Anda di halaman 1dari 4

Baling bola dalam bakul (T1)

30 METER

25 METER

GELUNG

BAKUL

1. Apabila wisel ditiupkan, seorang murid dari setiap pasukan berlari kearah gelung, berdiri di dalam gelung dan cuba membuat lontaran bola ke dalam bakul. 2. Setelah membuat lontaran, murid berlari semula kearah rakan pasukan, pas dan duduk di barisan belakang. Murid yang telah di pas berlari kearah gelung dan cuba membuat lontaran bola. 3. Mata dikira dengan berapa banyak jumlah bola yang terkumpul di dalam bakul setelah semua ahli pasukan telah melakukan lontaran. * Alatan yang diperlukan : 40 biji bola kecil, 4 gelung, 4 bakul kecil

Meleret bola menggunakan gelung (T2)


50 METER

SKITAL BESAR

1. Apabila wisel ditiupkan, seorang murid dari setiap pasukan akan menarik bola menggunakan gelung dan membuat satu pusingan di skital dan menarik semula bola kearah rakan sepasukan. 2. Setelah sampai pada rakan pasukan, murid yang menarik bola dengan gelung tadi akan memberi gelung kepada rakan pasukannya dan duduk di

belakang barisan kumpulan bagi membolehkan rakannya melakukan aktiviti yang sama seperti yang dibuat tadi. 3. Mata dikira bagi pasukan yang siap dahulu semua ahlinya melakukan aktiviti tadi. * Alatan yang diperlukan : 4 gelung, 4 biji bola sepak, 4 kon

Membawa bola menggunakan kayu hoki (T3)


50 METER

SKITAL BESAR

1. Apabila wisel ditiupkan, seorang murid dari setiap pasukan akan mebawa bola menggunakan kayu hoki dan membuat satu pusingan di skital dan membawa semula bola kearah rakan sepasukan. 2. Setelah sampai pada rakan pasukan, murid yang membawa bola dengan kayu hoki tadi akan memberi kayu hoki kepada rakan pasukannya dan duduk di belakang barisan kumpulan bagi membolehkan rakannya melakukan aktiviti yang sama seperti yang dibuat tadi. 3. Mata dikira bagi pasukan yang siap dahulu semua ahlinya melakukan aktiviti tadi. * Alatan yang diperlukan : 4 kayu hoki, 4 biji bola sepak, 4 kon

Hantaran bola keretapi (T1)

1. Murid setiap pasukan akan berdiri sebaris dengan jarak 10 meter dari rakan. 2. Apabila wisel dibunyikan murid yang berada di hadapan akan menghantar bola melalui bukaan kakinya pada rakan pasukannya di belakang dan berterusan. 3. Apabila bola sampai pada murid terakhir dalam pasukan, murid itu akan berlari membawa bola ke hadapan dan melakukan passing semula. 4. Mata dikira apabila pasukan yang siap dulu semua murid dalam pasukan sudah melakukan hantaran dari hadapan. * Alatan yang diperlukan : 4 biji bola baling, 40 markers *marker diletakkan pada jarak 10 meter untuk memudahkan murid berdiri pada jarak 10 meter daripada rakan.

Bawa bola pingpong menggunakan sudu (T2)


50 METER

1. Apabila wisel dibunyikan murid akan membawa bola pingpong didalam sudu menggunakan mulut. 2. Murid akan berjalan pantas dan mengelilingi skital kemudian berpatah balik kearah rakan, passing dan rakan akan melakukan aktiviti yang sama.

3. Mata dikira apabila pasukan yang siap dulu semua murid dalam pasukan sudah melakukan aktiviti tersebut. * Alatan yang diperlukan : Sudu plastik 40, bola ping pong 4 * Sekiranya murid terjatuh bola ping pong, dia perlu mengambil semula bola ping pong dan memulakan semula di tempat bola ping pong itu jatuh.

Masukkan air ke dalam botol menggunakan span (T3)


30 METER

1. Apabila wisel dibunyikan murid akan membasahkan sponge dalam baldi air kemudian berlari kearah botol dan memerah sponge tadi supaya air akan memasuki botol. 2. Setelah memasukkan air ke dalam botol, murid akan berlari semula dan pas pada rakan pasukan dan rakan pasukan akan melakukan aktiviti yang sama. 3. Mata dikira jumlah air yang dimasukkan dalam masa 5minit. * Alatan yang diperlukan : 4 Sponge, 4 botol air besar, 4 Baldi air