P. 1
Tumbuhan Semulajadi

Tumbuhan Semulajadi

3.71

|Views: 22,861|Likes:
Dipublikasikan oleh cthajarsadha

More info:

Published by: cthajarsadha on Jul 14, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

SELAMAT DATANG KE LAMAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN SATU

Disediakan oleh: Puan Siti Hajar Abdul Hamid SMK PENDANG

Objektif Kajian
1.Menyenaraikan jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar negara Malaysia 2.Mengenalpasti struktur atau profil tumbuhan semula jadi. 3. Menjelaskan dengan contoh faktor yang mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia. 4. Merumus tentang kepentingan semulajadi secara grafik.

Latar Belakang hutan hujan tropika Pengenalan Lokasi hutan hujan tropika Ciri-ciri hutan hujan tropika di Malaysia Struktur hutan/profil tropika pamah di Malaysia Kepentingan hutan hujan Tropika Latihan Diri

Kandung an

Latar Belakang Hutan hujan tropika merupakan salah satu ekosistem yang paling kompleks di dunia. la merupakan warisan semulajadi yang unik yang telah berevolusi semenjak berjuta-juta tahun dan merupakan kediaman kepada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. la membantu memelihara hidupan liar, sumber genetik dan menyediakan eko-habitat semulajadi kepada flora dan fauna. Hutan menyediakan makanan dan perlindungan untuk berbagai jenis mam al ia , r ept il ia , am phi bi a, ik an, bu run g dan se rang ga, yang mana kebanyakannya adalah penghuni asli di rantau ini.

Pengenala n
Hutan hujan tropika terletak di garisan lintang khatulistiwa yang suhunya panas dan lembab sepanjang tahun. Ia memerlukan suhu 18-30 °C dan hujan antara 200-300 sentimeter setahun. Hutan ini terletak di Afrika Tengah, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Kepulauan Pasifik.

Antara sumber hutan yang terpenting ialah : • Jenis hutan dipterokarp. • Ada lebih 16 jenis dan 550 species. • Pusat utamanya ialah di Borneo. • Lain-lain ialah di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Jawa, Nusa Tenggara, Filipina, Sulawesi, Maluku, New Guinea dan Kepulauan Solomon.

Lokasi Hutan Hujan Tropika

Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23°- 27° Utara dan 23° - 27° Selatan. Pada masa kini kawasankawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan.

Lok as i Hu tan Hu ja n Tr op ik a Duni a

Struktur/Profil Hutan Hujan Khatulistiwa

Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada pokok-pokok renj on g/em er gent , sila ra ut am a/ can opy , tumb uha n tin gka t ba wah /und er storey dan lap is an baw ah/shr ub lay er, tumb uh an la ntai h utan /for es t fl oo r. .
Lapisan hutan

Lap isa n R enjo ng /Em eg en

Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterokarp dan Leguminosae. Diterokarp sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komersial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, tualang dan seraya.

Spesies tualang

Lapisan Silara Utama Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat

La pis an B awah Hu tan

. Di tingkat bawah pula, terdapat pokokpokok kecil dan palma, seperti rotan yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda.
Spesies palma

Lap isa n L an tai Hu tan
Keladi hutan

Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek, pakupakis, keladi,saprofit dan herba

Paku pakis

JENIS HUTAN
Hutan hujan tropika di Malaysia sebahagian besarnya terdiri dari hutan dipterokarp pamah dan bukit yang kaya dengan berbagai spesies serta penting kepada ekonomi dan ekologi negara. Hutan-hutan jenis lain yang terdapat di sini adalah hutan paya air masin, hutan paya air tawar, hutan pantai dan hutan gunung.

HUTAN DIPTEROKARP PAMAH DAN BUKIT

•Terdapat di kawasan kaki bukit atau tanah rendah •Bersifat malar hijau •Empat lapisan •Pokok seperti cengal, balau, meranti dan keruing •Hidupan liar seperti tapir, gajah, harimau, monyet dan kijang •Contoh : Hutan Simpan Belum

HUTAN PAYA AIR MASIN

•Hampir dengan laut •Pokok bakau dan berembang •Hidupan liar seperti kera, burung kerak •Contoh lokasi: muara Sungai Rajang

HUTAN PAYA AIR TAWAR

•Kawasan pedalaman yang ditenggelami air •Termasuk hutan gambut •Pokok rumbia, pulai basong,dan nipah •Contoh hidupan liar ialah monyet probascis, katak dan spesies cicak. •Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang

HUTAN PAYA AIR TAWAR

•Kawasan pedalaman yang ditenggelami air •Termasuk hutan gambut •Pokok rumbia, pulai basong,dan nipah •Contoh hidupan liar ialah monyet probascis, katak dan spesies cicak. •Contoh lokasi: Tasik Bera, Pahang

HUTAN PANTAI

•Kawasan pantai berpasir •Pokok menjalar (tapak kuda), mengkuang laut, pokok kelapa dan pokok ru •Hidupan liar seperti biawak •Contoh lokasi: Rantau Abang, Terengganu
Pokok ru Pokok kelapa

