Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN SURAU ASSAKINAH Mengumumkan ketibaan

Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Hadirin diminta berdiri bagi menghormati Lagu Negaraku. Terima kasih. Bismillah.... Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Yang Berbahagia Dr. Haili bin Dolhan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Mohammad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Yang Berusaha Ketua-Ketua Penolong Pengarah Jabatan agama islam wilayah persekutuan Dan seterusnya yang dialu-alukan.. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah terus dipanjatkan,

Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua Bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis Perasmian Surau Assakinah Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Dan para dif jemputan ke majlis perasmian surau Assakinah pada petang yang bahagia ini. Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Yang Berbahagia Al fadhil al-ustaz mohd fadzil Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,

Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al- fadil al-ustaz Atas pimpinan doa sebentar tadi. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Majils diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia En. Mohd redzuan Bin Mohd Sanusi selaku pengerusi Surau Assakinah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berbahagia En. Mohd redzuan Bin Mohd Sanusi Atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Abu Hamid Al-Ghazali pernah berkata : Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya. Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Kini tibalah saat yang dinanti Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian SURAU ASSAKINAH , APARTMENT ZAMRUD Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat untuk tampil bersama-sama Yang Berhormat Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

untuk menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan. Maka, terasmilah sudah Surau Assakinah Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepada
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Orang memberi kita merasa Orang berbudi kita berbahasa Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Mohd redzuan bin mohd sanusi Pengrusi surau assakinah Bagi mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Pengarah MAIWP Untuk menyampaikan cenderamata kepada
Y.BHG DATUK HJ CHE MAT BIN CHE ALI PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Atas kesudian Yang Berhormat menyempurnakan perasmian surau assakinah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan..

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis perasmian surau assakinah. Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf seandai sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang serba kekurangan itu datangnya daripada saya dan barisan AJK. Sekian, Wabillah...... Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Sebentar lagi akan masuk waktu berbuka puasa.oleh itu , para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai