Anda di halaman 1dari 70

1.

0 PENDAHULUAN

Bidang sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Malah, sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah seperti ayat, klausa dan frasa.Walau bagaimanapun, soalan tugasan kami berfokus kepada kajian ayat, yang mana kami perlu menganalisis ayat dalam satu cerpen. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.Ahli bahasa mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung pada teori atau pendekatan yang dianutinya. Malahan, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting.Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang.Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.

BAHAGIAN A
( Kajian Sintaksis)

2.0 MENJELASKAN DEFINISI AYAT, AYAT DASAR, AYAT TERBITAN, STRUKTUR BINAAN AYAT, BINAAN SUBJEK DAN PREDIKET, SERTA MENGANALISIS BINAAN AYAT, BINAAN AYAT DASAR, BINAAN AYAT TERBITAN, DAN STRUKTUR SUBEJK DAN PREDIKET DALAM AYAT

2.1 DEFINISI AYAT

Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.Terdapat banyak definisi dan takrif ayat dan semuanya bergantung kepada teori linguistik yang dipegang oleh ahli-ahli bahasa. Menurut C.C Fries (1963), A sentence is a group of words expressing a complete thought ".Seterusnya, dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasarkan pada rangka Tatabahasa Tradisional, A.A Fokker (1980), menakrifkan ayat sebagai ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh turunnya suara. Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasarkan pada ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran -ujaran lain dan ujaran tersebut terletak di antara dua kesenyapan iaitu sebelum dan sesudahnya, (C.C Friess, 1963).Seterusnya bagi Asmah Hj. Omar (2-8) dalam buku Nahu Kemas Kini mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai dan mengandungi proposisi yang lengkap.Di samping itu, Asmah telah membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan juga ayat wacana (konteks). Bagi takrif ayat aliran Transformasi Generatif,Noam Chomsky sebagai pengasas Tatabahasa Transformasi Generatif tidak memberikan pengertian ayat. Walau bagaimanapun, R.A Jacobs dan P.S Rosebaum (1968) sebagai penganut aliran Transformasi Generatif, Noam Chomsky, ada memberikan konsep ayat yang membayangkan fahaman aliran ini sebagai a sentence is a structured stri ng whose words fall into natural groups.

Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Seterusnya, menurut Abdullah Hassan (2006), dalam buku Sintaksis, ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu.Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap dan setiap satu daripada kelompok tersebut mengandungi sekutang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan prediket. Seperti yang kita ketahui, setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya.Walaupun bilangannya tidak terhad, ayat-ayat tersebut sebenarnya terbahagi kepada hanya dua golongan ayat dasar dan juga ayat terbitan. Ayat dasar juga adakalanya disebut sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan pelbagai ayat yang lain dan disebut sebagai ayat terbitan, seterusnya disebut ayat transformasi dalam istilah ilmu bahasa moden. Tuntasnya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting.Malah, ayat perlu terbina daripada kosntituen subjek dan prediket. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama dan prediket ayat boleh diwakili oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Tambahan lagi, ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Seterusnya, dari segi ragam, ayat bahsa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.

2.2 DEFINISI AYAT DASAR

Menurut kamus dewan, edisi ketiga, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Namun, jika dikaji asas binaannya, maka semua ayat itu boleh dikenalpasti rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu, walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa.Pola-pola rangka ayat itulah disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa dan melaluinya maka terbitlah ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan lain-lain. Seterusnya, menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti dan ayat ini terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.Boleh dikatakan juga, ayat dasar ini ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa prediket.( Nik Safiah Karim et al. 2008). Di samping itu, bagi Asraf (2007), beliau mendefinisikan ayat inti dalam Penunjuk Tatabahasa Melayu sebagai ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu prediket. Tidak ketinggalan, Lutfi Abas (1975) menyebut bahawa ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa transformasi wajib. Dengan definisi-definisi ini, jelas menyatakan bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yangg terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya.Oleh sebab itu, ayat inti yang dikatakan oleh Paul Roberts (1964) sebagai tne basic, elementary sentences of the language, the stuff from which all else is made. Oleh yang demikian, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. ( Lutfi Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain, 1986).

Kesimpulannya, ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas.Konstituen subjek dan prediket hendaklah diisi oleh frasa inti.Kebiasaannya, ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal.Maksudnya, ayat dasar merupakan bentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan dan ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan juga ayat majmuk.

2.3 DEFINISI AYAT TERBITAN( Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti )

Menurut

Asraf

(2007)

dalam

Penunjuk

Tatabahasa

Bahasa

Melayu

mendefiniskan ayat terbitan ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah. Seterusnya, Lutifi Abas ( 1978), ayat transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa (dengan atau tanpa transformasi wajib) bersama-sama dengan transformasi bebas (transformasi pilihan). Lutfi Abas, Asraf dan Samsuri telah menghasilkan huraian yang lebih padat tentang ayat terbitan atau ayat transformasi ini. Samsuri (1978) telah mengemukakan tiga jenis transformasi aiatu tranformasi tunggal yang sama maksud dengan transformasi satu dasar, transformasi gabungan dan transformasi rapatan. Tambahan lagi, transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa.Malah, Asraf (1974) telah membahagikan ayat transformasi kepada ayat transformasi satu dasar, ayat transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak.Pembahagian ayat transformasi adalah berdasarkan pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Koutsoudas (1986) dan Paul Roberts (1964). Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis yang melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

2.4 STRUKTUR BINAAN AYAT

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur dan konstituen yakni satu binaan yang mengandungi dua unsur.Contohnya :

1. Ahmad tidur

i) Ahmad

ii) tidur

Berdasarkan contoh berkenaan, hal ini menunjukkan ayattersebut hanya mempunyai dua perkataan iaitu Ahmad dantertidur.Walau bagaimanapun, umumnya, ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks. Ayat terbahagi kepada dua jenis binaan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.Ayat dasar adalah ayat tunggal yang terbentuk daripada satu subjek dan satu prediket.Contoh : SUBJEK Sarjan Beberapa ekor anjing PREDIKET melihat gambar Mona Lisa menggonggong-gonggong kuat

