Anda di halaman 1dari 5

BERSAMA MEMERANGI KEGANASAN

( 11 Ogos 2006 / 17 Rejab 1427 H )

ّ‫ ثُم‬،َ‫ وَ َج َعلَ الظّ ُلمَا تِ وَالّن ْور‬،ِ‫حمْدُ لِ الّذِ يْ خَلَ قَ ال سّموَاتِ وَا َلرْ ض‬
َ ْ‫َال‬
.ُ‫ َأ ْشهَدُ َأ نْ لّ ِإلَ هَ إِلّ الُ وَ ْحدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬.َ‫الّذِْي نَ َك َف ُروْا ِبرَّبهِ مْ َيعْدُِل ْو ن‬
‫صلّ وَ َسلّمْ وبَارِ كْ عَلَى‬
َ ّ‫ ال ّلهُم‬.ُ‫حمّدًا َعبْدُ هُ َورَ ُسوُْله‬
َ ُ‫وََأ ْشهَدُ أَنّ َسيّدَنَا م‬
ِ‫حمّدٍ ّوعَلَى أَلِ هِ وأَ صْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْ نَ َومَ نْ َتِب َعهُ مْ بِإِحْ سَانٍِ اِلَ َيْو م‬
َ ُ‫َسيّ ِدنَا م‬
.ِ‫الدّْين‬

.َ‫ ِإّتقُوا الَ حَقّ ُتقَاِتهِ وَلَ َت ُموْتُنّ إِلّ وَأَْنتُمْ ُمسْ ِل ُموْن‬.‫ َفيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekelian,

Marilah kita semua sama-sama bertaqwa ke hadrat Allah s.w.t. Dengan


menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Sesungguhnya bertaqwa kepada Allah itu merupakan cahaya yang menyinari
kehidupan setiap mukmin. Manakala keingkaran dan kemungkaran merupakan
kegelapan yang membawa kesesatan kepada seseorang.

Di antara tanda-tanda ketaqwaan kepada Allah ialah seseorang itu sentiasa


mencintai kebenaran dan kesejahteraan, sentiasa menegakkan keadilan dan
membenci segala kemungkaran dan kezaliman. Untuk menegakkan kebenaran
dan keadilan, umat Islam memerlukan keupayaan, kekuatan dan persediaan
yang secukupnya. Sepertimana dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat
60 :

1
Maksudnya : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

Hadirin Sidang Jumaat Tetamu Allah Sekelian,

Sudah menjadi lumrah dunia, bahawa setiap yang lemah akan dipandang hina,
dikhianati, dizalimi dan dicerobohi oleh mereka yang kuat dan perkasa.
Manakala mereka yang kuat dan perkasa akan dipandang hebat dan dihormati,
digeruni dan ditakuti. Hal ini telah dilakar dalam sejarah manusia sejak dahulu
hingga kini. Pada hari ini pun situasi seperti ini pun masih lagi berlaku iaitu sikap
biadap, angkuh dan zalim yang dilakukan oleh tentera-tentera Israel ke atas
rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Setiap hari kita dipertontonkan perilaku
kezaliman yang tidak berperikemanusiaan tentera-tentera zionis terutamanya
kepada kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa. Dunia hanya
memerhati dan memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palastin dan Lubnan.
Tiada negara kuat dan berkuasa yang benar-benar berusaha untuk
menghentikan segala kekejaman dan kezaliman tentera-tentera zionis tersebut.

Malah pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun


semacam tiada taring untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi kita orang-orang
Islam, sudah tentu kekejaman tersebut merupakan sikap kebiadapan luar biasa
bagi setiap manusia. Apatah lagi kezaliman tersebut berlaku di bumi Palastin
yang terdapat di dalamnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama
umat Islam. Bumi Palestin pada satu ketika dahulu merupakan sebuah kota yang
dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gilang gemilang. Untuk
makluman kita semua bahawa bumi Palastin adalah merupakan bumi para Anbia
kerana ramainya para nabi dan rasul muncul dan lahir di sana. Antaranya Nabi
Ibrahim a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Tetapi kini ianya dirampas oleh rejim Yahudi melalui perancangan dan tipu
muslihat yang halus melalui Perjanjian Bolfoor pada tahun 1917. Bermula dari
situlah umat Islam di Palastin ditindas dan dihalau ditanah milik mereka sendiri.
Akhirnya rakyat Palastin menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Kini,
seluruh umat manusia seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan
segala macam kejadian dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan,
sedangkan mereka ini memang telah dilaknat. Firman Allah dalam surah al-
Maidah ayat 78 :

2
Maksudnya : “ Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam
kitab Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa ibnu Maryam. Yang
demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh) ”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pencorobahan demi pencerobohan terhadap bumi Palastin, dan yang terbaru


adalah pencerobohan di Lubnan. Pencerobohan tersebut merupakan siri-siri
keganasan betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis terhadap manusia lain.
Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua. Perlakuan
kezaliman ini merupakan impian rejim Zionis kerana mereka ingin menegakkan
Negara Isreal Raya atau “The Greatest Isreal”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Sesungguhnya paparan pencerobohan dan kezaliman tentera Zionis ke atas


bumi Palastin dan Lubnan bukan hanya sebagai bahan rintihan dan keluhan
umat Islam sahaja. Apa yang pentingnya ialah umat Islam perlu bersatu dengan
menyatakan sokongan kepada rakyat dan Negara Palastin dan Lubnan. Malah
perlu mengutuk sekeras-kerasnya perilaku tentera rezim Zionis ini.

Penderitaan yang ditanggung oleh mereka ini sesungguhnya amat berat, lebih
berat dari mata yang memandang. Janganlah dibiarkan mereka terus dimamah
oleh rejim zionis yang sentiasa benci terhadap umat Islam. Jangan dibiarkan
bumi Allah ini dikuasai oleh orang-orang yang menghina Allah dan angkuh
dengan kekuatan sendiri yang hanya bersifat sementara.

Dalam menghadap strategi ini umat Islam perlu bersatu dalam hal-hal pemikiran,
sokongan moral, sokongan harta benda, menghulur barangan ubat-ubatan dan
rawatan. Menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan rejim Zionis.
Malah umat Islam dilarang keras untuk duduk bersekongkol dengan mereka
seperti Sabda Rasulullah s.a.w. :

ِ‫ قَالَ رَ ُسوْلُ الِ صَلّى الُ عَ َليْ ه‬،َ‫خ ْدرِ يْ رَضِ يَ الُ َعنْ هُ قَال‬
ُ ْ‫عَ نْ َأبِ يْ َس ِع ْيدٍ ال‬
ْ‫ش ْبرٍ َوذِرَاعًا بِ ِذرَا عٍ َحتّى َلو‬
ِ ‫ َلَتّتِبعُنّ َسنَنَ الّذِْي نَ مِ نْ َق ْبلِكُ مْ ِش ْبرًا ِب‬: َ‫وَ َسلّم‬
َ‫َسسوْلَ ال ِ آْلَي ُه ْود‬
ُ ‫ ي َا ر‬: ‫ ُقلْن َا‬،ْ‫حرِ ضَب ّ لَتّسسَب ْعُت ُموْهُم‬
ْ ُ‫دَخَ ُلوْا ف ِي ج‬
".ْ‫ َفمَن‬: َ‫ قَال‬،‫وَالنّصَارَى‬

3
Bermaksud : “Daripada Abi Said al-Khudri r.a. telah berkata : Sabda Rasulullah
s.a.w.: Sesungguhnya kamu akan mengikut perjalanan orang-orang yang
terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta,
sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak nescaya kamu akan
mengikutinya, kami bertanya wahai Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani
(akan menjadi ikutan) jawabnya : siapa lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas menghuraikan kepada kita bahawa setiap perjalanan kita mestilah
diatur rapi bukan hanya mengikut perancangan orang lain, jika tidak kita akan
terperangkap didalam perancangan mereka dan dengan mudah mengikut segala
telunjuk mereka.

Akhirnya mimbar jumaat pada hari ini ingin mengajak semua umat Islam
merenung peristiwa-peristiwa pahit ini untuk dijadikan sandaran bagi
menguatkan lagi persaudaraan sesama umat Islam walau dimana kita berada
serta juga dijadikan peringatan kepada umat Islam di Negara-negara lain yang
masih bebas dari cengkaman ini agar semuanya sentiasa memelihara agama
Allah dengan melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan semua
larangan-Nya.

Antara perkara-perkara yang patut umat Islam renungkan, iaitu :

1. Umat Islam tidak boleh berdiam diri di atas keganasan dan kezaliman
yang berlalu di bumi Palestin dan Lubnan. Marilah kita menghulurkan
bantuan segera kepada mereka dengan secepat mungkin, sekurang-
kurangnya memohon doa kepada Allah s.w.t. agar ditamatkan
kekejaman ini dengan segera.

2. Umat Islam patut sedar dan insaf serta sering bermuhasabah diatas
segala perlakuan dan tindakan yang dilakukan agar tidak menjadi
balasan kerana kelalaian sendiri. Hendaklah sedar bahawa setiap
amal kebaikan dan kebajikan seseorang di dunia ini akan dibalas
dengan balasan pahala dan syurga kenikmatan di akhirat. Manakala
bagi orang-orang yang ingkar dan durhaka kepada Allah akan diberi
pembalasan dan seksaan. Sepertimana firman Allah dalan surah As-
Saffat ayat 39 :-

Maksudnya : “Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan


yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan”.

3. Umat Islam hendaklah bersatu hati menegakkan Islam di bumi Allah


ini, ini sahaja cara yang boleh kita lakukan, hendaklah kita laksanakan.
Jika tidak, tidak mustahil bumi Malaysia juga akan menjadi sasaran
4
mereka. Kerana kita jangan lupa puak Zionis ini tidak pernah lupa
untuk menakluki dan menguasai dunia. Dengan erti kata lain mereka
tidak menjadi pemimpin terhadap umat Islam. Apa akan jadi jika cita-
cita mereka ini tercapai ?

Marilah kita semua masyarakat, tak kira bangsa hendaklah bersatu mengutuk
perbuatan kejam ini dan memohon kepada Allah agar perbuatan kejam ini
dibalas sewajarnya dan semoga penderitaan umat Islam di Palastin dan Lubnan
akan dibalas dengan kemenangan di akhirat.

،ِ‫َأ ُع ْوذُ بِالِ مِنَ الشّيْطَانِ الرّ ِجيْم‬

( Surah al-Insan ayat : 3 – 4 )

Maksudnya : “(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya kami


telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan rasul) akan jalan2 (yang benar
dan yang salah), (maka terserahlah kepadanya) samaada ia bersyukur (dengan
beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran
atau menjadi menderhaka).( dalam pada itu), sesungguhnya kami telah
menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau mendurhaka): beberapa
rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang ”

ِ‫ وََن َف َعنِي وَِإيّا ُكمْ ِبمَا ِفيْهِ ِمنَ اليَات‬،ِ‫بَارَكَ الُ لِيْ وَلَ ُكمْ فِيْ ال ُق ْرءَانِ العَ ِظيْم‬
ُ‫ َأقُول‬،ُ‫س ِميْعُ العَ ِل ْي م‬
ّ ‫لوَتَ هُ ِإنّ هُ ُهوَ ال‬
َ ِ‫ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْ ُك مْ ت‬،ِ‫ل ِكيْ م‬
َ ‫وَالذّ ْكرِ ا‬
،ِ‫ وَلِ سَاِئرِ الُ سْ ِل ِميْنَ وَالُ سْ ِلمَات‬،ْ‫َقوْلِي هذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ ال َع ِظيْ مَ لِ يْ وَلَ ُك م‬
.‫ فَا ْسَت ْغفِرُوهُ إِّنهُ ُهوَ ال َغفُورُ الرّحِيم‬،ِ‫وَا ُل ْؤ ِمِنيْنَ وَا ُل ْؤ ِمنَات‬