Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SKAG 2273 : GEOGRAFI POLITIK

ESEI BERKUMPULAN SOALAN 5:

PRU 13: Analisis Pola Pengundian di Negeri yang dikuasai Parti Pembangkang

Nama Matrik Pensyarah Penilai

: Mohd Yazidmanhafif Bin Hasan Husin : A138627 : Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Bin Mat Jali Encik Junaidi Awang Besar

Sesi Kuliah

: Isnin (8.00 pagi)

KANDUNGAN

Topik

Muka Surat

Pengenalan Pola Pengundian Pada PRU 12 Manifesto Barisan Nasional Pada PRU 13 Manifesto Pakatan Rakyat Pada PRU 13 Faktor Kemenangan Pakatan Rakyat Di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Perak Pada PRU 12 Faktor Kemenangan Bn Di Kedah Pada PRU 13 Faktor-Faktor Pengekalan Kuasa Pakatan Rakyat Di Kelantan, Pulau Pinang Dan Selangor Peranan Media Massa Dalam Pilihan Raya Kesimpulan Rujukan

2 2 3 6

8 10

11 14 16

1.0 PENGENALAN Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 iaitu pada tahun 2008 telah menunjukkan berlakunya Tsunami Politik Malaysia dimana telah berlaku perubahan kepada pengusaan kerajaan negeri kepada pihak pembangkang dengan memperoleh kemenangan di negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Manakala pada PRU-13 telah menunjukkan perubahan kepada pola pengundian pada kedua-dua pihak sehingga mendapat istilah Tsunami Cina. Corak pengundian di seluruh negara telah banyak berubah kerana banyak dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku di persekitaran sosial, ekonomi dan politik. Akibat daripada perubahan ini, keperluan maklumat bagi tindak balas yang lebih cepat telah pun meningkat bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pentadbiran, perancangan, pembuatan keputusan dan pembangunan. Perkembangan pesat dalam pembangunan negara, telah membawa kepada permintaan terhadap maklumatmaklumat terkini, tepat dan sahih. Maklumat terutamanya maklumat ruangan menjadi semakin penting dalam semua jenis perancangan dan pembuatan keputusan

2.0 POLA PENGUNDIAN PADA PRU 12 Jika dilihat dalam keputusan PRU 12 yang lalu Parti Barisan Nasional (BN) telah mengalami pencapaian keputusan terburuk di dalam sejarah pilihan raya di negara. BN hanya mampu memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Pada peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya dan daripada jumlah tersebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah memenangi 78 kerusi Parlimen, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan Peoples Progressive Party (PPP) tidak memenangi sebarang kerusi. Daripada segi analisa peratusannya boleh dikatakan bahawa calon calon Parlimen PPP telah tewas 100%, Gerakan 80%, MIC 67%, MCA 62.5% dan UMNO 27.3%. Secara keseluruhannya, BN hanya mendapat 51.2% undi majoriti dan gagal untuk memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen. Secara perbandingannya pencapaian parti-parti pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Tindakan Rakyat (DAP) adalah jauh lebih baik pada pilihan raya kali ini. Ini dapat dilihat daripada segi peningkatan

kerusi Parlimen iaitu daripada 20 kepada 82, manakala kerusi DUN kapada 196 kerusi. Sehubungan ini PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN Pada perspektif yang lain, pencapaian BN dalam pilihan raya kali ini juga lebih buruk berbanding dengan pilihan raya umum pada tahun 1969 yang Parti Perikatan (sekarang dikenali sebagai BN) hanya mendapat 68 daripada 118 kerusi Parlimen yang ditandingi dan tidak mendapat 2/3 majoriti di Parlimen. Pada masa itu perikatan hanya tewas di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi dalam PRU-12 BN telah kehilangan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak. Malahan pada tahun 1999 apabila UMNO berdepan dengan krisis penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), BN masih lagi mampu memperolehi 56.5% undi majority Kebanyakan penganalisis politik menggunakan istilah Tsunami politik untuk menggambarkan gelombang penolakan terhadap BN. Kali ini BN bukan sahaja kalah di kawasan yang dianggap selamat malahan ramai pemimpin parti komponennya yang tewas. Lebih memeranjatkan lagi protes tersebut tidak sekadar memenangkan calon parti lawan malahan bilangan undi rosak dicatatkan paling besar dalam sejarah negara pada pilihan raya umum kali ini. Sehubungan ini bilangan undi rosak yang dicatatkan adalah sebanyak 322,461 undi. Dari jumlah tersebut 175,680 undi bagi kerusi Parlimen dan 146,781 undi bagi kerusi DUN. Lebih memeranjatkan lagi apabila bilangan undi rosak yang paling tinggi dicatatkan di Johor (iaitu 28,709 undi bagi kerusi Parlimen dan 25,455 undi bagi kerusi DUN) yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan UMNO

3.0 MANIFESTO BARISAN NASIONAL PADA PRU 13 Menjelang PRU 13, akan bermulalah perbentangan manifesto yang datang dari kedua-dua pihak. Masing-masing akan mempunyai agenda dan perancangan yang untuk menarik perhatian rakyat dalam melakukan pemilihan kerajaan. Manisfesto merupakan satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. Melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan.

Pihak BN dalam kerangka manifestonya kali ini banyak melakukan perubahan dari segi bantuan. Jika pada PRU yang terdahulu, manifesto yang dilakukan banyak berbentuk pembangunan infrastruktur dan fizikal. Semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah, bilau berusaha untuk melakukan perubahan secara beransur-ansur dengan berpandukan manifesto yang dilakukan dahulu, apabila Najib telah mengambil alih tampuk pimpinan beliau, Najib melakukan sedikit perubahan dari segi pendekataan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat. Slogan 1 Malaysia telah menjadi simbol kepada produk perkhidmatan kerajaan sehingga menceburi dalam segala aspek. Strategi Najib semenjak memerintah sehingga menjelang PRU 13, beliau banyak melakukan pendekatan melalui produk 1 Malaysia. Antara produk tersebut adalah secara bantuan, perkhidmatan, kemudahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Antara yang paling popular adalah bantuan RM500 1 Malaysia. Bantuan 1 Malaysia telah menarik minat rakyat mengenai keperihatian kerajaan dalam membantu rakyat menjalani kehidupan seharian. Selain itu juga, penubuhan klinik 1 Malaysia dan Kedai 1 Malaysia juga memberi ruang kepada rakyat untuk menikmati pekhidmatan dari kerajaan secara lebih mudah dan murah. Sistem bantuan dan kemudahan 1 Malaysia yang diperkenalkan ini telah menjadi satu elemen kekuatan pemerintahan BN dalam menghadapi PRU 13 (Manifesto BN 2013, 7). BN dilihat melakukan kempen yang tidak secara langsung lebih awal dari yang sepatutnya. Pengaruh yang diperolehi dalam media telah memberikan kelebihan kepada BN untuk melakukan promosi mengenai produk kerajaan dan keperinhatinan kerajaan terhadap rakyat. Jika dinilai dan dianalisa antara produk 1 Malaysia dengan manifesto BN, terdapat kesamaan dari segi penawaranya. Semasa pembentangan manifesto, BN menggunakan istilah sebuah aku janji kepada rakyat sebagai satu tarikan yang menjadi kepastian kepada rakyat dalam menunaikan janji. Penambahbaikan dari segi jumlah dan kuantiti dilakukan untuk menarik minat rakyat dalam membuat keputusan pada PRU 13 kelak. Sebagai contoh, dalam manifesto BN, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dinaikkan sekali ganda yang pada asalnya hanya RM 500 kepada RM 1200. Peningkatan yang tinggi ini telah menyebabkan rakyat tertarik kepada bantuan wang segera yang bakal diberikan tersebut. Malah, bantuan-bantuan lain juga dipertingkatkan lagi seperti Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan kepada RM 300 dan Bantuan Persekolan dinaikkan kepada RM 150 (Manifesto BN 2013, 10). Penambahan yang dilakukan terhadap produk 1 Malaysia tersebut merupakan strategi dalam menarik minat pengundi

terhadap pemerintahan BN. Dasar bantuan yang dilaksanakan oleh Najib telah memberikan

kesan yang mendalam sehinggakan dalam keputusan PRU 13 telah mengubah sokongan rakyat kepada BN dan berjaya menawan semula Kedah. Selain itu juga, BN akan melakukan penyemakan terhadap dasar automatif negara dari aspek penawaran harga yang berpatutan terhadap kenderaan yang diimport sejajar dengan kemajuan yang bakal dilakukan oleh Proton. Pengurangan 20% ke 30% akan dilakukan secara berperingkat mengikut kepentingan pengeluaran automatif negara. Seterusnya BN melakukan beberapa perubahan terhadap dasar perumahan negara. BN akan mempertingkatkan penawaran dan pemilikan rumah mampu milik kepada rakyat. Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan semasa. Dasar perumahan ini akan bersangkutan mengenai peluang pekerjaan yang bakal dipenuhi oleh golongan muda, BN dalam manifestonya akan berusaha untuk mempertingkatkan peluang pekerjaan kepada generasi muda yang memenuhi kehendak industri. Berikutnya, penambahbaikan dari segi kemudahan awam, taman rekreasi dan sistem pengangkuatan akan dipertingakatkan lagi serta melakukan tranformasi dalam penyediaan kemudahan. Projek MRT dan penukaran set Komuter KTMB telah memberikan kesan dalam penggunaan rakyat terhadap kemudahan tersebut. Maka dengan itu, strategi BN dalam penyediaan kemudahan awam yang lebih efisyen juga mampun untuk menarik minat golongan muda dalam memilih tampuk pimpinan terhadap BN. Seterusnya, BN menjadikan kesihatan sebagai elemen kempen mereka dengan melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan tersebut. Kesihatan dan perubatan merupakan keperluan asas bagi setiap manusia. Strategi untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan ini boleh dijadikan satu langkah yang baik dalam manarik minat golongan yang memerlukan. Penyediaan Pasat Kanser akan diperluaskan lagi dan kemudahan perubatan akan diperbanyakkan supaya tidak berlaku kesesakan dalam memperolehi kemudahan ini. Strategi memberi bantuan sehingga ke pintu rumah bagi golongan tua akan memberi kesan psikologi kepada penduduk setempat mengenai keperihatinan kerajaan dalam memberi kemudahan tersebut dan ianya secara tidak langsung mampu mengubah pendirian pengundi pada PRU yang akan datang. Perkhdmatan jaringan jalan raya akan diperluaskan keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jaringan lebuh raya dan kemudahan untuk penggunaan lebuh raya tersebuat akan dipermudahkan dengan membina beberapa susur keluar tambahan. Jaringan jalan raya yang luas

mampu untuk merapatkan penduduk pedalaman untuk berinteraksi dengan bandar. Dengan kemudahan yang semakin luas tersebut, bandar dan kampung akan terdedah kepada ancaman keselamatan, maka BN akan meneruskan strateginya dengan menawarkan perlindungan dari pihak keselamatan dengan mempertinkatkan mutu dan bilangan pegawai keselamatan tersebut. Manifesto BN yang dilihat banyak tertumpu kepada kemudahan yang dipertingkatkan jumlah dan mutunya telah dilaksanakan secara berperingkat sebelum PRU 13 lagi. Pemberian BR1M yang akan diberi pada kali ke 3 akan dipertingkatkan telah dijajikan madah manifesto yang utama dalam kerangka manifesto BN. Rakyat akan tertarik kepada pemberian yang berbentuk wang dan kemudahan oleh pemerintah atas dasar keperihatinan kerajaan kepada rakyat. Namum demikian, strategi tersebut tidak memberi kesan yang mendalam bagi negeri yang dikuasi PR kecuali Kedah yang berjaya di ambil semula.

4.0 MANIFESTO PAKATAN RAKYAT PADA PRU 13 Pakatan Rakyat (PR) telah lebih awal terdahulu membentangkan manifesto mereka. Dalam kerangka manifesto PR yang banyak menyentuh aspek perubahan yang ingin dilakukan sekiranya diberi mandat dalam PRU 13. Manifesto yang berbentuk pembangunan sosial yang sekata bagi keseluruhan rakyat tanpa melakukan diskrimunasi dan spekulasi kepentingan politik mereka. PR hanya mampu menyaipaikan maklumat mandate mereka melalui akhbar terbitan mereka dan saluran internet sahaja. Fokus pada manifestonya yang pertama adalah mengenai hubungan sejagat antara kaum yang ingin diieratkan melalui jalinan kerjasama antara kaum yang maksimum. Perancangan ekonomi yang mesra rakyat dan lebih menguntungkan bagi semua kaum boleh dinikmati secara terbuka dan adil. Dalam kerangka fokus ini, PR mengarispanduankan hidup perpaduan yang menjadi teras kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dengan mengamalkan hormatmenghormati adat dan kebudayaan antara kaum akan melahirkan rakyat yang perihatin dan saling bantu-membantu tanpa mengira ras. Dalam fokus ini juga, pembangunan modal insan akan berpandukan kepada perpaduan yang telah dicapai secara profesionalisme (Manifesto PR 2013, 8).

Negeri Sabah dan Sarawak juga diberi fokus yang menyerluruh dari segi pembangunan fizikal dan modal insan. Sebagai negeri yang terpisah dari semenanjung Tanah Melayu, mereka seharusnya diberi perhatian yang tinggi keranan negeri tersebut masih lagi tidak mempunyai infrastuktur yang baik jika dibandingkan dengan pencapaian di semenanjung. Selain itu, fokus mengenai pembangunan modal insan seawal penyediaan sistem pendidikan yang menyeluruh dan adil bagi semua kaum. Sistem pendidikan yang berteraskan semua aliran akan meudahkan semua kaum berinteraksi dan tiada jurang pemisah. Justeru itu dalam kerangka fokus ini akan lebih meunupukan pembaikan hubungan antara kaum yang menyeluruh. Berikutnya adalah menerusi aspek ekonomi. Ekonomi merupakan tunjang pembanguna kepada kemajuan negara yang kian berkembang. Kepesatan pembangunan ekonomi seharusnya selari dengan pembangunan modal insan. PR akan mensasarkan peluang pekerjaan yang baru dan dianggarkan sebanyak 1 juta peluang. Peluang kerjaya yang akan menepati kehendak masyarakat akan menawarkan gaji minima yang tinggi dan memberi kesenangan keapda rakyat. Ianya sejajar dengan pembangunan ekonomi yang pesat maka, pola pendapatan atau kuasa membeli dikalangan rakyat perlu dipertingkatkan. Pergerakkan ekonomi akan bergantung kepada kemudahan pengankutan yang sempurna. Dalam penyediaan kemudahan tersebut, pemandu teksi akan dikurangkan beban mereka apabila PR ingin mengubal sistem itu kepada pemilikan terus pemandu teksi yang selama ini banyak dimiliki oleh syarikat besar dan kurang menguntungkan para pemandu teksi (Manifesto PR 2013, 23). Jasa para pejuang negara dan penjaga keselamatan negara akan diambil perihatin dengan memberikan ganjaran yang sepatutnya dari segi pendapatan dan kemudahan yang tertentu. Mentaliti dan moral para pegawai keselamatan seharusnya diberi perhatian kerana dalam menjalankan tugas keselamatan yang banyak terdedah kepada risiko nyawa, kecederaan dan sebagainya perlu diambil kira sebagai pengorbanan mereka untuk berada di barisan pertama. Selain itu, kesempitan hidup boleh menyebabkan mereka terdedah kepada gejala pecah amanah dan rasuah semasa menjalani tugas mereka. Oleh itu, dengan mengambil kira spek kemudahan dan kesenangan mereka mampu untuk mengurangkan beban mental dan moral yang selama ini membayangi golongan ini. Pembangunan dan kemajuan negara memerlukan perkembangan inovasi yang tinggi dan terhindar dari monopoli dari beberapa pihak. Inovasi merupakan satu pembangunan yang

mencari formula yang baharu dalam meletakkan negara dalam saingan negara maju. Dalam menjadi sebuah negara maju, Malaysia seharusnya mempunyai pembangunan inovasi yang baik dan standing dengan negara yang maju. Sehubungan itu, kuasa monopoli oleh golongan tertentu perlu dikurangkan supaya melahirkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang kaya dan berkemampuan tinggi. Sistem monopoli yang diamalkan boleh menyebabkan pergerakkan keajuan negara hanya bergerak sebagai negara pengguna sahaja (Manifesto PR 2013, 20). Kesejahteraan rakyat juga menjadi tunjang kepada dasar manifesto oleh PR. Kehidupan rakyat yang kurang dibebani penawaran kemudahan ekonomi boleh menyebabkan rakyat hidup dalam kesempitan. PR berhasrat untuk menurunkan dan menyelarakan mengikut keperluan rakyat supaya ianya tidak membebankan rakyat.Fokus dalam kerangka pembangunan sosial akan diperhalusi dari segala aspek supaya ianya tidak menjadi sebuah isu kelak. Oleh yang demikian, kesejahteraan rakyat haruslah dipertingkat agar rakyat hidup sebagai kerajaan yang pada asanya merekalah kerajaan. Dasar pemerintah PR yang kerejaan rakyat akam membawa kembali dasr kerajaan asal yang meletakkan rakyat sebagi komponen utama dalam kerajaan dan bukannya pemerintah.

5.0 FAKTOR KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN PERAK PADA PRU 12 Faktor-faktor kekalahan BN dalam PRU 12 ialah percaturan pemimpin pemuda UMNO yang meletakkan ramai muka-muka baru sebagai calon yang bertanding dalam PRU 12. Pada pilihan raya umum tersebut terdapat 147 orang calon pemuda BN iaitu 46 di peringkat Parlimen dan 101 di peringkat DUN. Sebahagian besar daripada calon-calon tersebut adalah calon-calon daripada Pemuda UMNO. Bilangan mereka adalah seramai 130 orang iaitu 38% (130 : 338). Ada pihak yang mengaitkan lambakan ini sebagai percaturan pemimpin pemuda UMNO untuk menghadapi pemilihan pucuk pimpinan parti (Noryahayati 2008, 55). Terdapat juga faktor dalaman yang menyebabkan kelemahan BN dalam PRU 12 iaitu apabila ramai calon-calon lama yang digugurkan dari senarai pencalonan. Kebanyakan caloncalon lama tidak berpuas hati kerana mereka tidak pernah diajak berunding sebelum digugurkan daripada senarai calon yang bakal bertanding. Kebanyakkan calon lama mempunyai rekod yang

10

baik semasa pekhidmatan mereka dalam penggal yang sebelumnya dan mempunyai penyokong yang ramai bagi kawasan yang pernah diwakili mereka. Ianya mengakibatkan kurangnya sokongan terhadap calon-calon baru yang dipertandingkan di dalam PRU 12 yang terdahulu. Faktor-faktor keredibiliti seseorang calon mampu mempengaruhi sokongan terhadap parti kerana wajah baru tidak dikenali ramai malah rakyat risau mengenai tahap pengalaman memerintah wajah baru tersebut. Antara faktor lain yang memyebabkan berlakunya penolakan undi terhadap BN ialah dengan meletakkan calon-calon yang telah mempunyai rekod-rekod yang buruk seperti pernah dikaitkan dengan spekulasi rahsuah, pecah amanah, penyalahguaan kuasa, jenayah dan sebagainya. Antara calon-calon yang dipertandingkan dalam PRU12 yang lalu ialah, Samy Velu, Rafidah Aziz, Muhammad bin Mohd Taib, Nazri Aziz, Khir Toyo, Azalina Othman said, Musa Aman, Ling Hee Leong, Johari Baharom, Chan Kon Choy dan lain-lain lagi (Norhayati 2008, 56). Faktor kenaikan harga barangan, minyak, tol, cukai dan sebagainya juga mempengaruhi pola pengundian tersebut. PR yang ketika itu telah mempromosikan ekonomi yang lebih mesra rakyat dan memberikan keuntungan yang maksima telah menyebabkan rakyat memilih untuk menyokong pihak oposisi. Kesan yang mendalam ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga minyak telah menyebabkan harga barangan lain terus meningkat. Ianya juga berkaitan dengan caj-caj perkhidmatan, tambang, pengangkutan barang dan sebaginya. Oleh yang demikian, kawalan ekonomi yang ideal mampu untuk mempengaruhi pola sokongan rakyat terhadap kepimpinan semasa. Dalam pada masa yang sama, Pakatan Rakyat telah menggunakan kelebihan yang ada untuk memikat hati pengundi dengan meletakkan tokoh-tokoh calon yang mudah dikenali oleh penduduk. Selain itu juga, mereka telah melakukan kempen yang secara langsung secara berterusan melalui media cetak parti, media alternatif, ceramah, risalah dan sebagainya. Kualiti kepimpinan Tun Abdullah yang lalu sedikit mengamalkan ketelusan kepimpinannya yang berdemokrasi apabila beliau membiarkan media memaparkan isu-isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak dimana ulasan dan penjelasan oleh kedua-dua pihak dapat dilakukan. Hal sedemikian telah menyebabkan rakyat telah menerima info kebaikan dan keburukan dari kedua-

11

dua pihak. Oleh itu, maka tidak hairanlah sekiranya ianya mampu mengubah pola pengundian PRU 12 yang lalu.

6.0 FAKTOR KEMENANGAN BN DI KEDAH PADA PRU 13 Kejayaan BN merampas tampuk pimpinan Kedah telah mengejutkan pelbagai pihak, apatah lagi apabila menjadi satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang tumbang ketika negeri lain yang ditadbir gabungan itu terus bertahan sekalipun diasak hebat oleh lawan. Bukan sahaja menang, negeri-negeri yang berjaya bertahan seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang juga mendapat mandat mentadbir dengan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Ianya menunjukkan pola pengundian bagi ketiga-tiga negeri tersebut terus melonjak meningkat bagi pihak pakatan rakyat Di Kedah, kejayaan BN untuk memenangi beberapa kubu kuat PAS telah memperlihatkan lebih memihak kepada BN apabila berlaku lonjakan sokongan pengundi Melayu dengan purata sebanyak 20 peratus, daripada 50 peratus pada 2008 kepada 70 peratus pada 2013. Pola pengundian tersebut telah menjawab kepada persoalan adakah masyarakat Melayu hanya memberi peluang atau sengaja mengubah selera untuk tampuk pimpinan BN pada tempoh yang lalu. Ianya juga menjawab persoalan adakah ketika BN memerintah dahulu tidak memberi keperihatinan yang baik kepada penduduk Kedah secara khususnya. Oleh hal yang demikian, pola pengundian di Kedah telah menunjukkan bahawa tahap pretasi tampuk pemerintahan sesuatu kerajaan akan mempengaruhi bentuk sokongan pada PRU yang akan datang Dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, BN menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah berbanding Pakatan yang mendapat 15 kerusi dimana telah merosot 7 kerusi berbanding PRU 12. Pengurangan peratus pengundian terhadap Pakatan Rakyat (PR) memperuntukan bahawa penurunan tahap dan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah dengan merujuk kepada isu dan krisis yang berbangkit. PR banyak menyatakan bahawa berlaku komplikasi dalam penguraian maklumat umum dari pihak media arus perdana yang banyak memaparkan tentang kelemahan dan keburukan tampuk pimpinan PR di Kedah. Tuntasnya, adakah tahap penguasaan terhadap pemerihalan isu dan maklumat kepada rakyat secara jelas boleh menyebabkan kekurangan sokongan rakyat.

12

Penampilan azam baru yang dipaparkan oleh BN telah berjaya menambat hati penduduk Kedah untuk memilih kerajaan BN sebagai wakil pemerintahan. Tempoh percubaan yang diberikan oleh rakyat Kedah terhadap PR untuk melakukan perubahan di Kedah tidak digunakan sepenuhnya oleh PR untuk melakukan anjakan paradigm dalam pemerintahan mereka. Isu-isu yang berbangkit yang banyak menampakkan kelemahan dalam pemerintahan PR telah membawa kepada kekurangan keyakinan penduduk Kedah mengenai pimpinan berikut. Selain itu juga, peranan media massa banyak memperngaruhi pengetahuan penduduk mengenai isu yang cuba dipertikaikan oleh pihak BN. Dengan strategi yang dilakukan oleh pihak BN ketika hari pilihan raya ialah melakukan perkhidmatan menganbil pengundi dari rumah ke pusat pengundian. Strategi tersebut mampu mengubah pendirian pengundi pada saat-saat akhir. Oleh yang demikian, peranan isu-isu yang berbangkit boleh menjadi titik tolak kepada pola pegundian di Kedah.

7.0 FAKTOR-FAKTOR PENGEKALAN KUASA PAKATAN RAKYAT DI KELANTAN, PULAU PINANG DAN SELANGOR Dalam PRU ke-13 yang lalu telah memperlihatkan penguasaan PR di beberapa negeri yang menjadi kubu kuat mereka. Pengekalan kuasa di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor telah memperlihatkan peningkatan dan penurunan sokongan rakyat terhadap PR. Di negeri Kelantan, peningkatan kemenangan BN di Kelanatan mencatatkan penambahan kemenangan kerusi iaitu sebanyak 6 kerusi bagi Dewan Undangan Negeri. Pada PRU 12, BN telah memperolehi 6 kerusi sahaja manakala dalan PRU-13 yang lalu, BN berjaya menguasai 12 kerusi iaitu sekali ganda dari PRU 12. Sebaliknya, PAS mencatatkan penurunan penguasaan kerusi sebanyak 6 kerusi yang berkaya dikuasai oleh BN. Manakala bagi kedudukan kerusi di Parlimen, dalam PRU 12, BN hanya menguasai 2 jerusi sahaja manakala PAS berjaya menguasai sebanyak 9 kerusi dan akan tetapi dalam PRU 13, BN telah mencatatkan kemenangan 5 kerusi dimana terdapat peningkatan 2 kerusi dan PAS mengekalkan kedudukan dengan sebanyak 9 kerusi. Pertambahan tersebut adalah kerana BN berjaya menewaskan calon Keadilan di 2 parlimen. Pertambahan kemenangan kerusi oleh BN di Kelantan telah menunjukkan bahawa pertingkatan sokongan rakyat terhadap BN mengenai tahap keyakinan rakyat terhadap BN.

13

Beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat PAS telah berjaya dikekalkan yang mungkin berfaktorkan ketokohan calon yang dipertandingkan. Startegi kempen BN di Kelantan juga memberi sedikit banyak kesan kepada pola pengundian di Kelantan. Justeru itu, maka dengan melakukan persediaan yang menyeluruh oleh BN dan ketokohan PAS di Kelantan, telah menunjukkan kekuatan sesuatu parti daripada rakyat mengenai kepimpinan yang bakal menerajui negeri Kelantan. Seterusnya bagi negeri Pulau Pinang yang telah berjaya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai negeri yang dinaungi oleh PR. Dengan pertambahan peratus bilangan pengundi yang keluar juga telah memberikan impak yang maksima terhadap sokongan rakyat terhadap pemimpin yang mereka pilih. Pada PRU 12, bagi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), BN telah berjaya memenangi hanya 11 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan manakal DAP telah memenangi semua kerusi yang dicalonkan iaitu 19 kerusi. Bagi parti kompenen PR yang lain iaitu PAS hanya memenangi 1 kerusi dan PKR telah memenangi sebanyak 9 kerusi. Keadaan tersebut telah berubah dengan ketara pada PRU 13 dimana pencapaian BN telah semakin merosot apabila hanya memenangi 10 kerusi sahaja. Pakatan Rakyat telah memenangi banyak kerusi iaitu DAP terus menmgekalkan pencapaiannya dengan memenagi semua kerusi yang dicalonkan, PKR telah menambah 1 kerusi lagi apabila memenangi 10 kerusi dan PAS hanya memenangi 1 kerusi sahaja. Dalam aspek Parlimen pula keadaan sebaliknya telah berlaku apabila pada PRU 12, BN hanya memenangi 2 kerusi sahaja daripada 13 kerusi dipertandingkan manakala DAP memenangi 7 kerusi, PKR memperolehi 4 kerusi. Akan tetapi pada PRU 13, pencapaian BN meningkat 1 kerusi apabila memenangi 3 kerusi dalam parlimen, DAP kekal dengan 7 kerusi dan PKR telah merosot apabila kehilangan 1 kerusi. Faktor kependudukan masyarakat di Pulau Pinang yang majoritinya datang dari kaum Cina telah mempengaruhi kemenangan DAP di Pulau Pinang. Selain itu, sokongan yang kuat seluruh penyokong PRtelah membuktikan bahawa mereka ingin meneruskan corak pemerintahan negeri tersebut apabila setiap kaum tidak melihat latar kaum bagi seseorang calon untuk dipilih dalam pilihan raya. Faktor ketokohan PR dalam melakukan persediaan dan pembangunan Pulau Pinang yang sukar dipersoalkan telah menyababkan rakyat Pulau Pinang ingin meneruskan pimpinan PR di negeri tersebut.

14

Berikut adalah penerusan kekuasaan PR di negeri Selangor. Pencapaian Selangir boleh dikatakan agak memberangsangkan bagi pihak PR. Ianya disebabkan apabila keputusan yang diperolehi pada PRU 13 menunjukkan kesamaan bilangan kerusi yang dimenangi. Dalan ADUN pada PRU 12, BN telah hanya mampu memenagi 5 kerusi sahaja daripada 22 yang dipertandingkan, DAP memperoleh kempat-empat kerusi, PKR telah memengai 9 kerusi dan PAS memenangi 4 kerusi. Bilangan kerusi yang dipertandingkan dalam PRU 12 adalah menyamai apa yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Apa yang berbeza adalah peratus sokongan pengundian dan bilangan pengundi yang memperlihatkan peningkatan terhadap PR. Pihak BN dan PR telah memainkan peranan masing-masing dalam mempengaruhi pengundi dalam menterjemahkan sokongan mereka dalam PRU 13. Selain itu juga, bentuk pimpinan dan perubahan yang dilakukan oleh PR telah banyak memberikan kelebihan kepada rakyat dengan dasar-dasar yang dilakukan lebih mesra rakyat. Disamping itu juga, bilangan pengundi kelas menengah telah meningkat berbanding golongan yang cetek dalam pengetahuan politik. Justeru itu, strategi yang dilakukan untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat oleh pihak kerajaan negeri telah membuahkan hasil apanila dasr yang dijanjikan telah ditunaikan secara berterusan. BN yang cuba membawa perubahan di Selangor dilihat tidak mendapat sambutan oleh rakyat Selangor. Manifesto khas yang disediakan untuk negeri Selangor tidak berjaya untuk mempengaruhi sokongan dan kepercayaan rakyat. Pengekalan peguasaan PR di tiga negeri ini telh memperlihatkan turun naik pola pengundi terhadap kedua-dua pihak. Hegemoni media yang dilakukan oleh pihak BN tidak berjaya menandingi pengaruh PR di negeri tersebut. Selain Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor merupakan negeri yang mempunyai kepentingan ekonomi di Malaysia. Dengan mempunyai daya ekonomi yang tinggi dan kukuh, peluang kerjaya yang mencapai tahap kelas atas telah menjadikan golongan kelas menengah kian berkembang.Golongan menengah merupakan golongan yang mempunyai latar pendidikan yang agak tinggi telah menjadikan masyarakat lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku. Hagemoni media yang dilakukan oleh BN telah mendatangkan keburukan terhadap pangan rakyat mengenai BN. Media yang banyak memaparkan pihak BN telah memuakkan rakyat mengenai BN dan seterusnya boleh mengubah pendirian mereka. BN seharusnya membuka ruang dan tidak terlalu menyebelahi dirinya sendiri supaya tidak memperlihatkan bias dalam aspek media. Oleh dengan itu, golongan menengah telah menjadi terbuka dalam membuat penilaian terhadap maklumat dan info yang diperolehi.

15

8.0 PERANAN MEDIA MASSA DALAM PILIHAN RAYA Dalam politik, media akan dijadikan sebagai alat perantara untuk menyampaikan maklumat kepada ahli dan pengundi atau rakyat secara umumnya. Rakyat ingin mengetahui perkembangan isu-isu dan perkembangan dalam politik di Malaysia. Pembahagian autoriti kepada penggunaan media di Malaysia di lihat tidak seimbang walaupun kedua-dua pihak mampu menyampaikan maklumat. Apa yang dikatakan tidak seimbang ialah apabila rejim memerintah menguasai media arus perdana manakala pihak oposisi hanya mampu menggunakan media alternatif yang terhad penyampaiannya. Sebagai contoh, rejim memerintah menggunakan media arus perdana iaitu akhbar harian seperti Utusan Melayu, Berita Harian, News Straits Times dan juga media elektronik iaitu TV1, TV2, TV3 dan lain-lain. Manakala pihak Oposisi hanya mampu menyampaikan maklumat melalui akhbar terbitan parti yang terhad penerbitanya seperti Harakah, Suara Keadilan dan bagi media elektronik iaitu melalui saluran internet, blogger, youtube, dan lain-lain. Hal yang demikian telah menunjukkan bahawa tahap penggunaan media arus perdana untuk kedua-dua pihak tidak mencorakkan pengamalan demokrasi yang menyeluruh. Berbalik kepada perbincangan mengenai peranan media dalam politik, media adalah nadi kepada pengetahuan rakyat mengenai isu yang berbangkit. Isu-isu yang berbangkit yang bersangkutan dengan parti politik akan mempengaruhi sokongan pengundi terhadap sesebuah parti. Oleh itu, ketepatan maklumat yang bakal disebarkan adalah penting bagi rakyat. Tetapi terdapat permasalahan dalam penyampaian maklumat yang dilihat berat sebelah seperti penyiaran berita yang hanya ke arah rejim memerintah sahaja. Kebanyakkan media arus perdana hanya tertumpu kepada berita kebaikan kerajaan sehinggakan tidak ada satu pun berita kebaikan dari pihak oposisi. Jika adapun kebaikan yang menguntungkan pihak rejim itu sendiri. Hal ini juga dinyatakan oleh penulisan Mansor Ahmad Saman,Barangkali Televisyen Malaysia terlalu banyak menyiarkan berita kerajaan. Saya tidak tahu ada setakat ini terdapat kajian yang dibuat dalam aspek ini(Mansor Ahmad 1983, 86). Namun demikian, media massa masih diterima oleh masyarakat dalam penentuan agenda ialah kerana ia diterima sebagai sebuah institusi yang penting dalam penyampaian maklumat. Terdapat persoalan yang mengatakan bahawa kredibiliti media adalah rendah kerana media bersifat berat sebelah dan ada pula yang menyatakan kredibiliti media massa adalah tinggi dan

16

layak dipercayai. Ini adalah kerana terdapat golongan yang majoroti dalam kelompok parti rejim memerintah yang mengadaikan segala maklumat yang disampaikan oleh media tersebut adalah tepat dan mutakhir (Syed Arabi Idid 1994, 51). Pada musim pilihan raya yang lalu telah memperlihatkan peranan media bagi mempengaruhi para penduduk amat memainkan peranan yang penting. Isu-isu yang berkaitan dengan pihak kerajaan dan oposisi banyak dijadikan madah dalam segeap ruang media tersebut. Sebagai contoh semasa sebelum pilihan raya dijalankan, berita mengenai kempen dan keburukan opsisi banyak diisi dalam berita-berita. Hampir 40 minit rancangan berita tersebut hanya memaparkan tentang isu pilihan raya sehinggakan berita tentang isu lain dipendekkan secara ringkasnya. Bagi proses yang berlaku di negeri Kedah, rata-rata penduduk menyatakan media arus perdana tidak mempengaruhi terhadap sokongan mereka. Ianya terbukti ketika penyelidikan Pasca PRU 13 dijalankan di Kedah baru-baru ini. Kerana peratusan yang menyetakan tidak mempengaruhi tersebut adalah tinggi Namun demikian terdapat juga masyarakat yang menyatakan media menjadi sumber pengetahuan mereka yang utama dalam memperngaruhi maklumat dan mampu mempengaruhi tahap sokongan mereka. Oleh yang demikian, media massa seharusnya tidak dikawal oleh sesetengan pihak sahaja kerana ianya boleh dipersoalkan melalui tahap kepercayaan masyarakat melalui sumber maklumat yang disampaikan oleh media arus perdanan tersebut.

9.0 KESIMPULAN Pola pengundian yang boleh berubah-rubah dengan kehadiran isu-isu yang menyebabkan kelebihan atau kelemahan bagi pihak tertentu. Pada PRU 12, telah memperlihatkan fenomena tsunami politik bagi masyarakat Melayu apabila dalam PRU tersebut BN telah mengalami kekalahan yang teruk sepanjang kekuasaannya. Sebanyak 5 negeri telah berjaya ditawan oleh parti pembangkang dan menjadikan pencapaian yang terbaik bagi pembangkang. Kekalahan yang teruk pada PRU 12 yang lalu telah menjadi pengajaran bagi BN untuk membetulkan kedaan dari segi kepimpinan, isu-isu, janji dan sebagainya. Isu-isu boleh

17

mempengaruhi pola pengundi. Selain itu juga, kredibilti calon-calon yang bakal dipertandingkan adalah memainkan peranan yang penting kerana, masyarakat kini lebih mementingkan kualiti pemimpin yang bakal menerajui kawasan mereka tanpa mengira perbezaan parti, kaum dan agama. Oleh yang demikian, adalah menjadi penting sekiranya calon yang dipertandingkan tersebut mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dan terhindar dari isu-isu yang boleh menjatuhkan sokongan pengundi. Manifesto merupakan sejata besar yang terakhir dari kedua-dua pihak untuk meraih sokongan pengundi. Manifesti seharusnya memenuhi kepentingan rakyat dan nasional dan semasa supaya tidak menjadi manifesto yang dianggap lapuk isunya. Sehubungan dengan itu, dalam membuat kerangka manifesto, kajian yang menyeluruh kehendak masyarakat perlu dilakukan supaya ianya dapat memberi keyakinan kepada pengundi. Pola pengundi di negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang telah menunjukkan turun naik prestasi kedua-dua pihak atas faktor-faktor tertentu. Namum demikian, secara keseluruhan, peratus sokongan terhadap PR mulai meningkat berbanding BN. Bn seharusnya lebih lagi untuk mengamalkan dasar demokrasi yang telusdan adil dalam pemerintahannya supaya dilihat lebih matang dan professional sepertimana yang dipersoalkan melalui hegemoni terhadap kawalan media arus perdana.

18

RUJUKAN

Barisan Nasional. 2013. Manifesto Barisan Nasional: Menepati Janji Menbawa Harapan. Kuala Lumpur: Ibu Pejabat Barisan Nasional. Mansor Ahmad Saman. 1983. Media di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhayati Salleh. 2008. Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12):Tsunami Politik Melayu? Dalam Jurnal Jebat keluaran 35 (49-64). Bangi: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Pakatan Rakyat. 2013. Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat. Petaling Jaya: Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Syed Aribi Idid. 1994. Peranan Media Massa dalam Pilihanraya Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai