Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan.

Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik arjah serta di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua-dua unsure sangat perlu digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Mesra budaya adalah perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Keselesaan dan kegembiraan diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan

pembelajaran. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam suasana pengajaran dan pembejaran di abad yang penuh cabaran ini terutama apabila melibatkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Pengurusan fizikal harus melewati bukan sekadar dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja, namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Murid akan dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan sehingga apa jua yang dipelajari betul-betul bermakna kepada mereka dan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Kriteria-kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

1) Aspek Fizikal :Mempunyai meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti:i. ii. iii. iv. v. Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. Melukis mural diswekitar kelas. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.

Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal:Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini, di mana secara tidak langsung murid yang berlainan etnik dan budaya dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ahmad dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Kumar dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-

murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik, di mana sudutsudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaumkaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Kesimpulan: Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Susun atur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk murid iaitu harus sama rata dari segi kumpulan etnik. Sudut sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

Guru

perlu

berperanan

dalam mengetahui latar belakang

murid,

dan

kepelbagaian perbezaan individu murid apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya.

BAHAN RUJUKAN

Haji Mohtar bin H. Md. Dom. 1977. Kepercayaan dan Pantang Larang. Federal Publications: Kuala Lumpur.

Haji Mohtar bin H. Md. Dom. 1977. Tahyul dan Kepercayaan. Federal Publications: Kuala Lumpur.

H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964,

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, 2011. Siri Pendidikan Guru, Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Robiah Sidin, 1993. Classroom Management, Kuala Lumpur, Malaysia: Fajar bakti.

Sheikh Othman bin Seikh Salim (1997), Kamus Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ,

__________________Budi Bahasa Budaya Kita. 2005. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Malaysia

Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu http://jmnasira.blogspot.com/2009/11/pgsr-sm3-modul-edu-3106.html http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html#_ftn5 http://widy-apa2aja.blogspot.com/2012/01/penulisan-ilmiah.html