Anda di halaman 1dari 9

Kesan program realiti terhadap masyarakat(mingguan wasilah bil 15-21 jun08)

Posted by meor in Media on 06 20th, 2008 | one response


Program Realiti AF(Akademi Fantasia)telahpun menutup tirai musim keenamnya baru-baru ini.Dan keputusan
pemenangnya berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah iaitu Stacy untuk menggondol tempat pertama dan
merangkul berbagai hadiah tajaan dari penaja.Pendekata, cerahlah masa depan .
Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kritikan para pengkritik terutamanya saudara Adlin,mungkin
kritikannya pedas dan kasar,tapi ianya tetap bernas dan bersifat provokatif.Cuma secara peribadi.AC
Mizal,pengacara AF pada malam itu dan juga malam-malam sebelumnya tak perlulah melalut sangat,terutama
saya lihat pada malam final tersebut.Soalan-soalan yang diajukan pada pelajar kadang saya rasa tidak sesuai dan
tidak bijak.Kita sedia maklum mereka akan mempersembahkan nyanyian dan sebenarnya tak perlulah
ditemuramah dengan soalan-soalan seperti jual popia,kritikan yang tak boleh dilupakan,sabun Breeze dan
berbagai lagi..Soalan-soalan begini sebenarnya mengganggu konsentrasi para pelajar secara psikologinya.Dan
kita pun sedia maklum para pelajar AF ni hanyalah budak-budak yang separuh matang,pintu dunia seni dan
hiburan baru saja terbuka untuk mereka,apalah yang mereka faham tentang seni dan hiburan melainkan
menyanyi sebaik mungkin walau kualiti nyanyian masih masih boleh dipertingkatkan.
Apapun, bagi saya program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat
mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang
melayu berangan dan dan terus berangan.

Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan
dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan
kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah
hukumnya,tapi jika melalai dan melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Dan saya
tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat ini
sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun
Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi.Masyarakat kita suka dibuai
dengan mimpi indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.Umpama kalau di India,dengan jumlah populasi
penduduknya yang ramai,dan majoritinya sangat miskin,dan masyarakatnya memang mahukan hiburan semata,
mereka mahu lari dari dunia nyata.Hero digambarkan seperti Dewa.Everything must be perfect,setiap cerita kena
ada happy ending,kalau ending sedih,panggung wayang akan dibakar.
Itu amalan Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis,yang kaya terus kaya,yang miskin makin
papa.Realitinya dimana-mana negara membangun pun mengamalkan sistem itu,termasuk di Negara kita.

Wartawan hiburan perlulah berilmu dan lebih berperanan dalam menjalankan tugas mereka.Mereka perlu faham
muzik mahu pun filem bukan sekadar hiburan kosong.Sebagaimana yang kita tahu dunia Artis adalah dunia
hiburan yang penuh dengan nilai seni yang kepura-puraan.Artis digambarkan sebagai subjek yang hebat dan
sempurna oleh pihak Media walau kenyataannya tidaklah seperti yang digambarkan..bak kata orang Perak..Bio
pape ase begaye(biar papa asal bergaya)..mungkin hanya segelintir para Artis yang berjaya dalam hidup
mereka,namun bilangannya boleh dikira dengan jari.

Kalau dulu waktu di zaman jalan Ampas,pelakon-pelakon Filem yang dibayar gaji bulan tidak digalakkan
menunjukkan muka atau bertemu masyarakat,maknanya perlu ada jurang antara Artis dan masyarakat.Masih
relevenkah pandangan yang sebegitu di abad ke-21 ini?Yang pasti Artis-artis atau pelakon diwaktu itu menjadi
mangsa manupilasi yang nyata dari golongan Tokeh-tokeh wayang dan Para pengusaha Filem waktu
itu.R.Azmi(Allahyarham)penyanyi tersohor langgam 50an,meninggal dunia dalam keadaan papa kedana dan
miskin.Siapa yang buat untung?Tentulah Syarikat Rakaman.
Tambahan pula diwaktu itu Tiada Akta hak cipta dan bayaran royalti untuk Artis.Artis Cuma dapat Glamour dan
puji-pujian kosong yang tak tau kemana hala tuju nya pun.

Apa yang kita lihat hari ini,para wartawan lebih suka menceritakan tentang gossip dan skandal para Artis dan ini
yang telah disemat dan dididik kedalam pemikiran masyarakat kita hari ini.Dan mereka tahu masyarakat sangat
sukakan cerita yang sebegitu,dalam masa yang sama pihak Media Hiburan khususnya gagal dalam peranannya
mendidik masyarakat,melainkan bersekongkol membuat fitnah dan dosa dalam cerita-cerita yang tidak matang.

Dan faktor ini tidaklah dapat kita nafikan sebenarnya,sebab kebanyakan para wartawan yang terlibat dalam
bidang hiburan ini bukanlah punya kefahaman yang baik tentang muzik mahu pun filem.Mereka bukannya
faham bahkan mungkin tidak punya minat pun untuk belajar tentang cabang-cabang muzik dan filem.Apa yang
mereka faham adalah muzik itu cabangnya hanya Pop,lirik mesti ada unsur-unsur cinta dan putus asa,kalau
Rock pun mesti jiwang dan cintan ,kalau filem pula plot atau jalan ceritanya sama dan stereotype dan misi yang
lebih penting adalah untuk mencungkil apa cerita dalam kelambu para Artis yang kadang mengaib bahkan
menjatuhkan maruah para Artis itu sendiri.Peranan Wartawan dalam menaik dan menjatuhkan para Artis sangat
hebat sebenarnya,tanpa mereka sedari apa yang ditulis itu bakal memberi impak yang baik atau buruk pada nilai
seseorang Artis disisi masyarakat.Dan jika ianya sesuatu yang mengaibkan walau apa tujuan sekalipun
,bukankah itu satu dosa besar disisi ugama kita?Sedang kita tidak dapat menghalalkan dosa jika memang benar
ianya satu dosa.

Kebanyakan cerita-cerita tentang Artis yang kita baca dimajalah-majalah Hiburan hari ini bagi saya
membodohkan pemikiran anak muda dan masyarakat amnya,menggalakkan kita taksub dengan dunia Glamour
para Artis,menonjolkan imej seksi keterlaluan dan mengagungkan nilai kebendaan.

Dan saya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis yang tidak membenarkan penyanyi Faizal Tahir(Artis yang
lahir dari program Realiti) untuk membuat persembahan dinegeri itu,atas kesilapan dan keterlanjurannya
membuka baju dalam satu persembahan yang disiar dikaca TV sedikit masa lalu.

Muzik mahupun Filem perlulah bersifat lebih mendidik,kerana ianya satu cabang ibadah juga antara sesama kita
asal nawaitu kita betul.Hiburan itu satu keperluan ,cuma perlu diseimbangkan dengan waktu dan situasi,kerana
realitinya,hidup ini bukanlah sekadar hiburan semata.END

PENGARUH TELEVESYEN TERHADAP PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK


Posted on Maret 18, 2008 by imbalo

Ditulis oleh : Zulzaidi bin Mahmud


Media elektronik dan media bercetak merupakan medium kepada manusia untuk mengetahui banyak perkara,
secara tidak langsung menambahkan ilmu pengetahuaan. Media elektronik iaitu televisyen merupakan media
yang menjadi “favourite” semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua.
Televisyen memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, sukan dan hiburan.
Kanak-kanak merupakan antara golongan yang teramai dan terbanyak menonton
televisyen. Perkara yang menjadi tontonan kepada kanak-kanak adalah berhubung
dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan nyanyian. Hiburan boleh mendatangkan
ketenangan, menghilangkan kekecewan, dan mengatasi masalah emosi, tetapi hiburan
kartun yang ada di televesyen adalah berorientasikan hiburan yang patut dijauhi oleh
kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi menjadikan mereka berfikiran
negatif. Kartun adalah rancangan paling diminati oleh kanak-kanak ditambah lagi dengan
kecanggihan teknologi sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti”
yang dipanggil 3D.

Setiap hari kartun diibarat seperti makanan yang wajib dimakan untuk hidup,
tidak lengkap hidup kanak-kanak tanpa menonton kartun. Pihak-pihak penyiaran telah
mencuri “Golden Time” kanak-kanak untuk mempertontonkan rancangan-rancangan
kartun yang menarik seperti Doraemon, Detektif Conan, Sinchan, Spongebob dan lain-
lain lagi. “Golden Time” itu sepatutnya menjadi waktu yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk mematangkan mereka seperti membaca, bermain bersama ibu dan bapa.
Rancangan penonton-penonton cilik ini khasnya kartun disiarkan tanpa mengisa masa,
ada juga kanak-kanak menyatakan kepada ibu bapa “sabtu dan ahad hari abang
tau”. Bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah terpacak di hadapan televisyen untuk
menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara total.
Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik kanak-kanak bukan
ibu bapa. Penulis berkata demikiaan kerana televesyen telah melayani kanak-kanak
dengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa mereka rasa
gusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan
oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara ini amat menyedihkan.
Cuba bayangkan kasìh sayang seorang ibu kepada anaknya telah dirampas orang ketiga
tanpa disedari. Setiap ibu bapa harus sedar bahawa orang ketiga itu adalah “Prof Dr.
Televesyen” yang bisa mengajar kanak-kanak apa sahaja.

Ungkapan yang dijadikan asas kepada sicilik untuk menonton televesyen adalah
“sesuai untuk semua lapisan masyarakat” ditambah lagi dengan perkataan “U”
bagi UMUM. Rancangan-rancangan yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk kanak-
kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. Bukan hanya cerita
kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televesyen itu sendiri mesti dijauhi agar
keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda negatif. Jauh di sini
bermaksud jika sicilik yang ingin menonton televisyen ia mestilah dipantau secara total
kerana ditakuti dipengaruhi unsur-unsur negatif dalam fikiran mereka.

“Akademi Pediatrik Amerika (APP) telah menyarakan supaya televesyen


diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini disebabkan dalam tempoh
dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan didikan imej di
televesyen” [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda
Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Terdapat begitu banyak kesan kanak-
kanak menonton televesyen, bukan hanya terhadap fizikal menurut sains tetapi juga
terhadap emosi dan tingkahlaku yang akan diterangkan selepas ini.

KESAN DAN PENGARUH TV TERHADAP ANAK ANDA.

Menjejaskan Prestasi Akademik Dan Pembacaan Lancar

Rancangan kanak-kanak dipertontonkan kepada sicilik pada “Golden Time”


kanak-kanak iaitu diantara jam 2 petang sehingga 8 malam. “Golden Time” adalah waktu
yang sesuai dan sewajarnya untuk sicilik menyiapkan kerja sekolah, membaca bacaan
ilmiah untuk melancarkan pembacaan, belajar mengaji, riadah untuk menyihatkan tubuh
badan dan masa untuk menjana kreativiti sicilik. Tetapi waktu-waktu ini telah digunakan
oleh sicilik untuk menonton televesyen tanpa rasa rugi. Menurut laporan 1994 dari
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh ketara bagi kanak-
kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu. 10 jam seminggu ini jika
digandakan selama setahun jauh lebih banyak dengan masa seorang penuntut Ijazah
Sarjana Muda menghabiskan jumlah jam kredit untuk menjadi graduan. Perkara ini
perlulah difikirkan oleh ibu bapa dan perlu dititikberatkan untuk menjana generasi
mendatang.

Melalui pembacaan otak sicilik berfungsi semaksima mungkin untuk membayang


dan menganalisis apa yang dibaca dan ia juga memerlukan bantuan ibu bapa. Penulis
bertanya kepada pembaca artikel sekelian, pernah tidak anak anda membaca dalam
keadaan merangkak dan bertanya kepada anda, contohnya anak anda mengeja “ L O R
I “ kemudian bertanya “ibu apa itu lori ?” pastinya pertanyaan itu telah menjana
kecerdasan otak kanak-kanak itu untuk menganalisi perkataan yang disebut dan cuba
membayangkan apa itu lori. Menurut Dr Jerre Levy Pakar Perkembangan Hemisfera Otak
di Universiti Chicago telah menyatakan “ otak direka bagi memenuhi cabaran-cabaran
kognitif. Ia seperti otot: jika anda tidak membuat latihan ia akan lemah. Jika tidak
melatih otak anda, ia juga akan lemah”. Kemahiran bahasa boleh diransang melalui
pembacaan dan juga perhubungan dua hala lebih-lebih lagi keluarga iaitu ibu bapa
bukannya menonton televisyen. Menonton televisyen adalah proses interaksi sehala
sahaja iaitu televisyen menayangkan rancangan dan sicilik sibuk menonton tanpa berfikir
dan tidak kreatif.

Menurut Dr Patti Valkenburg dan Dr Tom Van De Voort dari Pusat Kajian Media
Kanak-Kanak di Leiden, Belanda, yang telah meneliti semua kajian yang dijalankan dalam
tempoh 40 tahun. Kajian-kajian itu meneliti perbezaan dalam daya imaginasi kreatif
kanak-kanak yang di rumah mempunyai televisyen berbanding kanak-kanak yang tidak
mempunyai televisyen [petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak
Anda Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang]. Contohnya anda melihat anak
anda sibuk bermain dengan sebatang pen. Pastinya anda tertarik bahawa sicilik
menggunakan hanya sebatang pen dengan banyak cara antaranya menulis, menconteng
dan ada juga yang menganggap ia adalah “microphone” untuk menyanyi. Bukankah itu
tandanya otak sicilik telah digunakan untuk menjana kreativiti?

