Anda di halaman 1dari 5

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

“ PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN “


( 15 OGOS 2008M / 13 SYA’BAN 1429H )
_______________________________________________________

: ‫حمْدُ ِلِ القآئِل‬


َ ْ‫ال‬

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, bersama-samalah kita


meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Azza Wa Jalla dengan mentaati
segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya taqwa
itu asas kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sempena dengan Pameran
Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) yang diadakan pada 11-23 Ogos
2008, maka tajuk khutbah kita pada hari ini ialah ” PERTANIAN
ADALAH PERNIAGAAN ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

1
Penduduk dunia pada masa ini berjumlah 6.6 bilion orang. Di negara
kita sahaja di anggarkan mempunyai seramai 25 juta penduduk.
Bagaimanapun pada akhir-akhir ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan berlaku mala
petaka krisis makanan di benua dan negara tertentu. Faktor utama kejadian
kekurangan makanan ini ialah kejadian bencana alam yang berterusan dan
pertambahan penduduk dunia yang semakin meningkat. Kadang kala tanah-
tanah pertanian ditukar menjadi kawasan penempatan penduduk yang
mengakibatkan keluasan tanah-tanah pertanian semakin sempit.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,

Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi


keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila
meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah.
Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk
perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi
peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan
halal. Menurut sumber industri, pasaran makanan halal dunia bernilai 500
bilion USD hingga 2 trilion USD setahun yang melibatkan 1.8 bilion umat
Islam.

Dengan demikian bidang perniagaan dalam pertanian khususnya


dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan
dan keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:

2
Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah
digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta
makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah
jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka
hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".

Betapa besar faedah makanan kepada manusia khususnya dalam


pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian
adalah Fardhu Kifayah. Dengan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ia
bukan sahaja untuk kepentingan agama tetapi juga memberi sumbangan
yang besar kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan
kehidupan manusia sejagat.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan


Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA) adalah satu langkah
bijak selari dengan tuntutan fardu kifayah. Malaysia adalah sebuah negara
yang bertuah kerana mempunyai tanah pertanian yang subur dan sumber
alam yang kaya untuk membekalkan bahan makanan dan minuman kepada
penduduknya. Sumber-sumber ini bukan sahaja mencukupi untuk rakyat
negara ini tetapi juga di eksport ke luar negara.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam


kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke- 9, menyatakan menjelang
tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72

3
bilion setahun. Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardhu kifayah, maka
sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan
kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian amat
dimurkai Allah SWT kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat yang
diberikan.

Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa


perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan
dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu
sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:

“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan


bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah
menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia
menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan
asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab


untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan
memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Mengakhiri mimbar ini maka khatib menyeru umat Islam supaya


memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai
sumber perniagaan kerana nyata memberi keuntungan, manfaat kepada
manusia sejagat dan memperluaskan pengeluaran makanan halal dunia.

4
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 88:

Yang bermaksud: "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah
kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang
kepada-Nya sahaja kamu beriman"

Anda mungkin juga menyukai