Berdasarkan contoh tersebut, oleh sebab ayat ini mempunyai satu subjek dan satu prediket sahaja, maka ayat ini adalah ayat dasar dan ia juga dikenali sebagai ayat tunggal. Ayat terbitan pula adalah ayat yang terbentuk daripada ayat-ayat dasar tadi melalui proses peluasan iaitu penyusunan semula, penggantian dan penggabungan. Di

samping itu, ayat terbitan dihasilkan melalui proses pengguguran. Ayat-ayat berikut adalah contoh ayat terbitan yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Contoh pertama ialah : Kampung Banggul Derdap diserang kesunyian bila padi-padi habis diangkut naik ke jelapang. Berdasarkan ayat tersebut, Kampung Banggul Derdap berfungsi sebagai subjek dan ayat ini kemudian disusun semula dengan membuat prediket menjadi judul ayat seperti berikut : Yang tinggal di tengah-tengah sawah hanya tumpuk-tumpuk jerami yang bertimbun sampai paras kepala. Jika dilihat ayat di atas, ayat tersebut telah mengalami proses penggantian. Proses ini ditandai oleh kata ganti yang. Ayat ini juga mengalami proses peluasan iaitu kuasa relatif dipancangkan kepada sebuah ayat lain bagi membentuk ayat majmuk relatif. Klausa relatif yang bertimbun sampai ke paras kepala, diperluaskan melalui proses penggantian kepada unsur tertentu dalam ayat induknya. Contoh seterusnya: Seekor dua ekor kerbau nampak memamah-mamah jerami yang masih berselerak. Ayat di atas juga terbentuk melalui proses perluasan. Klausa relatif yang masih berselerak, memperluaskan ayat induk. Selain itu, terdapat juga ayat terbitan yang terbentuk daripada proses penguguran seperti : Pergi ambil! jerkahnya lagi tanpa sebarang simpati Dalam ayat di atas, subjek kamu digugurkan dan ayat ini boleh diberi subjeknya kembali menjadi : Kamu pergi ambil! jerkahnya lagi tanpa sebarang simpati

Kesimpulannya, ayat-ayat di atas mengandungi jenis ayat terbitan iaitu penyusunan semula, penguguran, penggantian dan penggabungan.

2.5 SUBJEK DAN PREDIKAT


Dalam ayat, terdapat dua unsur penting yang terbahagi kepada dua iaitu subjek dan predikat. Pembentukan ayat dalam Bahasa Melayu secara tidak langsung akan membina kedua-dua kelompok perkataan tersebut. Kelompok pertama adalah kelompok yang menyatakan sesuatu hal, manakala kelompok yang kedua pula menceritakan atau menerangkan sesuatu hal. Hal yang diperkatakan di sini adalah terdiri daripada nama orang, benda, tempat atau perkara. Dalam erti kata lain, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama atau unsur yang berfungsi sebagai frasa nama. Nyatalah ayat dalam bahasa melayu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang menjadi hal yang dipanggil subjek dan bahagian yang menjadi perihal yang dipanggil predikat. Oleh itu, contoh seperti berikut tidak boleh diterima sebagai ayat dalam bahasa melayu kerana subjeknya tidak mengandungi frasa nama atau tidak berfungsi sebagai frasa nama.

Subjek Sedang menggosok Tinggi kain baju pagi tadi.

Predikat

sungguh membina bangunan itu.

Subjek terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan dan ianya juga berperanan sebagai konstituen kepada sesuatu ayat. Unsur subjek menjadi judul atau unsur yang diterangkan dan bersifat frasa nama. Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan ianya menjadi unsur yang menerangkan subjek. Berikut merupakan contoh-contoh yang menunjukkan kehadiran unsur-unsur di dalam ayat :

1. Sarjanmelihat gambar Mona Lisa. 2. Merekamengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.

Berdasarkan contoh ayat di atas, kedua-dua ayat tersebut kelihatan mempunyai unsur subjek dan predikat.Subjek bagi ayat-ayat di atas telah ditebalkan perkataannya, iaitu perkataan Sarjan dan Mereka.Manakala bagi unsur perkataan predikatnya pula telah dicondongkan

ayatnya iaitu melihat gambar Mona Lisa dan mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak. Melihat kepada contoh yang berikutnya, iaitu : Petani itu membajak sawahnya setiap hari.

Dalam ayat di atas, jika diperhatikan kepada unsur frasa subjeknya, iaitu petani itu , terdiri daripada dua perkataan sahaja, iaitu petani dan itu. Sebaliknya predikatnya pula membajak sawahnya setiap hari, unsurnya kelihatan agak kompleks yang terdiri daripada :

1. membajak, 2. sawahnya, 3. setiap hari.

Jelas bahawa 1 mengandungi satu unsur sahaja, menakala 2 mengandungi dua unsur uautu sawah dan nya.Manakala 3 mengandungi dua unsur iaitu setiap dan hari. Binaan yang terdiri daripada bahagian subjek dan predikat ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah :

Ayat Subjek Predikat

petani

itu

membajak

sawahnya

setiap hari

sawah
Rajah 1

nya

setiap

hari

Pemenggalan atau pembahagian kepada frasa subjek dan predikat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc.Sebagai contoh dalam ayat tersebut, unsur itu membajak tidak boleh digabungkan menjadi sesuatu binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk dalam kelompok unsur beransingan.Oleh itu, ayat tersebut tidak mungkin dapat

dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.

Bukan itu sahaja, bukan semua ayat mengandungi subjek ayat yang mempunyai subjek atau predikat.Ada ketikanya terdapat pengguguran perkataan dalam ayat tersebut.Contohcontoh di bawah merupakan ayat yang mengandungi unsur-unsur yang digugurkan berserta ayat asalnya. Antaranya adalah :

Ayat keguguran unsurnya Bila nak mula tanam semai? Jangan bergerak! Hujan! Putih?

Ayat Asal Bila kamu nak mula tanam semai? Kamu jangan bergerak! Hujan turun! Warnanya putih?

Dua perkataan yang bercetak hitam iaitu bagi perkataan kamu dalam ayat pertama dan ayat kedua serta perkataan warnanya dalam ayat keempat merupakan subjek yang digugurkan.Manakala dalam ayat ketiga pula predikat ayat turun digugurkan.

2.6 ANALISIS BINAAN AYAT Ayat terbahagi kepada dua jenis ayat binaan, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar Binaan Ayat Ayat Terbitan

Rajah 2 2.7 BINAAN AYAT DASAR Ayat dasar juga merupakan ayat tunggal.Ayat dasar terbentuk daripada satu subjek dan satu predikat. Setiap ayat yang terbentuk tidak kiralah sama ada ayat mudah, kompleks, panjang, pendek atau mengalami permajmukan, kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa. Misalnya, semua ayat sama ada pendek mahupun panjang, berbentuk mudah atau kompleks, berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada pola ayat dasar yang berikut :

Pola Pola 1 (Frasa Nama + Frasa Nama) Pola 2 (Frasa Nama + Frasa Kerja) Pola 3 (Frasa Nama + Frasa Adjektif) Pola 4 (Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)

Subjek Ali

Predikat guru.

Adikku

sedang tidur.

Pegawai itu

amat rajin.

Rumahnya

di Kampung Sungai Penchala.

Seperti yang telah diperhatikan dalam jadual di atas, Bahasa Melayu mempunyai pola ayat dasar yang boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandukan pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat, iaitu dengan melihat pada subjek dan predikatnya. Pada umumnya konstituen subjek diisi oleh frasa nama dan konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Konstituen-konstituen dalam ayat boleh mengandungi satu perkataan atau lebih asalkan binaan-binaan itu masih lagi berbentuk frasa. Jadual di bawah merupakan contoh-contoh pola ayat yang mengandungi lebih daripada satu perkataan dalam subjek dan predikatnya, antaranya adalah :

Pola Pola 1 Frasa Nama Encik Ahmad Pola 2 Frasa Nama Padi huma Pola 3 Frasa Nama

Subjek Frasa Nama

Predikat

guru sekolah menengah. Frasa Kerja sedang menguning di lereng bukit. Frasa Adjektif sungguh rajin. Frasa Sendi Nama di Perak Darul Ridzuan.

Murid-murid mereka Pola 4 Frasa Nama Bandar Ipoh

Walau bagaimanapun, bukan semua ayat dasar itu merupakan ayat tunggal.Walaupun secara umumnya ayat tunggal dan ayat dasar merupakan satu bentuk ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat, namun begitu jika bentuknya mengalami perubahan iaitu predikat mendahului subjek, maka ayat tunggal tersebut tidak lagi menjadi ayat dasar. Dalam erti kata lain, ayat dasar mengikuti struktur pola-pola ayat dasar manakala ayat tunggal merupakan satu struktur ayat yang mengikuti pola-pola ayat dasar serta merupakan bentuk yang mengalami perubahan bentuk terhadap subjek-predikatnya. Berikut merupakan contoh ayat :

Ayat tunggal dan ayat dasar Fatimah ke Melaka pagi tadi Buku itu di atas meja. Anak itu dikucupnya.

Ayat tunggal Ke Melaka Fatimah pagi tadi. Di atas meja buku itu. Dikucupnya anak itu.

Perbezaan yang seterusnya ialah ayat dasar semuanya terdiri daripada ayat penyata manakala ayat tunggal pula boleh terdiri daripada beberapa jenis ayat yang lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Secara kesimpulannya, antara persamaan ayat dasar dengan ayat tunggal yang boleh dikenalpasti adalah terletak pada: 1. kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. 2. Kedua-duanya sama jika terdiri daripada ayat penyata. Jika ayat tunggal yang berbentuk ayat penyata mengalami perubahan seperti pertukaran kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar.

2.8 BINAAN AYAT TERBITAN Ayat terbitan berasal daripada ayat dasar, cuma bentuknya lebih panjang dan kompleks serta terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar seperti ayat di atas boleh diperkembangkan menjadi ayat terbitan seperti berikut :

Subjek Ali Adikku Pegawai kanan pejabat itu Rumah kediamannya

Predikat guru sementara di sekolah itu. sedang tidur di serambi rumah. amat rajin dan cekap pula. di Kampung Sungai Penchala dalam Wilayah Persekutuan.

Ayat terbitan juga merupakan ayat yang terbentuk daripada ayat-ayat dasar melalui proses perluasan, iaitu : penyusunan semula, penggabungan dan penggantian, serta ayat terbitan juga boleh dihasilkan oleh proses pengguguran. Berikut merupakan contoh ayat terbitan yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Kampung Banggul Derdap diserang kesunyian bila padi-padi habis diangkut naik ke jelapang. Perkataan Kampung Banggul Derdap merupakan objek dalam ayat tersebut dan juga bertindak sebagai subjek.Ayat tersebut disusun semula dengan membuat predikat menjadi judul ayat. Lihat ayat yang berikut : Yang tinggal di tengah-tengah sawah hanya tumpuk-tumpuk jerami yang ditimbun sampai ke paras kepala.

Ayat di atas telah mengalami proses penggantian yang mana proses ini telah ditandai kata ganti yang. Ayat ini juga telah mengalami proses peluasan, iaitu klausa relatif dipancangkan kepada sebuah ayat lain bagi membentuk majmuk relatif. Klausa relatif yang ditimbun sampai ke

paras kepala telah diperluaskan melalui proses penggantian kepada unsur tertentu dalam ayat induknya. Lihat contoh lain yang berikut :

Gendang silat dan tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja.

Ayat di atas juga dibentuk melalui proses perluasan, yang mana proses perluasan ini menggabungkan dua ayat bagi membentuk ayat majmuk gabungan. Klausa utamnya iaitu Gendang silat hilang begitu sahaja. Tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja. Kedua-dua ayat di atas digabungkan melalui kata hubung :dan, menjadi Gendang silat dan tingkah gong dengan serunai hilang begitu sahaja.

3.0 MENGHURAIKANPERATURAN HUKUM D-M DAN KEKECUALIAN HUKUM D-M

3.1 PERATURAN HUKUM D-M

Hukum D-M bermaksud diterangkan dan menerangkan.Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Misalnya apabila merujuk pisang yang digoreng, seharusnya pisang dinyatakan sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli goreng sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi pisang goreng bukannya goreng pisang kerana goreng pisang merujuk goreng sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan pisang sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut goreng pisang seharusnya merujuk frasa kerja iaitu perbuatan menggoreng pisang bukannya frasa nama. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa lain-lain hal sedangkan hakikat yang betul merujuk hal bukannya lain-lain. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah hal-hal lain kerana hal tersebut yang banyak bukannya lain.Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten.

Diterangkan (D)

Menerangkan (M)

Keterangan Frasa

Rendang

daging

rendang yang dibuat daripada daging

Restoran

Zaini

restoran kepunyaan Zaini

Serbuk

cili

serbuk yang dibuat daripada cili

Kedai Buku

Faizul

kedai buku kepunyaan Faizul

Orang

muda

orang yang masih muda

Guru

sains

guru yang mengajarkan sains

Kelapa

Tua

buah kelapa yang sudah tua

3.2 KECUALIAN HUKUM D-M

Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutamanya pada nama-nama jawatan.

Menerangkan (M)

Diterangkan (D)

Perdana Timbalan Naib Naib Naib Timbalan Pembantu Ibu

menteri menteri presiden yang dipertua canselor pengerusi penyelidik pejabat

3.2.1 KEKELIRUAN HUKUM D-M

Kekeliruan timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam kata pinjaman, kebanyakannya berasal dari bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu.Misalnya dalam bahasa Inggeris Restoran Ramlah disebut sebagai Ramlah Restaurant.Dalam bahasa Melayu memperkatakan Restoran yang dimiliki oleh Ramlah, maka seharusnya diletakkan unsur Restoran pada kedudukan pertama sebagai aspek yang diterangkan barulah diikuti oleh Ramlah sebagai unsur yang menerangkan iaitu yang memiliki restoran berkenaan.Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai Restoran Ramlah.Dari sudat makna, jika disebut Ramlah Restoran, merujuk kepada Ramlah sebagai restoran. Dari segi semantik, ia bermaksud Ramlah sebagai restoran.

Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama susu kambing merujuk maksud susu yang diambil daripada kambing. Manakala kambing susu merujuk maksud kambing yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya.Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan.

Contoh ayat: 1. Ramli minum susu kambing pada setiap pagi. 2. Ramli memelihara beberapa ekor kambingsusu.

Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada kambing yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada kambingsusu maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin Ramli minum kambing sedangkan hakikatnya Ramli minum susu. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada susu lembu juga menimbulkan kekeliruan maksud ayat kerana tidak mungkin Ramli memelihara susu, sedangkan maksud yang tepat ialah Ramli memelihara kambing.

BAHAGIAN B
( Analisis Ayat)

4.0 MENJELASKAN JENIS-JENIS AYAT , RAGAM AYAT SERTA ASPEK TATABAHASA YANG LAIN DALAM BINAAN AYAT.

4.1 JENIS-JENIS AYAT

Terdapat beberapa jenis ayat dalam bahasa Melayu dan dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

4.1.1 AYAT PENYATA Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

pernyataan.Ayat penyata mempunyai tujuan yang menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.Malah, ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.Antara ciri-ciri bagi ayat penyata ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Di samping itu, ayat penyata diakhiri dengan tanda naktah . .

4.1.2 AYAT TANYA Seterusnya ialah ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Selain itu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dengan kata tanya. Kebiasaannya, ayat tanya tanpa kata tanya sering diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal ? dan ayat jenis ini boleh disertai dengan partikel tanya kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat seperi Awak sudah mandikah ?. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan lain-lain lagi. Seterusnya, ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat

tanya dengan ganti nama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya seperti Siapakah emak awak?.

4.1.3 AYAT PERINTAH Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan lain-lain yang digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat suruhan diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Selain itu, dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua. Antaranya ialah, awak, kamu, engkau dan sebagainya. Ayat larangan pula berbeza dengan ayat suruhan.Ayat ini menggunakan larangan seperti jangan, usah atau tak usah, sebelum kata kerja dan hal ini bertujuan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu. Seterusnya, ayat perintah ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Ayat Suruhan: " Makanlah nasi ini dulu."

Ayat Permintaan: "Tolong hantarkan tugasan awak esok."

Contoh perbezaan ayat

Ayat Larangan: " Jangan ambil wang orang."

Ayat Silaan: "Sila datang ke pejabat saya malam ini."

Rajah ..

4.1.5 AYAT SERUAN Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membaca nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ! yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Antara kata seru yang sering digunakan ialah seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya.

CONTOH AYAT

Abang ! Oh, Tuhanku! Wah, cantiknya perempuan itu!

Amboi, besarnya rumah awak!

Rajah .

4.2 RAGAM AYAT

4.2.1 PENGENALAN Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan dikenal pasti dari segi aktif atau pasif. Dalam bahasa Melayu,terdapat dua ragam ayat , iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam aktif terdiri daripada dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dan ayat aktif transitif.

4.2.2 AYAT AKTIF TAK TRANSITIF Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam kluasa utamanya.Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek.Namun demikian, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur keterangan.

Contoh ayat aktif tak transitif. 1. Rombongan pengantin itu telah tiba. 2. Kenapakah badannya menjadi kurus? 3. Hujan yang turun semalam sangat lebat. 4. Harga gula yang naik pada musim perayaan sangat tinggi. 5. Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok. 6. Kereta dari Johor Bahru itu tiba-tiba membelok ke kiri. 7. Halimah yang sering termenung setiap pagi itu daripada keluarga yang miskin. 8. Mereka yang tidur bertilamkan rumput pada malam itu ialah penyokong bola sepak pasukan pelawat.

4.2.3 AYAT AKTIF TRANSITIF Ayat aktif transitif ialah ayat yang mempunyai kata kerja transitif dalam klausa utamanya.Kata kerja tersebut memerlukan objek selepasnya.

Contoh ayat aktif transitif. 1. Jia Chen akan menghadiri majlis itu. 2. Nurhidayah telah menjawab soalan itu. 3. Wanita yang sedang makan nasi itu ibu saya. 4. Pegawai yang sedang menjalankan tugas itu dari Johor. 5. Aktiviti menulis cerpen ialah hobinya pada masa lapang. 6. Kontraktor yang memperbesar rumah kami akan ke sana esok. 7. Kakinya bengkak kerana tersepak batu ketika bermain bola di padang. 8. Usaha untuk mempertingkatkan pencapaian murid dalam UPSR itu sangat baik.

4.3 JENIS RAGAM PASIF Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif.Kata kerja yang terdapat dalam ayat pasif tersebut membawa maksud objek asal mengalami sesuatu. Dengan berdasarkan bentuknya, ayat pasif dapat dibahagikan kepada tujuh jenis seperti yang di bawah ini: A) Ayat Pasif Berpelaku (Jati)

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama. Contoh = Karangan itu telah saya baca tadi.

Ayat Pasif dengan Kata ganti diri kedua Contoh = Lawatan itu perlu kamu sertai.

Ayat Pasif dengan kata ganti diri ketiga Contoh = Surat itu telah dibaca oleh Encik Shamsul.

B) Ayat Pasif tidak berpelaku (semu)

Ayat Pasif dengan perkataan `kena Contoh = Pencuri itu kena tangkap semalam.

Ayat pasif yang berapitan ke--an. Contoh = Dia kehujanan ketika pulang dari sekolah.

Ayat pasif dengan awalan berContoh = Kain yang koyak itu masih belum berjahit.

Ayat pasif dengan awalan ter-. Contoh = Ashaari teringat oleh ibunya di kampung.

4.3 ASPEK TATABAHASA YANG LAIN 4.3.1 PENGENALAN Selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu

pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian. Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki. Penanda bahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanada kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang ,atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang menggunakan penanda kala.Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan Arab, unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.Satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau, dengan erti kata lain, terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.

5.0 ANALISIS JENIS-JENIS AYAT, RAGAM AYAT SERTA ASPEK TATABAHASA YANG LAIN DALAM BINAAN AYAT.

5.1 ANALISIS JENIS-JENIS AYAT ( KE BINTAN-TO , A.Samad Ismail ) Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa Melayu, jenis-jenis ayat umumnya dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksud ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

5.1.1 AYAT PENYATA Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Antara ayat penyata dalam cerpen Ke Bintan -To, ialah seperti yang berikut: a) Mahmud pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa. (p:1, b:1) b) Waktu itu, Mahmud jadi seorang kerani besar. (p:10, b:2) c) Kaumnya dahulu menderita. (p:14, b:1) d) Dia keluar ke serambi lalu membuka tingkap-tingkapnya. (p:5, b:1) e) Mereka berlari-lari mendapatkan ayah mereka. (p:8, b:6) Tambahan lagi, ayat penyata juga ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.Berdasarkan ayat-ayat yang telah dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut merupakan ayat penyata kerana ayat-ayat tersebut menerangkan sesuatu cerita, benda dan kejadian dan lainlain.

5.1.2 AYAT TANYA Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.

b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. Dalam cerpen Ke Bintan-To, terdapat beberapa contoh ayat tanya yang ditimbulkan oleh penulis iaitu : a) Mana dia Ramlah belum balik-balik lagi? ( p:6, b:1 ) b) Tahukah dan adakah pernah dia susah? ( p:13, b:1 ) c) Apakah pula perasaan dan fikirannya? ( p:15, b:2 ) d) Siapa mahu tanah? ( p:17, b:1 ) e) Mengapa dia belum balik lagi? ( p:19, b:1) f) Kepada siapa dia hendak diserahkan rumah itu apabila dia berpindah ke Binta kelak? ( p:24, b:2) g) Hal anak-anaknya itu bagaimana pula? ( p:24, b:3)

Berdasarkan ayat-ayat tanya yang terdapat dalam cerpen berkenaan, kesemua ayat tersebut merupakan ayat tanya dengan kata tanya dan tiada ayat tanya tanpa kata tanya.

5.1.3 AYAT PERINTAH

Ayat

perintah

ialah ayat

yang digunakan

untuk

menyuruh, melarang,

mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Setelah meneliti cerpen Ke Bintan-To, tiada ayat perintah yang saya dapati dalam cerpen ini.

5.1.4 AYAT SERU

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan. Intonasi seruan digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) pada hujung ayat. Kata seru yang sering digunakan ialah seperti oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Setelah menganalisis cerpen Ke Bintan-To, terdapat beberapa ayat seru di dalamnya iaitu: a) Ah! katanya dalam hati - entah ria entah sedih. Nasib baik aku ! (p:2, b:4) b) Ah, nasib baik berjumpa kopi dengan lempeng! . (p:4, b:3) c) Kali ini tentu dia bersetuju.kalau tidak, aku paksa ! d) Ah, itu alamat bakul berisi ! katanya dalam hati. ? (p:29, b:3)

Ayat seru, tidak banyak digunakan dalam cerpen ini dan kebanyakan ayat seru ini lebih kepada monolog dalaman.Di samping itu, terdapat juga salah satu daripada ayat seru tersebut yang tiada kata seru, tetapi dari segi intonasinya menunjukkan ayat tersebut ialah ayat seru, iaitu ayat ke 3 dalam senarai di atas.

5.2 ANALISIS RAGAM AYAT

5.2.1 AYAT AKTIF 1) Mahmud pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa( p:1, b:2) Mahmud bertindak sebagai subjek manakala pulang ke rumah lekas sedikit daripada biasa ialah predikat.

Ayat Aktif Subjek Frasa Nama Kata Kerja Predikat Frasa Sendi Nama

Mahmud

pulang

ke rumah lekas sedikit daripada biasa

2) Bininya sudah mulai berjual kuih. (p:15, b:3) Bininya bertindak sebagai subjek manakala sudah mulai berjual kuih ialah predikat.

Ayat Aktif Subjek Frasa Nama Frasa Kerja Predikat Kata Nama

Bininya

sudah mulai berjual

kuih

5.2.2 AYAT PASIF

1) Kopinya belum lagi terminum habis; -

(p:16, b:1)

Ayat ini merupakan ayat pasif berpelaku dengan kata ganti diri ketiga (-nya)

Contoh ayat aktif: Dia belum habis minum kopi

2) Tidak disedari olehnya bahawa dia sedang bercakap seorang diri. -

(p:16, b:4)

Ayat ini merupakan ayat pasif di mana frasa tidak disedari olehnya merupakan frasa pasif.

Contoh ayat aktif: Dia sedang bercakap seorang diri tanpa sedar

5.3 ANALISIS ASPEK TATABAHASA YANG LAIN Bahan analisis yang dikaji ialah cerpen bahasa Melayu, tidak terdapat unsurunsur aspek tatabahasa yang lain seperti penanda kasus, kala, dan unsur keserasian di dalam cerpen ini.

6.0 ANALISIS FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU, FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN DAN UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA.

6.1 FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU Kata bantu merupakan sejenis perkataan yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama bagi menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu hadir sebelum kata kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Dalam frasa kerja, kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu : 1. Kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja 2. Kata bantu ragam yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

6.1.1 Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek membantu sesuatu frasa dalam menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentukbentuk kata bantu adalah seperti telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Oleh itu, berdasarkan cerpen yang bertajuk Ke Bintan-To, hasil penulisan oleh A. Samad Ismail, terdapat beberapa ayat yang telah menggunakan kata bantu aspek bagi menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Berikut merupakan antara ayat-ayat yang mengandungi kata bantu aspek, antaranya : 1. Matahari sudah condong dan langit kemerah-merahan. (p:1, b:1) 2. Kopinya belum lagi habis terminum; lempeng baru luak sedikit. (p:16, b:1) 3. Mahmud sudah melepas peluang membuka ladang di Geylang Serai. (p:21, b:7) 4. Beratus-ratus orang sedang bekerja menebang pokok -pokok yang sebesar

pemeluk dan antara mereka itu kelihatan dia anak-beranak mengayun kapak dengan sungguh-sungguh. (p:26, b:2) Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang mahupun belum dilakukan. Oleh itu, berdasarkan ayatayat yang telah dikenalpasti, semua ayat tersebut telah digolongkan seperti berikut :

Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan Matahari sudah condong dan langit kemerah-merahan. Sedang Dilakukan Belum Dilakukan

Beratus-ratus orang sedang bekerja menebang pokok yang sebesar pemeluk dan

Kopinya belum lagi habis terminum; lempeng baru luak sedikit.

Mahmud sudah melepas peluang membuka lading di Geylang Serai.

antara mereka itu kelihatan dia anakberanak mengayun kapak dengan bersungguh-sungguh.

6.1.2 Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam pula adalah satu bentuk kata yang menerangkan atau menyatakan ragam perasaan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan,patut dan mungkin. Oleh itu, terdapat beberapa kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja yang dapat dikenal pasti dalam cerpen yang telah dianalisis. Antara ayatayat yang telah dikenal pasti adalah seperti : 1. Dia membalik-balik tanggannya seolah-olah tidak percaya dirinya boleh mencangkul. (p:25, b:3) 2. Kepada siapa hendak diserahkan rumah itu apabila dia berpindah ke Bintan kelak? (p:24, b:1) 3. Matanya hendak lelap tetapi ditahan-tahannya. (p:7, b:3)

6.2. FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN Ayat komplemen merupakan ayat yang mengandungi ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.Ayat komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Dalam frasa kerja pula, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tidak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Oleh itu, berdasarkan cerpen Ke Bintan-To, ayat komplemen yang mengandungi kata kerja dapat dikenal pasti pada muka surat 10 adalah seperti yang berikut :

Dua minggu kemudian, Berita Malai menyiarkan berita bahawa kumpulan pertama orang-orang Melayu ke Bintan-to telah selamat tiba di sana dan antara lain penulis surat khabar itu berkata (p:30, b:1)

Berdasarkan ayat komplemen di atas, kata kerja menyiarkan telah hadir sebelum kata hubung pancangan komplemen bahawa.Ayat tersebut tergolong dalam frasa kerja transitif dengan ayat komplemen.Hal ini kerana frasa kerja transitif mengandungi kata kerja yang mempunyai imbuhan meN- pada sebelum kata hubung pancangan komplemen tersebut. Ayat komplemen tersebut juga telah berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif selain menjadi pelengkap kepada ayat utama.Terdapat kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya;menafikan, menyatakan, menyebut,

menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan .

6.3 UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA Bagi menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi, unsur keterangan dalam frasa kerja telah digunakan yang mana ianya juga berfungsi sebagai kata adverb.Dalam ayat yang mengandungi susunan ayat biasa, unsur keterangan ini telah hadir selepas kata kerja.

