Anda di halaman 1dari 2

PERUBAHAN TREND POPULASI 1.

1 Sinopsis Populasi adalah semua organisma yang tergolong dalam spesisyang sama dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. P e r u b a h a n t r e n d p o p u l a s i adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga, imigrasi menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang individu. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi duakali ganda antara

setiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saiz populasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan 1.2.2 memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi 1.2.3 memahami tentang biodiversiti tersembunyi 1.2.1

1.3 Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies) yang hidup menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota populasi hidup dalam habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta mampu menghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama. Konsep populasi banyak dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknaka n populasi sebagai unsur dari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik,menganggap bahawa populasi adalah sebagai sa tu wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi. Sebagai contoh, pada suatu ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor belalang, 50 ekor

jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data tersebut maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung, populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, dan populasi belimbing. Saiz Populasi Permulaan (N0) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi kesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan jumlah individu dalam populasi.

Anda mungkin juga menyukai