati bahawa stesen LRT atau Hub bus yang disediakan untuk pertukaran, biasanya tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi. Hal ini menjadi punca masalah kerana bagi para pemandu OKU tiada tempat letak kereta yang bersesuaian bermakna tiada akses bagi mereka. Infrastruktur pada stesen tersebut tidak menepati piawaian bagi pengguna OKU. Ia biasanya tidak menyediakan cecondong yang diperlukan bagi pengguna kerusi roda, tiada tactile guilding block yang

merupakan petunjuk bagi pengguna buta. Seperkara lagi, masyarakat yang kurang perihatin terhadap golongan OKU juga merupakan masalah yang dihadapi oleh golongan OKU untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Masyarakat yang lebih mementingkan diri dalam menjalani kehidupan tanpa membantu golongan OKU. Justeru, menyukarkan golongan ini untuk mendapatkan kemudahan di tempat awam. Misalnya, di restoren tidak menyediakan tandas bagi golongan OKU. Hal ini menyebabkan golongan ini sukar untuk menggunakan tandas yang bukan untuk golongan ini. Selain itu, golongan ini sukar untuk mendapatkan kemudahan seperti di tempat menunggu kemudahan awam di LRT, perhentian bas, kereta Api , Lapangan Terbang dan tempat komersial sperti bank, restoren, pejabat dan pusat beli belah. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu meningkatkan usaha bagi membantu golongan ini khasnya kerajaan. Kerajaan perlu mengeluarkan peruntukkan yang lebih bagi membantu golongan ini. Kerajaan perlu menyediakan infrastruktur atau kemudahan awam kepada mereka, Hal ini adalah untuk memudahkan golongan OKU bergerak selesa. Sebagai contoh, kemudahan laluan penjalan kaki atau tempat khusus untuk meletakkan kenderaan. Sekiranya, kemudahan ini tiada, sudah tentu golongan OKU akan mengalami kesukaran kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan kemudahan awam yang sama seperti orang yang sempurna sifat fizikalnya. Satu daripada pencapaian ini adalah penubuhan Jawatankuasa Teknikal dan Urusetianya SIRIM telah merangka Kod Amalan Akses Bagi Golongan Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam yang mana telah menghasilkan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Awam 1984 berkaitan kehendak-kehendak bangunan untuk golongan orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai akses kepada golongan OKU. Antaranya termasuklah ram dan railings, laluan bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

2.4 Pengenalan Menurut Ahmad Madzan Ayob (1983), metodologi sesuatu kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap objektif atau tujuan kajian itu hendak dicapai. Bab ini akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang reka bentuk kajian, lokasi kajian, kaedah persampelan, instrumen kajian, proses pengumpulan data dan penganalisisan data.

2.5 Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk mencapai objektif kajian dengan menggunakan kaedah tertentu. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat awalan mengenai masalah ini. Maka untuk mendapatakan maklumat tentang cabaran yang perlu di hadapi oleh golongan orang kelaianan upaya (OKU), dua sumber utama telah digunakan iaitu kajian di lapangan dengan menggunakan borang soal selidik dan kajian perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data-data sekunder. Kajian perpustakaan ini melibatkan pengumpulan penulisan dan kajian yang pernah dilakukan khususnya di dalam negara, menganai masalah yang dihadapi oleh golongan OKU bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang kewujudan masalah ini. Maklumat dan data-data yang terkumpul adalah berbentuk buku-buku akademik, akhbar-akhbar tempatan, artikel, jurnal, majalah, risalah. Kajian ini juga dikaji melalui reka bentuk berbentuk deskriptif iaitu beberapa kaedah digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat sama ada melalui pemerhatian, soal-

selidik, dan temuramah peribadi. Bagi mendapat data terperinci tentang cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya OKU di Malaysia, kaedah soal selidik dan maklumat daripada Rumah Sinar Harapan akan digunakan. Responden pula terdiri daripada golongan produktif di kawasan kajian yang akan dijalankan dan diberi borang soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada responden.

2.6 Lokasi kajian Kajian ini akan dijalankan di daerah Kuala Terengganu. Lokasi utama kajian ini ialah di kawasan bandar Kuala Terengganu iaitu Rumah Sinar Harapan di Kuala Terengganu. Pemilihan lokasi yang tepat ini adalah sangat penting untuk memastikan data dan maklumat yang diperlukan dapat diporelehi dengan sempurna seterusnya mencapai matlamat sebenar kajian ini. Data-data awal boleh diperolehi daripada jabatan-jabatan kerajaan untuk megenalpasti tempat-tempat yang mempunyai rekod berlakunya masalah yang dihadapi oleh golongan orang kelainan upaya.

2.7 Persampelan Persampelan memberi keputusan yang lebih tepat kerana sampel yang kecil itu dapat diseliakan dengan lebih rapi. Pemilihan sampel keluarga dibuat berdasarkan populasi iaitu bilangan keluarga yang terdapat di kawasan kajian. Daripada jumlah populasi tersebut, sebanyak 30% sampel akan dipilih untuk menjadi responden. 2.9.1 Rawak mudah

Persampelan rawak mudah akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat proses mencabut sesuatu sample dengan unit-unit asas yang dipilih secara individu atau satu demi satu dan secara langsung melalui sesuatu proses yang dipanggil rawak. Melalui proses-

proses tersebut, setiap unit yang belum terpilih mempunyai kebarangkalian untuk dipilih pada tiap-tiap cabutan.

3.0 Instrumen kajian Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Borang soal selidik yang akan digunakan dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut: i. Bahagian A: Sosio-demografi responden ii. Bahagian B: Persepsi/ tanggapan masyarakat terhadap golongan OKU iii. Bahagian C: Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan iv. Bahagian D: Kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah IPTA/IPTS 3.1 Kebolehpercayaan Instrumen. Untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen ini, satu kajian rintis akan dijalankan dengan menggunakan kajian pilot iaitu sebanyak 10 orang responden yang terdiri daripada individu yang mempunyai kawan, keluarga dan saudara-mara yang terdiri daripada golongan OKU. Instrumen ini akan diuji sebanyak dua kali iaitu satu kajian lagi akan diuji kepada 10 orang responden lain dikawasan lain. Kajian rintis ini penting untuk memastikan instrumen ini boleh dipercayai dan dapat memenuhi matlamat kajian ini. 3.5.2 Manual Skor. Bahagian ini akan menerangkan skala yang digunakan dan cara memperolehi skor. Penerangan dibuat seperti berikut:

a) Skala Pengukuran: i) Bahagian A: Maklumat mengenai sosio-demografi responden adalah berbentuk soalan terbuka. Soalan ini digunakan untuk mendapatkan maklumat profil sosio demografi responden. Antara bentuk soalan tersebut adalah seperti umur, jantina, agama, bangsa, tahap akademik, pekerjaan ibu bapa, jumlah pendapatan ibu bapa dan bilangan adik-beradik (jika berkaitan). ii) Bahagian B: Maklumat pada bahagian ini adalah berkaitan dengan persepsi/ tanggapan masyarakat terhadap golongan OKU. Antaranya ialah, kesukaran golongan OKU berinteraksi dengan orang lain, tersisih daripada kelompok masyarakat, suka menyendiri, golongan OKU sukar berdikari sendiri dan sebagainya. Skala yang digunakan adalah skala Likert seperti berikut: 1. Sangat Tidak Setuju. 2. Tidak Setuju. 3. Tidak Pasti. 4. Setuju. 5. Sangat Setuju. iii) Bahagian C: Maklumat pada bahagian ini adalah berkaitan dengan kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Antaranya, golongan OKU kurang kemahiran komunikasi, pihak majikan perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerima golongan OKU, golongan OKU didiskriminasi

dalam mendapatkan peluang peluang pekerjaan, tiada kemahiran teknikal, golongan ini tidak berupaya dalam melakukan sesuatu kerja. Skor bagi item-item ini adalah seperti berikut: 1. Sangat Tidak Setuju. 2. Tidak Setuju. 3. Tidak Pasti. 4. Setuju. 5. Sangat Setuju.

iv)

Bahagian D: Maklumat bahagian ini adalah berkaitan dengan kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan pendidikan di sekolah/IPTA/IPTS. Antranya, golongan OKU memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kemudahan OKU, golongan ini sering dipandang rendah dalam mendapatkan pendidikan, kurang institusi pendidikan bagi golongan OKU, golongan ini suka menyendiri dan merasa rendah diri dan golongan ini kurang diberi perhatian. Berikut: 5. Sangat Tidak Memuaskan. 4. Tidak Memuaskan. 3. Tidak Pasti. 2. Memuaskan.

1. Sangat Memuaskan. v) Bahagian D: Maklumat bahagian ini adalah berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam. Antaranya, kerajaan memberi peruntukkan yang sedikit bagi golongan OKU, golongan OKU sukar untuk mendapatkan kemudahan di tempat beli-belah seperti laluan berkerusi roda,lif khas dan sebagainya, kesukaran mendapatkan kemudahan di tempat awam seperti LRT bagi goongan ini, stesen bas yang tidak mesra OKU dan paking kereta untuk golongan ini sangat terhad. berikut: 5. Sangat Tidak Memuaskan. 4. Tidak Memuaskan. 3. Tidak Pasti. 2. Memuaskan. 1. Sangat Memuaskan. 3.2 Pengumpulan Data Data bagi kajian ini akan dikumpulkan dengan mengambil kira data primer. Data-data ini dapat diperolehi daripada para responden yang akan disoal selidik. Kaedah tinjauan pula digunakan untuk mengenal pasti keadaan persekitaran kawasan kajian. Data-data ini akan diperolehi setelah melakukan kajian di lokasi yang telah dikenalpasti. Proses pengumpulan data akan mengambil masa 4 bulan untuk dilaksanakan bagi mendapatkan data-data yang dapat memenuhi matlamat kajian ini.

3.3 Penganalisis Data Data-data yang akan diperolehi dalam kajian ini akan dibuat dalam bentuk peratusan dan dibuat berasaskan kepada kekerapan pembolehubah bersandar. Segala data yang diperolehi daripada para responden akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Data-data yang akan dianalisis adalah seperti maklumat sosio demografi, persepsi masyarakat, kesukaran golongan OKU dalam mendapatkan peluang pekerjaan, kesukaran dalam mendapatkan pendidikan dan kesukaran dalam mendapatkan kemudahan di tempat awam.Perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) dan juga perisian Minitab digunakan untuk menganalisis data-data yang akan diperolehi.

3.4 Rumusan Dalam kajian yang akan dijalankan ini, metodologi adalah satu aspek yang sangat penting untuk memastikan matlamat kajian ini dapat dicapai. Perkara yang ditekankan dalam bab ini seperti rekabentuk kajian, lokasi kajian, kaedah persampelan, instrumen yang digunakan, teknik pengumpulan data dan juga penganalisisan data. Perkara ini perlulah jelas bagi memastikan data-data yang dikumpul itu sah dan boleh dipercayai. Data-data ini akan dikumpul dengan menggunakan kaedah tertentu bergantung kepada jenis yang akan dibuat. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini seperti tinjauan, soal selidik dan temubual peribadi. Kaedah-kaedah ini perlu dibuat bagi menentukan keberkesanan proses pengumpulan data.

Bibiografi Rohani Ibrahim. Mengiktiraf peranan OKU. Utusan ONLINE (11/12/2010). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia &sec=Rencana&pg=re_02.htm assessed on 26 November 2012 Karim Sulaiman. Kurang kemudahan halangan utama OKU sertai kegiatan bermasyarakat. Berita harian ONLINE (22/05/2010). www.bharian.com.my/article/kurang kemudahan halangan utama OKU sertai kegiatan kemasyarakat/ article assessed on 26 November 2012 Dr.Hajah Sarimah Ismail. Halangan orang kurang upaya (pendengaran di Malaysia mendapat pekerjaan) medc.com.my/medc/seminar_medc (ONLINE) 3 Disember 2012 Amir Hanif B. Abdullah. Persepsi golongan OKU mengenai Program Latihan Vokasional yang dijalankan di pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi, Selangor Darul Ehsan. www.tp.utm.my/e Pusat Sumber/pdf/Amir Hanif (ONLINE) assessed on 3 Disember 2012 Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, Norasuzaina Sujak. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. http://pkukmweb.ukm.my/jtlhe/pdf/3%20SOKONGAN%20DAN%20HALANGAN.p df (ONLINE) assessed on 2 Disember 2012 Susan bte Edwin. Faktor-faktor yang mempengaruh kurangnya pengambilan golongan orang kelainan upaya (oku) bekerja di sektor swasta. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/SUSANAP073045D2012TT P.pdf (ONLINE) assessed on 24 November 2012 t.p., 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.