Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
2.0 PENGENALAN Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan. Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Atlit hendaklah
menolak atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tampa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar.
3.0 PERALATAN Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain. Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat.
Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.
Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.
5.0 UKURAN Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.
6.0 Syarat-syarat peluru untuk kejohanan Lelaki Berat untuk pengesahan rekod Berat dibenarkan untuk kejohanan (Minimum) (Maksimum) Diameter (Minimum) (Maksimum) Wanita Remaja lelaki Remaja Wanita
7.260 kg
4.00 kg
7.265 kg 7.285 kg
4.005 kg 4.025 kg
4.000 kg 5.000 kg
3.250 kg 4.00 kg
110 mm 130 mm
95 mm 110 mm
93 mm 98 mm
88 mm 90 mm
Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut : 1 Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.
2 3
Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan.
1. 2. 3. 4.
Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.
Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut : 1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang. 2. Angkat kaki kiri sedikit. 3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran. 4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. 5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1 Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan. Mulakan langkah dengan kaki kanan. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.
8.0 FASA-FASA DALAM ACARA LONTAR PELURU Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan 9.0 LATIHAN ANSUR MAJU Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi
mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peringkat ini adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Cara memegang peluru. Persediaan dan pergerakan awal. Perlakuan melontar. Pendaratan peluru. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.
Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan. Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna. 1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. 3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan . 11.0 PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkatperingkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan. Teknik Lontaran Berdiri Statik Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini.Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini. Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik. 1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah. Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran. 5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. 6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.
Teknik pemindahan (OBrien) adalah satu teknik yang sering digunakan oleh atlet lontar peluru. Dalam teknik ini terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru iaitu : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan
12.0 Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju 1. Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa memperkenalkan peluru dahulu. 2. Memperkenalkan peluru. 3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus. 4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku. 5. Geongsoran dengan menggunakan peluru. 6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki bersudut) 7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas. 8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position (chinknee-toe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran. 9. Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang. 10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran. 11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menghala ke arah lontaran. 12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran). 13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw.
14. Membuat lontaran sisi. 15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran. 16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan. Sumber rujukan : http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-2/ http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-3/ Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.Buku peraturan Olahraga KOAM 2010-2011 13.0 KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA
1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4.
Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.
5.
Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialahover pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
6.
Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah. 14.0 TEKNIK MENGUKUR JARAK Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Sumber rujukan :
http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/