Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sirih Seulas Pinang PENGARAH PELAJARAN NEGERI MELAKA Assalammualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Karnival Pendidikan peringkat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bagi tahun 2012 dapat direalisasikan sekali lagi di MITC, Melaka. Saya mengambil kesempatan merakamkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Melaka kerana berjaya melaksanakan karnival ini seperti yang telah dirancang. Dokongan dan sokongan semua pihak, khususnya kepada semua institusi pelaksana, warga pendidik, ibu bapa/penjaga dan seluruh masyarakat amatlah dihargai. Kita amat berbangga kerana siri karnival ini terus unggul dengan pembaharuan yang kita lakukan Inovasi amat sinonim dengan sistem pendidikan negara kita yang sedang menuju ke era globalisasi. Insan yang inovatif pasti akan menjana transformasi pendidikan yang bakal melahirkan modal insan nan kreatif dan berdaya saing. Saya yakin dan percaya bahawa karnival ini mampu memenuhi matlamat iaitu memberi kefahaman kepada pelajar khususnya lepasan menengah serta ibu bapa untuk menentukan hala tuju pendidikan serta penentuan karier pada masa depan di samping memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai maklumat terkini tentang pendidikan di peringkat global melalui bahan bacaan dan teknologi maklumat (ICT). Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua agensi pelaksana supaya memberi perhatian dan komitmen yang tinggi agar karnival ini dapat melahirkan insan yang berinovasi dan kreatif yang mampu mewarnai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya, tema karnival kali ini, Inovasi Menjana Transformasi Pendidikan, bertepatan dengan visi dan misi PPPM iaitu memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Akhir kalam, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas segala usaha yang digembeleng bagi memastikan kecemerlangan milik kita bersama. Sekian, Salam Inovasi kepada semua.
Cepat, Tepat, Integriti Creative, Productive, Innovative

TUAN HAJI KASSIM BIN MOHAMAD Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka