1.0 PENDAHULUAN Sukaneka merupakan salah satu program di bawah bidang Kokurikulum sekolah. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan pada setiap tahun di mana aktiviti ini merupakan aktiviti bagi semua pelajar sekolah rendah yang dijalankan bersama-sama dengan sukan tahunan sekolah. Program sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan untuk tujuan bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Bukan itu sahaja, program ini juga memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti bersuka dimana program ini dapat mendidik mereka untuk bergaul dan bermesra bersama rakan sekelas, mendidik mereka agar dapat bekerjasama antara satu sama lain dan juga menggalakkan mereka menjalani terapi psikomotor halus dan psikomotor kasar. Di samping itu, permainan sukaneka ini mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid-murid sekolah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini. Acara sukaneka yang dijalankan melibatkan semua murid sekolah. Di samping itu juga sukan ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim di kalangan guru Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.
2.0 MATLAMAT Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
3.0
OBJEKTIF 3.1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta. 3.2 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing. 3.3 Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta. 3.4 Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif. 3.5 Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran,
pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan. 3.6 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 3.7 Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan. 3.8 Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas kerja.
4.0
MAKLUMAT AKTIVITI
4.1 Tarikh 4.2 Hari 4.3 Masa 4.4 Tempat 4.5 Penglibatan
: : : : :
3 Julai 2013 Rabu 8 Pagi 4.30 Petang Padang Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka Semua Murid Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka
5.1 Semua Murid Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka iaitu murid tahun satu hingga murid tahun 6.
6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penyelaras Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha AJK Teknikal : Pn. Nor Faaza Binti Taib : Nur Atiqhah Bt Ahmad : Fatin Nur Syafiqah Bt Abdul Muthalib : Noor Asikin Bt Md Desa : Noranisah Bt Nakim : Azreen Bin Adenan : Zul-fahmi Hakim Bt Mohd Zubir AJK Permainan : Nurul Syahadah Bt Sholikhin : Nur Sarah Adilah Bt AB Rahim : Nur Emyliza Bt Musa
: :
Senamrobik Taklimat sukaneka bagi murid sekolah sesi pagi iaitu murid tahun 1, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
8.10 pagi
10.00 pagi
: :
Rehat Taklimat sukaneka bagi murid sekolah sesi petang iaitu murid tahun 2 dan tahun 3.
: : :
Pertandingan Sukaneka murid tahun 2. Pertandingan Sukaneka murid tahun 3. Tamat Sukaneka. (Penyampaian hadiah diberikan semasa sesi perhimpunan pagi sekolah pada hari isnin 8 Julai 2013)
1. Lari Bawa Bola (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. 2. Baling Gelung Besar (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
1. Tarik Bola Dengan Gelung Rotan (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan) 2. Bawa Uncang Masuk Dalam Bakul (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan)
1. Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan) 2. Skipping (10 orang murid perempuan)
1. Baling dan Sambut Belon (10 orang murid perempuan) 2. Gelecek Bola Hoki (10 orang murid lelaki)
1. Jalan Atas Batu Bata (10 orang murid lelaki) 2. Terompah Gergasi (10 orang murid perempuan)
1. Jalan Ikat Kaki (10 orang murid perempuan) 2. Lari dalam Guni (10 orang murid lelaki)
ALATAN Gelung rotan Gelung Warna Bip Bola Tali penamat Kon Belon Besen Stik hoki Batu bata Terompah Kain Guni healer
KUANTITI 40 gelung 8 gelung 5 helai 4 biji 5 Meter 20 buah 50 biji 8 buah 4 batang 12 biji 4 biji 4 helai 4 helai 1
10.0 SUMBER PERUNTUKKAN 10.1 Peruntukkan Ko-Kurikulum Sekolah 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1 Hadiah (i) Tahun 1 hingga tahun 6: -Johan -Naib johan -Tempat Ketiga 2. 3. Belon Minuman 6 6 6 10.00 5.00 3.00 60.00 30.00 12.00 Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM)
1 paket 100
12.0 PENUTUP Program Sukaneka ini akan dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman berharga kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Semoga aktiviti sukaneka ini akan memberi seribu satu manfaat dan perubahan yang besar kepada semua pihak dan sekaligus dapat merealisasikan segala
matlamat dan objektif yang telah direncanakan dengan jayanya. Diharapkan juga apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Sehubungan dengan itu juga diharapkan pihak sekolah meluluskan anggaran perbelanjaan yang telah dibuat bagi menjayakan serta melicinkan lagi kelancaran program yang dicadangkan ini. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak sekolah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
__________________________
(NOOR ASIKIN BT MD DESA )
___________________________
(Pn. Nor Faaiza Binti Taib )
Setiausaha, Program Sukaneka Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan .
Penyelaras, Program Sukaneka Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka 71800 Nilai, Negeri Sembilan .
Diluluskan oleh,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan .
ULASAN MENTOR:
................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. ................................................................................................................................. .................................................................................................................................
Diulas oleh:
_____________________________ (Pn. Nor Faaiza Binti Taib Penyelaras, Program Sukaneka Sukan Tahunan, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. 71800 Nilai, Negeri Sembilan . )