Anda di halaman 1dari 6

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1) guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

2) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh.

3) Faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini.

4) Di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

5) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu
tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran

Aplikasi Teori Skinner di dalam Bilik Darjah

Dalam aplikasi ini: 1[) Guru perlu berhati-hati dalam memberi peneguhan positif.

2) Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar keupayaan tingkah laku yang diingini. Contohnya, murid tahun 2 sekolah rendah sukakan buku cerita bergambar yang bewarna-warni.

3) Guru perlu berhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana ia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. Oleh itu, pelaksanaan peneguhan negatif perlu dipersetujui oleh pelajar.

4) Gerak Balas yang diperolehi hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Contoh: Apabila Badrul hantar buku latihan awal, cepat dari pelajar lain, guru kurangkan 5 latihan untuk badrul berbanding pelajar lain.

5) Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
Pelajar-pelajar perlu diberikan latihan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan menambah kefahaman mereka terutama dalam pelajaran Matematik dan Sains.

Anda mungkin juga menyukai