Anda di halaman 1dari 8

ARTIKEL 1: ASPEK FIZIKAL DAN PSIKOSOSIAL DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAKMAL SAINS OLEH: CIK NIDZAM CHE AHMAD,

KAMISAH OSMAN, LILIA HALIM ARTIKEL 2: KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH PELAJARPELAJAR SAINS DI MALAYSIA OLEH: SITI RAHAYAH ARIFFIN, ROSADAH ABD MAJID, ZOLKEPELI HARON, RODIAH IDRIS, ANISA ALIAS,SHAHRIL SAMSURI, BASRI HASSAN, NOR AZAHEEN ABDUL HAMID ARTIKEL 3: ROLE OF CREATIVITY, INOVATION AND CRITICAL THINKING: ITS PLACE IN OUR MATHEMATICS AND SCIENCE CURRICULUM OLEH: PRAMJIT SINGH ARTIKEL 4: PEMBELAJARAN BIOLOGI MENGGUNAKAN INKUIRI TERBIMBING MELALUI MEDIA ANIMASI DAN MODUL ILUSTRATIF OLEH: MAULINA CEISAR A.A ARTIKEL 5: KEMAHIRAN PROSES SAINS DIKALANGAN GURU PELATIH DIPLOMA MAKTAB PERGURUAN: SATU KAJIAN AWAL OLEH: MOHAMED ISA BIN KHALID Ulasan Tajuk

Berdasarkan prosiding yang diberikan, penulis-penulis artikel tersebut merupakan pensyarah atau penyelidik di universiti atau maktab perguruan yang arif dalam bidang masing-masing . Sehubungan dengan itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian dengan terma penyelidikan dan organisasinya. Tajuk penyelidikan seharusnya menggambarkan ringkasan kepada keluruhan penyelidikan, tepat, ditulis dalam satu ayat yang lengkap, bebas dari ralat ejaan dan tatabahasa, tidak mengandungi kata singkatan, tidak melebihi dua baris dan mengandungi antara 12-17 patah perkataan sahaja (Noraini 2010). Bilangan perkataan yang digunakan juga tidak terlalu panjang iaitu tidak melebihi 15 patah perkataan serta mudah untuk difahami, ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang panjang terlalu bersifat deskriptifdan tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob,1985). Semua tajuk jurnal memfokus kepada tema pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains. Sekiranya penyelidik membuat kajian yang tidak berkaitan dengan tugas penyelidik, kajian penyelidik sudah pasti mempunyai tahap kepenggunaan yang rendah (Mohamad Najib Abdul Ghafar,1999). Berbanding tajuk-tajuk yang lain, tajuk artikel yang kedua, adalah yang paling jelas menyatakan masalah kajian serta sampel kajian yang terlibat. Ini boleh dilihat bagaimana pengkaji mengaitkan kemahiran pemikiran kritikal dengan penyelesaian masalah di kalangan pelajar sains di Malaysia. Manakala artikel keempat dan kelima pula sangat umum dan tidak menyatakan masalah kajian , sampel yang hendak dikaji serta tidak memperlihatkan pembolehubah-pembolehubah yang hendak dikaji. Manakala tajuk artikel kelima pula tidak menyatakan dengan jelas kemahiran sains manakah yang ingin dikaji di kalangan pelatih maktab perguruan tersebut.Begitu juaga dengan tajuk artikel dua, penggunaan frasa pelajar sains kerang jelas untuk menggambarkan sampel sebenar yang diambil dalam kajian beliau. Ulasan Abstrak Kepada Menurut Noraini (2010) Abstrak ialah sinopsis kepada sesuatu penyelidikan dan seharusnya dapat memberi gambaran menyeluruh mengenai penyelidikan berkenaan. Ini adalah kerana abstrak merupakan item pertama yang dibaca oleh kebanyakan pembaca mahupun pemeriksa laporan. Abstrak yang berkualiti amat

penting kerana ia boleh menimbulkan persepsi yang baik atau sebaliknya di kalangan pembaca. Secara umumnya kesemua abstrak dalam artikel tersebut tidak terlalu panjang iaitu tidak melebihi 200 patah perkataan dan ditulis dalam satu perenggan dalam satu muka surat. Manakala abstrak artikel 1 pula ditulis dalam dwibahasa Bahasa Melayu dab Bahasa Inggeris. Penulis juga berpendapat empat abstrak menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami dan dapat menerangkan keseluruhan kajian. Kelimalima abstrak juga didapati tidak mempunyai kesalahan ejaan mahupun kesalahan tatabahasa. Susunan abstrak kelima-lima artikel-artikel tersebut mengandungi latar belakang penyelidikan, tujuan, metadologi, maklumat keputusan analisis data, dapatan utama, implikasi dan kesimpulan ataupun rumusan kajian. Item- item tersebut akan mencerminkan kaedah serta hasil kajian dalam kertas kerja para pengkajinya (Noraini 2010). Maklumat latar belakang kajian turut disertakan dalam abstrak dari artikel 2, iaitu pengkaji menyatakan kemahiran kritikal dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar sains di Malaysia berumur !6 hingga 17 tahun sebagai latar belakang kajian tetapi abstrak tersebut mengandungi sumber rujukan yang sepatutnya tidak ditulis di dalam abstrak (Noraini 2010). Abstrak yang ditulis dalam artikel 3 pula hanya menyatakan objektif kajian dan hipotesis sahaja. Maklumat-maklumat lain seperti metodologi, maklumat keputusan analisis data, dapatan utama, implikasi dan rumusan kajian tidak dinyatakan. Justeru pada pendapat penulis artikel tiga hanyalah merupakan sebuah kertas konsep.

Ulasan Pernyataan Masalah.

Pernyataan masalah merupakan komponen yang paling penting dalam sesuatu laporan kerana ia memberi fokus kepada laporan tersebut. Pernyataan masalah yang lengkap mengandungi tiga komponen penulisan, iaitu isu yang memerlukan penelitian , masalah khusus yang menyebabkan penyelidikan perlu dijalankan, tujuan atau sebab mengapa penyelidikan itu perlu dilakukan (Noraini 2010). Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menjelaskan apa yang ia tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk khayalan. Merangkumi matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman (2000). Kerlinger (1986) menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga, memungkinkan ia dikaji secara empirikal (mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah untuk dijawab).

Empat daripada lima artikel mengandungi pernyataan masalah dan persoalan kajian yang jelas tetapi artikel 3 tidak menyatakan persoalan kajian dengan jelas. Artikel 3 menumpukan aplikasi pemikiran kreatif, inovatif dan kritikal dalam kurikulum sains dan metematik dan tidak menyatakan sebarang masalah yang ingin dikaji. Bagi artikel lain iaitu artikel 1, artikel 2, artikel 4 dan artikel 5 pula pernyataan masalah yang dikemukakan dengan jelas dan ditafsir dengan betul, terdapat teori dan menyokong permasalahan yang dinyatakan hujah yang

Ulasan Metodologi kajian Tiga daripada lima metodologi kajian yang dianalisis menggunakan metodologi yang wajar dan mencukupi serta turut menjelaskan semua kaedah yang digunakan secara terperinci. Ketiga-tiga artikel yang dimaksudkan ialah artikel 2, artikel 4 dan artikel 5. Dalam artikel 2, metodologi yang digunakan ialah istrumen soal selidik Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia ( MyCT). Bagi artikel 4 pula mengguna pakai ujian Kolmogorov-Smirnov manakala artikel 5 menggunakan ujian Kemahiran Proses bersepadu (TIPS).

Dalam artikel 1, walaupun pengkaji menyatakan beliau menggunakan kaedah soal selidik terhadap pelajar dan guru di Selangor. Beliau tidak menghuraikan dengan jelas aspek-aspek yang dinilai dalam soal selidik tersebut. Metadologi kajian juga ditulis dengan sangat ringkas. Sebaliknya pula, artikel 3 tidak mengandungi metodologi kajian kerana artikel ini lebih kepada perkembangan teori. Pengkaji lebih menumpukan kepada definisi pemikiran pemikiran tersebut. kreatif, inovatif dan kritikal dalam kurikulum sains dan matematik serta mencadangkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk menerapkan kaedah

Ulasan Dapatan Kajian Daripada lima artikel tersebut, hanya empat artikel mempunyai hasil atau dapatan kajian. Hanya artikel 3 sahaja yang tidak mempunyai dapatan kajian kerana membincangkan konsep serta gagasan idea. Manakala tiga daripada empat dapatan kajian tersebut dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Artikel yang dimaksudkan ialah artikel 1, artikel 2 dan artikel 5. Artikel 4 pula, tidak memaparkan dapatan kajian dengan jelas sebaliknya membuat ulasan tetang dapatan kajian yang diperolehi. Bagi ketiga-tiga artikel yang yang memaparkan dapatan kajian yang jelas sebagaimana dinyatakan sebelum ini, penemuan-penemuan telah ditafsirkan dengan betul dan dibincangkan mengikut persoalan kajian dengan tertib sama ada menggunakan perenggan atau menggunakan jadual. Artikel 1 memaparkan analisis deskriptif menggunakan nilai frequensi dan peratusan. Artikel 2 pula menggunakan jadual profil sampel kajian. manakala artikel 5 menggunakan 11 jadual yang berbeza-beza bagi memaparkan hasil dapatan pengkaji. Pembaca berpendapat dapatan kajian artikel 2 adalah terbaik dan mudah difahami berbanding artikel 1 dan artikel 5.

Bagi artikel yang menggunakan jadual untuk mempersembahkan dapatan kajian, iaitu artikel 2 dan artikel 5. Jadual yang dibina dipersembahkan dengan kemas; mengandungi tajuk dan nombor jadual setiap satunya, dan mengandungi kesemua penemuan penting. Pengkaji artikel 2 telah menguji kebolehpercayaan dapatan kajian beliau dengan

kaedah analisis model Rasch iaitu analisis taakulan, analisis analatikal dan logikal, analisis kecenderungan dan analisis andaian. Manakala pengkaji artikel 5 menggunakan ujian-t sebagai kaedah analisis dapatan kajian beliau. Ulasan Perbincangan dan rumusan Penulis telah menyatakan bahawa dapatan kajian mereka adalah sejajar dengan pendapat (Bausch, Haughey dan Hourihan, 2002), yang menyatakan bahawa komuniti jaringan menyediakan satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi, berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi. Artikel 2,3,4 dan 5 menyatakan kesimpulan dengan memberi ulasan tentang pencapaian objektif penyelidikan. Manakala artikel 1 memasukkan cadangan tentang fokus penyelidikan untuk masa akan datang bagi meluaskan lagi topik yang dikaji.

Kesimpulan yang dibuat adalah disokong oleh data-data di bahagian dapatan kajian. Artikel 2 menggabungkan perbincangan dengan kesimpulan. Artikel ini turut memasukkan sumber rujukan serta membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dalam perbincangan. Artikel 3 tidak menyatakan kesimpulan di bahagian akhir artikel.

Ulasan Rujukan Kelima-lima artikel menggunakan gaya penulisan yang diadaptasi daripada gaya American Psycological Association (APA) namun begitu, artikel 2 tidak menunjukkan keseragaman dalam penulisan rujukan. Selain itu, rujukan ditulis mengikut susunan abjad dengan baik. Tiga daripada lima artikel mempunyai sumber rujukan yang melebihi 10 sumber manakala selebihnya hanya menggunakan sumber terhad. Sebahagian besar rujukan yang digunakan oleh para pengkaji artikel 1,2,4 dan 5 menggunakan rujukan pada tahun 2000 dan ke bawah. Oleh itu, pembaca menganggap rujukan tersebut adalah ketinggalan zaman dan tidak releven dengan era sekarang. Sebaliknya pula, pengkaji artikel 3 mengambil rujukan yang terkini iaitu antara 1999 hingga 2005. Nilai Akademik Artikel

Kelima-lima artikel mempunayai nilai akademik yang tinggi kerana telah disokong oleh teri-teori dan kajian literature. Karya-karya ini merupakan lanjutan kepada kajian-kajian terdahulu. Cadangan-cadangan yang diberikan boleh digunapakai oleh pihak pihak berwajib untuk menambahbaik sisten yang telah sedia ada. Ulasan Bahasa dan gaya penulisan Bahasa dan gaya penulisan menggunakan laras bahasa ilmiah yang sesuai, tiada ayat yang kompleks, tiada ayat tergantung, tatabahasa dan pilihan kata yang betul. Gaya penulisan tidak mempunyai unsur-unsur emotif. Bahasa yang digunakan dalam artikel seolah-olah bercakap dengan pembaca, segar dan lancar.

Ulasan gaya persembahan dan organisasi artikel Secara keseluruhannya, artikel telah dipersembahkan dengan kemas, mengikut urutan dan mampu menarik minat pembaca. Isi kandungan telah diolah dengan fakta-fakta utama yang ringkas kepada fakta yang abstrak. Jadual-jadual yang disertakan juga kemas dan setiap satu dinomborkan.

Kesimpulan Penulisan kelima-lima artikel yang telah dibincangkan adalah memenuhi format penulisan ilmiah secara umum. Namun terdapat kekurangan yang ditemui dalam artikelartikel yang dibaca. Walau bagaimanapun penambahbaikan boleh dilakukan untuk tujuan penerbitan

Refleksi Pembaca Berdasarkan pembacaan kelima-lima artikel tersebut, pembaca dapat mengetahui kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru dan murid-murid serta

kaedah-kaedah pengajaran yang efektif dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Selain itu, pembaca juga dapat mengetahui tahap penguasaan dan kompetensi guruguru dan murid-murid di Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Seterusnya pembaca berharap hasil kajian semua pengkaji dalam artikel tersebut dapat digunakan oleh para menggubal dasar kurikulum kebangsaan untuk menggubal kurikulum yang sesuai serta menambah baik kepada sistem yang ada sekarang.