Anda di halaman 1dari 10

Pedagogi Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna. Taksonomi Bloom Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

Bidang Kognitif Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang Afektif Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. Bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif). Topik dalam pedagogi Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu: Perkaedahan pengajaran Teori pembelajaran dan pengajaran Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini sebelum menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkara-perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

Pendidikan jasmani Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktivitiaktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Maksud Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Objektif Pendidikan Jasmani Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama : Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian Matlamat Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?


Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?


Penglibatan murid secara penghayatan ilmu Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani== Kecergasan


Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan . Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal Koordinasi


Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa Respons Kepantasan

Berasaskan pelakuan motor


Berasaskan kesihatan Daya tahan kardiovaskular Daya tahan Otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

Kesukanan Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

Gaya Hidup Sihat


Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN DI MALAYSIA Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar: 1. Sistem pendidikan asal, iaitu system pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat. 2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. 3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas medeka. Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi. Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun

1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan. Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan. http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/sejarah-pendidikan-jasmani-dan-sukan-di.html

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA ZAMAN-ZAMAN HURAIAN 1) ERA PRA- Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak KOLONIAL formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani (sebelum penjajahan Inggeris) - Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan - Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ - Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga - Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu - Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa. - Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu. - Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti : a. permainan masa lapang b. keperwiraan c. senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN a) Era kolonial Inggeris Lama)

- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. - Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga - Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. - Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam - 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah - 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan. - 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukanpasukan sukarelawan. - 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan - 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris - Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut - Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ. - 1940-an : sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan - Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah

Era Penjajahan Jepun

tergendala - Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin - Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30minit - Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai - Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan - Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun - Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama - Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah - Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar - Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula - Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya - Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guruguru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani - Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semual di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman - 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah - Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun

diadakan 30minit sebelum masuk kelas - Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu - 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ - 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula - 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan - Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita - Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras - Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961) - Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan - Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah - 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM - PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men. - 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan) - 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan - Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/sejarah-perkembangan-pendidikanjasmani.html

4) ERA SELEPAS MERDEKA