HUTAN GUNUNG

•Di kawasan melebihi 1200-4000 meter tinggi •Satu lapisan sahaja pada ketinggian melebihi 1500 m •Pokok jenis belukar, pokok kerdil, periuk kera, Rafflesia, lumut,lichen, kulampair dan paku pakis •Hidupan liar seperti seperti ular, tupai gunung, dan burung rajawali •Contoh : Gunung Kinabalu, Sabah
ular rafflesia

Profil Tumbuhan Gunung

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika: Pokok-pokok di hutan ini adalah dari jenis malar hijau. Silara-silara pokok tumbuh secara rapat-rapat dan padat membentuk kanopi Lapisan kanopi ini menghalang sebahagian besar daripada pancaran matahari menembusi lapisan pokok-pokok dibawahnya.

Kanopi hutan

Terdapat pokok kayu keras seperti meranti, cengal, seraya, keruing dan nyatuh. Pokok-pokok berdaun lebar, berbentuk sudur, berbulu dan berlilin. berbatang lurus dan tinggi dan berakar banir.
Batang lurus Akar banir

Terdapat juga pokok menumpang seperti orkid, periuk kera, dan pokok melilit(menjalar) seperti rotan. Terdapat pokok yang mempunyai akar udara.
Periuk kera

Orkid hutan

Perubatan Sumber Perhutanan Pembiakan Hidupan Laut Habitat semulajadi kepada flora dan fauna Pencegahan hakisan Eko Pelancongan Ekosistem Kawasan tadahan

KEPENTINGAN HUTAN SEMULA JADI DI MALAYSIA

Habitat semulajadi kepada flora dan fauna

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan.

Sumber Perhutanan
Hutan membekalkan pelbagai sumber seperti kayu balak, bahan mentah untuk industri, sumber makanan, dan lain-lain. Sumber kayu- kayan hutan hujan tropika di Malaysia kaya dengan taburan berbagai spesies pokok balak komersial negara seperti merbau, cengal, nyatoh dan keruing yang bernilai tinggi. Kepelbagaian flora memberi potensi luas untuk kemajuan industri negara yang berasaskan kayu.

Perubatan

Hutan juga adalah gedung penuh dengan pokokpokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan.. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Kebanyakan daripada tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika mengandungi nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi.
Tongkat Ali

Kacip fatimah

Kawasan Tadahan

Hutan bertindak sebagai kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan ke sebelum
Empangan dibina untuk mengempang air bagi kegunaan domestik dan pertanian

menyalurkannya

sungai-sungai.

Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

Info

Sudut Info
Kekurangan pancaran matahari menyebabkan hutan mengalami suhu yang agak rendah, gelap, dan lapisan bawah jarang..

Ujian Jawab semua soalan . 1. Apakah jenis tumbuhan semula jadi yang mungkin ditemui di kawasan ketinggian 4000 meter dari aras laut? A. Hutan pokok tirus B. Lumut dan lichen C. Hutan belukar D. Hutan pokok renek

2. Apakah jenis hutan yang paling luas di Malaysia. C. D. E. F. Hutan pantai Hutan gunung Hutan paya Hutan Dipterokarp

Hutan paya bakau Akar ceracak yang keluar dari lumpur

3. Tujuan akar seperti di atas ialah C. D. E. F. Memudahkan pokok bernafas Melebatkan daun Mencari air jauh ke dalam tanah Mengeluarkan makanan untuk pokok

4. Tumbuhan manakah yang mungkin ditemui di lapisan lantai hutan? C. D. E. F. Saprofit Pokok pain kulampair meranti

5. Lapisan renjong banyak ditumbuhi spesies pokok seperti C. D. E. F. Seraya Rumbia Kandis Paku pakis

6. Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri hutan hujan tropika. IV. V. VI. VII. I. J. K. L. Bersifat dirian tulen Daun berbentuk sudur Berakar banir Batang lendair I dan II II dan III I dan III III dan IV

7.Antara berikut manakah benar tentang peranan hutan di Malaysia. III. IV. III. IV. H. I. J. K. Sumber karbon dioksida Sumber ubat-ubatan Kawasan tadahan Sumber balak I,II dan III I,II dan IV I,III dan IV II,III dan IV

8, Yang manakah antara berikut spesies kayu balak yang dikemersialkan? I. Bakau II. Cengal III. Meranti IV. Api-api H. I. J. K. I dan II II dan III I dan III III dan IV

9. Manakah Antara berikut spesies hidupan liar yang terdapat di hutan dipterokarp pamah? III. IV. V. VI. Harimau Kucing Kijang Ayam

A, I dan II B. II dan III C. I dan III D. III dan IV

10. Terdapat di sekitar muara sungai Perak dan sungai Bernam . “Kawasan ini rendah dan sentiasa ditenggelami air semasa air pasang” Maklumat di atas menerangkan tentang jenis tumbuhan semula jadi G. Hutan paya air tawar H. Hutan hujan tropika I. Hutan paya air masin J. Hutan pantai

Tahniah Jawapan Anda Betul

Harap Maaf Jawapan Anda salah

Sekian Terima Kasih

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->