Manakala bagi kata kerja transitif pula, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaan ayat pula, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan frasa adverba. Manakala dari segi makna pula, frasa keterangan telah dibahagikan kepada lapan kumpulan, iaitu : 1. Keterangan tempat atau arah 2. Keterangan waktu 3. Keterangan cara 4. Keterangan tujuan atau harapan 5. Keterangan alatan 6. Keterangan alat 7. Keterangan penyertaan 8. Keterangan hal 9. Keterangan bagai

Oleh itu, berdasarkan analisis teks daripada cerpen yang telah dipilih, terdapat beberapa ayat yang telah dikenal pasti yang mempunyai beberapa unsur keterangan. Antaranya adalah seperti jadual yang berikut :

Unsur Keterangan keterangan musabab

Contoh Ayat Patutkah dia menyalahkan sesiapa atau orang lainkerana kesusahannya sekarang ini? (p:13, b:1)

keterangan harapan

a. Baharu sahaja pagi tadi Mahmud sendiri berjumpa dengan Wak Ali di Kebun Geylang Serai meminta kalau ada ubi kayu. (p:15, b:3)

b. Mahmud membuka gerobok mencari kalaukalau ada lagi baki makanan pagi tadi. (p:2, b:1) c. Saya cuma dapat mengucapkan syukur saja dan saya berazam akan bekerja keras menolong membanyakkan barang-barag makanan untuk kaum kita di Syonan. (p:32, b:2)

keterangan alat

Terjumpa olehnya sekeping lempeng dan secawan kopi sejuk tetapi bertutup dengan tudung salji. (p:2, b:2)

keterangan perbandingan

Ayam, itik, angsa dan kambing keluar masuk dapur rumahnya seolah-olah ia seibu sebapa dengan anak-anaknya sangat jinak. (p:27, b:7)

keterangan waktu

a. Angin bertiup pada waktu petang sangat menyegarkan badan yang letih, dan Mahmud bajunya duduk berehat. (p:5, b:2)

b. Ketika itulah fikirannya ingat kepada masa yang telah lalupada suatu petang seperti hari itu. (p:7, b:1) c. Sebenarnya dia sudah membaca berita itu berpuluh-puluh kali tadi semenjak dia membeli surat khabar itu hingga dia sampai ke rumahnya. (p:18, b:2)

keterangan syarat

Kali ini tentu dia setuju..kalau tidak, aku paksa! (p:22, b:2)

Keterangan hal

Memang sudah adat mereka berdua semenjakmenjadi laki bini kerap berunding tentang perkara-perkara yang besar yang menyentuh hal mereka anak-beranak. (p:19, b:5)

Keterangan tempat atau arah

a. Ah, waktu itu Mahmud jadi seorang kerani besar, barangkali sombong sedikit, dan renggang sikit hidupnya daripada orang-orang kampung! (p:10, b:1)

b. Perkakas dan benih diberi percuma serta RM200.00 wang bantuan daripada pihak yang berkuasa. (p:17, b:2)

c. Mahmud melompat lalu menjenguk ke tingkap, melihat bininya tersenyum di pintu dapur. (p:29, b:1)

Keterangan penyertaan

a. Tetapi kali ini, dia tentu bersetuju dengan aku, kata Mahmud, menatap lagi berita tadi. (p:22, b:1)

b. Kata Ramlah, Bahau terlampau jauh dan dia takut bercerai selama-lamanya dengan sanak-saudara dan sahabat handai di Syonan. (p:21, b:3)

7.0 BIBLIOGRAFI

7.1 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (2008).Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Lufti Abas (1985).Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986).Tatabahasa Pegangan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

8.0 REFLEKSI INDIVIDU

8.1 REFLEKSI INDIVIDU OLEH: Maizatul Elany binti Hasan Basri

Bismillah, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan BMM 3110, Sintaksis Bahasa Melayu. Terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Manap Bin Hamsin dan Tuan Haji Sawpi kerana dengan segala tunjuk ajar dan penerangan jelas yang telah diberikan, hal ini sangat membantu saya dan rakan dalam memudahkan proses menyiapkan kerja kursus ini. Dalam pelaksanaan projek ini, kami secara berkumpulan dikehendaki

menghasilkan kajian sintaksis iaitu menjelaskan binaan

ayat dasar ,binaan ayat

terbitan, dan struktur subjek dan predikat dalam ayat, menghuraikan peraturan hukum D-M dan kekecualian hukum D-M dan kami juga dikehendaki membuat satu analisis ayat iaitu menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa yang lain dalam binaan ayat dan menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Hasil perbincangan yang baik di antara saya dan rakan, kami dapat menjalankan kerja kursus dengan baik walaupun terdapat sedikit kekangan dari segi masa, tempat perbincangan dan juga atas faktor jantina yang membataskan kami untuk mengadakan perbincangan bersama-sama di blok kediaman dan ditambah pula dengan masalah kafe IPG yang tutup seketika. Walau bagaimanapun, dengan teknologi yang makin canggih masa kini, saya dan rakan mengambil keputusan mengadakan sesi perbincangan di laman sesawang facebook. Hal ini sangat membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Boleh dikatakan 80% sesi perbincangan diadakan di laman facebook.

Seterusnya, saya dan rakan telah membahagikan tugas bagi memudahkan serta mempercepatkan proses menyiapkan kerja kursus ini. Saya dan rakan tidak menghadapi masalah dalam pembahagian kerja berkumpulan ini. Masing-masing mendapat tugasan yang sama rata dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Bagi bahagian analisis cerpen, kami mengadakan perbincangan bersama-sama tanpa membuat pembahagian agar tidak berlaku perbezaan pendapat antara kami. Setelah menyiapkan tugasan ini, pada pendapat saya, sangat penting untuk saya menguasai subjek sintaksis ini kerana dengan menguasai bidang ini, saya akan mudah untuk mengesan kesilapan-kesilapan dalam ayat, kesilapan pada strukturstruktur ayat, mengetahui mengenai binaan ayat yang betul dan banyak lagi. Malah, ilmu ini sangat diguna pakai untuk mengajar murid-murid kelak. Jika saya tidak menguasai bidang sintaksis ini, mungkin akan mengganggu pengajaran saya kepada murid-murid dan akan menyebabkan makin banyak kesalahan tatabahasa yang berlaku. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang tidak lokek menghulurkan bantuan, menerangkan tatkala tidak memahami dan lain-lain. Tidak dilupakan kepada pihak perpustakaan kerana sedikit sebanyak telah membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun buku-buku Bahasa Melayu yang terdapat di perpustakaan agak terhad, tetapi turut membantu saya dan rakan dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan kerja kursus. Diharap, pihak perpustakaan dapat menambah lagi buku-buku rujukan Bahasa Melayu pada masa-masa yang akan datang. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan baik bersama rakan kumpulan saya iaitu Ameelia dan Faizul yang sangat memberikan komitmen yang terbaik sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa pertolongan dari mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan tepat pada masanya.Jutaan terima kasih diucapkan.

Melalui kerja kursus ini, terdapat banyak perkara serta ilmu baru yang telah saya pelajari. Hal ini menandakan, usaha saya menyiapkan kerja kursus ini tidaklah sia-sia dan bukan sekadar menaip perkara kosong tetapi melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui banyak perkara terutamanya dalam bidang sintaksis Segala ilmu serta pengetahuan yang telah saya perolehi ini sangat berguna kepada saya dan penting sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru kelak. Dengan ilmuilmu yang saya dapat ini, dapatlah saya mempraktikkannya ketika berada di sekolah nanti.Hal ini dapat membantu saya dalam mengenalpasti masalah-masalah bahasa yang dihadapi oleh murid dan mencari jalan penyelesaiannya. Tambahan lagi, proses menyiapkan kerja kursus ini secara tidak langsung telah dapat memupuk rasa bertanggungjawab dan komited terhadap tugas sebagai seorang bakal pendidik.Segala ilmu yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan ini bukan sekadar ilmu sementara ketika saya belajar di sini, tetapi ilmu yang diperolehi ini ialah untuk digunapakai sewaktu berada di sekolah nanti.Selain itu, kerja kursus ini banyak membantu saya dari segi cara-cara mencari dan menganalisis maklumat melalui bukubuku dan dari aspek penulisan kerja kursus berdasarkan jurnal serta melalui perbincangan dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah.Ini merupakan satu pengalaman yang berguna bagi saya di institut ini. Malah, saya juga bersyukur kerana dapat berkerjasama dengan rakan-rakan saya dengan baik sepanjang proses kerja kursus ini disiapkan.

Sekian Terima Kasih.

8.2 REFLEKSI INDIVIDU OLEH: Muhamad Faizul bin Mustafa Kamar

Assalamualaikum w.b.t. Setelah mendapat tugasan Kerja Kursus Projek untuk subjek Sintaksis Bahasa Melayu, saya bersama ahli kumpulan saya iaitu Maizatul Elany dan mencari bahan rujukan yang diperlukan. Permulaannya agak sukar kerana kami kekurangan pendedahan. Walaubagaimanapun, setelah diberi serba sedikit tentang apa yang

diperlukan dalam tugasan oleh guru pembimbing iaitu Encik Manap Bin Hamsin dan Tn Hj. Sk Mohd Sawpi Bin Lawi agak terperinci dan semestinya lebih memudahkan kami mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan. Dalam pelaksanaan projek ini, kami secara berkumpulan dikehendaki

menghasilkan kajian sintaksis iaitu menjelaskan binaan

ayat dasar ,binaan ayat

terbitan, dan struktur subjek dan predikat dalam ayat. Menghuraikan peraturan hukum D-M dan kekecualian hukum D-M.. Selepas itu, kami dikehendaki membuat satu analisis ayat iaitu menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa yang lain dalam binaan ayat dan menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Terdapat pelbagai saluran dan sumber yang boleh didapati dalam menghasilkan tugasan ini supaya segala maklumat yang diberikan asli dan tidak diciplak.

Melalui tugasan ini , saya dapat memupuk sikap kerjasama antara rakan sekelas yang banyak membantu memberi penerangan yang lebih terperinci. Ia juga banyak memupuk nilai- nilai murni dalam diri contohnya sabar, tekun dan berdisiplin. Melalui tugasan ini juga, saya dapat meningkatkan kemahiran dan memahami dengan lebih mendalam tentang sintaksis yang dapat membantu saya di masa akan datang terutamanya ketika saya bergelar guru nanti.

Selain itu juga, tugasan ini dapat memberi banyak idea baru dalam merancang dan melaksanakan P&P dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Secara tidak langsung di mana saya akan menghadapi pratikum fasa 1 pada semester ini.

Dari segi pandangan peribadi, saya berasa bertuah kerana diasuh oleh pensyarah Jabatan Bahasa Melayu yang sangat pakar dalam bidang bahasa dan sudi memahami masalah anak-anak didiknya.Dorongan dan tunjuk ajar yang tidak putusputus membuatkan semangat saya untuk menyelesaikan tugasan projek ini terus berterus sehingga selesai.Penghargaan juga ditujukan kepada rakan setugas saya, kerana memberi komitmen 100% sepanjang tugasan ini dijalankan.Walaupun kami kumpulan yang bersamaan jantina dan kerap mempunyai masalah dalam

membahagikan masa, namun kematangan dan kebijaksanaan rakan setugas saya mengatasi masalah-masalah tersebut.

Diharapkan tugasan seperti ini dapat diteruskan supaya bakal guru mendapat pengetahuan tentang sintaksis di dalam pengajaran kelas.Pengetahuan ini amat berguna bagi merancang pengajaran yang berkesan untuk pelajar. Sebagai kesimpulan, saya berharap agar segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan di

dalam situasi sebenar kelak. Semoga tugasan ini dapat membantu saya menjadi guru yang cemerlang di masa akan datang.

8.3 REFLEKSI INDIVIDU OLEH: Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee Tugasan bagi subjek BMM 3110 : Sintaksis Bahasa Melayu telah diterima pada 30 Januari 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu En. Manap bin Hamsin dan encik SK Mohd Sawpi bin Lawi. Penyerahan tugas ini buat kali pertama telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan sintaksis bahasa Melayu yang bakal dicari oleh saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan iaitu seramai tiga orang dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila dapat berkumpulan dengan rakan-rakan yang banyak memberikan kerjasama serta komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan BMM3110 Sintaksis Bahasa Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu kajian sintaksis dan analisis ayat, maka ianya bukanlah semudah untuk dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Bagi memudahkan kerja, saya telah membahagikan tugasan berdasarkan objektif yang ingin dicapai secara sama rata dengan mengikut sistem undian antara ahli kumpulan. Saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dalam mencari maklumat dan sumber rujukan yang mampu membantu dalam menyiapkan tugasan tersebut. Oleh kerana sesi kuliah yang dijalankan oleh pensyarah banyak menggunakan dan merujuk buku Tatabahasa Dewan (2008) oleh Nik Safiah Karim, maka hampir keseluruhan maklumat dalam tuagasan ini berdasarkan buku tersebut, di samping mendapat rujukan daripada buku Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan.

