Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
UNIT 4
Uni
4
OBJEKTIF AM
OBJEKTIF KHUSUS
PENGENALAN
Dunia pada hari ini berhadapan dengan berbagai-bagai isu yang boleh menggugat
dan mengancam populasinya. Isu-isu seperti peperangan kimia dan biologi dan
perlumbaan senjata di kalangan negara-negara berteknologi tinggi terutamanya boleh
mengancam alam buana ini. Di sesetengah negara, terutamanya negara-negara dunia
ketiga, isu pendatang asing menjadi antara permasalahan utama. Kebanjiran mereka telah
mengundang berbagai-bagai masalah dari sudut soaial, ekonomi dan politik. Globalisasi
yang menjadikan dunia tanpa sempadan juga telah mengundang berbagai-bagai isu yang
menggugat kestabilan umat manusia. Apabila teknologi disalahguna , maka kehancuran
yang bakal menanti.
4.1 PEPERANGAN
INPUT
1. Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat digeruni dan mahu dunia
tunduk di bawah telunjuknya
2. Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
3. Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan mentah
4. Ingin menjadi jaguh dan polis antarabangsa
5. Cemburu dan irihati dengan persenjataan canggih negara-negara lain.
Peperangan banyak
mendatangkan kesan
negatif kepada alam dan
manusia antaranya.........
ISU-ISU MORAL SEMASA (DUNIA) A2002 / 4 /5
Cadangan-cadangan :
AKTIVITI 4 A
4.1. Secara amnya, peperangan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk antaranya
ialah :
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
MAKLUMBALAS
AKTIVITI 4 A
4.1 Tiga bentuk peperangan secara umum :
1. Perang Kimia dan Biologi
2. Perang Saraf
3. Perang Ekonomi
4.2. Tiga faktor berlakunya peperangan :
4. Keinginan untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan digeruni serta
mahu dunia tunduk di bawah telunjuknya
5. Permusuhan antara agama, kaum dan bangsa
6. Memenuhi keperluan dalam negara seperti memperolehi bahan-bahan
mentah.
4.3. Kesan peperangan terhadap kehidupan manusia :
7. Manusia yang tidak terlibat akan kehilangan nyawa
8. Mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser, kecacatan
keturunan akibat radiasi
INPUT
PENGENALAN
Pendatang asing ialah orang mendatang iaitu orang asing yang datang atau
memasuki sesebuah negeri yang lain secara sah atau tidak sah ( pendatang haram ). Di
Malaysia kebanjiran pendatang asing terutamanya di sektor pembinaan dan perindustrian
bermula sekitar tahun 1970-an. Selain implikasi demografi yang jelas, penghijrahan ini
mempunyai kesan ke atas pertumbuhan ekonomi dan hubungan antarabangsa. Pada
ISU-ISU MORAL SEMASA (DUNIA) A2002 / 4 /10
dasarnya penghijrahan ini dilihat sebagai satu proses yang membawa faedah ekonomi
bersama atau sebagai suatu masalah ekonomi dan perubahan sosial kepada kedua-dua
negara. Sejauh mana keadaan ini tercapai adalah bergantung kepada cara dan jenis
penghijrahan, status buruh asing dari segi undang-undang dan juga tempoh tinggal di
negara terbabit.
Buruh asing yang terdapat di negara kita sekarang boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu :
1. Golongan bukan warganegara Malaysia yang telah menetap di sini serta
mempunyai kad pengenalan warna merah. Mereka ini terdiri daripada
berbagai-bagai keturunan dari berbagai-bagi negara seperti Indonesia,
Thailand, Myanmar, Bangladesh ,India dan lain-lain. Di bawah Akta Sekatan
Kerja 1968, mereka tidak dibenarkan bekerja makan gaji melainkan
mempunyai permit kerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh. Undang-
undang yang membenarkan mereka ini mendapat pas kerja adalah tertakluk
kepada alasan-alasan tertentu.
2. Golongan bukan warganegara yang masuk ke negara ini dengan menggunakan
pasport yang sah. Golongan ini dibenarkan bekerja dalam jangka masa
tertentu ( dua tahun ) dalam bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran
yang tidak ada pada pekerja tempatan. Apabila habis tempoh , pas atau permit
mereka tidak akan disambung kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
3. Buruh asing yang masuk secara haram dan kebanyakan mereka bekerja di
sektor perladangan, perindustrian dan pembinaan.
ISU-ISU MORAL SEMASA (DUNIA) A2002 / 4 /11
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pendatang asing terutamanya dari negara
jiran berminat untuk datang bekerja di Malaysia iaitu :
1. Pendapatan yang tinggi
2. Peluang pekerjaan yang banyak – rakyat Malaysia terlalu memilih pekerjaan
3. Sistem politik yang stabil dan ekonomi yang berkembang
ISU-ISU MORAL SEMASA (DUNIA) A2002 / 4 /12
4. Budaya dan kehidupan sosial yang lebih dekat kepada negara asal mereka
5. Persisiran pantai yang panjang dan luas – mudah untuk menyusup masuk
6. Undang –undang yang tidak ketat – hanya dihantar balik ke negara asal.
Di samping itu, terdapat pula faktor pendorong ( penolak ) dari negara asal mereka
seperti :
1. Keadaan politik yang tidak stabil
2. Ekonomi yang tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi
3. Peluang pekerjaan yang terdapat di negara mereka adalah rendah
4. Kemudahan untuk datang secara haram ke Malaysia melalui orang tengah.
Menyelesaikan
masalah
kekurangan
pekerja
ISU-ISU MORAL SEMASA (DUNIA) A2002 / 4 /13
Membantu
pembangunan
negara
Kesan
Positif
Menjayakan projek-
projek mega (KLIA,
Bakun)
Untuk menguji
kefahaman anda, sila
lakukan aktiviti
berikut
AKTIVITI 4 B
4.7. Berikan tiga contoh negara asal pendatang asing yang berada di Malaysia ?
1._________________________________________________
2._________________________________________________
3._________________________________________________
MAKLUMBALAS
AKTIVITI 4 B
4.7. Contoh negara asal pendatang asing yang sedang berada di Malaysia :
Indonesia, Thailand, dan Bangladesh
PENILAIAN KENDIRI
Soalan Satu :
jiwa yang tidak berdosa akan terkorban. Di samping itu terdapat berbagai-bagai lagi
kesan negatif peperangan. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, cadangkan beberapa
langkah yang boleh mengelak perkara ini dari berlaku lagi.
Soalan Dua
2. Kedatangan pendatang asing ke negara telah mendatangkan berbagai-bagai masalah
kepada kerajaan. Bincangkan implikasi kedatangan pendatang asing dari aspek sosial dan
ekonomi .
MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI
ii. PBB sebagai badan bertanggungjawab dalam urusan global perlu menubuhkan
badan pengawasan tertinggi untuk mengawas dan menghakimi jenayah perang
dan senjata tanpa mengikut telunjuk mana-mana pihak.
iii. Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan bencikan
peperangan diperingkat kanak-kanak dan orangramai melaui program-
program tertentu
iv. Media massa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha
menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan