Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG KOD KURSUS : PIM 3109 NAMA KURSUS : PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM TARIKH MULA 14 Julai 2013 NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 5 (Ambilan Jun 2011)

TARIKH HANTAR

7 Sept. 2013

I. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Hasil Pembelajaran Kursus Menerangkan konsep bahan sumber P & P. Mengenalpasti bahan sumber P & P Pendidikan Islam yang sesuai. Membina bahan sumber P & P Pendidikan Islam. Mengaplikasi bahan sumber Pendidikan Islam dalam P & P. Menerangkan konsep dan kemahiran dalam pengajaran mikro dan makro. Membezakan antara pengajaran mikro dan makro. Merancang dan mengaplikasi pengajaran mikro dan makro dalam P & P Pendidikan Islam. Membina Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam.

8.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 8.

II. 1. 2. 3.

Objektif Kerja Kursus Menerangkan konsep bahan sumber P & P. Mengenalpasti bahan sumber P & P Pendidikan Islam yang sesuai. Membina bahan sumber pengajaran Pendidikan Islam.

4.

Mengurus penggunaan bahan sumber pengajaran Pendidikan Islam dengan cekap dan berkesan. Menganalisis konsep dan kemahiran asas dalam pengajaran mikro dan makro. Mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas dalam pengajaran mikro dan makro. Membina Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam. Tugasan Projek

5. 6. 7. III.

Kemahiran permulaan pengajaran penting kerana perkataan permulaan bermakna kemahiran menyediakan tempat atau meletakkan idea-idea di hadapan murid. Untuk melakukannya guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu selain ilmu pengetahuan seperti, kemahiran membina bahan sumber pengajaran, mengaplikasi bahan sumber dalam P & P, kemahiran asas mikro dan makro, membina rancangan pengajaran harian dan sebagainya. A. Pengajaran mikro (40%) Secara berpasangan laksanakan pengajaran makro (pilih satu tajuk) berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 6. Penulisan Akademik (50%) (Individu) Tugasan individu mengenal pasti bahan sumber P & P yang sesuai dan membuat analisis berkaitan dengannya. Penulisan Reflektif (10%) (Individu) Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut : i. Pengalaman anda semasa melaksanakan tugasan ini. ii. Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan ini dan bagaimana mengatasinya. iii. Sejauhmana pengalaman anda dalam melaksanakan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang pengajaran mikro dan makro. Panduan Pelaksanaan Projek Tugasan ini adalah tugasan individu dan berpasangan. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 2.2 Fon Arial. 2.3 Saiz huruf 11. 2.4 Langkau 1.5 baris. 2.5 Rujukan mengikut format APA (America Psychological Association) Panjang tugasan adalah antara 2 500 hingga 3 000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual). Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

B.

C.

IV. 1. 2.

3. 4. 5. 6.

V. A.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut : Pengajaran mikro (40%) i. Perancangan sebelum pengajaran yang teratur dan sempurna. ii. Pemilihan dan penggunaan bahan sumber yang sesuai dan membantu mencapai objektif P & P. iii. Aplikasi pengajaran mikro yang lancar dan menarik. iv. Aplikasi kemahiran asas dalam pengajaran mikro dan makro dikuasai sepenuhnya. Penulisan Akademik (50%) i. Penulisan mengikut format yang sebenar. ii. Perancangan yang tersusun dan memudahkan pelaksanaannya. iii. Perancangan yang membolehkan objektif P & P mudah dicapai. iv. Perancangan yang menghasilkan P & P yang menarik dan berkesan. Penulisan Reflektif (10%) i. Pengalaman baru yang bermakna dan berhubung dengan P & P. ii. Pernyataan masalah dan cara mengatasinya yang berkesan. iii. Pengalaman yang dilalui banyak membantu menjadi insan yang lebih memahami dunia keguruan. Kriteria Pentaksiran Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

B.

C.

VI.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh :

(MUHD FAUZAN B ABD WAHID) Penyelaras Kursus PIM 3109 Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Raja Melewar Seremban Disahkan oleh :

(MUKARRAMAH BINTI IBRAHIM) Pakar Bidang SME Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Raja Melewar Seremban

(ABDUL MALEK B NORAKIT) Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Raja Melewar Seremban