Pada awalnya, masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya adalah berkaitan dengan pemilihan teks untuk digunakan sebagai bahan kajian untuk analisis teks. Hal ini kerana saya dan rakan-rakan mengalami kekeliruan sama ada mahu menggunakan bahan artikel biasa untuk dijadikan teks kajian ataupun menggunakan buku-buku ilmiah yang terkandung teks-teks cerpen. Bukan itu sahaja, sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak masalah antaranya berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penelitian yang perlu teliti dan kritikal dalam memahami hukum-hukum dalam kajian sintaksis ayat bahasa Melayu. Saya mengalami masalah dalam mengenal pasti ayat-ayat terutamanya dalam mengenal pasti ayat komplemen kata kerja dengan ayat komplemen kata nama. Hal ini kerana ayat komplemen frasa kerja adalah hampir sama dengan ayat komplemen frasa nama, cuma yang membezakan mereka adalah ayat komplemen frasa kerja tidak boleh dipasifkan. Oleh kerana ahli-ahli kumpulan telah memilih cerpen untuk dijadikan sebagai teks kajian, maka ayat-ayat di dalam cerpen tersebut kebanyakkan mengalami proses transformasi dan ayat kompleks serta memerlukan ilmu dan kefahaman yang tinggi dalam menganalisis teks yang terdapat cerpen tersebut. Walaupun telah merujuk bukubuku ilmiah seperti Tatabahasa Dewan, namun ianya masih sukar bagi saya untuk mendapat kefahaman menyeluruh. Bukan sahaja saya mengalami masalah dalam mendapatkan kefahaman berkenaan dengan kekeliruan antara ayat komplemen kata kerja dengan ayat komplemen frasa nama, saya juga turut mengalami kekeliruan dan kecelaruan maklumat berikutan dengan unsur-unsur keterangan dalam kata kerja. Hal ini kerana, apabila saya merujuk tatabahasa Dewan Nik Safiah Karim, saya mendapati di bawah tajuk Ayat Majmuk bab 18 iaitu jenis ayat keterangan, saya mendapati dalam bab tersebut telah menyatakan bahawa terdapat sembilan jenis keterangan. Namun begitu apabila saya mula merujuk bab13 iaitu Frasa Kerja saya mendapati hanya ada lapan jenis keterangan. Keadaan tersebut telah menjadikan saya keliru dalam mengenal pasti dan mengelompokkan frasa-frasa kata kerja mengikut unsur-unsur keterangan mereka.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya banyak membuat sumber rujukan dari internet dan telah menggunakan masa semaksimum yang mungkin bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan berkenaan dengan sintaksis terutamanya dalam ayat komplemen kata kerja dan unsur keterangan dalam frasa kerja. Keadaan semakin sukar apabila sumber rujukan dalam bahasa melayu hampir semua maklumat yang telah digunakan juga telah menggunakan sumber yang sama iaitu Tatabahasa Dewan tanpa memberikan penjelasan yang lebih mudah kepada pembaca. Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun bahan ilmiah seperti buku Tatabahasa Dewan, Sintaksis oleh Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Dengan merujuk beberapa maklumat lain, terutamanya buku Bahasa Melayu STPM yang mempamerkan maklumat berkenaan dengan sintaksis dalam bentuk yang kebih mudah dan ringkas memudahkan kefahaman saya dalam bidang kajian ayat tersebut. Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu sintaksis. Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui terutamannya berkenaan dengan ayat komplemen, unsur keterangan, kata bantu dan sebagainya yang mungkin saya telah terlepas pandang. Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya berkenaan dengan analisis ayat dalam ilmu sintaksis, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga

perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak terbantut. Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka. Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan

kebijaksanaan serta penelitian ayat-ayat secara tajam dan ianya bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana dalam pengenalpasti ayat memerlukan masa yang agak lama sekiranya berhadapan dengan ayat kompleks dan ayat majmuk. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang mencabar ini juga berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir terutamanya berkenaan dengan kemahiran analisis ayat yang mana ianya memerlukan daya pemikiran yang kritis dan analitikal dalam mengenal pasti jenis ayat yang dikenal pasti, terutamanya ayat kompleks yang mungkin asalnya daripada ayat mudah. Sebagai seorang bakal guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal terutamanya dalam bidang sintaksis agar murid-murid sedar dan mengenal pasti akan struktur yang betul dalam sesuatu ayat sama ada betul atau salah, beserta dengan jenis ayat tersebut. Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka terhadap peranan saya sebagai guru bahasa melayu yang perlu sentiasa mantap dalam kemahiran bahasa terutamanya apabila masyarakat mula memerlukan kemahiran guru bahasa dalam membantu meningkatan literasi mereka. Kemantapan bahasa tersebut bukan sahaja kefasihan dalam berbicara, sebaliknya ianya juga turut merangkumi kemahiran guru dalam bidang seperti sintaksis dan morfologi. Keperluan guru dalam

memantapkan pengetahuan bahasanya khususnya binaan ayat ini sekaligus dapat membentuk anak bangsa yang mempunyai keupayaan literasi yang tinggi yang mana mampu bersaing di persada antarabangsa. Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu sintakis dan pengetahuan berkaitan dengan struktur ayat. Sebagai seorang bakal guru bahasa, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu bahasa terutamanya dalam aspek tatabahasa iaitu sintaksis. Pengetahuan secara menyeluruh berkenaan dengan ilmu tatabahasa yang dihasilkan oleh sarjana bahasa kita iaitu Nik Safiah Karim dan sarjana bahasa lain perlu difahami dan dikuasai oleh guru bahasa seperti saya. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya. Sekian dan wassalam.

9.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN


Penglibatan/ Tanggungjawab

Tarikh

Perbincangan

Catatan

30/01/13

Menerima soalan tugasan dan taklimat pelaksanaan tugasan daripada pensyarah subjek.

1. Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 13/3/2013 (Ameelia Nazirah) (Muhd Faizul)

(Maizatul Elany)

Memahami kehendak
01/02/13

1. Membuat pembahagian tugas untuk setiap ahli (Muhd Faizul)

soalan tugasan

2. Membuat jadual pelaksanaan tugas dan tetapan tarikh 3. Penyediaan draf pertama untuk disemak dan bertanya pada pensyarah.

(Ameelia Nazirah)

(Maizatul Elany)

Mencari maklumat
05/02/13

1. Catatan maklumat (Muhd Faizul)

dari Pusat Sumber Mencari jurnal yang bersesuaian untuk membuat ulasan kritis. 2. Cetakan bahan rujukan buku ilmiah berkaitan dengan tugasan. 3. Catatan bibliografi

(Ameelia Nazirah)

(Maizatul Elany)

Mencari maklumat dari internet


08/02/13

1. Catat bahan rujukan 2. internet dan cetakan 3. bahan rujukan 4. Catatan bibliografi 5. Menaip bibliografi 6. mengikut format APA. (Ameelia Nazirah) (Muhd Faizul)

(Maizatul Elany)

15/02/13

Menyediakan draf pertama untuk disemak

1. Menyusun maklumat yang telah diperolehi mengikut kehendak soalan.

(Muhd Faizul)

(Ameelia Nazirah)

2. Menunjukkan isi-isi penting yang telah diperolehi. (Maizatul Elany)

Mengumpulkan
05/03/13

1. Berkolaborasi dengan ahliahli kumpulan. (Muhd Faizul)

tugasan-tugasan individu

(Ameelia Nazirah)

(Maizatul Elany)

Proses membaiki draf dan pemurnian hasil kerja


11/03/13

1. Membetulkan rangka kerja mengikut semua komen yang dibuat oleh pensyarah pembimbing (Muhd Faizul)

2. Membetulkan ejaan,penulisan rujukan dan penjilidan hasil kerja. (Ameelia Nazirah)

(Maizatul Elany)

13/03/13

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan (Muhd Faizul)

(Ameelia Nazirah)

(Maizatul Elany)

10.0 BORANG KOLABORASI

11.0LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai