Anda di halaman 1dari 16

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,

DAN LAPORAN

disediakan oleh
HUSSIN BIN SARIF
Jabatan Pengajian Melayu
IPTHO, Batu Pahat

1. Apakah Itu Penulisan?

Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di


jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas,
kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai
jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka.
Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan
membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan.

Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata


didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan
diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan
pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan
(kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik)
ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka
telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar
tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.

Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak
berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam
satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya.
Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu
tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya.
Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan
amanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan
pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang
penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu
diberikan perhatian.

Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi


seorang penulis ialah:

1
i. pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,
sintaktis, dan tatabahasa)
ii. pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima
secara formal dan tidak formal)
ii. pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks
bertulis
iv. proses penulisan
v. penyuntingan.

Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:

i. ada keinginan untuk menyampaikan maklumat


ii. percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan
tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk
mengubah sesuatu
iii. tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak
dan memberi pendapat mereka.

Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus boleh
menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasil
penulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar,
menarik dan menyeronokkan.

2.Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak

Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagai


aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan kemahiran yang
membolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatif
dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori dan
berorganisasi).

Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya merangkumi


bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak).
Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak terikat
dengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teks
itu. Begitu juga dengan isi kandungannya, penulis tidak perlu
mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan
kerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham,
pemikiran atau ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnya
menulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan,
sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri dan
bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungan
karyanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan

2
kehidupan yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.
Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.
Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yang
dikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun dan
tidak subjektif. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah,
padat, dan tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat
rujukan fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar
dalam bidang kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum anda
memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbang
soalan-soalan ini:

i. Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang


menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau
jawapannya?
ii. Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat
memerlukan jawapan?
iii. Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati
itu memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan
pembanguanan manusia dan negara?
iv. Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru dalam
bidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalam
bidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang
berlainan?

Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlu


mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:

i. Apakah peranan anda sebagai penulis?


ii. Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?
iii. Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?
iv. Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan
bahasa yang digunakan?
v. Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan
anda itu?
vi. Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda
gunakan untuk memperelokkan penulisan anda?
vii. Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu
penyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan atau
penyelesaian kepada persoalan yang diutarakan; atau ia
hanya untuk memenuhi syarat pengijazahan?

3
3.Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam
Situasi Yang Berlainan

Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkan


oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau bagaimanapun anda
perlu menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu
penulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan
sumbangan kepada anda. Kerja yang dihasilkan itu pula harus
mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam
melaksanakan tugas.

Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui


konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu
dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulis
harus dapat menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas


kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
ii. Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan
antara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?
iii. Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan
ditulis?
iv. Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?
v. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada?
vi. Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?

Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan


terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu:

i. Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?


ii. Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?
iii. Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?
iv. Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang
hendak ditulis?
v. Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?
vi. Apakah matlamat dan tujuan anda?
vii. Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang
menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yang
terbaik?

4
Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapan
dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti:

i. sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)


ii. isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan
atau pilihan sendiri) untuk satu kumpulan pembaca tertentu
(pembaca dalaman atau luar)
iii. jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)
iv. perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)
v. pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan
formal)
vi. faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan
perkara-perkara lain.

Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan


profesional anda. Menulis tidak datang dengan mudah. Anda perlu
sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda
menulis dengan baik. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalam
perkembangan dan pembangunan kerjaya anda.

4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi


Teks)

Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka dalam
pelbagai bentuk seperti buku, buku teks, jurnal, majalah, dan
bentuk-bentuk lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyai
bahagian-bahagian yang serupa atau hampir serupa sama ada dari segi
reka bentuknya ataupun fungsinya. Bahagian-bahagian ini ialah:

i. Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbit


ii. Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasingan
iii. Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak
dikatakan oleh orang lain selain daripada penulis
iv. Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20)
muka surat (nombor Arab sahaja digunakan)
- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang
disenaraikan
v. Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada
pelbagai aspek penulisannya)
vi. Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang

5
tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan
pengetahuan penulis

vii. Bab - tesis dan idea-idea penulis


viii. Apendiks - maklumat tambahan
ix. Indeks - senarai perkataan penting (idea)
x. Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk
- tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan
dimuatkan dalam penulisan anda
xi. Glosari - kamus mini
xii. Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang
tertentu

5. Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah Penulisan

Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan
tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi mikro (di dalam bab
dan di dalam perenggan):

i. Tajuk (tesis, idea, fakta dsb.)

ii. Perenggan
ii.i. perenggan pengenalan
ii.ii. perenggan fizikal
ii.iii. perenggan isi
ii.iv. perenggan konseptual
ii.v. perenggan ideasional
ii.vi. perenggan subideasional
ii.vii. perenggan penutup
iii. Ayat
iii.i. ayat tesis
iii.ii. ayat tajuk
iii.iii. ayat keterangan
iii.iv. ayat contoh
iii.v. ayat penutup
iv. Isi/Idea
iv.i. idea utama
iv.ii. idea kawalan
iv.iii idea sokongan

v. contoh

vi. Retorik

6
vi.i. retorik perenggan
vi.ii. retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] - gabungan
beberapa retorik)

vii. Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)


vii.i. koherensi ayat
vii.ii. koherensi perenggan
vii.iii. koherensi bab

6. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis

Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses
menulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpa
perancangan yang teliti. Penulis akan memulakan penulisan dengan
membentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapati
dari hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan atau
melalui soal selidik dan sebagainya.

Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis -


adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan. Setiap satu
mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis.
Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun
"expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.

6.a) Kertas Cadangan

Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi


atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun
konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk.
Antaranya ialah:

i. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian


(research proposal) yang berbentuk akademik. (kertas
cadangan kajian)
ii. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang
sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah
akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan.
(kertas konsep)
iii. Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam
mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina,
mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep
dan teorinya boleh dilaksanakan (bukan bersifat

7
akademik/ilmiah).

Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan,


pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepada
penulis yang memerlukan jawapan dan boleh dicari melalui kajian).
Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap
tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakan
masa yang lama dan susah.

Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu


dijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang dilakukan mesti
dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung
dan diukur.

Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya


mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI, KESANNYA


TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI KAWASAN
BUKIT MINYAK

Pengenalan, ada:
i. latar belakang
ii. isu dan masalah
iii. matlamat/tujuan/objektif
iv. skop kajian
v. soalan kajian dan hipotesis
vi. Soalan kajian:

vi.i.Mengapakah ia berlaku?
vi.ii.Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak
berkesan?

Hipotesis:

Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu akan


berkurangan jika penguatkuasaan berkesan
Hidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat

vii. limitation of terms/definition of terms

Tinjauan Bacaan (literature review)

8
– adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah
bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan orang lain tentang
tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita itu, jangan baca
apa pandangan orang lain kemudian baru hendak membentuk
pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan orang
lain
Metodologi sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif
(cadangan sahaja)

- kaedah untuk mendapatkan data daripada golongan sampelan kita,


pilih satu kaedah saja supaya tidak membebankan kita apabila kita
menganalisis data nanti, mesti ada:

i. subject of the research (proses persampelan - memberi


kriteria pemilihan)
ii. materials of the research (bahan-bahan yang digunakan
dalam kajian)
iii. instrumen of the research –melibatkan kajian behavioural
(e.g. soalan temu duga, kertas ujian, dll.)
iv. procedure of the research (diberi/dinyatakan secara
terperinci dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan
juga secara kronologi)
v. pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan
lain, iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji
sama ada instrumen kita sesuai/tidak
vi. (Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of the
research iaitu segala yang didapati terutamanya yang
berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin
kerahsiaannya)

Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif ataupun


kualitatif
i. primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah yang
dipilih sama ada melalui soal selidik, temu ramah dll. – lebih
baik data ini kerana penyelidik akan dapat rasakan susah
payah memungut data
ii. secondary data – mengambil data daripada hasil kajian
orang lain

Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui)

9
penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang akan diperolehi
sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis dalam a, b, c, dan d; dan
dapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya,
organisasinya, dan negara

Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)
(kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketua
jabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya ia boleh
diteruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua jabatan telah
bersetuju pada dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan, penyelidik
akan diminta menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk diteliti
tentang pembiayaannya dan untuk mendapat kelulusannya.)

(DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untuk


memohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan kelulusan
membuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPI
DI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN)

6.b) Kertas Kerja

Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas kerja' juga


tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya
'kertas kerja' ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan
tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan
sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan kewangan' (funding)
atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Dalam bidang akademia/ilmiah penulisan 'kertas kerja' pada asasnya


tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau
keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini
selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan
dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan,
persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil
penyelidikan orang lain.

Organisasi kerta kerja dengan kertas cadangan hampir serupa.

10
Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam
kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis
berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernah


diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakan
itu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah - gunakan soalan 5w [what,
where, when, who, why] dan 1h [how])

Tinjauan Bacaan

Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan)


seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan

Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secara


satu persatu dalam lampiran

Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itu


sepatutnya diberi dalam lampiran juga

Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang disasarkan)

Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan,


negeri, dan negara)

Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu


kebaikannya)

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)

6.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara yang


telah berlaku)

Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada


prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang
digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda

11
mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian
daripada jawapan yang dapat diutarakan:

i. membolehkan anda menyimpan rekod


ii. memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada
pegawai di jabatan anda
iii. menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan
iv. untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan
tugas anda
v. untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu
berurusan dengan andadan telah dilaksvi.untuk
memaklumkan perkembangan projek- projek yang
sedang anakan kepada mereka yang berkenaan
vii. untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan
anda supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan
anda
viii. untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka
ix. untuk hal-hal penilaian
x. untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan
melaksanakan dasar

Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas


laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu
tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan
asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan
digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan
hasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuat
keputusan dan melaksanakan tindakan.

Tajuk yang dimuatkan ialah:

Abstrak (hanya dalam laporan penyelidikan, penyelidikan boleh jadi


pendek seperti one shot case study sehinggalah sesuatu yang paling
panjang) – maksimum 120 pp, 1 perenggan sahaja, abstrak menjawab
tiga soalan:
i. mengapa kajian dijalankan
ii. bagaimana kajian dijalankan
iii. apakah hasil kajian
(bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yang
bersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislah
summary/ringkasan, bagi penulisan kreatif puladitulis sinopsis)
Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m.s. kertas A4)

12
Pengenalan

latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandangan


orang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang
terkenal dll. – berikan sumber rujukan/petikan yang diambil)
isu dan masalah
matlamat/tujuan/objektif
skop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak dilakukan
proses persampelan (memberi kriteria pemilihan)
soalan kajian dan hipotesis
limitation of terms/definition of terms

Tinjauan Bacaan(ringkas) adakan pegangan/pandangan kita dahulu


kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan
orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/pandangan kita
itu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru hendak
membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan
pandangan orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kita
seperti amalan, nilai murni, orang kampung, … - berdasarkan tajuk
kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan orang lain
sama ada sama/tidak dengan pandangan/pegangan kita)

Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas)


proses persampelan (subject of the research)
materials of the research (borang soal selidik, rakaman pita video, teks
mengajar/ceramah dll., jika tiada materials of the research yang
digunakan dalam kajian tidak perlu masukkan tajuk ini)
instrumen of the research (perkaedahan menjalankan penyelidikan
sama ada gunakan kaedah soal selidik – paling panjang 40 soalan
termasuklah setiap pecahan soalan, paling senang soalan yang
memerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang berbentuk kenyataan sama
ada kenyataan positif ataupun negatif, hipotesis dapat menentukan
kategori soalan dan penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannya
mengikut kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan; kaedah
memasang pita rakaman dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengan
setiap kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukar
hendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data yang
dikutip)
procedure of the research (langkah-langkah kajian atau penyelidikan
dilaksanakan)
pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa kajian rintis
penggunaan instrumen itu telah lakukan dan dapatannya (jangan buat
kajian rintis dengan target group kita/kumpulan yang menjadi pilihan

13
sampelan kita)

Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas)


Bagaimana data dianalisis amat penting, apakah yang dibuat dengan
data itu?
Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran,
dikira peratusannya, apakah keputusan/tafsiran/rumusan yang didapati
berdasarkan peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama
ada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yang
dikemukakan; selepas itu lakukan analisis mengikut setiap satu
kategori

Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga


sumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci) ulas mengikut
setiap satu soalan kajian/hipotesis secara terperinci

Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) – selain


daripada memberi penegasan semula objektif kita pengkaji boleh
berbentuk memberi cadangan/garis panduan/nasihat, memberi satu
model/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung lain, memberi
keputusan/membuat pilihan

Bibliografi/Rujukan

Lampiran (Appendix)
(bagi laporan yang menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti berikan
secara kronologi:
pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
mengikut kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itu
termasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakan
semasa melaksanakan aktiviti itu) - penulisan ini dilakukan dalam
perenggan pengenalan, perenggan isi yang terdiri daripada perenggan
konsep, perenggan ideasional, dan mungkin juga ada perenggan
subideasional; dan perenggan penutup

7. Proses Penulisan Langkah Demi Langkah

Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan proses


penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses
ini berjalan anda akan melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaian
langkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik
permulaan penulisan anda. Prinsip-prinsip utama ialah:
kenal pasti masalah (tesis)

14
tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (persoalan atau
hipotesis)
hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik perhatian anda
dan dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara subjek dan isu
kajian.
buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk
(kerangka teori); jika boleh buat satu jadual penulisan juga sebagai satu
garis panduan kerja kita
tulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentang
masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengan
dokumen yang diterbitkan)
kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab
soalan
pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber
maklumat - boleh buat penyelidikan perpustakaan/library research,
tanya kepada pakar, buat soal selidik, adakan temu bual, dll.)
terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu
nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan

8. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan Yang


Berkaitan

Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspek


persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukan
kerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendak
dilakukannya itu. Penulis akan berhadapan dengan penyataan
berkaitan dengan "viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yang
hendak dilakukan itu.
Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya
kepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang berpengalaman tentang
tajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukan
jawapan:
Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian
ini dengan masalah yang diutarakan?
Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar yang ada
tentang masalah ini?
Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar tentang kajian
ini?

9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu dan


Inggeris)

Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan Inggeris

15
dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok bahasa. Penulis perlu
membuat semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak dan
mengedar hasil kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberi
refleksi terhadap imej diri anda, pertamanya anda sebagai seorang
pegawai dan kedua sebagai seorang penulis.

Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha


menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak
menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum
pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi
ia tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang
ilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu
bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan
bangga kepada setiap penulis.

10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan

Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemak


kerja-kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.

i.pilih dan hadkan tajuk anda


ii.sempitkan dan fokuskan tajuk anda
iii.cadangkan tesis yang berfungsi
iv.tulis kenyataan tesis yang tentatif
v.cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai
ambil dan kumpul maklumat
vi.bentuk rangka yang berfungsi
vii.susun draf kasar
viii.tulis dan semak draf
ix.tulis draf akhir
x.semak draf akhir
xi.sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi

16