Mempertontonkan Unsur Keganasan

Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada unsur keganasan. Tidak kita sedar
bahawa kebanyakan cerita kartun yang dipertonton kepada sicilik di dunia global ini
mempunyai unsur-unsur ganas. Penulis yakin jika anak anda menonton rancangan
Ultraman pasti mulut anak ada akan menyebut perkataan “BUNUH”. Anak anda akan
berkata “Ultraman bunuh raksasa itu” bukankah itu merupakan unsur keganasan tanpa
kita sedari?. Keganasan di televisyen adalah terlalu banyak berbanding dengan dunia
realiti kerana televesyen dapat menyediakan adegan-adegan bunuh, pukul memukul,
menembak, menampar, menjerit dan sebagainya yang boleh diistilahkan sebagai ganas.
Unsur ini jika tidak dibendung mendatangkan mudarat yang besar pada emosi kanak-
kanak dalam kehidupan. Ada juga bila ibu menyuruh sicilik melakukan apa-apa kerja, lalu
sicilik naik angin dan berkata “kalau ibu suruh lagi, adik fire ibu “. Bukankan itu satu
pembentukan sahsiah yang merucing dan kebejatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Mempertontonkan Unsur seks

Rancangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak seperti kartun yang


mempunyai imej-imej seksi dan berunsurkan seks. Jika si hero dalam rancangan
televesyen mempunyai imej ganas, si heroin pula mempunyai imej seksi. Imej seksi ini
menampakkan bentuk atau lekuk-lekuk tubuh wanita yang sepatutnya dijauhi oleh
kanak-kanak?. Babak-babak cinta, cium dan tidur bersama adalah babak yang
menjadikan sicilik terlalu cepat matang, bukan matang dengan perkara positif, tetapi
matang dengan perkara negatif. Ibrahim M.Hefzallah dalam bukunya Critical Viewing of
Televisyen menyatakan televesyen memaparkan hubungan seks yang berulangkali.
[petikan Buku Kesan TV Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang] Seks yang biasa ditunjukkan bukan hanya dalam
cerita kartun tetapi cerita realiti juga yang mana unsur-unsur cinta si hero dan heroin
telah berakhir di ranjang katil untuk menunjukkan bahawa itu adalah tanda cinta sejati.
Perkara ini jika setiasa berulang dalam kehidupan sicilik ia akan mengangap ia adalah
perkara lumrah dan biasa.

Pembaziran

Dalam buku “The Overspent American”, Pakar Ekonomi Harvard, Juliet Schor
menegaskan lebih banyak seseorang menonton televesyen, lebih banyak ia
berbelanja.[petikan Buku Kesan Tv Terhadap Perkembangan Anak Anda Terbitan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang].

Dua benda yang menjadikan tontonan televesyen ini dikatakan membazirkan


bagi penulis adalah “fun” and “fashion” dikalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak lelaki
apabila selepas melihat rancangan kegemaran meraka pasti keinginan mereka
membuak-buak untuk membeli alatan-alatan yang kurang bermanfaat yang ada kaitan
dengan rancangan yang ditonton. Contohnya mainan-mainan seperti robot, senapang
dan kad-kad mainan yang mempunyai imej hero mereka. Bagi kanak-kanak perempuan
patung-patung, t-shirt atau Costum dan sebagainya yang memaparkan imej heroin yang
disukai. Sicilik sanggup untuk bermogok kepada ibu pada sekiranya tidak membeli
peralatan hiburan ini. Bukankah ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Penulis merasakan ibu bapa perlu memikirkan keperluan sicilik, jika ia dianggap
keperluan yang mampu merangsang minda sicilik tanpa ada unsur negatif, penulis
berpendapat itu boleh dipertimbangkan, kerana bukan semua perkara itu negatif. Selain
itu rancangan berbentuk game yang dipertontonkan juga menarik minat sicilik. Game
berbayar ini jika ibu bapa tidak memantau rapi anak-anak, ia mudah menarik minat anak
untuk bermain. Permainan game di rancangan televisyen mengenakan bayaran yang
tinggi justeru meningkat perbelanjaan ibu bapa. Panggilan-panggilan telefon telah
meningkat akibat keinginan anak-anak untuk bermain permainan televesyen ini.

Bahasa Kasar Dan Khayalan Melampau

Bahasa yang digunakan oleh rancangan kartun mempunyai bahasa-bahasa kasar


yang patut dijauhi. Contohnya dalam Ultraman atau Power Rangers perkataan yang tidak
pernah ditinggalkan adalah perkataan “tak guna” atau “jahanam punya penjahat”.
Perkataan atau frasa ini tidak sepatutnya di jadikan makanan untuk sicilik, kerana
peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertuturan yang baik-baik dan tidak
berunsur negatif. Jika perkataan ini berulang-ulang didengar oleh kanak-kanak ditakuti ia
akan diterjemahkan kedalam kehidupan harian terutama apabila berinteraksi dengan ibu
bapa atau rakan sebaya.

Khayalan dalam cerita-cerita di televesyen juga tidak ada bandingan lagi kerana
khayalan yang dibawa adalah khayalan yang melampau dan ditakuti menjadi habit atau
cubaan kepada sicilik. Contohnya kartun Superman atau Spiderman yang memaparkan
khayalan yang mustahil berlaku, dan jika diterjemahkan oleh sicilik dalam dunia realiti ini
dikhuatiri mendatangkan kesan buruk.

Unsur Yang Merosakkan Nilai-Nilai Keagamaan.

Rancangan di televesyen mempunyai kesan-kesan negatif yang telah diterangkan


diatas, ada juga kesan yang paling buruk yang akan merundung dan menyelubungi anak
kita secara tidak langsung. Kesan itu adalah pengaruh terhadap nilai-nilai keagamaan
terutama kepada yang kanak-kanak yang mula mengorak langkah mengenal agama.
Contoh yang paling ketara adalah masa rancangan disiarkan di televesyen, kita sedia
maklum untuk menarik kanak-kanak waktu yang paling sesuai adalah dari jam 7 hingga
ke 8 malam. Di dalam waktu ini bagi yang menganut agama Islam terdapat waktu
Maghrib yang mana umat Islam akan mengerjakan solat Maghrib. Waktu kanak-kanak
adalah waktu yang paling sesuai untuk mentarbiah sicilik untuk belajar solat. Jika waktu
ini disia-siakan maka tiang agama mudah dirobohkan. Selain waktu yang tidak sesuai,
rancangan-rancangan berbentuk merosakkan akhlak juga banyak dipertontonkan seperti
pakaian, atau watak-watak yang tidak senonoh dipertontonkan.

BAGAIMANA CARA MENGATASI DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN ANAK ANDA

Kesan televisyen terhadap perkembangan sicilik telah diterangkan di atas secara


ringkas agar pembaca dapat mengetahui bahawa kesan negatif adalah lebih banyak
kesan positif apabila anak anda menonton rancangan di televesyen. Bukan semua
rancangan di televesyen mempunyai kesan buruk dan negative tetapi pemantauan ibu
bapa adalah perlu agar sicilik hanya melihat rancangan yang berunsurkan ilmu
pengetahuan yang mempunyai positif.

Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa mestilah meluangkan waktu bersama kanak-kanak dalam setiap aktiviti
mereka. Belaian ibu bapa terhadap sicilik merupakan tanda kasih sayang yang amat
diperlukan mereka. Jika menonton rancangan televesyen sewajibnya ibu bapa menemani
sicilik agar rancangan televesyen yang dipertontonkan dipantau dengan rapi agar tidak
terdedah kepada unsur-unsur negatif.

Rancangan Berunsur Dokumentari

Bukan semua rancangan di televesyen itu negatif, terdapat juga rancangan yang
menjana otak mereka supaya menjadi matang. Antaranya rancangan berbentuk
dokumentari yang mana rancangan tentang unsur-unsur alam semulajadi. Kehidupan
haiwan dan tumbuhan yang ditayangkan memberi kesedaran kepada mereka bahawa
Alam ciptaan Tuhan amat luas dan tiada penghujungnya. Apabila sicilik melihat
rancangan dokumentari ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga secara tidak
langsung keterikatan hubungan makin erat dan rapat.

Pastikan Televesyen Jarang Terpasang

Televesyen yang dipertontonkan kepada anak anda haruslah jarang dipasang


agar televesyen tidak menjadi keperluan mereka. Jika perkara sebegini berlaku dan
televesyen menjadi kehidupan mereka, hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan mula
renggang akibat ada orang ketiga. Dalam tempoh 12 tahun pertama kehidupan kanak-
kanak ia haruslah rapat dengan budaya membaca. Budaya membaca ini akan
menjadikan anak anda lebih matang dan berwawasan jauh.

KESIMPULAN

Selaku orang dewasa yang diamanahkan untuk mendidik kanak-kanak, perlulah


kita mentarbiah mereka agar mereka menjadi generasi yang terbaik. Setelah diterangkan
secara ringkas berkenaan dengan kesan dan pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak,
dapatlah kita fahami bahawa televisyen bukanlah cara menyelesaikan masalah yang
terbaik. Selaku orang yang berfikiran matang haruslah kita mengambil beberapa langkah
untuk membendung gejala yang kurang bermanfaat ini. Antaranya televisyen perlulah
berada di tempat yang kurang strategic agar kanak-kanak susah untuk menontonnya.
Selain itu pastikan televisyen sentiasa tertutup kecuali rancangan yang member manfaat
kepada anak anda, kemudian pertimbangkanlah keperluan televisyen dalam hidup
keluarga anda. Jelaslah bahawa bukan mudah untuk membentuk genarasi kanak-kanak
yang bijak pada hari ini dan gemilang pada masa depan.
SN025 - KEGAGALAN SISTEM KAPITALISMA
MENANGANI MASALAH SOSIAL
Monday, 09 June 2008 21:42
PDF
SN Keluaran 2005

[SN025] Masyarakat Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi gejala sosial. Episod menyedihkan musim baru
menyaksikan seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis,
Pahang bernama Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, dilaporkan telah dipukul pelajar senior pada 24
April lepas sebagaimana yang dilaporkan di laman web Bernama pada 14 Jun 2005. Ketika ramai dari kalangan
anggota masyarakat mengurut nafas lega kerana adik Afiq tidak mengalami lumpuh seluruh anggota badannya
dan boleh berjalan sendiri, dengan tiba-tiba insiden seorang remaja dibelasah sekelompok samseng menjadi
berita sensasi negara. Laporan Berita Harian, Khamis 30hb Jun 2005 menyatakan Allahyarham Asrin Mohsin,
18, yang bertarung nyawa selepas dibelasah di Pesiaran Gurney, Georgetown awal pagi Sabtu lalu, disahkan
meninggal dunia jam 4 pagi setelah koma selama 4 hari. Gara-gara seorang perempuan, nyawa yang jadi galang-
gantinya!

Sungguhpun isu ini menarik perhatian seluruh anggota masyarakat termasuk ahli Parlimen dan Sultan yang sudi
mencemar duli untuk turun ke padang, gejala sosial yang semakin menjadi-jadi ini seolah-olah sekadar hangat-
hangat tahi ayam kerana ujudnya terlalu banyak agenda hiburan yang menenggelamkan berita-berita sebegini.
Rancangan televisyen realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Audition dan Bintang RTM lebih
mendapat tempat di hati peminat seni hiburan tanahair. Sambutan konsisten terhadap rancangan yang mampu
menjana keuntungan stesyen televisyen dan syarikat telekomunikasi dibuktikan dengan siri airmata peminat
menangisi ‘pemergian’ idola mereka, sebaliknya isu sosial seperti insiden buli dan belasah hanya disambut
dengan rungutan yang bersifat sementara. Kemunculan artis-artis jelita ‘ala mi segera’ ini sangat menarik minat
apatah lagi dengan penampilan seksi yang sudah tentu boleh menggelorakan syahwat. Siapa yang telah lupa
laporan media sejurus selepas tamat Akademi Fantasia 2 yang mana sejumlah RM7.5 juta telah ‘dilaburkan’ oleh
rakyat Malaysia dalam bentuk undian SMS (Utusan Malaysia, 15 Ogos 2004).

Dalam masa yang sama, isu rogol dan sumbang mahram masih tetap mewarnai senario media cetak dan maya.
Kegelisahan umat yang ditunjukkan dengan tulisan-tulisan di media-media tersebut dan paparan MySiasat NTV7
serta 999 (TV3) seakan tidak mampu menangani masalah sosial yang bertali arus seiring dengan kepesatan
pembangunan madaniyyah demi meletakkan Malaysia di peta dunia. Sebahagian golongan bersikap acuh tidak
acuh. Ketika keluarga Allahyarham Asrin masih berduka, sebahagian masyarakat ibu kota sibuk membanjiri
Dataran Putrajaya untuk menyaksikan secara langsung konsert mingguan kelima Akademi Fantasia 3 (AF3).
Apakah sikap sebegini mampu merealisasikan aspirasi melahirkan masyarakat cemerlang? Sautun Nahdhah ingin
mengungkap masalah sosial masa kini yang berpunca dari tidak ujudnya pemisahan antara lelaki dan wanita
dalam kehidupan dan apakah perspektif Islam menanganinya untuk melahirkan masyarakat gemilang di dunia
dan akhirat.

Reaksi Masyarakat

Sesetengah kaum Muslimin melihat realiti yang menyakitkan ini sebagai masalah akhlak dengan bersandarkan
pada tanggapan “Jika setiap individu memiliki akhlak yan baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik.
Kemunduran dan kebangkitan suatu masyarakat sangat ditentukan oleh kebangkitan dan kemunduran
akhlaknya”. Pandangan ini adalah sangat dangkal kerana insiden-insiden menyedihkan yang dipaparkan di atas
sebenarnya adalah gejala atau symptoms, manakala penyakit sebenar yang melanda masyarakat hari ini adalah
disebabkan oleh dominasi sistem kapitalis dan tidak dilaksanakan hukum-hakam Islam secara kaffah
(menyeluruh) dalam kehidupan. Akibatnya masyarakat tidak pernah ambil pusing antara punca masalah sosial
yang sangat menonjol iaitu pergaulan lelaki wanita yang tidak menurut batasan yang ditetapkan oleh syarak.

Cara Merubah Masyarakat dalam Sistem Kapitalis


Jika aspirasi murni ialah melahirkan masyarakat cemerlang, ini bermakna konteks yang hendak dikaji adalah
kebangkitan umat atau kebangkitan masyarakat, bukan kebangkitan individu. Maka, cara membangkitkan
individu pasti tidak sama dengan membangkitkan masyarakat. Contoh: seorang lelaki yang mengamalkan rukun
Islam dengan sempurna, dapatkah dia mengawal jirannya dari terjebak dengan perzinaan? Justeru cara
membahas kebangkitan masyarakat adalah dengan memahami unsur-unsur penyusun masyarakat serta cara
mengubah masyarakat yang terdiri dari 4 unsur – manusia, pemikiran, peraturan dan perasaan. Jika penyelesaian
yang dicari berasaskan sistem kapitalis yang mementingkan manfaat-mudarat, untung-rugi semata-mata kita
menyaksikan hukuman yang dilaksanakan tidak mampu menyelesaikan berbagai krisis sosial yang kian
meruncing. Hukuman berasaskan common law juga terbukti gagal sehingga tidak mampu melindungi
masyarakat sehingga hak masyarakat untuk menikmati ketenangan telah dirampas.

Hukuman dari Perspektif Islam

Syariat Islam adalah sistem yang ditetapkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia melalui Rasulullah
saw untuk seluruh dan demi kerahmatan umat manusia sepanjang masa dimana jua. Hukum Islam dengan
sumber Al-Quran dan As Sunnah, adalah hukum yang lengkap yang akan mengatur segenap aspek kehidupan
manusia. Dengan ijtihad para mujtahid, hukum Islam akan mampu menjawab tiap persoalan baru yang muncul.
Ia tidak akan pernah kering dan sentiasa relevan di sepanjang masa. Hukum Islam diturunkan kepada manusia
dengan memandang manusia sebagai manusia yang memiliki sifat kemanusiaan (insaniah)yang secara
sunnahtullah, tidak mengalami perubahan. Manusia yang hidup 14 abad yang lalu di negeri Arab, memiliki sifat
kemanusiaan yang dengan manusia yang hidup sekarang. Menurut Syekh Muhammad Muhammad Ismail dalam
kitab Al-Fikru al Islamy, pada diri manusia terdapat potensi kehidupan iaitu keperluan organik serta naluri berupa
naluri beragama, naluri pembiakan dan naluri survival sebagai sunnatullah, yang mana potensi ini tetap ada
sepanjang masa. Justeru cara menangani sebarang permasalahan yang melanda manusia hendaklah mengambil
kira fitrah atau sunatullah manusia ini.

Antara Wanita dan Lelaki

Wanita dan lelaki adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan untuk saling lengkap-melengkapi. Di dalam Al
Qur’an, Allah Swt berfirman berkaitan dengan keberadaan manusia, yang terdiri dari laki-laki dan perempuan,
sebagai berikut :“ Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan, lalu menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal. (Surah al-
Hujurat 49:3).) " Diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri
kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram dengannya" (Surah ar-Rum 30:2)

Adalah suatu yang lumrah apabila ujud 'chemistry' antara wanita dan lelaki. Ia adalah manifestasi naluri manusia
untuk melanjutkan keturunan, yang menuntut suatu pemuasan ketika bergejolak. Akan tetapi, naluri tersebut
tidak akan bergejolak, kecuali kerana adanya fakta yang dapat diindera atau adanya fikiran-fikiran yang sengaja
ditimbulkan. Kita dapati masalah sosial yang bermaharajalela di dalam masyarakat saat ini disebabkan tidak
adanya batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Masyarakat Islam sendiri telah termakan idea Barat yang
mana mereka tindakan menciptakan fakta-fakta yang terindera dan fikiran-fikiran dan fantasi-fantasi seksual
merupakan tindakan yang lazim mereka lakukan. Tujuannya adalah demi membangkitkan naluri seksual mereka
sehingga naluri tersebut menuntut pemuasan. Apabila masyarakat lebih selesa menghabiskan masa dengan
aktiviti-aktiviti hiburan dan kurang peduli masalah-masaah sosial disekeliling mereka, bagaimanakah aspirasi
melahirkan masyarakat cemerlang & gemilang hendak dicapai?

Penyelesaian Menurut Perspektif Islam

i. Ketaqwaan Individu

Islam yang lengkap ini memiliki pengaturan dan hukum-hakam tentang apa jua permasalahan yang menimpa
manusia. Seorang muslim sejati yang menjadikan redha Allah sebagai penentu perbuatannya meyakini bahawa
akidah yang mantap akan membantu seseorang menangani isu berkenaan dengan pemenuhan naluri melanjutkan
keturunan (gharizatul nau’) iaitu melalui pernikahan. Sekiranya masih belum berkemampuan, naluri ini dikekang
dengan mengalihkannya pada aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah (taqarrub ilalLah) seperti berpuasa
sebagaimana hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, "Wahai pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang
mampu berumahtangga, maka menikahlah. Sebab, menikah itu dapat menundukkan pandangan dan
membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu
dapat menjadi benteng (bagi seseorang)" Ini selaras dengan firman Allah – "Orang-orang yang tidak mampu
untuk menikah, hendaklah menjaga kesucian (diri)nya hingga Allah memberikan kepada mereka kemampuan
dengan kurnia-Nya (Surah an-Nur 24;33). Dia juga disarankan agar. Sekiranya terdapat realiti seperti wanita
seksi lalu di hadapan mata, dia akan dengan segera menundukkan pandangannya sebagaimana perintah Allah
SWT dalam surah An-Nur ayat 30, "Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka". Sementara bagi para wanita pula, mereka mematuhi perintah
menundukkan pandangan, memakai khimar (tudung kepala) dan berjilbab ketika di tempat umum dan di hadapan
lelaki bukan mahram sebagaimana firman Allah : "Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dada mereka.
Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya (surah An-Nur 24: 31)
"Hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka keatas seluruh tubuh mereka (Surah al-Ahzab :59). Selain itu,
dia juga mengelakkan tabarruj seperti memakai wangian dsb, contohnya hadis dari Abu Musa al-Asy'ari yang
bermaksud: Siapapun wanita yang memakai wewangian kemudian melalui suatu kaum agar mereka mencium
baunya, bererti dia seorang penzina.

ii. Kawalan Masyarakat

Walaubagaimanapun, seperti mana hukum-hakam lain, pelaksanaan syariat sepenuhnya tidak sekadar bergantung
kepada ketaqwaan individu tetapi juga kawalan masyarakat yang mana apabila berlaku sesuatu aktiviti maksiat,
setiap ahli masyarakat terpanggil untuk melakukan tindakan pencegahan, iaitu nahy munkar seperti mana hadis -
Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka
dengan lidahnya. Jika tidak mampu, dengan hatinya (di dalam hati). Itulah selemah-lemah iman.

iii. Keujudan Negara yang menerapkan Islam secara Kaffah

Sungguhpun begitu, ketaqwaan individu dan campur tangan masyarakat untuk mengatasi masalah sosial tidak
akan mencegah dan menyelesaikan kemaksiatan yang bermaharajalela dalam masyarakat tanpa adanya
penguatkuasaan dan hukuman oleh negara kepada yang melanggarnya. Hukuman hudud kepada penzina adalah
satu contoh hukuman kepada pelaku maksiat, selain dari penguatkuasaan tentang penampilan dan pakaian
muslimat dan non-muslimat di tempat awam yang mana ia bertujuan menjaga kemaslahatan masyarakat.

Khatimah

Islam sebagai sebuah ideologi lengkap memiliki setiap penyelesaian akan permasalahan yang melanda manusia.
Dalam menangani masalah sosial, apa yang perlu difokuskan ialah kita mengakui akan ujudnya naluri
melanjutkan keturunan (procreation instinct) yang mana, rangsangan dan tarikan antara berlainan jantina yang
didorong oleh naluri ini dihalusi dan ditangani sesuai dengan syara'. Ketiadaan sistem pemerintahan yang
menerapkan Islam secara kaffah menyebabkan tidak adanya hukum-hakam bersepadu yang ujud seiring jalan
antara ketiga faktor – ketaqwaan individu, kawalan masyarakat dan keujudan negara yang menerapkan hukum-
hakam Islam secara kaffah. Maka, sebagai seorang Muslim yang berfikiran jernih, adalah sangat perlu melihat
sesuatu isu dengan mengkaji akar umbinya (root of the problem) dan bukan sekadar melihat gejala (symptoms)
yang lahir disebabkan ketiadaan Negara Islam, yang dengannya penerapan hukum-hakam Islam dapat
dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru, penyelesaian paling tuntas dalam apa jua permasahan yang dihadapi
umat manusia tidak ada cara lain selain dari melanjutkan kehidupan Islam yang berarti mengajak kaum muslimin
kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam. Seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-
hukum syara’ dan pandangan hidup yang menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah naungan Daulah
Islamiyah, yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang menjalankan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan
Sunnah Rasul-Nya. Tidak perlu mempertikaikan hukum hakam Allah atas alasan masyarakat masih belum
bersedia kerana ketika di Malaysia diterapkan lebih dari 80% undang-undang British (hingga sekarang) dan
pelaksanaan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, rakyat tidak pernah ditanya samada sudah
bersedia atau belum. Marilah kita bersama-sama berjuang mengajak seluruh umat Islam kembali kepada Islam
dan merealisasikan pelaksanaan Islam secara kaffah. Namun begitu, dalam mengorak langkah memastikan hanya
Islam yang menjadi tolok ukur, marilah kita menghalusi hukum-hakam Islam satu persatu supaya apabila perahu
telah di lautan dan pendayung telah ada di tangan, kita tidak terkapai-kapai mencari as-Syafie dan al-Ghazali
untuk meraih restu Illahi. Wallahu ‘alam.

Anda mungkin juga menyukai